MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Ahad, 5 Januari 2014

MENJELANG TAHUN BARU 2014

SEORANG rakan lama SYED MUSTAFFA telah menghubungiku. Beliau sama squad denganku 6/76. Bagiku dia berjaya dalam kerjayanya sebagai pegawai polis. Khabarnya dia baru bersara dengan pengkat ACP. Dia minta nombor telefonku untuk diedarkan kepada rakan-rakan. Alhamdulillah. Aku bagi. Esoknya beberapa orang telah menghubungi aku. Antaranya Wasit, Jaafar Yusoff, Ibrahim Yusoff dan Morsin Suparman. Terima kasih Tuan Syet.

BERTEMU RAKAN-RAKAN MASA REMOVE CLASS 1958

ALHAMDULILLAH, beberapa hari sebelum menjelang tahun baru 2014 aku telah menghadiri satu perjumpaan dengan rakan-rakan yang sama-sama masuk remove class pada tahun 1958 di St. Francis Institution (SFI) Melaka. Waktu itu cuma ada dua kelas saja remove kelas. RC 1 dan RC 2. Aku masuk RC 1. Yang hadir dalam perjumpaan itu cuma ada 13 orang saja. Banyak yang tidak hadir kerana telah meningggal dan ada yang kurang sihat. Syukur, walau jumlah yang hadir tidak berapa orang, tapi sudah cukup untuk menarik nostalgiaku pada zaman persekolahan dulu. Terima kasih Abu Bakar Jamal dan Abu Bakar Shaukat Ali yang menganjurkan perjumpaan itu di Serkam Dalam. Aku menunggu kalau ada perjumpaan yang akan datang kelak. Dulu kami muda lagi. Tengah nakal. Sekarang semua sudah menjadi DATUK orang. Kalau tidak disebut, kami tidak mengenali antara satu dengan lain.