MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Isnin, 28 Februari 2011

SEMOGA ALLAH SWT SELAMATKAN NEGARA KITA ....AMIN.



TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

• Inkues Beng Hock: Nota “selamat tinggal” diserah kepada Squires

• Masjid Macma mercu tanda keunikan Islam - Rosmah

• Keluarga Beng Hock tidak hormati Agong - Bekas hakim

• Yoyo pemain dram band Padi ditahan kerana dadah

• Tindakan terhadap pemimpin Hindraf diketahui Jumaat

• Dua penuntut UUM maut, seorang parah kemalangan

• Pengarah SPR Pahang meninggal dunia

• Terengganu cari imam pelapis untuk masjid mukim

• 15,000 Pembantu Am Pejabat tunggu naik pangkat

• Sultan Johor terima DKNS daripada Tuanku Muhriz

• PKR Pulau Pinang cabar kumpulan 97 ahli tunjuk bukti

• Air Asia X tempah tiga lagi pesawat Airbus A330-200

• Demonstrasi Hindraf: Kurang sokongan petanda baik - Muhyiddin

• Skandal PKFZ: Chan Kong Choy didakwa tipu bekas PM

• Kong Choy tiba di mahkamah untuk perbicaraan kes PKFZ

• Kempen BN di Merlimau dan Kerdau dapat sambutan baik

• Dua pelajar SMK Sungkai maut dalam kemalangan

• Buruh direman bantu siasatan kes bunuh

• Luke Donald juarai golf WGC-Accenture

• Tidak dapat MyKad sehingga akhir hayat

• Laman web bayar saman trafik sibuk

• Kumpulan pertama 98 rakyat Malaysia tiba dari Libya

• Koperal diperintah bela diri sebabkan kematian remaja

• Perbicaraan kes liwat Anwar berjalan lancar

• 586 guru besar dapat ganjaran RM7,500 seorang

• Tranformasi boleh elak Malaysia alami nasib seperti negara lain - Najib

• Kaunter bayar saman sesak pada hari akhir beri potongan

• Birmingham tundukkan Arsenal untuk rebut Piala Liga

• Perdana Menteri Tunisia letak jawatan

• Krisis Tunisia: Menteri Luar Perancis letak jawatan

• Sembilan terbunuh dalam serangan di Mexico

KOMEN OSMAN DOL: Macam-macam. Harap-harap semangat kita kuat. Dan semoga kita mendapat pertolongan dari Allah SWT.

Ahad, 27 Februari 2011

KUDA.....KUDA.....KUDA.....

PAS kuda tunggangan PKR

2011/02/27

TEMERLOH: PAS kini dilihat sudah semakin terdesak dan dijadikan kuda tunggangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila melancarkan Buku Jingga peringkat kebangsaan di Markas Induk PAS Kerdau di sini, malam kelmarin.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata manifesto dan janji yang diketengahkan dalam Buku Jingga itu adalah hasil perancangan PKR, dan ia kini digunakan PAS untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan pilihan raya umum akan datang. "Buku Jingga itu adalah program ekonomi dalam tempoh 100 hari pembangkang memerintah yang menjanjikan pelbagai perkara tidak realistik dan boleh menyebabkan negara bankrap dalam tempoh kurang tiga bulan jika dilaksanakan. "Ia juga sesuatu yang tidak logik kerana seolah-olah menghina pakar ekonomi dalam Unit Perancangan Ekonomi, Kementerian Kewangan serta lain-lain badan penyelidik ekonomi yang ada dalam negara," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan pada program Mesra Rakyat di Kampung Kuala Tekal di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan mempunyai rekod cemerlang dan berjaya menghadapi krisis ekonomi melanda negara baru-baru ini dengan begitu baik.

Sementara itu, ditanya mengenai provokasi pembangkang yang ketika ini dilihat berterusan meniup api kemarahan rakyat dengan menjadikan Mesir, Tunisia, Turki dan Libya sebagai contoh yang akan mengancam keselamatan negara, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, ketika ini aspek keselamatan negara masih berada pada tahap terbaik.

"Walaupun peralatan pertahanan tidak secanggih beberapa negara, tetapi tahap kesiapsiagaan pegawai dan anggota tentera cukup tinggi.

"Kita harus membezakan situasi yang berlaku di Libya, Mesir dan Tunisia kerana ia disebabkan pemerintahan seorang pemimpin yang terlalu lama dan ia berbeza berbanding apa yang berlaku di Malaysia," katanya.

KOMEN OSMAN DOL: KUDA OH KUDA, KUDA OH KUDA....KUDA TUA MAKIN BODOH... KUDA OH KUDA....

Sabtu, 26 Februari 2011

BOB LOKMAN DAN PAS....

Pelakon Bob Lokman sudah mula melibatkan dirinya dalam pilihan raya kecil di Merlimau, Melaka dan di Kerdau, Pahang. Harap-harap Bob tidak terlibat dengan sandiwara parti-parti politik terutamanya parti PAS. Harap-harap Bob Lokman tidak terlibat dengan sikap keji dan buruk sebagaimana rakan-rakannya dalam PAS.

Rabu, 23 Februari 2011

How do I add Reactions to my blog?

How do I add Reactions to my blog?

Paling utama kita hendaklah jujur dalam memberikan sebarang pendapat. Kalau benar kita berkatalah benar. Jangan kita salahkan perkara yang benar. Kalau kita menyalahkan perkara yang benar pastinya kita akan berdosa - begitu jugalah sebaliknya.

JANGAN KERANA KUASA SANGGUP DERHAKA KEPADA ALLAH SWT

BERITA UTAMA Pluralisme bertentangan akidah Islam

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 22 Feb. - Fahaman pluralisme tidak sepatutnya wujud dalam kalangan umat Islam kerana ia sangat bertentangan dengan ajaran serta akidah umat Islam.
GAMBAR PETIKAN DARI  GOOGLE

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat, Islam melarang sama sekali umatnya mengamalkan fahaman seumpama itu dan ia tidak boleh dicampuradukkan dengan ajaran agama suci itu.

Beliau seterusnya menegaskan, larangan itu tidak terbatas kepada sesiapa saja atau mereka yang mendukung fahaman tersebut, tidak terkecuali Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun beliau sendiri.

"Setakat ini saya belum terima penjelasan lagi mengenai dakwaan yang mengaitkan Anwar sebagai pendukung fahaman itu di negara ini, saya belum lagi terima laporan mengenainya.

"Tetapi sekiranya benar dakwaan itu, tak kira siapa mereka, Anwar ke ataupun saya sendiri sekalipun, ia sudah tak betul," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas isu fahaman pluralisme iaitu menyamakan kedudukan Islam dengan agama lain yang disentuh oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta beberapa tokoh agama mengenai ancaman fahaman tersebut.

Kenyataan Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu itu merupakan reaksi pertama pimpinan peringkat tertinggi Pas secara tegas dan terbuka berhubung isu tersebut.

Beberapa pihak di luar parti itu sebelum ini mempersoalkan pendirian mereka walaupun didesak banyak pihak setelah agak lama membisu dalam persoalan pluralisme yang dikatakan cuba dibawa oleh Anwar.

Perdana Menteri sewaktu merasmikan Multaqa Guru Takmir Seluruh Malaysia minggu lalu mengingatkan seluruh rakyat agar berwaspada dengan fahaman pluralisme kerana ia merupakan ancaman baru kepada umat Islam di negara ini.

Namun peringatan Perdana Menteri itu diperlekehkan Anwar dengan menuduh kerajaan berpura-pura dalam menghadapi ancaman pluralisme agama dan menggunakan media arus perdana untuk mengutuk fahaman berkenaan.

Menurut Harun, segalanya sudah dijelaskan di dalam al-Quran yang menegaskan bahawa hanya Islam satu-satunya agama di sisi Allah.

"Malah ada ayat al-Quran yang maksudnya bahawa orang yang menganut agama selain Islam, Allah tidak akan terima mereka di akhirat.

"Ini bermakna, al-Quran cukup jelas dan nyata. Saya sendiri pun berpandukan al-Quran," ujarnya.

KOMEN OSMAN DOL: INDAH BETUL ISLAM INI. Siapa yang mengatakan Islam ini tidak indah dan tidak betul itu tadanya dia bukan Islam. Islam tetap agama yang suci. Agama yang diredai oleh Allah SWT kerana Islam benar-benar datang dari Allah SWT. Menyamakan Islam dengan agama lain itu paling tidak betul walaupun sebenarnya Islam tidak melarang kita bersahabat dan bermasyarakat dengan orang-orang bukan Islam. Teguran Harun Taip itu tepat dan cantik sekali. Siapa yang makan cili maka dialah yang terasa pedasnya. Orang-orang yang normal dan menyintai Islam tidak akan bercakap begitu. HARAP2 JANGANLAH KERANA KUASA KITA SANGGUP DERHAKA KEPADA ALLAH SWT.

Selasa, 22 Februari 2011

BOB LOKMAN MENYERTAI PARTI PAS......

GAMBAR PETIKAN DARI GOOGLE
MALAYSIA  adalah sebuah negara demokrasi yang tidak pernah mengikat rakyatnya supaya menyertai parti-parti politik tertentu. Kalau enggan menyertai parti itu, mereka akan ditangkap atau dihukum.... Malaysia tidak pernah mengamalkan dasar yang pelik dan zalim itu. Kerana buta mata dan buta hati parti-parti pembakang ini, maka Malaysia dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan yang tidak masuk akal. Tidak saya nafikan ada berlaku rasuah, berat sebelah dan mementingkan diri sendiri dalam kerajaan BN ini sejak dulu lagi. Tetapi kerajaan yang ada ini tidak pernah membiarkan penjenayah-penjenayah politik ini. Mereka juga sering diawasi dan tidak pernah terlepas dari tindakan kerajaan...

Terbaru ialah tentang kemasukan Bob Lokman dalam parti PAS. Itu hak Bob Lokman. Tidak ada siapa yang boleh menghalangnya. Inilah yang dikatakan Malaysia meamalkan demokrasi. Tidak ada sekatan dan tekanan. Tetapi puak yang buta hati dan buta mata ini terus menuduh Malaysia yang bukan-bukan. Kebodohan dan kezaliman sendiri tidak sedar.

Mengikut akhbar-akhbar tertentu menyatakan bahawa Bob Lokman sudah menemui jalan yang baik untuk bekerja kepada Allah SWT.

Itu pendapat peribadi Bob Lokman. Biarlah dia dengan pendapatnya. Sebenarnya manusia kepada Allah SWT ini amat luas dan tidak terbatas pada satu-satu parti politik saja. Berdakwah, menolong orang miskin, menolak orang-orang yang memperalatkan agama, sedekah makan, menderma untuk masjid dan anak-anak yatim semuanya itu ada amalan yang mulia dan dianggap bekerja kerana Allah SWT.

Sebagai orang yang terlalu aktif dalam bidang seni, saya rasa Bob Lokman masih kurang pengalaman tentang politik dan perlu banyak belajar lagi tentang agama supaya tidak tersilap pandangan. Kembangkanlah Islam melalui parti PAS itu bukanlah masalah. Tapi janganlah menyatakan dengan memasuki PAS itu konon telah berjalan jalan terbaik untuk berkhidmat kepada Allah SWT. Semoga Bob Lokman akan belajar dari pengalamannya sendiri......

OSMAN DOL: Selamat berjuang ke Jalan Allah...

Isnin, 21 Februari 2011

Ahmad Mahmud - Kenangan Lama (Adekku OST - 1956)

SELAMATKANLAH NEGARA KAMI YA ALLAH....

POLITIK
Usaha Anwar Ibrahim sia-sia

GAMBAR DARI GOOGLE
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUALA KRAU 20 Feb. - Usaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memburuk-burukkan Malaysia di Amerika Syarikat (AS) ternyata sia-sia berikutan penjelasan berterusan yang disampaikan oleh kerajaan tentang keadaan sebenar di negara ini.

Duta Malaysia ke AS, Datuk Seri Jamaludin Mohd. Jarjis berkata, langkah yang dilakukan oleh ketua pembangkang itu dilihat tidak berjaya kerana kalangan pemimpin di AS telah mengetahui iklim politik Malaysia ketika ini.

"Mereka sudah semakin memahami dan mengetahui iklim politik Malaysia sebenar berbanding sebelum ini kerana masing-masing mendapat maklumat yang salah.

"Sehubungan itu, usaha lebih gigih bagi melaporkan keadaan sebenar di Malaysia akan diteruskan di samping menjalin hubungan lebih erat dengan pemimpin negara kuasa besar itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan mesra dengan masyarakat peneroka Felda Jengka 23 di sini hari ini.

Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rompin berkata, persepsi kalangan pemimpin AS terhadap Malaysia turut berubah apabila mengakui Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh dan terbaik di dunia.

"Ia berdasarkan tiga kategori lengkap dicapai oleh Malaysia iaitu sebuah negara demokrasi, kerajaan kuat dan stabil serta mempunyai kekuatan ekonomi.

"Kita patut berbangga kerana Amerika mengakui Malaysia sebuah negara Islam contoh yang diketuai seorang Perdana Menteri yang mempunyai karisma dalam mentadbir negara," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, hubungan antara Malaysia dengan AS dilihat semakin positif dan memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.

Katanya, perkara itu dibuktikan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat layanan mesra daripada Presidan AS, Barack Obama ketika menghadiri Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear ke negara itu baru-baru ini.

Tambahnya, Perdana Menteri juga dijemput dan dipilih oleh Presiden AS itu daripada 46 pemimpin dunia dalam mengadakan pertemuan empat mata bagi membincangkan isu global.

"Pertemuan kedua-dua pemimpin tersebut membuka satu lembaran baru dalam kerjasama pelbagai bidang yang memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak," katanya.

Beliau berkata, pada pertemuan itu, Najib juga telah mempelawa Obama melawat Malaysia bagi melihat sendiri kemajuan yang berlaku di negara ini.

"Saya sendiri selaku Duta Malaysia dalam pertemuan dengan Obama pada minggu lalu turut mengambil kesempatan mengingatkan Presiden itu tentang tawaran lawatan tersebut," katanya.

Komen Osman Dol: Kalaulah berita ini benar, manusia jenis apakah itu, memburukkan negara sendiri dimata dunia. Kalau negara ini hancur barulah puas hatinya. Allahuakbar....Allahuakbar....semoga Allah selamatkan negara ini.

Ahad, 20 Februari 2011

Formatia MILENIU 3 IASI & CONSTANTIN BAHRIN - Colaj hore 2

MARI KITA SOKONG BN SAJA......MINGGUAN MALAYSIA.

POLITIK Pas gagal dakwah pemimpin DAP
MESRANYA TUAN GURU DENGAN LIM GUAN ENG

KOTA BHARU 19 Feb. - Pas disifatkan gagal untuk menyebarkan dakwah kepada bukan Islam di negara ini biarpun telah menjalinkan kerjasama yang erat dengan DAP.



Malah dua tokoh agama di negeri ini menyifatkan Pas sanggup menjadi 'bisu' semata-mata untuk menjaga hati pemimpin parti itu demi untuk menang dalam pilihan raya walaupun DAP sering mengganggu gugat urusan agama suci ini.



Mudir Pondok Sa'adah Ad-Dhaghari, Geting, Zainal Abidin Awang berkata, tujuan Pas bukan untuk berdakwah kepada bukan Islam kerana ia jelas dapat dilihat apabila mereka sanggup menjual ideologi sendiri semata-mata mahu bersahabat dengan DAP.



Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Minda Pondok berkata, kenyataan-kenyataan daripada kepemimpinan parti itu juga menunjukkan bahawa mereka tidak yakin untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud seperti dasar perjuangan penubuhannya.



"Tidak ada apa-apa perubahan yang dibawa oleh Pas selepas berkawan dengan DAP, malah lagi teruk jika dibandingkan pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah pihak pembangkang sekarang.



"Exco DAP telah berani campur tangan dalam hal ehwal Islam, sudah teruk sangat mereka 'menyerang' Islam. Apa yang Pas buat, di mana suara mereka yang katanya mahu berdakwah kepada DAP," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengakui tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk memperkenalkan Islam kepada sekutu politiknya itu.



Sementara itu, Jurucakap Minda Pondok, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman berkata, Pas terlalu banyak berdolak-dalik berhubung pendirian dan hala tuju parti itu apabila bekerjasama dengan DAP.



"Pas berdolak-dalih dan sudah lari daripada prinsip berkerjasama DAP, pada suatu ketika dahulu dia kafirkan UMNO kerana bersama MCA, sekarang mereka bersama dengan DAP pula, apa sudah jadi.



"Kenyataan pemimpin Pas seperti Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Nik Abdul Aziz dan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah amat longgar.



"Prinsip negara Islam sudah tidak dibincangkan lagi, mereka sudah tidak yakin untuk tubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.



"Mungkin kerana dari segi kerusi yang dimenangi DAP menyebabkan DAP monopoli dalam pakatan pembangkang.



"Oleh itu, saya melihat kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa Nik Abdul Aziz hanya mahu menang pilihan raya kerana dendam, memang ada benarnya," ujar beliau.

KOMEN OSMAN DOL: Kita sokong BN saja kali ini....

Jumaat, 18 Februari 2011

Badrul Hisham kekal ADUN Pelabuhan Klang

18/02/2011 5:13pm

SHAH ALAM 18 Feb. - Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan tiada kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang dan Badrul Hisham Abdullah kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu. - Bernama

KOMEN OSMAN DOL: Alhamdulillah....kalau tidak mulalah kecoh. Makin hamun, fitnah, pembohong, umpat keji dan lain-lain. Biarlah Badrul kekal sebagai wakil di kawasan itu....TAHNIAH.

Khamis, 17 Februari 2011

NIK AZIZ PATUT ADA SEDIKIT RASA MALU PADA DIRI SENDIRI - KITA SENDIRI SEBENARNYA TAK NAMPAK KITA INI BODOH - TAPI ORANG LAIN NAMPAK.

BERITA UTAMA Hanya mahu menang pilihan raya



Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

pengarang@utusan.com.my







Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tujuan hidup Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala Pas di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

‘‘Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.

‘‘Orang UMNO beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong Pas namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli Pas juga adalah orang Islam,’’ ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian di dalam entri terbarunya bertajuk ‘Jawapan Kepada Nik Aziz’ di blognya http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.

Dr. Mahathir berkata, UMNO tidak pernah mendakwa hanya ahli parti itu sahaja yang Islam atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam, seterusnya membawa ke syurga.

Berhubung isu nasionalisme seperti dibangkitkan oleh Mursyidul Am Pas itu, Dr. Mahathir berkata, terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil daripada perjuangan nasionalis Islam.

Beliau berkata, perjuangan nasionalis terbabit adalah kerana mereka terlalu sayang dan setia kepada negara.

‘‘Hakikatnya mereka (orang lain) tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini tetapi yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

‘‘Sebenarnya tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT iaitu dengan cara membuat ibadah, memelihara orang Islam dan agama Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di mana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan sahaja yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukannya Nik Abdul Aziz,’’ katanya.

Dr. Mahathir dalam pada itu turut mempersoalkan kewibawaan Nik Abdul Aziz kerana hanya berjuang di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang pada hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan serta tekanan.

‘‘Walaupun Nik Abdul Aziz mendakwa beliau berjuang untuk Islam tetapi dengan mengehadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Abdul Aziz juga jahil kerana sebab yang sama,’’ katanya lagi.

Mengenai dakwaan Nik Abdul Azizi bahawa UMNO menghapuskan tulisan Jawi sehingga umat Islam tidak boleh membaca al-Quran, beliau berkata, bukankah kerajaan UMNO yang mengadakan sekolah agama, mata pelajaran agama Islam menggunakan tulisan Jawi.

‘‘Mengapa Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta al-Quran, tidak boleh baca Jawi,’’ katanya.

Dr. Mahathir di dalam blognya turut mengingatkan Mursyidul Am Pas itu juga akan berdiri di hadapan Allah satu hari nanti dan segala pertuturannya dan perbuatannya ketika di dunia akan diadili.

‘‘Di akhirat nanti lidah, tangan dan kaki Nik Abdul Aziz akan menjadi saksi. Bukan Nik Abdul Aziz yang akan mengadili saya atau sesiapapun dan bukan juga Nik Abdul Aziz mengadili dirinya sendiri,’’ ujar Dr. Mahathir.

Mengenai peringatan Nik Abdul Aziz bahawa beliau akan berdiri di hadapan Allah Dr. Mahathir berkata, sedikit sebanyak ia membuktikan keangkuhannya.

‘‘Seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

‘‘Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Abdul Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika beliau berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT,’’ katanya lagi.

Beliau seterusnya meminta Nik Abdul Aziz bertakwa kepada Allah SWT dan menghentikan perbuatan mengeliru umat Islam di negara ini semata-mata ingin menang dalam pilihan raya

Komen: Saya memang setuju sangat apa yang disebutkan oleh bekas Perdana Menteri kita itu.  Tepat sekali.
YAB Nik Aziz sebenarnya tidak perasan kesilapannya sendiri. Cuba fikir dan renungkan apa yang Dr. Mahathir cakap itu. Kita selalu menyangka diri kita betul saja....salah kita lansung kita tidak perasan.

Selasa, 15 Februari 2011

SAJAK TERBARUKU YG TERSIAR DALAM BERITA MINGGU 13.2.2011...SYUKUR KEPADA ALLAH DAN TERIMA KASIH PADA YG SUDI MENYIARKANNYA:

Isnin, 14 Februari 2011

Pulang atau lari
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai dua pilihan sama ada mahu menetap di Washington atau kembali ke tanah air bagi menghadapi perbicaraan kes liwat.

Kenyataan tersebut hadir ketika pelbagai pihak kini mendedahkan ketua pembangkang itu sedang merancang melarikan diri ke luar negara bagi mengelak perbicaraan kes liwat kerana bimbang beliau akan dipenjara.

Anwar berkata demikian semasa berucap pada forum The Future of Democracy in the Islamic World, anjuran sebuah badan pemikir Amerika Syarikat, New America Foundation yang berpangkalan di Washington DC, Amerika Syarikat, Khamis lalu.

“Saya boleh pilih untuk tinggal di sini (Washington) dan tidak kembali ke Malaysia, tetapi pilihan telah dibuat. Satu kaki saya di Parlimen dan satu kaki lagi di penjara. Saya harus balik ke Malaysia esok dan perlu muncul di mahkamah pada 14 Februari.

“Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan,” katanya seperti dipetik daripada laman blog http://www.anwaraidc.com. hari ini.

Dakwaan mengenai perancangan Anwar itu mula didedahkan sebuah blog, http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com selepas ketua pembangkang tersebut berjaya menangguhkan kesnya sebanyak 50 kali.

Pendedahan itu kemudian disahut Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dengan laporan polis dan pada masa sama, badan tersebut mendesak supaya pihak berkuasa menahan pasport Anwar dengan segera.

Turut menyokong desakan itu ialah Ummi Hafilda Ali yang mahu kerajaan bertindak tegas dengan menghalang Anwar daripada bebas untuk keluar dan masuk negara ini kerana ia boleh memberi imej buruk kepada negara.

Ummi Hafilda menambah, kerajaan tidak perlu berlembut dan memberi ruang kepada ketua pembangkang itu untuk berbuat demikian kerana sikapnya yang suka menyebarkan fitnah demi meraih simpati negara lain.

Osman Dol: Lu fikirlah sendiri....

Khamis, 10 Februari 2011

DARI FORUM PEMBACA UTUSAN MALAYSIA - 10.1.2011.

Wira-wira Bukit Kepong yang tidak dikenang?

JAMIL Mohd. Shah (duduk di tengah) bersama-sama anggota polis yang mempertahankan Stesen Polis Bukit Kepong sehingga titisan darah terakhir.
-------------------------------------------------------------------------------------
SAYA percaya ramai rakyat Malaysia, terutama mereka yang pernah mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mengetahui Peristiwa Bukit Kepong setelah menonton filem Bukit Kepong. Sudah pasti filem ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme terhadap negara Malaysia tercinta ini selepas menontonnya.
Untuk mereka yang tidak berkesempatan menonton filem tersebut, secara ringkas, ia menceritakan satu insiden di mana Stesen Polis Bukit Kepong, Johor, telah diserang seramai lebih kurang 180 pengganas komunis pada pukul 0430, 23 Februari 1950. Pengganas komunis telah mengarahkan anggota polis yang berjumlah 22 orang untuk menyerah diri bagi membolehkan mereka menyelamatkan diri. Namun, anggota polis yang diketuai oleh arwah Sjn. Jamil Mohd. Shah dengan lantangnya enggan menyerah diri.

Wira-wira ini dengan penuh semangat telah berjuang sehingga ke titisan darah terakhir yang mengalir di dalam tubuh mereka. Malah para isteri turut memikul senjata berjuang bersama dengan suami mereka. Akhirnya, seramai 22 wira telah terkorban; 18 anggota polis dan empat tanggungan mereka. Salah seorang yang terselamat, arwah Sjn. Yusuf Rano, meninggal dunia pada 15 April 2005 ketika berusia 83 tahun. Dengan pemergian arwah, tiada lagi survivor peristiwa hitam ini.

Insiden ini adalah "Alamo" Malaysia.

Saya membangkitkan kisah ini kerana ingin mengetahui apakah pengiktirafan negara terhadap wira-wira Alamo ini? Difahamkan tiada seorang pun daripada mereka yang dianugerahkan dengan Darjah Perkasa seperti Seri Pahlawan (SP) atau Pingat Gagah Berani (PGB), malah Kepujian Perutusan Keberanian (KPK) pun tiada. Sedangkan insiden Bukit Jenalik/Sauk pada tahun 2000 telah mencatatkan penganugerahan dua SP dan empat PGB kepada mereka yang terbabit. Sekiranya betul mereka (wira Bukit Kepong) tidak dianugerahkan dengan darjah-darjah kebesaran tersebut, mengapa? Adakah pengorbanan mereka tidak memenuhi kriteria anugerah berkenaan?

MEJAR NOR IBRAHIM SULAIMAN (TUDM (B))

http://xnuripilot.blogspot.com/

KOMEN OSMAN DOL:  SAYA AMAT MENYOKONG TULISAN MEJAR NOR IBRAHIM SULAIMAN SUPAYA MEMBERI SEDIKIT PENGHORMATAN KEPADA WIRA-WIRA BUKIT KEPUNG. KITA HAYATI APA YANG DIMAKSUDKAN OLEH  MEJAR NOR. KERAJAAN BOLEH MENGANUGERAHKAN BINTANG2 KEBESARAN KEPADA PENYANYI2 KITA WALAUPUN MEREKA TELAH MENINGGAL DUNIA, TETAPI KENAPA SEDIKIT BINTANG PUN TIDAK BOLEH DIANUGERAHKAN KEPADA WIRA-WIRA KITA YANG TELAH BANYAK BERJASA KEPADA NEGARA DAN BANGSANYA. MEREKA SANGGUP MENGORBAN NYAWA SENDIRI DEMI GENERASINYA YANG AKAN DATANG. MARI KITA RENUNGKAN.

Sabtu, 5 Februari 2011

MEMANG DIA WANITA YANG HEBAT - BUNGA BIN MUSA 70 - BERTARUNG DENGAN BABI - BERITA HARIAN 5.2.2011

 Wanita cekik babi hutan

Oleh Kamal Ahmad

bhnews@bharian.com.my

2011/02/05





BUNGA menunjukkan kesan kecederaan akibat pergelutan dengan babi hutan di kebunnya kelmarin ketika ditemui di Hospital Tanah Merah, semalam.Warga tua mahu petik limau madu tewaskan haiwan ganas



JELI: Seorang wanita warga tua terpaksa menggunakan sepenuh tenaganya untuk bertarung dengan seekor babi hutan, sebelum berjaya menewaskan binatang itu, pada kejadian Isnin lalu. Menceritakan peristiwa jam 8 pagi itu, mangsa Bunga Musa, 70, berkata sebelum kejadian, beliau ke kebun getahnya di Kampung Gemang, dekat sini untuk memetik limau madu yang ditanam di kebun itu selain hendak membersihkan semak di situ. Katanya, ketika sedang menebas semak di kebun berkenaan, tiba-tiba muncul seekor babi hutan sebesar kambing jantan dipercayai dari hutan berhampiran yang terus menyerangnya.



“Walaupun memegang parang, serangan babi hutan itu yang pantas menyebabkan saya tidak dapat mengelaknya sehingga saya terjatuh.



“Binatang itu semakin ganas dan terus menyerang serta menggigit. Saya mengumpul kekuatan dengan memaut dan mencekik kuat leher babi hutan itu sekuat hati hampir setengah jam, sebelum melepaskan binatang itu apabila mendapati ia sudah lemah.



“Dengan kekuatan yang ada, saya gagahi juga berjalan keluar dari kebun getah itu dan akhirnya dengan bantuan jiran, dibawa ke Hospital Jeli sebelum dirujuk ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di HTM, semalam.

Bunga berkata, beliau sudah mengerjakan kebun getah itu sejak usia muda lagi dan ini adalah peristiwa pertama beliau diserang babi hutan yang tidak mungkin akan dilupakan.



“Apabila memikirkan kejadian itu, saya tidak tahu bagaimana boleh melawan babi hutan itu yang sudah tentu kekuatannya melebihi keupayaan saya. Mungkin Tuhan masih menyayangi saya.



“Keadaan saya kini semakin bertambah baik, cuma mengalami luka kecil akibat digigit binatang itu dan kejadian itu tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus ke kebun. Namun kali ini mungkin saya akan mengajak jiran untuk menemani ketika di kebun itu,” katanya.

OSMAN DOL: MEMANG AKU KAGUM KEHEBATAN WARGA EMAS INI.

Khamis, 3 Februari 2011

UTUSAN MALAYSIA ON LINE - 3.2.11.

Mohd. Noor Deris menunjukkan kenyataan Nik Abdul Aziz yang didakwa merosakkan akidah serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam di negara ini di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 2 Feb. - Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja diminta mengkaji kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.



Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Nik Aziz telah mengeluarkan banyak kenyataan yang bercanggah dengan syarak seperti menyifatkan Tuhan sebagai samseng, pencarut dan sebagainya.



Beliau berkata, amat malang apabila Menteri Besar Kelantan itu yang dikenali sebagai ulama, tidak mempunyai ciri-ciri ulama sebenar, lebih-lebih lagi apabila mengeluarkan kenyataan sanggup berkawan dengan syaitan dan musuh Islam, tetapi bermusuhan sesama Islam.



Baginya, Nik Abdul Aziz juga memfitnah Malaysia bukan sebuah negara Islam, UMNO tidak mahu Islam, undi Pas masuk syurga, pangkah bulan tiga kali (mengundi Pas) pilihan raya sama dengan pahala haji, imam UMNO tidak sah diikuti dan sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan.



Terbaru katanya, Mursyidul Am Pas itu mengeluarkan kenyataan yang sungguh mengelirukan umat Islam apabila menyatakan mereka yang tidak menyokong Pas ialah orang jahiliah semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, baru-baru ini.



"Kalau dibiarkan perkara ini dibimbangi ramai orang akan mati murtad atau keluar dari Islam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.



Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat itu seterusnya mencabar Nik Abdul Aziz untuk berdebat secara terbuka mengenai kenyataannya itu.



Mohd. Noor turut menganggap Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin yang bertopengkan Islam bagi mengejar kemenangan partinya dan menyahut seruan nafsu untuk menghimpun kekayaan termasuk dalam kalangan ahli keluarganya.



Malah dakwanya, selama ini Mursyidul Am Pas itu berpolitik atas dasar demokrasi ala-Barat tetapi diheboh-hebohkan kononnya berdasarkan al-Quran dan hadis.



"Sebenarnya, beliau berkubukan demokrasi untuk perjuangan Assabiyah partinya sebab itulah dalam sejarah pemerintahan Pas Kelantan, kuasa politiknya pernah disalahgunakan dan menyeleweng daripada syariat Islam atau sunah politik Rasulullah.



Jelas Mohd. Noor lagi, politik Islam berdasarkan kepada satu ummah, bukan berbilang jemaah, sedangkan Pas hari ini memporakperandakan ummah kepada beberapa jemaah atau parti dan akhir-akhir ini semakin sesat dan menyeleweng daripada dasar politik Islam.



Justeru itu, pihaknya akan memperhebatkan penerangan bagi menyedarkan umat Islam termasuk ahli Pas mengenai penyelewengan yang berlaku dalam parti itu.



Dalam pada itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talib berkata, Nik Abdul Aziz tidak wajar menggelar dirinya sebagai pemimpin jika tidak berani berterus terang dalam soal menentukan seseorang itu masuk syurga jika mengundi Pas.



"Kalau dia (Nik Abdul Aziz) benar-benar berani, kenapa dia tidak katakan jika mengundi UMNO akan dimasukkan ke dalam neraka?



"Jelaslah status Nik Abdul Aziz sebagai ulama diragui kerana sanggup mempolitikkan soal syurga untuk meraih sokongan serta mengelirukan umat Islam," jelasnya