MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Sabtu, 24 Disember 2011

TELUS DAN ADILNYA KERAJAAN BARISAN NASIONAL (BN)

Khir Toyo rayu hukuman


Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM dan MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN

pengarang@utusan.com.my

DR. MOHAMAD Khir Toyo ditemani isteri Zaharah Kechik berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

-------------------------------------------------------------------------------

SHAH ALAM 23 Dis. - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo telah mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjara setahun bagi kesalahan mendapatkan untuk beliau dan isteri, Zaharah Kechik dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta.

Notis rayuan difailkan oleh peguamnya, M.M. Athimulan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 3.30 petang, kira-kira empat jam selepas hukuman penjara itu dijatuhkan oleh Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.

''Ini bukan proses penghakiman terakhir buat saya kerana saya akan merayu mengenai keputusan ini kepada mahkamah yang lebih tinggi,'' katanya semasa ditanya oleh pemberita di luar mahkamah sebaik sahaja prosiding kesnya selesai.

Berhubung masa depan politiknya, Mohamad Khir berkata, beliau akan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut selepas 9 Januari tahun depan tetapi enggan mengulas lanjut mengapa tarikh tersebut yang dipilih.

Terdahulu, selain hukuman penjara terhadap Mohamad Khir yang disabit bersalah atas tuduhan itu, Hakim Mohtarudin (kini Hakim Mahkamah Rayuan) turut mengarahkan hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu dilucutkan hak kepada kerajaan Malaysia.

Beliau bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman dan perintah pelucutan hak itu sehingga rayuan Mohamad Khir selesai didengar serta diputuskan.

Mohamad Khir yang dilihat tunduk sepanjang prosiding ditenangkan oleh Zaharah yang bertindak menggosok-gosok bahu suaminya itu sebaik sahaja sabitan dan hukuman diputuskan.

Hakim Mohtarudin semasa membacakan penghakimannya berkata, beliau berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan ketiga-tiga intipati dalam pertuduhan itu.

Beliau menerima keterangan Pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Datuk Shamsuddin Hayroni yang membeli hartanah untuk dijual semula kepada Mohamad Khir serta tidak pernah bersetuju dengan harga RM3.5 juta sebaliknya menawarkan harga antara RM5 dan RM5.5 juta.

Menurutnya, Shamsuddin turut dibuktikan mempunyai kepentingan dalam beberapa syarikat yang ada kaitan dengan urusan rasmi Mohamad Khir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berdasarkan tiga dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah.

Begitu juga intipati pertuduhan bahawa Mohamad Khir mempunyai pengetahuan bahawa hartanah tersebut dibeli oleh Shamsuddin dengan harga RM6.5 juta pada tahun 2004 berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan yang konsisten serta menyokong antara satu sama lain.

Hakim Mohtarudin mendapati penjelasan Shamsuddin adalah logik dan boleh diterima bahawa beliau bersetuju menjadi saksi pendakwaan selepas pertuduhan terhadapnya ditarik balik kerana hilang keyakinan terhadap janji tiada pertuduhan terhadapnya oleh Mohamad Khir.

''Apabila kepentingan awam dan kepentingan individu bertembung, kepentingan awam perlu diberi keutamaan. Fakta menunjukkan tertuduh merancang untuk memiliki hartanah itu. Tertuduh telah menyalahgunakan jawatannya sebagai eksekutif tertinggi dalam negeri.

''Dalam kes ini, denda tidak sesuai. Hukuman penjara terhadap seorang yang memegang jawatan eksekutif tertinggi perlu diberi penekanan,'' katanya.

Ketika diberi peluang merayu, Athimulan memohon hukuman ringan iaitu hanya dikenakan denda dengan alasan transaksi dilakukan dengan kerelaan kedua-dua pihak selain ia tidak memberi kemudaratan kepada masyarakat awam.

Sementara Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud pula berhujah balas bahawa hukuman denda terhadap seseorang yang mampu membayar dengan senang hati menyebabkan matlamat hukuman itu tidak tercapai.

Mohamad Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk dirinya dan Zaharah, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini daripada Ditamas melalui Shamsuddin dengan harga RM3.5 juta.

Sedangkan hartanah tersebut dibeli oleh syarikat terbabit pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Selain Masri, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed dan Mohd. Dusuki Mokhtar sementara Mohamad Khir turut diwakili oleh peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos serta Kamarul Hisham Kamaruddin.

Sementara itu, keadaan di luar mahkamah bertukar sayu di kalangan hampir 50 penyokong Mohamad Khir yang setia menunggu sejak pukul 8 pagi sehingga prosiding itu selesai kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Sebahagian mereka dilihat berpelukan serta ada yang mengalirkan air mata sebagai reaksi kepada keputusan mahkamah.

KOMEN OSMAN DOL: Akhirnya Dr Mohamad Khir Toyo didapati bersalah juga. Rayuan akan dibuat oleh Khir Toyo.
Di sini apa yang dapat kita katakan, kerajaan BN yang ada sekarang tidak pernah melindungi penjenayah. Sejak zaman Perikatan sehinggan Barisan Nasional sekarang, entah berapa puluh orang telah didakwa di mahkamah. Kerajaan tidak memandang bulu. Sesiapa saja, wajib didakwa sekiranya ada bukti kesalahannya.
PRU 13 kita tidak tahu siapakah yang akan menang. Harap2 biar BN menang supaya keadilan itu terus dijalankan.

Khamis, 22 Disember 2011

HATINYA SENTIASA BERDARAH - cerpen pertamaku.

HATINYA SENTIASA BERDARAH tersiar dalam majalah SATERIA MALAYSIA Mei 1965. Majalah ini diteribitkan oleh tentera dan polis Singapura. Terlalulah gembiranya aku bila menerima majalah ini. Aku belanja rakan-rakanku makan. Mereka juga turut gembira.
Sejak cerpen pertama ini aku tidak bertangguh lagi. Aku terus mengilap bakatku. Akhirnya terlalu banyak cerpen-cerpenku yang tersiar di berbagai akhbar dan majalah. Boleh dikatakan, setiap akhbar atau majalah yang ada menyiarkan cerpen, maka cerpenku pasti terpilih. Alham dulillah.

Selasa, 20 Disember 2011

SAJAK PERTAMAKU - LAHIRNYA ANAK.

SAJAK pertamaku yang tersiar bertajuk LAHIRNYA ANAK di majalah PERKAWALAN Singapura pada tahun 1965 Edisi June. Waktu itu aku masih bujang lagi dan bertugas di PDRM ketika Singapura masih menjadi sebahagian dari Malaysia.
Sebenarnya inilah sajak yg paling saya suka walaupun waktu itu saya masih belum mengenali dunia berumahtangga. Tetapi aku puas.
Ada diantara rakan-rakanku yang mengatakan aku cuba membohongi pembaca. Tetapi aku tidak kisah itu. Karya kreatif sebenarnya bukan mesti ditulis kisah benar. Sesuatu karya itu adalah hasil dari buah fikiran pengarang. Pengarang bebas menulis sesuatu selagi tidak menyentuh sesiapa. Kisahnya memang khayalan, tetapi apabila tersiar kisah itu pasti akan menjadi realistik kemampuan penulis itu.
Selepas sajak ini diikuti beberapa buah sajak lagi yang tersiar dalam majalah polis yang lain. Hanya pada tahun 1970, sebuah sajakku tersiar dalam Utusan Zaman.
Sajak ini telah diulas oleh Allahyarham On Abdul Rahman (Elham Kelana). On telah memuji sajak ini kerana telah dapat menyentuh hati dan neluri pembaca.

Ahad, 18 Disember 2011

PENYAKIT OH PENYAKIT

PADA 19.9.70. sebuah cerpenku bertajuk REBAH tersiar dalam Mingguan Malaysia. Cerpen itu bukan rekaan semata-mata, tetapi memang ada sedikit kaitannya dengan diriku. Aku memang selalu dihinggapi penyakit pengsan dan rebah sejak mula aku mengenali dunia penulisan ini.

SEMASA manjadi anggota polis di Singapura aku selalu rebah di bilik air. Kadang-kadang tidak ada sesiapa yang menyedari aku pengsan. Selepas 5 atau 10 minit aku sedar sendiri.

KETIKA di Kelantan juga begitu. Sedang elok mandi aku jatuh dan pengsan. Bila pergi ke klinik, doktor kata aku sihat, tidak ada penyakit.

APAKAH kerana memerah otak untuk mengarang itukah yang menjadi punca. Wallahualam. Tetapi setelah aku beranak pinak, penyakit itu terus lari meninggalkan aku. Aku merasa lega. Dan sejak beberapa tahun ke belakang ini lain penyakit pula yang menimpa aku. Sudah lebih lima tahun aku menjadi pengidap penyakita KENCING MANIS, DARAH TINGGI DAN LEMAH JANTUNG. Dan baru-baru ini penyakit KELEBIAH KOLESTROL pula dikesan pada badan ini.

AKU reda menerima kadak dan kadar dari Allah SWT itu. Penyakit itu ujian dari Allah. Harap-harap kaki dan tanganku tidak dipotong dari penyakit ini. Amin.

Jumaat, 16 Disember 2011

MARI MELANGKAH KE LEMBARAN BARU dan HUSIN TEMBAKAU...

Alhamdulillah, semuanya dengan izin dan pertolongan Allah SWT. Sebuah sajak saya tersiar dalam MINGGUAN MALAYSIA 11.12.11 bertajuk MARI MELANGKAH KE LEMBARAN BARU dan

sebuah cerpen HUSIN TEMBAKAU tersiar dalam MINGGUAN WARTA PERDANA 25.12.11.

Selasa, 13 Disember 2011

SYAITAN DAH GANGGU FB AKU.....

Siapalah yang punya kerja memasukkan video lucah dalam fb aku. Ditulisnya disitu nama cucu dan menantu aku. Syaitan betul orang itu. Sial betul....

Rabu, 23 November 2011

ZALIMNYA SISUAMI INI.....

Seterika muka isteri

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim

am@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Sukar digambarkan azab yang dilalui seorang suri rumah apabila mukanya ditekap dengan seterika panas, dipukul lebih 15 minit, lehernya dijerut dengan selendang sebelum digantung di kipas oleh suaminya.

Kejadian berlaku jam 3 pagi kelmarin di rumah pasangan terbabit di Taman Miharja, Cheras di sini, apabila wanita berusia lewat 30 tahun itu mempersoalkan tindakan suami mahu menceraikannya. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila selendang yang digunakan untuk menjerut leher dan menggantungnya di kipas siling terputus, membolehkan dia menyelamatkan diri.

Menurut sumber, sebelum kejadian si suami memberitahu mahu menceraikannya dan menyebabkan mangsa bertanya mengapa mahu berbuat demikian.

“Bagaimanapun, tanpa diduga soalan itu menyebabkan suaminya berang lalu mengambil seterika panas dan menekap muka mangsa. Terkejut dengan tindakan suaminya, mangsa menangis dan meminta dikasihani.

“Namun rayuannya itu tidak diendahkan suspek yang dilaporkan menjadi lebih ganas dan memukul mangsa menggunakan tangan dan kakinya,” katanya.

Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek yang bagaikan dirasuk syaitan mengambil selendang mangsa dan menjerut leher isterinya.

“Lebih kejam, suspek mengangkat mangsa dan menggantungnya di kipas siling di ruang tamu sebelum menghidupkan suis kipas dan menyaksikan isterinya terpakai-kapai meminta bantuan.

“Suspek meninggalkan ruang tamu buat sementara untuk ke bahagian lain di dalam rumah dan mujur ketika itu selendang yang menjerut leher mangsa terputus.

“Sebaik terselamat, mangsa berlari keluar dari rumahnya dan mendapatkan bantuan saudaranya yang tinggal berhampiran sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sumber berkata, mangsa dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, untuk rawatan berikutan mukanya yang melecur selain beberapa kecederaan lain di badan akibat dipukul.

Difahamkan, selepas sehari dimasukkan ke hospital berkenaan mangsa dibenarkan pulang jam 11.30 pagi, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dilakukan.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Jumaat, 11 November 2011

NOSTALGIA DI BUMI SUCI

CERPEN TERBARU TERSIAR DALAM MINGGUAN WARTA PERDANA BERTARIKH 20.11.2011. TERIMA KASIH WP KERANA SIARKAN CERPEN SAYA.

Khamis, 10 November 2011

KES LEWAT ANWAR DITANGGUH LAGI.....

Hujahan kes liwat Anwar tangguh 8 Disember


10/11/2011 5:18pm

Oleh AMIRUDDIN HARUN

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Penggulungan hujah di peringkat pembelaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan ke 8 dan 9 Disember ini atas alasan pasukan pembelaan Ketua Pembangkang itu tidak dapat menyelesaikan transkrip nota prosiding kes tersebut.

Tarikh itu ditetapkan selepas peguam-peguam, Datuk Param Cumaraswamy dan Sankara Nair yang mewakili Anwar bersama Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan Timbalan Pendakwa Raya, Wong Chiang Kiat menemui Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah di kamar beliau pagi ini.

Nair menerusi e-mel yang dihantar kepada pihak media hari ini menjelaskan, disebabkan gagal menyudahkan transkrip nota prosiding, pihaknya telah memohon agar tempoh untuk memfailkan hujahan bertulis mereka dilanjutkan.

Dengan kebenaran penangguhan tersebut, tarikh 23 dan 24 November yang sebelum ini ditetapkan untuk penggulungan hujah tersebut telah dilapangkan oleh mahkamah.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. - Utusan

KOMEN OSMAN DOL: MINTA TANGGUH LAGI.....HIIIIIII...LEMAS AKU.

Jumaat, 4 November 2011

CUCU-CUCU NATRAH - SASHA DAN ROMY...

2 cucu Natrah teruja dibawa ke Terengganu

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

bhkt@bharian.com.my

2011/11/04


SASHA (kanan) melihat Romy mencuba permainan tradisi Melayu, ‘ting-ting’ yang dipercayai menjadi kegemaran nenek mereka ketika kunjungan mereka ke Terengganu.

ROKAYAH sambil diperhatikan Romy, memakaikan Sasha tudung ketika kunjungan ke rumahnya di Kampung Mak Chili Paya, Chukai.
Tourism Malaysia pertemukan dengan keluarga angkat nenek

CHUKAI: “Kami teruja dan gembira dapat bertemu keluarga yang pernah bersama nenek dulu. Kami banyak mengetahui kisahnya daripada ibu bapa dan internet,” kata Sasha Van Gastel, 18, cucu Natrah Maarof atau Maria Bertha Hertogh. Isu Natrah, wanita berketurunan Belanda menjadi anak angkat kepada Che Aminah Mohamad dari Terengganu, pernah menjadi kontroversi apabila mahkamah memutuskan gadis itu dipulangkan kepada bapanya, sehingga mencetuskan rusuhan di Singapura pada 1950. Sasha, cucu sulung Natrah, bersama sepupunya, Romy Elizabeth Marian Smol, 17, dibawa dari Belanda untuk bertemu Rokayah Yusof, 65, anak saudara angkat Che Aminah, di Kampung Mak Chili Paya di sini, semalam, atas inisiatif Tourism Malaysia Terengganu dan Tourism Malaysia The Hague, sempena program ‘Building Bridges, iaitu program menggalakkan pelajar luar melancong ke negara ini.

Sasha adalah anak kepada pasangan Jan Van Gastel dan Carolien Van Gastel, manakala Romy adalah anak kepada Frans Wolkenfelt dan Carla Wolkenfelt.

Carolien anak perempuan Natrah, manakala Wolken-felt anak sulung Natrah.

Kali pertama bersua, dua gadis itu pada mulanya agak kekok, namun keramahan keluarga Rokayah melayani mereka membuatkan suasana bertukar lebih selesa hinggakan suasana hiba terbit apabila Sasha dan Romy mahu pulang selepas kira-kira empat jam bersama.

Sasha dan Romy turut bertukar cenderamata dengan keluarga pesara guru itu dan dibawa melawat rumah lama Che Aminah di Kampung Gong Pauh, di sini.

Sasha yang saling tidak tumpah iras Natrah agak sukar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, tetapi dibantu Romy yang boleh bertutur sedikit dalam bahasa Inggeris dan mereka tidak putus-putus berbual mengenai kisah silam dengan Rokayah, yang melayan mereka sambil menunjukkan gambar dan laporan meluas media mengenai Natrah di negara ini.

“Di sana (Belanda) orang tidak ambil kisah kami cucu Natrah, tetapi apabila di sini, kami agak terkejut apabila menjadi tumpuan dan ditemubual seperti ini. Kami diberitahu mengenai perancangan membawa kami ke sini seminggu lalu dan kami sangat teruja.

“Kami sudah mengambil banyak gambar dengan keluarga angkat nenek dan keindahan Malaysia. Kami tidak sabar untuk berkongsi dengan keluarga di Belanda,” katanya sambil mengucap terima kasih kepada Tourism Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Tourism Malaysia Terengganu, Mohd Nasir Kushairi, berkata pertemuan itu adalah sebahagian daripada usaha menggalakkan pelajar serta lepasan kolej luar negara melawat Malaysia, khususnya Terengganu.

Natrah adalah anak kepada pasangan Adeline Hunter dan Andrianus Petrus Hertogh, berketurunan Belanda. Beliau diserahkan bapanya kepada seorang wanita bernama Che Aminah Mohamad dari Terengganu yang ketika itu berada di Indonesia selepas menjadi tawanan tentera Jepun pada 1942.

Sejak itu, Natrah yang ketika itu dikatakan berusia lima tahun dibesarkan oleh Che Aminah dan menukar nama Bertha kepada Natrah dan memeliharanya seperti anak sendiri serta diberi didikan mengikut adat Melayu dan Islam.

Namun, selepas perang 1945, Hertogh dibebaskan dan berusaha mencari Natrah sehingga berjaya menemuinya, namun berlaku perebutan antara Hertogh dan Che Aminah terhadap penjagaan Natrah sehingga terpaksa membuat rayuan di mahkamah dan Che Aminah berjaya mendapat Natrah.

Natrah kemudian dikahwinkan dengan Mansor Adabi pada usia 13 tahun dan pada 12 Disember 1950, mahkamah mengarahkan Natrah dikembalikan semula kepada bapanya dan pulang ke Belanda. Selepas itu berlakulah rusuhan Natrah di Singapura yang menyebabkan 18 maut dan beratus lagi cedera.

Selasa, 1 November 2011

NASIB SEORANG ISTERI - APA NAK KATA.

Bawa parang tikam isteri

Oleh Junaidi Ladjana

djuns@hmetro.com.my SANDAKAN: Seorang wanita kini bertarung dengan maut akibat ditetak di kepala manakala perutnya ditikam menggunakan parang jenis ‘barung’ oleh suaminya yang mengamuk kerana sering dituduh mengamalkan ilmu hitam.

Mangsa, Amah Mohd Ali, 36, dan kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Mangkalinau di sini, pada jam 7.30 malam kelmarin.

Sebelum kejadian, Amah bertengkar dengan suaminya yang berusia 30 tahun kerana lelaki itu mengamalkan ilmu hitam dan menuntut ajaran sesat dengan seorang ‘tok guru’ sejak beberapa bulan lalu.

Suaminya yang tidak puas hati dengan tohmahan itu meninggalkan rumah sebelum kembali semula beberapa jam kemudian sambil membawa parang dan nekad menyerang isterinya yang menonton televisyen bersama tiga anak dan bapa mentua.

Seorang anak lelakinya berusia 16 tahun cuba menghalang lelaki itu daripada menyerang mangsa dan kesempatan itu digunakan wanita terbabit melarikan diri dan bersembunyi di sebuah kedai runcit berhampiran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Ahad, 23 Oktober 2011

PUISI TERBARU DALAM BERITA MINGGU - TERIMA KASIH PM - 23.10.2011.

ALHAMDULILLAH....

TERKINI Kerajaan pandang serius tuntutan Himpun - Jamil Khir

23/10/2011 5:57pm

JITRA 23 Okt. — Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan memandang serius deklarasi tuntutan 10 perkara oleh Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam, semalam.

Katanya, kerajaan persekutuan akan mengambil tanggungjawab dan memberi keutamaan untuk tindakan selanjutnya berhubung tuntutan itu yang antara lain mendesak penggubalan undang-undang khusus bagi membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam.

Beliau menegaskan hal tersebut kepada pemberita selepas merasmikan seminar Kewangan Islam untuk pentadbir-pentadbir masjid peringkat negeri Kedah di sini, hari ini.

Jamil Khir berkata, “Mana-mana perkara yang berkaitan kuasa kerajaan negeri, kita akan minta negeri ambil tindakan manakala bagi pihak persekutuan kita akan bertindak selepas mengkaji segala sudut termasuk perundangan.

"Kita juga lihat mana yang lebih tepat untuk dilaksanakan sekiranya negeri-negeri tidak mampu berdiri atas enakmen atau akta yang memerlukan pindaan,” tambahnya. — Bernama

Jumaat, 21 Oktober 2011

BAPA BAWA ANAK-ANAK MASUK ISLAM - BIASALAH.

Mahkamah tolak permohonan ibu batal pengislaman anak

2011/10/21

IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh, hari ini menolak permohonan seorang guru tadika beragama Hindu supaya Mahkamah Persekutuan mendengar permohonannya bagi membatalkan pengislaman tiga anaknya selepas suaminya memeluk agama itu, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Tarmizi Abd Rahman yang membuat keputusan itu dalam kamar, mengarahkan perbicaraan penuh permohonan membatalkan perakuan memeluk islam tiga anaknya pada 2009 didengar di mahkamah itu.

Rabu, 19 Oktober 2011

CARA PALING BAIK UNTUK MELUPUSKN AL QURAN LAMA....

Laut bergelora berubah tenang

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

anbia@hmetro.com.my

TERTIB...kakitangan Jabatan Mufti Perak melupuskan abu pembakaran Al-Quran. Gambar kecil, Pengurus Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan menunjukkan bongkah abu untuk dilupuskan. LUMUT: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.

Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.

Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.

Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.

Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.

Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.

Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.

Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit.

Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Teks dan Pelesenan al-Quran, berkata ulama sebelum ini bersependapat membuang abu al-Quran ke dalam laut adalah kaedah terbaik walaupun cara menanam di dalam tanah juga dibenarkan.

“Bagaimanapun kaedah menanam abu al-Quran di dalam tanah dibimbangi boleh tercemar jika ada aktiviti dilakukan di atas tanah berkenaan. Oleh itu, kaedah membuang abu al-Quran ke laut paling selamat dan akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang turut mengikuti proses membuang abu al-Quran itu memberitahu berkata, proses pembakaran dan mengumpul abu dimulakan sejak tiga bulan lalu.

Selasa, 18 Oktober 2011

SAJA NAK MENYUSAHKAN ORANG.....

Dakwaan orang berhalusinasi


Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA

saharudin.musthafa@utusan.com.my



Ahmad Zahid Hamidi (kanan) memperjelaskan isu sempadan Malaysia dan Indonesia di Kalimantan Barat kepada Duta Malaysia di Indonesia, Datuk Syed Mushe Afdzaruddin Syed Hassan di Jakarta, semalam. - BERNAMA
--------------------------------------------------------------------------------
JAKARTA 17 Okt. - Seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Drs. Ramadhan Pohan hari ini melabelkan pihak yang membuat dakwaan kurang berasas ekoran kononnya Malaysia menceroboh wilayah Indonesia itu sebagai sedang berhalusinasi.

Ramadhan yang juga anggota Jawatankuasa Kerja Sempadan, Suruhanjaya II DPR menyelar tindakan pihak yang sengaja mencetus provokasi tidak berasas itu.

Menurut Penolong Setiausaha Agung Parti Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono itu, adalah tidak bertanggungjawab bagi seorang ahli politik menyampaikan maklumat tidak tepat kepada rakyat.

Lebih memalukan, Ramadhan menolak dakwaan kononnya wilayah Camar Bulan milik Indonesia dan kini dikawal oleh 3,000 anggota Pasukan Gerak Am (PGA) Malaysia.

"Tidak ada 3,000 anggota PGA yang mengawal wilayah kita (Indonesia). Yang ada cuma pokok-pokok. Tidak timbul isu tersebut. Yang membuat dakwaan kononnya ada askar Malaysia (anggota PGA) mungkin sedang berhalusinasi," katanya menyindir pada sidang media di sini, hari ini.

Isu wilayah perbatasan Malaysia-Indonesia ditimbulkan oleh Timbalan Ketua Suruhanjaya I DPR, TB Hasanuddin dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang mendakwa kononnya wilayah Camar Bulan seluas hampir 1,500 hektar dan wilayah Tanjung Datu seluas 800 meter garis pantai telah diambil oleh Malaysia secara haram.

Dakwaan sedemikian bagaimanapun dinafikan secara konsisten oleh kerajaan Indonesia melalui empat menteri kabinetnya dan juga oleh Panglima Tentera Nasional Indonesia, Laksamana Agus Suhartono.

Pada sidang media yang dibuat secara bersama dengan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini, Ramadhan turut mendedahkan beberapa foto yang dirakamkan beliau menerusi telefon bimbit ketika mengadakan kunjungan ke dua daerah berkenaan hujung minggu lalu.

Kata Ramadhan, beliau berkunjung ke wilayah Camar Bulan dan Tanjung Datu, Kalimantan Barat bersama empat anggota DPR pada Jumaat lalu untuk melihat sendiri suasana di sana.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat, Ramadhan mendapati tidak ada sejengkal pun tanah Indonesia yang dirampas Malaysia.

Beliau pada masa sama yakin Hasanuddin tidak pernah berkunjung ke wilayah Camar Bulan atau Tanjung Datu untuk melihat keadaan sebenar tetapi berani membuat kenyataan yang tidak berasas itu.

Berikutan kenyataan provokasi berkenaan, beberapa pertubuhan bukan kerajaan Indonesia mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Kedutaan Besar Malaysia.

Minggu lalu, selama dua hari berturut-turut demonstrasi diadakan oleh pertubuhan Forum Betawi Rempug (FBR) dan Laskar Merah Putih (LMP).

Hari ini pula, satu lagi kumpulan yang terdiri daripada 20 penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini. - Utusan

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
• Kolej sarang penjenayah?
• Dakwaan orang berhalusinasi
• Tuanku Mizan mahu hubungan lebih baik Malaysia-Indonesia
• Najib terima pengiktirafan PBB

Ahad, 16 Oktober 2011

SAJAK TERBARUKU YANG TERSIAR DALAM MINGGUAN MALAYSIA BERTAJUK WAJAHMU DI MANA-MANA - 16.10.2011.

Jumaat, 14 Oktober 2011

BERSATULAH WAHAI MELAYU

Melayu hilang kuasa 10 tahun lagi




Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan WANDA IDRIS

pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 12 Okt. - Orang Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti serta kuasa terutama berkaitan hal sosial, politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun lagi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.



Katanya, jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa.



Apabila itu terjadi, katanya, golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi 'berhutang' dengan pemberi 'bantuan' berkenaan sehingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian.



Menurutnya, senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand wajar dijadikan iktibar.



"Di Singapura, muftinya tidak boleh memprotes hidangan daging haram yang dihidangkan di majlis membabitkan Melayu Islam (serta Islam lain) walaupun membuat ketetapan Islam tidak boleh memakannya.



"Hidang tidak apa dan ini (berlaku) kerana ketiadaan kuasa (di kalangan Melayu)," katanya semasa berucap merasmikan Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah di Bangi, dekat sini hari ini.



Seterusnya, Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mengingatkan supaya masyarakat Islam merebut kekayaan negara serta menguruskan kekayaan itu kerana kekuatan ekonomi boleh menyelamatkan agama.



Sebagai contoh, katanya, banyak negara Arab yang mempunyai kekayaan hasil minyak tetapi gagal menjananya semula sehingga menyimpan wang dalam bentuk rizab bon di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).



Bagaimanapun menurut beliau, AS yang kini mempunyai hutang terkumpul bernilai AS$14 trilion dikhuatiri tidak mampu membayar rizab bon negara-negara Arab berkenaan.



"Miskin itu kufur dan pegangan (agama) juga boleh jadi lemah," ujarnya.



TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

• Melayu hilang kuasa 10 tahun lagi

Khamis, 13 Oktober 2011

PERKARA KECIL JANGANLAH DIBESAR-BESARKAN....

Kedutaan Malaysia diserang

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada peserta demonstrasi berhimpun di luar pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia semalam. - Utusan/Sharuddin Mustafa
--------------------------------------------------------------------------------
JAKARTA 12 Okt. - Jika tahun lalu, pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dilempar najis, hari ini ia sekali lagi menjadi mangsa kebiadaban penunjuk perasaan.

Aksi tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan, Forum Betawi Rempug (FBR) mencetuskan ketegangan sehingga menyebabkan lampu pecah serta kerosakan di pagar bangunan tersebut di Jalan Rasuna Said di sini.

Perhimpunan yang berlangsung selama sejam setengah bermula pukul 1 tengah hari itu menyaksikan betapa liarnya sikap sebahagian daripada 650 penunjuk perasaan.

Tindakan tidak bertamadun penunjuk perasaan itu juga turut mencederakan sembilan anggota polis Indonesia selepas terkena balingan objek seperti batu, kayu dan buluh yang berusaha mengawal keadaan genting itu.

Penunjuk perasaan itu berhimpun di depan Kedutaan Besar Malaysia untuk menyatakan bantahan terhadap Malaysia yang kononnya didakwa mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat.

Para penunjuk perasaan yang dipimpin oleh Pengarah FBR, Edwan Hamidy itu turut membawa sepanduk bertulis 'FBR siap mengajari Malaysia cara-cara menjadi negara yang baik'.

Tidak ketinggalan, pelbagai kata-kata kurang manis diucapkan oleh beberapa pemimpin tertinggi FBR yang secara jelas mengecam dan menghina negara Malaysia.

Aksi tunjuk perasaan FBR itu sebenarnya tidak memberikan sebarang manfaat kepada organisasi berkenaan kerana hasrat untuk menyampaikan nota bantahan berkenaan tidak dilayan oleh pejabat Kedutaan Besar Malaysia.

Pejabat Kedutaan Besar Malaysia mempunyai sebab untuk tidak menerima sebarang nota bantahan itu memandangkan dakwaan FBR kononnya Malaysia menceroboh kedaulatan wilayah mereka tidak pernah berlaku.

Kemuncak kemarahan penunjuk rasa itu terjadi apabila penunjuk perasaan berkeras untuk memacakkan bendera FBR di pagar bangunan pejabat Kedutaan Besar Malaysia.

Polis yang cuba menghalang tindakan berkenaan dirempuh oleh sekumpulan penunjuk perasaan itu sehingga mencetuskan kacau-bilau.

Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta yang terlibat dalam demonstrasi itu kerana tindakan melampau mereka.

Isu ini tercetus berikutan kenyataan Naib Ketua Komisi 1, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), T.B. Hasanuddin yang mendakwa, Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu.

Susulan itu, empat menteri Indonesia menafikan dakwaan berkenaan yang disifatkan tidak memiliki sebarang asas yang kukuh.

Menteri Koordinasi Politik, Undang-Undang dan Hubungan Keselamatan, Djoko Suyanto bersama-sama dengan Menteri Luar, Marty Natalegawa, Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi dan Menteri Pertahanan, Purnomo Yusgiantoro tampil mempertahankan Malaysia

"Tidak timbul sebarang pertikaian sempadan antara Indonesia dan Malaysia kerana kedua-dua negara merujuk pada perjanjian persefahaman yang dibuat semasa era pemerintahan Belanda dan British pada tahun 1891, 1915 dan 1928," kata Marty Natalegawa pada sidang media itu.

Berdasarkan rekod sejarah, perjanjian yang ditandatangani antara Belanda dan Inggeris yang masing-masing menjajah Indonesia dan Malaysia, kata sepakat dicapai berhubung batas garis sempadan kedua-dua negara itu.

Sejak sekian lama kedua-dua Indonesia dan Malaysia sentiasa mematuhi perjanjian berkenaan dan tidak pernah ada sebarang pertikaian yang dibuat. - Utusan

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
• Kedutaan Malaysia diserang
• Malaysia akan minta penjelasan Indonesia
• Malaysia cadang tubuh Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia

• Sultan Kelantan pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-225

Selasa, 11 Oktober 2011

Al Fatihah untuk Allahyarham Ahmad Jais....

Ahmad Jais meninggal dunia akibat penyakit lelah






11/10/2011 11:09am

SHAH ALAM 11 Okt. – Penyanyi terkenal era 60-an, Datuk Ahmad Jais meninggal dunia pukul 9.20 pagi ini akibat kesukaran bernafas ketika dirawat Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar DEMC di sini.

Jenazah akan dimandikan di Masjid Negeri di sini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Seksyen 21. - Utusan

Ahad, 9 Oktober 2011

TUNGGU SAJA....

Bubar Parlimen bila-bila masa

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

rodelio.taucan@utusan.com.my


Ahmad Zahid Hamidi (tiga dari kanan) bersama Mustapa Mohamed (empat dari kanan), Ahmad Maslan (dua dari kanan) dan Awang Adek (kanan) serta para pemimpin dan anggota Barisan Nasional melaungkan 'Gelombang Merah' pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Kelantan di Kota Bharu semalam. - MINGGUAN/ROSNI MASRI
--------------------------------------------------------------------------------
KOTA BHARU 8 Okt. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memaklumkan tarikh akhir pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013 sekiranya tiada pilihan raya umum diadakan sebelum itu.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata, Parlimen akan dibubarkan secara automatik pada tarikh tersebut kerana mandat rakyat kepada kerajaan masa kini untuk memerintah telah berakhir.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum pada bila-bila masa sahaja. Bagaimanapun sekiranya sehingga 24 April 2013 Parlimen masih tidak dibubarkan, maka secara automatiknya parlimen terbubar pada tarikh itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Kelantan di Terminal Agribisnes Negara (Teman) di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Majlis penerangan tersebut dihadiri lebih 6,000 orang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan, kakitangan awam dan rakyat Kelantan.

Noordin berkata, selepas tarikh tersebut, SPR akan segera memainkan peranan untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Mengulas mengenai penggunaan dakwat kekal, beliau berkata, SPR masih mengkaji kebaikan dan keburukan penggunaan bahan itu termasuk menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"SPR masih mengkaji cadangan itu, kalau Majlis Fatwa kata ia telus air dan tiada unsur haram yang memudaratkan seperti memedihkan mata atau menyebabkan batuk, maka dakwat itu boleh digunakan.

"Bagaimanapun, sekiranya kajian mengatakan ia haram sehingga tidak telus air untuk berwuduk, maka kita akan mengambil keputusan untuk tidak melaksanakannya," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, SPR tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan pengundi dari satu kawasan Parlimen ke Parlimen lain seperti yang didakwa pihak pembangkang.

Tegasnya, SPR tidak mempunyai kuasa dalam undang-undang negara untuk melakukannya melainkan atas permohonan pengundi itu sendiri.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
• Bubar Parlimen bila-bila masa
• UMNO mahu menang, bangunkan Kelantan
• Manoharan bebas hukuman gantung enam bulan, Guan Eng tiada tindakan
• Hudud: Pas tidak perlu ulangi gendang lama

Khamis, 6 Oktober 2011

PAS PATUT BERSATU DENGAN UMNO SAJA....

Bertelagah: “Perkahwinan” pembangkang di Perak goyah


06/10/2011 7:33pm

IPOH 6 Okt. – Kemelut dalaman DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini yang berpunca daripada pertelagahan berhubung isu pembahagian kerusi membuktikan “perkahwinan” pakatan pembangkang semakin goyah dan tidak mampu membina kerajaan yang kukuh.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pergeseran pakatan pembangkang dalam isu tersebut semakin jelas apabila masing-masing mahu dilihat dominan dalam mengejar tampuk kuasa menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Ia mengenai perkahwinan mutaah. Semua mahukan kuasa, semua mahu melihat apa juga kemungkinan untuk berkuasa, masing-masing mahu dilihat dominan dan akhirnya mereka bertelagah sesama sendiri.

“Situasi ini semakin ketara terutamanya di Perak apabila mereka semakin berdepan kesukaran untuk memutuskan soal pembahagian kerusi,'' katanya kepada pemberita selepas Program Selamat Pagi Bersama Dr. Zambry di Perakfm di sini hari ini.

DAP dan Pas dikatakan sedang berusaha melobi beberapa kerusi yang ditandingi PKR pada pilihan raya umum lalu termasuk Changkat Jering dan Behrang yang kedua-dua wakil rakyatnya keluar parti sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak.

DAP pula mengintai peluang untuk bertanding di Chenderiang, satu lagi kerusi yang ditandingi PKR dan kini disandang Ketua Pemuda MCA negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Bagaimanapun, kepimpinan PKR negeri bertegas mahu pakatan pembangkang menghormati formula pengagihan kerusi yang diputuskan dalam pilihan raya umum lalu. - Utusan

KOMEN OSMAN DOL: SEMOGA MEREKA BERCERAI.....

Isnin, 3 Oktober 2011

APA KATA TAN SRI HARUSSANI - MUFTI PERAK.

Kukuhkan dahulu Islam agama Persekutuan

IPOH 2 Okt. – Kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan perlu diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum mana-mana pihak mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ia dapat dilakukan di peringkat Kerajaan Pusat dengan memperkasakan Perlembagaan sebagai institusi perundangan tertinggi negara.

Beliau berkata, senario semasa menunjukkan banyak isu melibatkan kepentingan Islam tidak dapat ditangani walaupun Perlembagaan jelas meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara kerana Islam hanya dilaksanakan di peringkat negeri pada masa ini.

‘‘Dalam Perlembagaan, agama lain tidak boleh disebarkan kepada orang Islam tetapi apa tindakan Kerajaan Persekutuan dan polis. Apabila tidak ada undang-undang yang kukuh, inilah yang berlaku, orang tidak hormat Islam.

‘‘Begitu juga dalam perbicaraan melibatkan konflik antara Islam dan agama lain. Islam mesti diutamakan tetapi kenapa agama lain diutamakan? Sebab pentadbiran Persekutuan tidak laksana,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harussani juga menegaskan bahawa mata pelajaran Pengajian Islam perlu diwajibkan kepada semua pelajar di sekolah sebagai antara usaha memperkukuhkan kedudukan Islam di negara ini.

Di samping itu, beliau menggesa supaya perkara-perkara utama lain dalam Perlembagaan seperti kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, raja-raja Melayu dan bahasa Melayu mesti diperkukuhkan.

‘‘Sekarang, kebanyakan surat perjanjian ditulis dalam bahasa Inggeris, malah peguam juga menggunakan bahasa Inggeris dalam mahkamah seolah-olah Malaysia ini negara orang putih.

‘‘Bahasa Melayu sudah tidak ada nilai di negara ini sedangkan bahasa Melayu dulu diguna pakai di seluruh Kepulauan Melayu dan Asia. Kita sendiri yang merendahkan bahasa,” katanya.

Dalam pada itu, Harussani melahirkan rasa kecewa beliau terhadap sikap dingin yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia semasa menyambut Hari Kemerdekaan baru-baru ini.

‘‘Semua orang patut wajib menyambut Hari Kemerdekaan sebagai sebuah parti dan mereka yang tidak mengambil bahagian adalah tidak patriotik. Yang mengecewakan, yang menyambut 99 peratus adalah Melayu, seolah-olah merdeka ini milik kerajaan,” ujarnya.

OSMAN DOL: BIAR AHLI AGAMA BINCANGKAN PERKARA INI....

Ahad, 2 Oktober 2011

ALHAMDULILLAH....

Jenayah seluruh negara menurun


Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

pengarang@utusan.com.my


MuhyidDin Yassin, Hishammuddin Tun Hussein, Abu Seman Yusop (kiri) dan Ismail Omar menyempurnakan perasmian Hari Terbuka PDRM 2011 di Kuala Lumpur, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Kadar indeks jenayah antara Januari hingga Ogos tahun ini menurun sebanyak 23.6 peratus, manakala indeks jenayah jalanan pula berkurang sebanyak 39.7 peratus berbanding 2009.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penurunan itu berjaya dicapai hasil perancangan dan perlaksanaan rapi serta tersusun melibatkan kerjasama padu seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pelbagai peringkat.

''Saya sedar kejayaan ini bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi untuk menampakkan hasil dalam tempoh yang singkat.

''Namun ia berjaya dicapai hasil komitmen semua pihak di PDRM dari peringkat pengurusan sehinggalah kepada anggota-anggota yang menjalankan operasi harian," katanya ketika berucap pada Hari Terbuka PDRM 2011 dan Hari Kesedaran Jenayah di sini hari ini.

Turut hadir ialah bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyarankan PDRM menimbangkan potensi penggiliran pegawai dalam tugasan komuniti (community policing) bagi memperluaskan pendedahan kepada semua anggota polis terhadap kaedah mesra rakyat yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Kata beliau, PDRM mungkin boleh memberikan lebih banyak peluang kepada anggota polis dalam tugas-tugas berbentuk pencegahan berbanding semata-mata penguatkuasaan.

''Ini supaya hubungan dengan orang awam dalam rangkaian masyarakat setempat itu boleh terjalin dengan lebih kukuh dan akrab.

''Hubungan yang kukuh ini adalah asas perkongsian pintar yang dapat membantu mengenal pasti jenayah secara pencegahan awal dan melaksanakan strategi terbaik untuk mengatasinya," katanya.

Rabu, 28 September 2011

PEMBUNUH KEJAM...

BERITA UTAMA Wanita warga emas dibunuh kejam

Oleh ANGELINA SINYANG

pengarang@utusan.com.my

ANAK S. Danaletchemee terduduk sedih dan terpaksa ditenteramkan oleh salah seorang saudaranya selepas mengetahui ibunya dibunuh kejam di rumah mereka di Semenyih, semalam. – UTUSAN/SITI RAFEAH AZANAN

--------------------------------------------------------------------------------

HULU LANGAT 27 Sept. – Sekumpulan penjenayah bertindak kejam apabila tanpa belas kasihan mencampak seorang wanita warga emas ke dalam kolah air selepas menikam dan memukul mangsa sampai mati dalam kejadian samun di sebuah rumah di Kampung Pasir Baru, Jalan Sungai Lalang, Semenyih di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, suspek yang dipercayai lebih daripada seorang sempat membersihkan kesan darah di atas lantai dan pada senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa bagi mengelak perbuatan mereka dikesan.

Suspek mengambil kesempatan memasuki rumah mangsa, S. Danaletchemee, 64, semasa wanita warga emas itu tinggal bersendirian, manakala seorang anak lelaki, menantu serta tiga cucunya masing-masing keluar bekerja dan bersekolah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, kejadian pembunuhan itu disedari anak lelaki mangsa yang tinggal bersamanya apabila pulang ke rumah pada pukul 11 pagi.

“Tiba di rumah, anak lelaki mangsa terkejut mendapati keadaan dalam rumah mereka berselerak dan menemui ibunya sudah tidak bernyawa dalam kolah air di bilik mandi.

“Polis yang menjalankan siasatan menemui satu kesan tikaman di leher dan hentakan di dahi mangsa yang disyaki menjadi punca kematiannya,” kata Ab. Rashid kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata, anggota polis forensik yang menyiasat tempat kejadian pula menemui masing-masing sebilah parang dalam bilik air dan pisau dalam laci yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.

Menurutnya, kedua-dua senjata tersebut tiada kesan darah dipercayai sudah dicuci oleh suspek, malah penjenayah turut membersihkan kesan-kesan darah yang berlumuran di atas lantai.

Katanya, mangsa dibunuh di bilik tengah sebelum mayatnya diseret ke bilik air dan dicampak dalam kolah.

“Kita tidak menolak kemungkinan suspek terlibat dalam jenayah ini adalah individu dikenali oleh mangsa kerana tiada kesan pecah masuk dan pergelutan berlaku di rumah tersebut,” katanya.

Beliau memberitahu, semasa insiden pembunuhan berlaku, sekumpulan pekerja kebetulan sedang membuka khemah di hadapan rumah mangsa tetapi mereka mendakwa tidak menyedari kejadian itu.

Ab. Rashid berkata, setakat ini, pihaknya belum dapat mengenal pasti barang-barang yang dilarikan suspek dari rumah terbabit kerana semua ahli keluarga mangsa tidak boleh memberi keterangan disebabkan terlalu sedih dan terkejut.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Hirdawati Isa melalui talian 03-87362222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sementara itu, seorang menantu kepada Danaletchemee, M. Murugun, 35, ketika ditemui memberitahu, keluarganya juga mengesyaki suspek yang membunuh ibu mertuanya adalah individu dikenali dan mungkin pernah datang ke rumah itu semasa mereka mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan seorang anak saudaranya pada Sabtu lalu.

PEMBUNUH ITU ORANGKAH ATAU BINATANG?

Khamis, 22 September 2011

Putar, putar, putar.....

Mat Sabu nafi fitnah isu komunis


Oleh Amin Ridzuan Ishak dan Petah Wazzan Iskandar

bhnews@bharian.com.my

2011/09/22


MAT SABU ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Butterworth, semalam.Timbalan Presiden PAS pula tuduh BN jadi dalang, bawa kes ke mahkamah

BUTTERWORTH: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, yang mengaku tidak bersalah atas dakwaan memfitnah anggota polis serta keluarga mereka yang mempertahankan diri ketika diserang komunis di Balai Polis Kepong pada 1950 dalam ceramahnya bulan lalu, menuduh kerajaan terpaksa menghadapkannya ke mahkamah selepas gagal memberi penjelasan kukuh berhubung fakta sejarah sebenar. Mohamad, 57, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata beliau tidak terkejut dengan pendakwaan ke atasnya, malah yakin akan memenangi kes itu kerana kebenaran akan terserlah. “Saya tidak terkejut dengan tindakan ini kerana untuk menghentikan isu ini, Barisan Nasional (BN) yang mendalangi isu ini mengambil jalan membawa kes ini ke mahkamah,” katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Terdahulu, dalam prosiding di depan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin, Mat Sabu mengaku tidak bersalah atas dakwaan memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri ketika diserang pengganas komunis di Balai Polis Kepong pada 23 Februari 1950 dalam ceramahnya, bulan lalu dan memohon untuk dibicarakan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai di antara jam 10 malam hingga 12 tengah malam, 21 Ogos lalu di depan Pusat Asuhan Tadika Islam (PASTI) Al-Fahmi, Markas Tarbiyah PAS, Padang Menora, Tasek Gelugor.

Bagi pertuduhan alternatif yang dibuat mengikut seksyen sama, Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Konstabel Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada masa serta tempat yang sama.

Ikmal Hishan menetapkan 27 Oktober ini bagi sebutan semula, manakala 5 hingga 9 Disember sebagai tarikh perbicaraan dan mengenakan ikat jamin berjumlah RM15,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya terdiri daripada Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusoff dan Suhaimi Ibrahim, manakala Mat Sabu diwakili peguam, Hanipa Maidin serta Aminuddin Zulkifli.

Dalam prosiding itu, Mohamad Hanafiah memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM50,000 tetapi Ikmal Hishan menetapkannya RM15,000 selepas Hanipa membuat rayuan.

Pada majlis lain, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, tindakan menahan pemimpin pembangkang itu dibuat berdasarkan lebih 1,000 laporan polis oleh pelbagai pihak yang menganggap dakwaan Mat Sabu adalah berbentuk fitnah dan perlu disiasat.

Komen AndaGuna Facebook id anda.

Komen Osman Dol: Lu buat kecuh....BN pulak yang lu salahkan....mana ada patut...

Isnin, 19 September 2011

DARI UTUSAN...

Biadab, kurang ajar hina Jalur Gemilang


KUALA LUMPUR 18 Sept. - Biadab dan kurang ajar.



Itu reaksi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang menegaskan bahawa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang.



Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata, penghinaan terhadap panji negara itu adalah cubaan pembangkang untuk menerap ideologi komunis moden terhadap generasi muda demi mencapai matlamat untuk memecah-belahkan bangsa Malaysia.



Justeru, beliau secara sinis 'mempersilakan' ADUN DAP itu untuk meninggalkan negara ini secara hormat dan memulangkan taraf kewarganegaraan yang dimiliki jika tidak bersetuju dengan setiap perkara yang menjadi lambang dan identiti negara Malaysia.



"Mereka (DAP) semakin kurang ajar dan mereka inilah pengkhianat negara yang sepatutnya tidak layak duduk di muka bumi Malaysia ini.



"Kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya kerana mereka dilihat mempunyai agenda tersusun untuk mencucuk minda masyarakat melalui penghinaan demi penghinaan secara halus," katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.



Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohd. Rapiee pula berkata, kenyataan terlampau Manoharan itu tidak boleh dipandang enteng kerana sanggup menjatuhkan maruah negara melalui penghinaan cukup besar terhadap Jalur Gemilang.



Justeru, DAP perlu segera membuat pendirian rasmi terhadap Manoharan dengan bertindak melucutkan jawatan beliau sekiranya parti itu benar-benar berjuang demi negara.



Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli pula menganggap Manoharan seolah-olah seorang pendatang asing yang baru tiba di Malaysia apabila 'terkejut' dengan rupa bentuk bendera yang dikatakan meniru bendera AS.



"Satu demi satu fakta sejarah mahu diubah dan dipertikaikan pembangkang. Jika kerajaan tidak menangani isu sebegini secara bijak, saya percaya tidak lama lagi ramai rakyat negara ini sakit jiwa dengan permainan politik mereka," katanya.



Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, tindakan Manoharan itu menunjukkan matlamat pembangkang adalah untuk membuang identiti kebangsaan negara serta membuka ruang untuk budaya asing menyelinap masuk.



"Sekiranya pembangkang memerintah satu hari nanti, tidak mustahil bagi mereka untuk membuang identiti kebangsaan negara ini yang telah dibina melalui keringat nenek moyang serta kepimpinan kita terdahulu."

Ahad, 18 September 2011

MEREKA TAK OK ITU BAIARKANLAH...KITA TINGGALKAN DIA.

Bisik-Bisik Mingguan - AWANG SELAMAT


Realiti baru

Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menerima reaksi yang pelbagai. Ramai yang positif dan menyambut baik sambil menyifatkan ia langkah pembaharuan yang berani daripada Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Tidak kurang yang skeptikal dan lahirkan kebimbangan kerana ISA dilihat masih relevan di Malaysia. Ada juga yang marah.

Awang ada pandangan sendiri. Memang apa yang dirintis oleh Najib kena pada masanya. Kita harus melihat ke hadapan dalam realiti baru dunia hari ini. Lambat laun pembaharuan akan tetap berlaku. Negara tidak boleh selamanya berada di takuk lama. Era sekarang menuntut lebih keterbukaan dan kerajaan moden perlu cekap mengurus risiko tanpa bergantung kepada undang-undang seperti ISA.

Tetapi pandangan orang seperti Awang tidak penting. Yang perlu digarap ialah maklum balas dan pemikiran rakyat, badan-badan bukan kerajaan (NGO), pasukan keselamatan, ahli akademik, kakitangan awam dan pelbagai kelompok lain.

Pada peringkat ini, biarlah rakyat memberikan apa sahaja reaksi dan input. Kita semua harus ada keberanian untuk mendengar sebarang bentuk komen.

Jika dilayari Internet, terdapat reaksi negatif yang juga perlukan perhatian dan renungan. Perspektif mereka tidak boleh ditolak begitu sahaja. Golongan ini tidak boleh dibiarkan merajuk. Apatah lagi, mereka merupakan pihak yang selama ini kuat menyokong kerajaan.

Awang berpendapat pengumuman pemansuhan ISA perlu disusuli dengan penjelasan yang menyeluruh daripada kementerian dan agensi berkaitan. Jika tidak, ia akan membawa salah pengertian dan membentuk persepsi negatif terhadap kepimpinan dan kerajaan.

Perubahan drastik seperti pemansuhan ISA menuntut kekuatan penerangan dan penjelasan. Sesuatu yang baru, mengambil masa untuk diterima dengan baik. Awang percaya sebahagian besar suara yang membantah dan meragui langkah tersebut, boleh bertukar positif menerusi lebih banyak pertemuan dan dialog.

Berdasarkan pengamatan, ramai yang masih tidak jelas kebijaksanaan di sebalik pemansuhan ISA dan kekuatan dua undang-undang baru yang akan diperkenal bagi menghadapi ancaman keselamatan.

Ada juga hujah yang melihat tindakan memansuhkan ISA merugikan politik orang Melayu. Selain itu, kerajaan dituduh asyik tunduk kepada aspirasi politik kaum lain sedangkan tiada jaminan mereka akan melonjakkan sokongan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Bagi Awang, ia mempunyai hikmah tersendiri. Batas psikologi orang Melayu perlu dipecahkan agar jangan terlalu gundah dengan pembaharuan. Pemansuhan ISA juga seharusnya mendorong orang Melayu lebih agresif dalam politik. Sejak kebelakangan ini, kaum bukan Melayu bukan sahaja bijak berpolitik malah lebih bersatu dan lantang. Suara minoriti menjadi seperti majoriti sehingga akhirnya mampu mencorakkan persekitaran baru politik tanah air. Pemansuhan ISA dan beberapa perubahan lain termasuk pindaan kepada Akta Mesin Cetak adalah isyarat keterbukaan buat semua, bukannya kelompok atau kaum tertentu sahaja.

Apa pun, Najib terbukti komited melaksanakan transformasi politik menerusi pengumuman menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September. Ketika ketua pembangkang, Anwar Ibrahim dikenang dengan peristiwa 16 September iaitu isu bercakap bohong, Najib tunaikan janji untuk membawa Malaysia ke dimensi yang baru. Reaksi Anwar bahawa keputusan itu adalah hasil perjuangan beliau, sudah boleh dijangka. Beliau akan manipulasi apa sahaja isu. Najib telah membuktikan keberaniannya untuk melakukan transformasi. Anwar pula asyik beretorik selain menjebak diri dengan isu moral yang serius. Malah untuk bersumpah laknat dan memberikan keterangan bersumpah di mahkamah, juga tidak berani. Bagaimana mahu menggerakkan transformasi jika diri sendiri menyimpan ketakutan luar biasa?

Ohhh Mat Sabu

Sejak memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas dalam persaingan tiga penjuru, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu, menjadi bahan kontroversi.

Dari awal lagi kemenangan beliau mencetuskan rasa kurang selesa di kalangan sebahagian pemimpin dan ahli parti.

Tidak lama selepas itu muncul satu demi satu isu. Mat Sabu didakwa oleh pihak berkuasa bercakap bohong kononnya beliau dilanggar oleh kenderaan polis ketika kekecohan perhimpunan haram di Kuala Lumpur 9 Julai lalu.

Rakaman video polis menjadi bukti tetapi Mat Sabu tetap pertahankan dakwaannya.

Kemudian muncul isu bil rawatan beliau yang cedera semasa perhimpunan itu dibiayai oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP). Mat Sabu adalah ahli lembaga pengarah PBAPP. Banyak pihak persoalkan kewajaran pembiayaan bil rawatan lebih RM8,400 kerana Mat Sabu cedera akibat menyertai aktiviti salah di sisi undang-undang, yang bertentangan dengan amalan korporat. Sedangkan kakitangan biasa syarikat tersebut tidak ditanggung kos rawatan jika bersangkutan kecederaan atau sakit daripada aktiviti haram. Ada yang melihatnya sebagai isu penyelewengan wang PBAPP.

Lebih panas lagi ialah kenyataan beliau menghina pejuang Bukit Kepong yang mati terkorban dalam tragedi itu dan sebaliknya mengherokan Mat Indera, salah seorang anggota pengganas komunis.

Sebanyak 1,265 aduan polis ke atas Timbalan Presiden Pas itu telah dibuat di seluruh negara. Awang macam tak percaya dengan kemarahan dan bantahan pelbagai pihak serta orang ramai terhadap beliau.

Setakat ini, tiada sepatah pun permohonan maaf daripada beliau menyebabkan Pas turut menanggung akibatnya. Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap pemaaf tetapi bagaikan tidak layak mendapat kemaafan daripada Mat Sabu. Sedangkan teras kenyataan beliau yang boleh diikuti menerusi video di Internet, bercanggah dengan fakta sejarah. Kalau di negara lain, para pemimpin yang terlanjur kata atau tersilap fakta berani mengakui segera kesilapannya.

Belum pun reda, satu lagi isu lama terbongkar dalam blog. Kali ini melibatkan apa yang didakwa oleh beberapa pengendali blog, percakapan seks menerusi telefon bersama seorang wanita.

Rakaman perbualan itu mendapat perhatian meluas. Setahu Awang, belum ada sebarang pengakuan atau penafian daripada Mat Sabu. Beliau mengambil sikap berdiam dan enggan mengulas, yang menjadikan isu itu lebih memikat.

Awang tidak berhajat komen panjang lebar. Sama ada kita suka atau tidak, itulah pemimpin yang menjadi sandaran Pas. Menyebut nama beliau sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja tersenyum sinis, marah mahupun hairan kebingungan. Dia punya ‘kehebatan’ tetapi dengan cara berlainan.

Bendera Amerika?

Ketika isu penghinaan Mat Sabu ke atas pejuang negara masih menjadi bahan bualan, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Shah Alam (DAP), M. Manoharan membuka perhatian baru.

Beliau mendakwa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa pada pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan Manoharan dibuat menerusi Facebook miliknya kelmarin, mengundang bantahan banyak pihak termasuk rakan-rakannya dalam laman sosial itu.

Awang naik bosan dengan tindakan seorang demi seorang pemimpin pembangkang menghina negara. Fakta sejarah dirobek, pengganas diagungkan, batik Malaysia diperlekeh dan pelabur dihasut jangan menanam modal di tanah air kita.

Kali ini, bendera pula menjadi sasaran. Hujah Manoharan bahawa Jalur Gemilang meniru bendera Amerika Syarikat adalah dangkal. Lebih bahaya keghairahan untuk menukar bendera itu boleh memberi isyarat bahawa DAP akan menukar banyak lagi perkara termasuk asas kenegaraan seperti perlembagaan.

Bagaimanapun setelah menerima tekanan agar menarik balik kenyataannya, Manoharan memohon maaf sambil menyatakan bahawa dia warga yang patriotik.

Ketika Mat Sabu tetap berdegil enggan memohon maaf atas keceluparannya, Manoharan mengambil jalan keluar lebih bijak. Setidak-tidaknya beliau berani bertanggungjawab dan sensitif kepada respons orang ramai.

Pada Awang, dakwaan dan kenyataan Mat Sabu jauh lebih serius berbanding Manoharan. Dalam hukum psikologi memohon maaf selepas melakukan kesilapan tidak akan menjatuhkan maruah seseorang, sebaliknya dilihat sebagai tindakan mulia. Apatah lagi pemimpin perlu bertanggungjawab kepada rakyat. Nampaknya banyak lagi yang Mat Sabu perlu belajar.

KOMEN OSMAN DOL: Kadang2 terasa sedih juga...buat baik pun tak guna kalau tak sealiran politik dengaan mereka....

Jumaat, 16 September 2011

GUA CAYA LULAH NAJIB...

Keputusan mansuhkan ISA: Zaid mohon maaf pada PM


16/09/2011 3:23pm

KOTA BHARU 16 Sept – Bekas menteri Kabinet, Datuk Mohd Zaid Ibrahim hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana suatu ketika dahulu beliau tidak pernah yakin dengan keupayaan Najib untuk melakukan sesuatu termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mohd Zaid berkata, ternyata pandangan beliau terhadap Najib adalah meleset sama sekali apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan akta berkenaan semalam.

"Saya dahulu tidak yakin Najib mempunyai keberanian untuk membuat sesuatu yang besar dan hari ini saya minta maaf pada Perdana Menteri kerana akhirnya sanggup berbuat sesuatu yang bermakna dan besar untuk memansuhkan ISA ini.

"Saya sifatkan ini sebagai satu hadiah kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini.

Semalam, Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan mana-mana individu semata-mata kerana ideologi politik.

Mohd Zaid yang kini Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) berkata, apa yang dilakukan Najib itu telah memberi nafas baru kepada istilah demokrasi untuk terus subur di negara ini. – Bernama

Khamis, 15 September 2011

MARI SAMA-SAMA KITA FIKIR....

Tentang golongan tolak perpaduan
Oleh SAIFULIZAM MOHAMADpengarang@utusan.com.my


Sulaiman Saloomi
KUALA LUMPUR 14 Sept. - Golongan yang menolak perpaduan termasuk mereka yang mengaku alim perlu ditentang kerana tindakan tersebut amat jelas berlawanan dengan al-Quran dan hadis yang menyuruh umat Islam bersatu-padu.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi berkata, bagi mereka yang arif dalam agama tetapi menolak perpaduan, pendirian tersebut jelas bukan disandarkan kepada ajaran Islam sebenar, sebaliknya hanya sekadar pendapat peribadi.

Ini kerana, menurutnya, Islam tidak pernah menyuruh umatnya berpecah-belah, sebaliknya umatnya diperintahkan supaya bersatu-padu seperti yang dinyatakan menerusi al-Quran dan hadis.

Beliau berkata, umat Islam harus sedar tanpa perpaduan ia akan memudahkan tugas musuh-musuh Islam yang selama ini sentiasa berusaha memecah-belahkan lagi masyarakat supaya negara akhirnya menjadi porak-peranda.

"Ingat, di luar sana terdapat musuh-musuh Islam yang terdiri daripada golongan kafir musyrik serta fahaman tertentu seperti Syiah yang sentiasa menunggu peluang untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

"Oleh itu, saya amat mengharapkan umat Islam di Malaysia mengekalkan perpaduan tanpa mengira mazhab mahu pun pendirian politik agar negara ini terselamat daripada sebarang bencana serta mala petaka akibat perpecahan," katanya kepada Utusan Malaysia di Bangi, hari ini.

Sheikh Sulaiman juga adalah pensyarah di Universiti Ummul Qura, Mekah selain memegang jawatan sebagai Ketua Majlis Pentadbiran Pejabat Dakwah dan Kesedaran Islam di Mekah.

Beliau merupakan pakar dalam fahaman Syiah dan bidang kajiannya ketika mengambil sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) juga berkaitan dengan fahaman itu.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram itu berada di negara ini sejak Jumaat lalu sempena lawatan peribadi beliau selama lapan hari.

Menurut Sheikh Sulaiman, golongan menolak perpaduan akan menerima hukuman berat yang bukan sahaja ditanggung oleh mereka, malah pengikut sehingga hari kiamat kerana menentang arahan Allah.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, setiap umat Islam di Malaysia secara umumnya wajib mempertahankan negara ini daripada sebarang anasir yang cuba merosakkan keamanan dan keharmoniannya.

Katanya, bagi golongan seperti pemimpin politik, ulama, media, golongan profesional serta mana-mana pihak berpengaruh dalam masyarakat pula, hukumnya adalah fardu ain.

"Secara peribadi, saya gembira melihat suasana Islam di Malaysia. Di negara ini terdapat organisasi berteraskan Islam seperti Lembaga Tabung Haji dan begitu juga dengan pelaksanaan sistem kewangan Islam.

"Syariat Islam juga berkembang dengan baik. Universiti-universiti berteraskan Islam juga wujud di negara ini. Selain itu, sistem pembelajaran Islam di Malaysia juga boleh dianggap maju ke hadapan. Di sini juga tidak kurang banyaknya buku-buku yang membicarakan tentang Islam," katanya.

Beliau berkata, perkembangan Islam tidak akan berlaku jika suasana di Malaysia tidak berada dalam keadaan baik serta stabil.

"Nasihat saya pelihara negara ini baik-baik, ia satu amanah yang wajib dilaksanakan. Kekalkan perpaduan dan elakkan perpecahan.

"Musuh-musuh Islam sentiasa mencari peluang untuk memporak-perandakan umat dan perkara ini perlu diawasi bagi memastikan Islam di Malaysia sentiasa terpelihara," katanya.

Selasa, 13 September 2011

MALULAH SIKIT....AWAK SIAPA?

Muhyiddin tidak akan berdebat dengan Mat Sabu


2011/09/13

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak akan berdebat dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengenai isu pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa individu yang layak berdebat dengan Mohamad Sabu adalah pakar-pakar sejarah dan bukannya beliau. Ditanya mengenai tindakan saman yang akan dibuat oleh Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekiranya beliau enggan menyahut cabarannya, Muhyiddin berkata: "Tak apalah, saya tunggulah dia saman saya." Muhyiddin, yang sebelum itu menghadiri majlis Tawaran Baru kepada Pengetua (Sekolah Menengah) dan Guru Besar (Sekolah Rendah) Bidang Kerberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 2010 di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara di sini berkata, Mat Sabu tidak seharusnya memutarbelitkan fakta sejarah demi mengejar cita-cita politiknya kerana sejarah tidak ada kena mengena dengan politik dan apa yang dibangkitkannya boleh memporak-perandakan negara.

"Mat Sabu sebagai seorang pemimpin politik seharusnya menarik balik kenyataannya bahawa pengganas komunis adalah hero sebenar dalam tragedi Bukit Kepong dan meminta maaf secara terbuka," katanya.

Mengenai majlis makan malam beliau bersama Setiausaha Agung Parti Komunis Republik China, Sun Zhenglai malam ini, Muhyiddin berkata, hubungan diplomatik Malaysia dengan China adalah baik dan Malaysia menghormati pandangan ideologi negara itu.

"Malaysia tidak mengkritik China kerana berfahaman komunis tetapi mengutuk tindakan kejam pengganas komunis sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dahulu.

"Hubungan dua hala Malaysia dan China adalah penting kerana negara itu menjalinkan hubungan dalam sektor perniagaan, dalam perdagangan, perindustrian dan pelbagai sektor lain," katanya.

Beliau berkata, Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya pun turut menjalin hubungan diplomatik dengan China.

"Maka kita perlu pragmatik dalam perkara ini dan tidak menimbulkan isu politik mengenainya," katanya. - BERNAMA

Komen Osman Dol: Siapalah Mat Sabu nak berdebat dengan YAB Timbalan Perdana Menteri, malulah sikit, dengan Khairy Jamaludin pun dia tak layak berdebat. Dia patut berdebat dengan cikgu sejarah sekolah rendah saja....

Isnin, 12 September 2011

MESTI SIASAT...

Siasat segera laporan palsu Anwar



Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pihak polis didesak supaya tidak menunggu kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai di mahkamah sebelum menyiasat sama ada Ketua Pembangkang itu telah membuat laporan palsu bagi menafikan beliau adalah pelaku dalam video aksi seks yang tersebar pada Mac lalu.



Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, ini kerana kes liwat kedua Anwar itu dan isu video seks yang dikatakan membabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah dua perkara yang berbeza.



"Ini (video seks) tiada kena-mengena dengan kes liwat. Siasatan perlu dibuat secepat mungkin kerana jika tidak ia akan mencerminkan bahawa polis menggalakkan masyarakat membuat laporan palsu untuk mengaburi pandangan orang ramai atau demi kepentingan politik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Beliau diminta mengulas desakan banyak pihak supaya polis segera mengambil tindakan terhadap Anwar berikutan laporan palsu yang dikatakan dibuatnya berhubung isu video aksi seks yang dikaitkan dengannya.



Puteri UMNO pada minggu lalu membuat laporan polis terhadap tindakan Anwar membuat laporan palsu bagi menafikan penglibatannya dalam video seks yang didedahkan trio Datuk T.



Ini kerana pihak polis berdasarkan bantuan pakar sebelum ini mengesahkan bahawa video seks tersebut adalah 99.9 peratus tulen.



Choo Keong berkata, siasatan terhadap kes itu perlu supaya ia dapat dijadikan contoh kepada orang ramai untuk tidak sewenang-wenangnya membuat laporan palsu kepada polis.



"Sebelum ini saya telah mendesak di Parlimen. Jika video itu direka, bukan tulen maka memang ada konspirasi, tapi ia telah dibuktikan tulen oleh polis. Maka memang jelas laporan polis oleh Anwar adalah palsu," katanya.



Sementara itu Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sekali lagi mendesak supaya pihak polis bertindak terhadap Anwar kerana melakukan laporan palsu itu.



"Sudah banyak kali kita mendesak supaya pihak berkaitan mengambil tindakan terhadap Anwar kerana telah dibuktikan bahawa video itu adalah tulen.



"Malah Peguam Negara juga patut bertindak kerana perlakuan Anwar itu adalah salah di sisi undang-undang," katanya.

Ahad, 11 September 2011

JASA WIRA-WIRA BUKIT KEPONG PATUT DISANJUNG - KERAJAAN PATUT MEMBALAS BUDI MEREKA DENGAN MENYUMBANG SEDIKIT HABUAN KEPADA KETURUNAN MEREKA.

(Gambar yang ditangkap semula dair m2 Mingguan Malaysia - inilah dia wajah wira-wira Bukit Kepong)

ORANG yang meanggap komunis itu sebagai pejuang kemerdekaan sebenarnya adalah orang yang paling tidak berotak. Walaupun dia bercakap mungkin kerana ingin main politik tetapi bukan begitu caranya. Kata-kata itu boleh menyentuh kepada banyak pihak, lebih-lebih lagi kepada mereka atau keturunan mereka yang pernah menjadi mangsa kekejaman komunis.

Saya sendiri sebagai bekas anggota PDRM dan pernah terlibat dalam beberapa gerakan memburu komunis di kawasan sempadan agak tersinggung juga perasaan dengan kenyataan orang yang tidak berotak seperti itu.

Kata orang bijak pandai negara ini, Inggeris sebenarnya tidak menjajah kita. Inggeris hanya memberikan naungannya kepada kita. Kerana itu Inggeris juga telah menggunakan askar-askar upahannya untuk berjuang menentang komunis dizaman darurat. Inggeris tidak mejajah dan menekan kita seperti apa yang dilakukan oleh Jepun.

Kalau tidak ada Inggeris mungkin komunis akan bermaharaja-lela di negara ini. Bintang 3 menjadi raja. Tentu banyak orang yang akan dibunuh dan deksa untuk menegakkan fahamannya. Bagi saya, sesiapa yang memuja komunis itu sebenarnya dialah yang komunis...

Sabtu, 10 September 2011

MAT SABU MALU AGAKNYA....

Ibrahim Ali minta Mat Sabu tarik balik kenyataan


2011/09/10

KUALA TERENGGANU: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, diminta menarik balik kenyataan yang dikeluarkan semasa berucap di Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini yang menyanjung perjuangan komunis dan memperlekehkan pasukan keselamatan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, berkata ucapan Mohamad atau Mat Sabu pada majlis itu amat mengelirukan dan secara tidak langsung pemimpin kanan PAS itu dilihat cuba mengubah fakta sebenar sejarah negara. "Mat Sabu tidak perlu takut atau malu untuk menarik balik ucapannya tempoh hari atas alasan terlanjur. Ini kerana 'ular yang menyusur akar, tidak akan hilang biasanya," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agung khas tahunan PERKASA negeri Terengganu di sini hari ini yang turut dihadiri Yang Dipertua PERKASA Terengganu Mohd Lukman Muda.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, amat menyedihkan apabila Mat Sabu membelakangkan perjuangan Datuk Onn serta Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman, yang berjuang membebaskan negara ini daripada British tanpa menumpahkan darah. - BERNAMA

Komen Osman Dol: Orang berilmu tidak sama dengan orang yang berilmu....

Jumaat, 9 September 2011

BERITA DARI BERITA HARIAN....

Anggota polis patah kaki ketika kejar suspek kes ragut

2011/09/09

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis patah kaki dan mengalami komplikasi pendarahan dalaman akibat terjatuh daripada motosikalnya yang ditendang dua suspek kes ragut ketika mengejar mereka, di sini semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata dalam kejadian 1 petang itu, Konstabel Mohd Hafiz Hashim, 23, dan seorang lagi anggota polis menunggang motosikal berasingan, meronda di sekitar Jalan P Ramlee. "Mereka kemudian melihat dua lelaki menaiki sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri apabila ternampak mereka, menyebabkan dua anggota terbabit mengejar," katanya kepada pemberita selepas melawat Mohd hafiz di Hospital Kuala Lumpur, di sini hari ini. Beliau berkata, suspek yang berusia lingkungan 20-an itu bertindak menendang motosikal yang ditunggang Mohd Hafiz menyebabkan motosikal beliau dan juga suspek terjatuh.

Katanya, akibat kejadian itu, seorang daripada suspek mengalami kecederaan di badan manakala rakannya melarikan diri.

"Dengan kerjasama daripada seorang pemandu teksi yang kebetulan berada di kawasan itu, suspek yang cedera berjaya ditahan," katanya.

Mohmad berkata, suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau, kini menerima rawatan di hospital yang sama dan akan ditahan reman.

Katanya, polis juga sudah mengenal pasti identiti seorang lagi suspek dan sedang menjejakinya.

Mengulas perkembangan berkaitan, Mohmad memuji tindakan pemandu teksi tersebut yang membantu polis membanteras jenayah dan berharap lebih ramai orang awam memberi kerjasama serupa. - BERNAMA

Selasa, 6 September 2011

ALHAMDULILLAH...KITA ADA BAPA KEMERDEKAAN NEGARA...TUNGKU ABDUL RAHMAN PUTERA AL HAJ.

Enggan temu Mat Sabu


Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman dan Mohd Iskandar Ibrahim

bhjb@bharian.com.my

2011/09/06


MOKHTAR dan Raja Zainal (dua dari kiri) bertemu Zaaba menyampaikan keputusan Jamilah menolak kunjungan mereka di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, semalam.



JAMILAH menunjukkan gambar bapanya, Abu Bakar Daud.

JOHOR BAHRU: Anak perempuan Allahyarham Koperal Abu Bakar Daud, salah seorang anggota polis yang cedera parah dalam serangan komunis di Bukit Kepong, 61 tahun lalu, enggan menemui Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang datang bersama rombongan ke rumahnya di Bandar Baru Uda, di sini semalam.

Jamilah Abu Bakar yang ketika itu baru berusia empat tahun dan melihat sendiri bapanya ditembak bertubi-tubi, tidak dapat menerima kenyataan pemimpin PAS itu yang mendakwa Ahmad Indera atau Mat Indera yang mengetuai serangan, adalah pejuang kemerdekaan kerana menentang British yang menjajah negara ketika itu. “Tak payah datang, saya tak mahu berjumpanya. Ia amat keterlaluan hingga menyebabkan luka lama berdarah kembali. Macam mana saya boleh terima kedatangan orang yang menafikan pengorbanan dan perjuangan bapa dan rakan-rakannya mempertahankan maruah bangsa dan negara hingga sanggup mengorbankan nyawa sendiri, sedangkan dia (Mohamad) boleh pula mengagungkan komunis. “Kata-katanya tidak boleh dimaafkan. Saya ketika itu berusia empat tahun, menyaksikan sendiri arwah bapa berusia 29 tahun, cedera parah terkena tembakan di badan. Saya juga melihat ibu, Fatimah Ya’aba, mengambil alih mengangkat senjata sehingga dia terbunuh ketika berbalas tembakan dengan komunis. Adik lelaki saya berusia dua tahun juga mati tertembak.

“Kenyataannya (Mohamad) seperti mengungkit kembali sejarah hitam yang terpalit dalam hidup saya selama ini. Saya tidak mahu ia dikenang lagi kerana ia membuat saya tertekan,” katanya yang kini berusia 65 tahun ketika ditemui selepas menolak hasrat rombongan pemimpin PAS untuk berkunjung ke rumahnya, di Persiaran Barli, Bandar Baru Uda.

Bapanya meninggal dunia pada 1979 akibat penyakit barah.

Rombongan Mohamad atau Mat Sabu yang menaiki beberapa kenderaan, termasuk sebuah Proton Exora berwarna merah hati tiba di jalan masuk menuju ke rumah Jamilah kira-kira jam 2.30 petang.

Menyedari kehadiran tidak dialu-alukan keluarga dan jiran Jamilah, kenderaan yang membawa Mat Sabu yang dipandu Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat, beredar dari situ sementara seorang wakilnya bersemuka dengan keluarga Jamilah di surau berdekatan.

Di surau itu, sepupu arwah suami Jamilah, Raja Zainal Abdullah, 74, dan jirannya, Mokhtar Jalok, 72, bersemuka dengan Naib Yang Dipertua PAS Pulai, Zaaba Ibrahim dan menyampaikan keputusan Jamilah menolak kunjungan itu.

Zaaba yang dihubungi selepas itu, mengesahkan Mat Sabu terpaksa beredar berikutan keengganan keluarga Jamilah menerima kunjungannya. Sebelum rombongan tiba di laluan menuju ke rumah Jamilah, seorang wakil PAS beberapa kali menghubungi anak bongsunya, Raja Zamzura Raja Buntat, 32, bertanyakan jika wakil Berita Harian dan TV3 berada di rumahnya.

Raja Zamzura mendakwa, wakil rombongan itu agak marah apabila diberitahu wakil media turut berada bersama kerana sudah meminta keluarga Jamilah tidak memaklumkan kepada media dan penduduk kampung berhubung kunjungan itu. Komen AndaGuna Facebook id anda.

Komen OSMAN DOL: Kalaulah komunis menang perang dulu - semua kita ini akan jadi komunis. Sanjungai jasa-jasa perwira negara kita yang mempertahankan negara ini dari penjajahan komunis...

Sabtu, 13 Ogos 2011

Najib, Rosmah tiba lebih awal di mahkamah


KUALA LUMPUR 12 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini hadir di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta di sini untuk bertemu pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Mereka hadir ke kompleks tersebut dan berada di bilik mesyuarat di tingkat tujuh kompleks tersebut 15 minit lebih awal daripada pasukan pembelaan Anwar yang diketuai oleh peguam Karpal Singh.



Najib dan isteri hadir tanpa ditemani peguam mahupun diiringi anggota polis dan pengawal peribadi seperti kebiasaannya.



Kehadiran mereka juga pada mulanya tidak diketahui oleh para peguam bela Anwar yang ternyata terkejut apabila melihat pasangan itu di bilik mesyuarat di tingkat tujuh kompleks mahkamah kira-kira pukul 2.55 petang.



Perdana Menteri dan isteri bertemu dengan pasukan peguam bela Anwar secara berasingan selama lima minit di bilik mesyuarat berkenaan.



Difahamkan, bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof turut bertemu dengan pasukan pembelaan Ketua Pembangkang itu.



Kira-kira pukul 3.28 petang, Najib dan Rosmah dilihat meninggalkan pekarangan tingkat B2 kompleks mahkamah secara berasingan dengan menaiki dua kereta jenis Proton Perdana warna hitam.



Turut bertemu dengan pasukan peguam bela Anwar ialah pemilik kondominium tempat kejadian liwat didakwa berlaku, Hasanuddin Abdul Hamid dan isterinya, Noor Sham Abd. Hamid.



Kakak ipar kepada pemilik kondominium itu, Mashitah juga berada pada sesi hari ini dan kesemua mereka menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pembelaan.



Anwar, 64, diperintah membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.



Sehingga hari ini, secara keseluruhan, seramai 19 orang telah ditemu bual oleh barisan pembelaan Anwar sejak 18 Mei lalu.



Bagaimanapun, peguam bela utama Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Karpal Singh memberitahu, masih terdapat enam orang lagi yang masih belum ditemui termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan dua bekas pembantu rumah Hasanuddin yang dikenali dengan nama, Suliati dan Fitria Dipan; kedua-dua warga Indonesia.



Atas alasan ini juga, peguam itu memberitahu, perbicaraan di peringkat bela diri yang dijadualkan Isnin ini tidak boleh diteruskan dan perlu ditetapkan tarikh baru.



"Hanya selepas menemu bual kesemua saksi, baru kami boleh menentukan siapa yang akan dipanggil sebagai saksi dan cara untuk mengendalikan prosiding tersebut," katanya.

Komen Osman Dol: Najib, gua cayalah lu memang ok...berani kerana benar...kes Atuntuya lu sanggup bersumpah....harap lu teruslah terajui negara ini...HIDUP NAJIB.



TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

• PM tampil ke mahkamah