(Allahyarham Datuk Onn Jaafar - ayahnda Allahyarham Tun Husin Onn - Ninda Datuk Hishamudin Husin. Allahyarham Datuk Onn adalah pengasas UMNO. Perjuangan UMNO diteruskan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj. UMNO yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang berkebolehan tetap merupakan parti pemerintah sehingga ke hari ini.)
Guru agama saya, Tuan Haji Abdul Rahman, yang pernah menuntut ilmu di Mekah al-Mukaramah di bidang al Quran, pernah berkata kepada saya: "Selepas bersara nanti rajin-rajinkanlah diri itu pergi ke masjid. Banyakkan ibadah. Banyakkan membantu orang-orang yang memerlukan."
"Insya-Allah," kataku.
"Tapi ada satu saya nak pesan...."
"Apa dia?"
"Jangan main politik...."
"Kenapa?"
Guruku tidak berkata apa-apa. Dia hanya ketawa sahaja.
Dan aku pernah terbaca sebuah majalah. Entah majalah apa saya dah lupa. Seorang wartawan dari German menyatakan: "Politik adalah satu permainan paling kotor....."
Dan kalau kita lihat pengertian 'politik' dalam kamus dewan bermaksud: Politik ertinya ilmu. Ilmu politik, ilmu siasah, ilmu kenegaraan - ilmu pemerintahan negara yang mengamalkan dasar pemerintahan secara demokrasi.....
Panjang kalau saya nak sebutkan semuanya dari apa yang tercatat dalam kamus dewan itu. Memadailah kalau saya sebutkan, politik adalah amat penting untuk rakyat dan negara. Bagaimanapun, terpulanglah kepada kita untuk memunafaatknnya ke jalan yang diredhai Allah SWT.
Katakan kita ada sebilah pisau. Pusau boleh dibuat berbagai-bagai kegunaan. Kalau pisau digunakan untuk siang ikan, potong daging atau potong sayur, itu adalah penggunaan yang betul. Tetapi kalau pisau digunakan untuk membunuh orang, itu penggunaannya sudah salah. Salah pada segi undang-undang.
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA.
(TUNKU ABDUL RAHMAN PUTERA AL HAJ)
Allahyarham Tunku Abdul Rahman telah menggunakan pentas politik untuk menuntut kemerdekaan negara. Beliau seorang tokoh yang amat terkenal dan bijak memainkan peranannya. Kita dapat kemerdekaan melalui rundingan bukan peperangan. Masa itu UMNO adalah parti utama negara. Bagaimanapun UMNO telah bergabung dengan MCA dan MIC yang dikenali sebagai PERIKATAN bagi membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan disokong oleh semua rakyat.
(TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI KEDUA, BAPA PEMBANGUNAN NEGARA)
Tetapi sekarang ini keadaan sudah berubah. Tuduh menuduh dan fitnah memfitnah begitu berleluasa. Sesiapa juga yang menjadi perdana menteri akan dituduh berbagai-bagai tuduhan. Perdana menteri boros, tak pandai takbir negara, kaki perempuan, rasuah dan macam-macam lagi. Dan hampir semua fitnah-fitnah itu datang dari parti-parti pembangkang. Boleh dikatakan semua tuduhan itu sengaja diada-adakan. Dan kalau pembakang jadi kerajaan disuatu masa akan datang, BN jadi pembakang, saya rasa macam itu jugalah keadaannya. Orang awam seperti kita ini pandai-pandailah mencari yang lebih benar.
Kadang-kadang ulamak sendiri sengaja mereka-reka berbagai-bagai cerita. Itu dipanggil orang ulamak politik. Dia gunakan ayat-ayat Quran untuk membuat berbagai-bagai fitnah. Malah ada yang sanggup mengkafikirkan orang Islam sendiri.
Semua itu terjadi semata-mata kerana kuasa. Kerana nak jadi Perdana Menteri, Ketua Menteri atau Menteri Besar mereka sanggup berdosa. Mereka barangkali sanggup masuk neraka dunia dan neraka akhirat semata-mata kerana kuasa. Pendeknya, kerana kuasa mereka sanggup melakukan apa sahaja. Politik yang begitu indah menjadi kelabu.
Allahuakbar. Walallahualam.
(ALLAHYARHAM TUN HUSIN ONN PERDANA MENTERI KE 3 TERKENAL DENGAN PANGGILAN BAPAK PERPADUAN)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan