MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Isnin, 4 Januari 2010

BARU NAK MULA MENULIS.....KENAPA KALIMAH ALLAH JADI ISU???


(CUCUKU HANA - NAK KEMANA DIA.)

AKU baru nak mula menulis pada awal tahun ini. Beberapa hari aku ke Kuala Lumpur jumpa dengan cucu-cucuku. Terhibur juga hati ini bila dapat bertemu cucu-cucu tersayang.





     ISU paling hangat diperkatakan pada awal tahun ini ialah tentang penggunaan kalimah Allah oleh Kristian. Perkataan Allah memang istimewa hanya untuk Islam bukan agama-agama asing. Yang peliknya, sebelum ini tidak pula timbul hal ini. Kenapa sekarang baru nak sibuk-sibuk sangat. Kalau cinta atau sayang sangat dengan kalimah Allah ini, berhenti dari jadi Kristian. Masuk Islam semuanya.

NAJIB nak jumpa Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk bincangkan hal ini. Sabar sajalah. Kita tunggu apa perintah agong sebagai ketua agama Islam negara ini. Lagipun kerajaan sendang membuat rayuan atas keputusan mahkamah itu, sabar sajalah dulu.

ZAMRI NAK SAMAN AKHBAR SUARA KEADILAN

SAMANLAH Zamri. Anwar Ibrahim selalu menyaman akhbar kiranya ada yang dia tidak puas hati terhadap akhbar-akhbar itu. UMNO ini lembut nampak. Tak pernah nak saman akhbar atau orang-orang perseorangan. Mulakanlah Zamri. Aku sokong penuh. Kenapa selama ini dibiarkan sehingga kepala kita pun mereka pijak. Samanlah akhbar itu. Saman inipun bagi saya boleh menggerunkan lawan hendak memburuk-burukkan kita. Selain dari itu boleh cari pengaruh.

BERKAITAN isu ini Nik Aziz sudah pusing cakap. Mula-mula dia setuju dengan keputusan mahkamah membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama asing, khususnua Kristian. Selepas itu dia cakap perkataan Allah itu jangan dibenarkan untuk digunakan oleh agama asing. Lain kali berfikir seribu kali sebelum bercakap.

SIPEMBUNUH ISTERI DICEKUP POLIS.

SIPEMBUNUH isteri yang kemudian disumbatkan kedealam almari sudah dapat dicekup oleh polis. Taniah polis. Mana dia nak lari.Diharap polis juga dapat mencekup mereka yang mempunyai waran tangkap itu seperti Raja Petra dan lain-lain. Semoga mereka dapat dicekup. Dan harap-harap kejadian seumpama ini tidak terjadi pada keluargaku. Insya-Allah.
Assalamualaikum WRT.
(GAMBAR-GAMBAR DAN SEMUA BAHAN DIPETIK DARI UTUSAN MALAYSIA, MALAYSIA KINI DAN GOOGLE)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan