MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Rabu, 29 Mei 2013

ANTOLOGI CERPEN UNTUK DBP.....

SEORANG rakan penulis Mohd Hilmi Ahmad (anaknda) yang namanya sedang meningkat maju menasihatkan saya supaya mengumpul cerpen-cerpen lama yg sudah tersiar itu untuk di antologikan. Alhamdulillah, saya sedang mencari cerpen-cerpen lama itu. Setakat ini saya telah punya dua dua buah antologi cerpen. Kalau tidak diserang angin malas. Saya akan cuba menambah lagi. InsyaAllah.

Ahad, 26 Mei 2013

APA KHABAR RAKAN-RAKAN PENULIS?

SEMOGA anda semua sehat sejahtera. Hari Khamis yang lalu 23.5.2013 saya menjalani pembedahan mata untuk menukar kanta asli dengan kanta falsu. Alhamdulillah, teranglah sikit mataku.

Isnin, 20 Mei 2013

UJANA KLASIK: JAUHKAN SIKAP YANG KEJI.

TERIMA KASIH DEWAN SASTERA kerana menyiarkan pantunku. Sebenarnya sudah lama karya-karyaku tidak tersiar dimana-mana pun. Alhamdulillah.Syukur.

Rabu, 15 Mei 2013

SUDAH TERJAWAB SEGALA TEKA-TEKI.

TEKA-TEKI siapakah bakal memenuhi kerusi menteri dan timbalan menteri sudahpun terjawab. Tahniah kepada mereka yg terpilih. Saya yakin mereka yang terpilih itu adalah terdiri dari orang-orang yang kuat bekerja. Harap Malaysia akan lebih berjaya dimasa-masa yg akan datang. Saya terfikir juga, kenapakah Datuk Seri Najib tidak melantik Tan Sri Lee Lam Thye menjadi menteri perpaduan? Walaupun dia berasal dari DAP tapi kini telah banyak melakukan kerja-kerja amal. Dan Nasharudin Mat Isa boleh dilantik menjadi timbalan menteri menggantikan tempat Datuk Masitah Ibrahim. Lain lain caranya. Itu casra Najib. Cara saya mungkin lain sekali.

Alhamdulillah....

Akhirnya blog boleh dibuka dan dibaca. Syukur....

Rabu, 8 Mei 2013

DAH LAMA AKU MENDIAMKAN DIRI - MAAF.

Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan. Balik dari umrah saya kurang sihat sebenarnya. Sekarang alhamdulillah. Doakanlah rakan-rakan yang membaca blog saya ini agar saya terus sihat dan sejahtera. Amin.

AKU ZIARAH KASHMIR BARU-BARU INI - 4.4.2013 - 10.4.2013

Alhamdulillah. Syukur. Malaysia negaraku yang aman dan makmur. Semoga Allah SWT terus melindungi Malaysia negaraku. Amin. Gambar yang aku paparkan ini ialah aku dan isteri dan rombongan ke Kashmir, India. Kashmir negari yang cantik, indah, tetaqpi tidak aman. Kashmir di bawah pemerintahan India. Azan boleh dilaungkan di Kashmir tapi dilarang di india.