MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Jumaat, 31 Disember 2010

CEMBURU....cerpen penutup tahun 2010.

Cerpen ini tersiar dalam akhbar Perdana 9hb. Januari 2011. Kuanggap cerpen penutup bagi tahun 2010 kerana akhbar ini diterbitkan 10 hri lebih awal. Syukur alhamdulillah.....

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2011

MALAM tadi jam 9.00 - 930 pm di TV1, saya berkesempatan melihat kekecuhan yang berlaku dalam Parlimen ketika persidangan diadakan. Jijik aku melihat peragai dan gelagat YB YB dari pembakang. Biadap. Mereka menutup tahun 2010 dengan kekecuhan yang menampakkan sikap sombong, biadap dan bodoh. Pengundi-pengundi yang pernah mengundi mereka sehingga membawa mereka ke parlimen pasti rasa kecewa dan menyesal akan kebiadapan mereka itu.

Mereka sebenarnya ingin menarik perhatian kepada rakyat negara ini supaya menyokong mereka. Mereka inginkan simpati rakyat terhadap perjuangan mereka. Mereka ada maksud tertentu. Mereka terlalu ingin menjadi pemerintah. Mereka ingin membebaskan orang yang berdosa. Dan maksud-maksud lain yang tersemat dihati mereka.....

Sama-samalah kita berdoa agar negara kita selamat dari dosa dan noda manusia-manusia yang hipokrit itu.
Harap-harap kerajaan yang ada ini akan terus berkuasa. Harap-harap mereka yang suka membuat kacau itu mendapat HIDAYAH dari Allah SWT supaya kembali ke jalan yang benar dan lurus...Amin.

Selasa, 28 Disember 2010

HEI, TAK SOGANKAH?.....

ARKIB : 27/12/2010

Anwar ‘cakap tak serupa bikin’

•ANWAR Ibrahim mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) bersikap zalim, konspirasi polis menjeratnya dan sistem mahkamah Malaysia berat sebelah. Sekiranya semuanya tidak boleh digunapakai, mengapa tidak mahu bersumpah seperti Saiful?

•Anwar selalu mendakwa media utama milik kerajaan menyiarkan berita palsu tanpa bukti, mengapa tidak mengambil tindakan mahkamah?

•Anwar mendakwa media utama menyiarkan berita tidak benar dan berat sebelah. Namun pada masa yang sama, akhbar Keadilan selalu mengemukakan berita tidak benar dan fitnah serta kerapkali tidak masuk akal dengan fakta-fakta yang diragui.

•Anwar mendakwa kerajaan BN mengamalkan kronisme, favouritisme dan segala ‘isme’. Tetapi semasa beliau menjadi Menteri Kewangan, beberapa ramai keluarga terdekat dan sahabat handai menjadi jutawan segera termasuk Azmin Ali?

•Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan, apakah jasa dan bakti beliau kepada negara? Kemajuan Negara semasa itu adalah idea dan buah fikiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

•Anwar mendakwa UMNO dan BN adalah pengkhianat negara dan bangsa serta mendapat pertolongan Yahudi. Tetapi hairannya apabila masalah melandanya dan Pakatan Rakyat (PR) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau selalu keluar negara menghadap Yahudi di Amerika dan Australia.

•Anwar mendakwa kes beliau di mahkamah di atas tuduhan liwat adalah fitnah dan konspirasi UMNO dan BN. Menakjubkan beliau mendapat sokongan moral daripada pemimpin luar negara yang tidak bermoral yang mengamalkan amalan liwat.

•Anwar mendakwa mendapat pandangan beberapa ulama di dalam perjuangannya. Tetapi menghairankan beliau mengamalkan budaya fitnah, ghibah dan putar belit sebagai amalan politiknya.

•Anwar mendakwa mendapat sokongan ulama. Tetapi siapakah yang didakwa bertaraf ulama itu, apakah daripada Ahli Sunnah Waljamaah atau bukan? Malangnya beliau mengamalkan pluralism (persamaan) agama di mana ia terang-terangan adalah sesat lagi menyesatkan, boleh menyebabkan murtad dan mati di dalam keadaan kafir.

•Anwar mendakwa memperjuangkan agama dan bangsa, tetapi bersekongkol dengan DAP, parti anti-Melayu dan anti-Islam sejak dahulu lagi.

CICIT TUN SABAN
Perak

Jumaat, 24 Disember 2010

SEMOGA UMNO TERUS BERKUASA...INSYA-ALLAH.

USIA saya sekarang sudah pun menjejaki 67 tahun. Entah berapa hari lagi hendak hidup tidak tahulah. Sesungguhnya Allah SWT yang Maha Besar Mengetahui rahsia umur kita.

Saya bukan nak bercakap fasal usia. Usia itu ketentuan Allah. Tapi saya nak sebutkan fasal POLITIK. Politik yang ada kaitannya dengan diri saya.

Sejak saya mengenal erti politik tidak ada parti politik lain yang saya sokong melainkan UMNO atau PERIKATAN yang diketahui oleh semua orang.

Sehingga umur saya meningkat 47 tahun saya tidak lari dari UMNO. UMNO atau Perikatan saja yang saya rasa boleh memaju, memakmur dan membangunkan negara dan rakyat negara ini.

Semasa bertugas di Kelantan ketika masih muda dahulu pernah seorang menteri besar (Allahyarham) mencabar saya supaya buka unifor dan bertanding lawan PAS. Puak-puak PAS atasan waktu itu amat kenal saya kerana saya penyokong kuat UMNO, sanggup hidup dan mati bersama UMNO.

Tetapi ketika umur saya menjangkau 47 tahun keadaan politik negara kita berubah selepas mantan TPM Dato Sri  Anwar Ibrahim dipecat oleh Tun Dr. Mahathir jawatan TPM. Saya amat simpati dengan nasib Anwar dan meyakin memanglah itu suatu kompirasi dari Mahathir untuk memecat Anwar. Apa Mahathir cakap saya tak pakai. Saya tetap meanggap Anwar dianiaya.

Berikutan Anwar di pecat itu sokongan rakyat terhadap parti pembangkang begitu hebat sekali. Dimana-mana kempen pembakang diadakan ratusan ribu manusia mengunjungi - termasuklah aku.

Kini aku insaf. Aku sudah mengenali siapa dia sebenarnya. Aku sudah tahu mana yang benar dan mana yang hanya sandiwara. Oh, bukan mudah hendak bermuafakat dengan beratus-beratus orang saksi. Perangai manusia boleh berubah pada bila-bila masa. Nyata itu bukan kompirasi.

Buat sembahyang hajat di Stadium Sultan Muhammad ke IV tidak memberi kesan kepada Mahathir. Nampaknya Mahathir semakin gagah dan kuat.

Negara-negara luar pun menyokong tindakan pembakang. Macam nak kiamat dunia ini. Mahathir tetap hebat.

Kini lagi aku tak percaya. Suruh bersumpah tidak mahu. Tidak mahu beri kerjasama pula dengan polis. Kemudian mintak tukar hakim berkali-kali. Kenapa takut....?

Pembakang mempertikaikan berbagai-bagai perkara. Yang mana ada kepentingan orang Melayu ditentang.
Macam-macam....lu fikirlah sendiri.

SEMOGA UMNO dan BARISAN NASIONAL terus berkuasa.

Jumaat, 17 Disember 2010

Beruta daru UTUSAN MALAYSIA.

Anwar sudah cukup diberi ruang - Nazri

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat selepas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu diberi ruang yang cukup untuk membela diri namun gagal melakukannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sejak sidang Parlimen April lalu, Anwar telah diberi banyak kesempatan membuat penjelasan atau menarik balik tuduhannya yang tidak benar terhadap kerajaan.

"Begitu juga pada sesi kedua dan sesi ini tetapi dia tetap tidak buat (penjelasan atau tarik balik tuduhan)," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen.

Justeru, beliau melihat tindakan pembangkang memboikot persidangan hari ini sebagai satu usaha untuk menggagalkan perjalanan mesyuarat, dengan harapan kedua-dua usul menggantung Anwar dan tiga ahli Parlimen pembangkang lain tidak dibahas atau diluluskan.

Namun katanya, cubaan pembangkang itu gagal dan silap kerana tindakan mereka ibarat memberikan sepakan penalti kepadanya dan Barisan Nasional (BN) di depan gawang yang tidak dikawal penjaga gol.

Usul penggantungan Anwar diluluskan tanpa bahas manakala usul menggantung Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R. Sivarasa (PKR-Subang), juga selama enam bulan, diluluskan setelah dibahaskan masing-masing dua ahli Parlimen BN dan Bebas.

Mengulas hasrat Karpal ingin mengheret Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah ekoran keputusannya meluluskan usul menggantung Anwar dan tiga ahli Parlimen yang lain, Nazri menyifatkannya sebagai kenyataan bodoh dan gila.

Beliau yakin kes itu akan ditolak oleh mahkamah kerana sistem pemerintahan negara terbahagi kepada tiga iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif, sama seperti peraturan negara lain yang menggunakan sistem Westminster dengan menyaksikan Parlimen sebagai institusi terulung (supreme).

"Itu satu perkara yang gila, penasihat undang-undang pun penasihat undang-undang gila, bodoh sebab mahkamah, eksekutif, legislatif adalah bebas," tegasnya.

Sementara itu, baginya, tindakan ahli Parlimen pembangkang membawa pelbagai poster ke dalam Dewan Rakyat, adalah tindakan yang hina dan memalukan kerana jelas melanggar peraturan yang tidak membenarkan 'barang-barang asing' dibawa masuk.

"Sebagai Ahli Yang Berhormat, mereka perlulah bersikap terpuji dengan tidak menipu, ini jelas menipu dan ia tidak seharusnya terjadi," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, penggantungan empat ahli Parlimen pembangkang itu tidak memberi kelebihan kepada BN untuk memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen untuk mengubah apa-apa peruntukan perlembagaan atau meluluskan sebarang rang undang-undang.

Katanya, ini kerana kerusi Parlimen BN hanya berjumlah 137, sedangkan majoriti dua per tiga memerlukan gagasan itu mempunyai 148 kerusi.

"Tidak timbul soal dua pertiga, untuk mendapat majoriti dua pertiga BN memerlukan sekurang-kurangnya sokongan 148 ahli Parlimen, buat masa ini BN hanya ada 137 kerusi.

"Sebenarnya mereka ini (pembangkang) tidak faham tentang majoriti dua pertiga itu," katanya.

KOMEN OSMAN DOL: Dulu saya selalu terfikir bahawa Malaysia mesti mempunyai parti pembakang untuk menegur salah silap kerjaan serta memberikan cadangan2 yang baik untuk dilakukan oleh kerajaan. Sekarang sudah ramai ahli2 parlimen atau ADUN dari parti pembakang. Sepatutnya berlakulah kebaikan2 sebagaimana yg kita harapkan. Tetapi apa yang terjadi adalah sebalik. Mereka membuat kacau dalam dewan. Bising. Biadap. Dan ternyata mereka ada ajenda tersediri untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat hari ini. Mereka mungkin ingin melepaskan seseorang yang telah melakukan DOSA BESAR dari dikenakan hukuman.
Makin ramai ahli parlimen digantung maka bertambah baik lagi. Mereka ada pun buat kecuh saja; bukan memberi kebaikan.

Ahad, 12 Disember 2010

TAUBATLAH AZMIN....dari MINGGUAN MALAYSIA.

‘Taubatlah Azmin’



UMI HAFILDA ALI

--------------------------------------------------------------------------------
Ummi Hafilda Ali yang pernah menggemparkan negara kerana mendedahkan salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1997 merayu abangnya, Azmin yang kini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pulang ke pangkal jalan dan bertaubat.

Ummi Hafilda, 42, dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia berkata, beliau membuat seruan itu setelah melihat banyak hipokrasi, penyelewengan, pembohongan serta salah laku melibatkan abangnya itu.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai adik yang secara tidak langsung tahu rahsia-rahsia di dalam lingkungan mereka untuk memperbetulkan keadaan agar tidak terus menanggung dosa.

'Jangan tipu rakyat, jangan tipu bangsa sendiri. Wahai Azmin pulanglah ke pangkal jalan. Bertaubatlah sekurang-kurangnya takutlah pada Allah, malulah kepada para malaikat.

'Kepada Anwar dan Wan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) juga saya pohon perkara yang sama. Bagaimana hebatnya kita sekalipun, Allah mengetahui kebenaran. Jangan nanti mereka ditimpa bala semasa di dunia lagi. Perjuangan saya tidak akan berhenti setakat ini sahaja.

- UMMI HAFILDA ALI

Sabtu, 11 Disember 2010

BERITA DARI BERITA HARIAN..SUAMI TAMPAR ISTERI....

2010/12/11

ALOR SETAR: Seorang suami yang mengikut pihak berkuasa agama memberkas isterinya yang berada di rumah bersama lelaki lain, naik berang lalu bertindak menampar isteri dan teman lelakinya dalam serbuan mencegah maksiat di Kuah, Langkawi, awal pagi semalam.

Lelaki terbabit berang dengan perbuatan isterinya kerap membawa lelaki lain pulang ke rumah sejak tiga bulan lalu, hilang sabar dengan perbuatan isterinya bermain kayu tiga hingga sanggup membawa teman lelaki masuk ke bilik tidur mereka. Akhirnya, lelaki berusia 40-an itu hilang sabar lalu menampar isterinya yang berusia 36 tahun dan teman lelaki ketika serbuan dibuat. Jurucakap Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi (PADAL), berkata pihaknya menerima maklumat daripada suami wanita terbabit pada kira-kira jam 4 pagi sebelum bergegas ke lokasi dan mendapati rumah dalam keadaan gelap serta pintu berkunci.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki berusia 50 tahun yang berseluar panjang dan tidak berbaju membukanya lalu membenarkan pegawai membuat pemeriksaan.

“Lelaki terbabit memberi alasan terpaksa membuka baju kerana basah kuyup akibat hujan ketika dalam perjalanan ke rumah wanita itu dengan menunggang motosikal.

“Wanita terbabit yang memakai baju dan seluar ketat ditemui dalam rumah itu. Dia ditemui ketakutan selepas mendapati suaminya juga turut serta dalam pemeriksaan itu,” katanya di sini, semalam.

“Ketika serbuan dibuat, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dipercayai anak pengadu dan wanita terbabit turut berada dalam rumah berkenaan dan sedang nyenyak tidur,” katanya di sini, semalam.

Jurucakap itu berkata, lelaki dan wanita terbabit gagal menunjukkan sebarang bukti hubungan mahram atau suami isteri menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.

“Lelaki yang ditahan memberi alasan dia hanya menganggap wanita itu sebagai adik sendiri dan kerap menghantar makanan serta memberi wang kepadanya.

“Bagaimanapun, alasan itu tidak diterima kerana ketika serbuan dilakukan, pintu rumah itu berkunci dari dalam sehingga menimbul syak mereka melakukan khalwat," katanya.

Jurucakap itu berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 9(1)dan(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Jumaat, 10 Disember 2010

INI BUKAN SANDIWARA....NAJIB. (Berita dan gambar dari BERITA HARIAN....)

Oleh Johari Ibrahim, Magendran Rajagopal dan Haspaizi Mohd Zain

bhnews@bharian.com.my

2010/12/10

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucaptama majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Putrajaya, semalam. - Foto Afendi Mohamed
-------------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak menegaskan, pendakwaan kes rasuah terhadap Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo bukannya sandiwara dan mainan politik tetapi sudah diteliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pejabat Peguam Negara. “Apa dia sandiwaranya kalau sudah didakwa... maknanya kita bukan jadikan ini satu mainan. Ini satu perkara yang diteliti semasak-masaknya oleh SPRM,” kata Perdana Menteri yang menafikan dakwaan pembangkang bahawa pendakwaan terhadap bekas Menteri Besar Selangor itu hanyalah sandiwara dan mainan kerajaan Barisan Nasional (BN). Beliau berkata, tohmahan itu dibuat kerana rasuah dijadikan isu politik oleh pembangkang untuk ‘mengenakan’ kerajaan seperti tidak serius, ada perlindungan dan pendakwaan berpilih.

“SPRM sebagai badan bebas, mengemukakan kepada Peguam Negara dan bagi pihak yang bebas juga Peguam Negara tentukan sama ada, ada kes atau tidak. Keputusan sudah dibuat Peguam Negara dan kita biarkan proses ditentukan mahkamah.

“Tidak timbul soal 'menyembunyikan' sesuatu kes kerana SPRM perlu memberikan penjelasan kepada Lembaga Penilaian Operasi bagi aduan yang tidak diambil tindakan,” katanya.

Perdana Menteri kesal kerana ada pihak suka melemparkan tuduhan atau gosip liar dan mempolitikkan isu rasuah sehingga merumitkan lagi persepsi terhadap usaha kerajaan memerangi jenayah itu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga anjuran SPRM di sini, semalam, sempena Hari Pencegahan Rasuah Sedunia yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ikrar itu ditandatangani oleh wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) serta Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia MICCI).

Kelmarin, Ketua Pembangkang yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor menyifatkan pendakwaan Dr Mohamad Khir sebagai gimik politik untuk menghadapi pilihan raya.

Anwar berkata, tindakan itu dicurigai dan hanya helah membuktikan kerajaan melakukan perubahan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Dr Mohammad Khir didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Isnin lalu, mendapatkan untuk dirinya dan juga isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, dengan balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi, iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam.

Ia diperoleh daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta, manakala Shamsuddin pula mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Sementara itu, Dr Mohamad Khir yang ditegur Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kelmarin seperti dilaporkan Berita Harian berhubung kenyataannya di media dan laman blog, berkata tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan termasuk komen berhubung pertuduhan yang dihadapinya.

Komen Osman Dol : Saya bersetuju sangat apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri itu. Siapalah agaknya yang bersandiwara? Najib jujur. Ikhlas. Bila ada tomahan yang mengatakan dia terlibat dengan seorang perempuan  dari Monggolia, Najib segera bersumpah untuk membuktikan kebenaran dan kejujurannya. Orang disebelah itu macam mana? TAKUT KERANA SALAH....

Selasa, 7 Disember 2010

JUBLI EMAS IKATAN PERSURATAN MELAYU MELAKA DAN 40 TAHUN PENUBUHAN GAPENA

Pada 29 Zulhijah 1431 bersanaan 6.Dec. 2010 telah berlansung msjlis memperingati Jubli Emas Ikatan Persurtan Melayu Melaka (IPM) dan 40 tahun penubuhan GAPENA. Majlis itu dirasmikan oleh YB Ideris Haron, Ahli Parlimen Tangga Batu. Majlis diadakan di balai raya Bertam Malim bermula jam 9.15 pagi. Sebelum itu baca Yasin dan doa selamat di Masjid Tangga yg diketuai oleh imam masjid itu.Majlis turut diserkan dengan pelancaran buku RANUM karya Razali Endun - anak jadi Bertam Malim.
Kelihatan dalam gambar YB Datuk Ideris, YB Datuk Tahir, Imam Masjid Tangga Batu dan Ketua Satu IPM Haji Mokhtar Yasin.
YB Datuk Ideris Haron sedang melancarkan buku Ranum karya Razali  Endun.

Tiga orang penyair terkenal IPM - Othman Hashim, Aladin Muhammad dan Mahat Abu Bakar.

Razali Endun sedang mendeklamasikan sajaknya sendiri.

Haji Abu Hassan dan isteri turut sama memeriahkan sambutan Jubli Emas IPM dan 40 tahun GAPENA.
Haji Abu Hassan dan isteri adalah ahli veteran IPM yg terus taat kepada IPM.
Sebahagian dari AJK IPM bergambar kenang-kenangan.
S

Ahad, 5 Disember 2010

Bisik-bisik Mingguan - AWANG SELAMAT (saya rakamkan ruangan awang selamat yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia...)


SEJAK dulu sehingga sekarang saya memang suka membaca suangan pojok di akhbar-akhbar termasuklah suduk Senyum Kambing Utusan/Mingguan Malaysia.

Sejak akhir-akhir ini saya minat sesangat dengan komen-komen Awang Selamat. Komennya memang pedas, pedih dan sakit. Awang Selamat memang berani, hebat dan tegurannya tepat dan menarik.

Keseluruhannya apa yang dapat saya pastikan komen-komen Awang Selamat berkisar tentang politik tanah air. Minggu ini Awang Selamat komen politik PKR dan PAS. Awang Selamat bukan  sesuka hati memberikan pendapatnya, tetapi bahan-bahan yang ditulisnya mengikut perkembangan yang berlaku dalam semingu.

Tahniah AWANG SELAMAT.

Jumaat, 3 Disember 2010

MALU KAWAN EJEK HANTU.....HARIAN METRO.

Oleh Hadzlan Hassan




DERITA...Che Ku Zaimah melayan Nurul di rumah mereka. KUALA TERENGGANU: “Bayangkan perasaan anak saya apabila kawan-kawan memanggilnya hantu. Kejadian itu menyebabkan dia menjadi semakin pasif dan enggan ke sekolah tahun depan jika wajahnya belum pulih seperti sediakala.

      --------------------------------------------------------------------                    

“Saya sangat bimbang kerana emosinya terganggu, dia baru sembilan tahun dan cuba bayangkan apabila dia semakin meningkat remaja nanti,” kata Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, ibu dua beradik yang cedera teruk di muka apabila disimbah asid oleh bapa sendiri.


Che Ku Zaimah berkata, sebelum ini, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, pernah memakai topeng ke sekolah tetapi diejek hantu menyebabkan dia membuka topeng.

“Apabila topeng dibuka wajahnya memang teruk kerana daging pipi membengkak sekali gus menyebabkan hidungnya semakin mengecil dan masih dipanggil hantu,” katanya.

Menurutnya, doktor memaklumkan daging akibat simbahan asid akan membengkak dalam tempoh dua tahun dan itulah yang berlaku pada muka Nurul dan adiknya, Muhammad Irfan Firdaus, 2, malah bahagian belakang badannya yang terkena asid turut membonjol.

Sikap pasif dan malu kanak-kanak berkenaan terserlah kelmarin kerana ketika disapa wartawan Harian Metro di perkarangan mahkamah, dia hanya menundukkan muka dan enggan menjawab sebarang pertanyaan.

Harian Metro pada 16 Ogos lalu melaporkan seorang lelaki bertindak melempar asid hingga menyebabkan isteri, dua anak dan ibu mentuanya cedera berikutan berang dengan keputusan isteri berpindah ke rumah ibunya ketika mereka dalam proses bercerai.

Tertuduh, Mat Haizan Mat Yasin, 32, dikatakan memecah masuk ke rumah ibu mentuanya, Minah Omar, 56, dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi asid.

Tindakan tertuduh menyebabkan Nurul cedera parah di muka, manakala Muhammad Irfan juga cedera di muka.

Semalam, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen kerana perbuatannya.

Terdahulu, lelaki berkenaan dihukum penjara 10 tahun dan lima sebatan yang dijatuhkan mahkamah sama, 25 Ogos lalu, selepas mengaku menyimbah asid ke atas Che Ku Zaimah.

Ditanya sama ada dia masih mempunyai hati kerana masih sudi menjenguk suaminya di penjara, Che Ku Zaimah berkata, lawatannya ke penjara sekadar menunaikan janji kepada Nurul yang meminta untuk melihat ayahnya ketika dia masih terbaring di katil hospital.

“Saya hanya tunaikan janji, tak lebih daripada itu kerana sebagai manusia biasa saya boleh memaafkan kesalahannya tetapi yang lain biar dia dengan Tuhan...hanya Allah yang dapat memaafkan kesalahannya.

“Terus terang saya cakapkan saya sudah tiada hati untuk kembali dengannya tetapi jika anak ingin bertemu dengannya saya tidak akan menghalang kerana dia masih bapa mereka,” katanya.

Khamis, 2 Disember 2010

NIK AZIZ TIDAK ADA MASALAH KIT SIANG JADI TPM....berita dari Utusan Malaysia 2.12.10. Gambar dari Google...


                                 Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU 1 Dis. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tiada masalah jika Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.

Kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau bersedia menerima cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut selagi ia tidak bercanggah dengan dasar Islam dan negara.

"Hendak lantik Lim Kit Siang kah, nak lantik MCA kah selagi tidak bercanggah dengan dasar Islam dan dasar negara, tidak apa.

"Bagi saya DAP, MCA dan MIC serupa saja sama-sama tidak Islam, cuma dibeza-bezakan oleh parti sekular Melayu. DAP serupa sahaja dengan MCA, kalau MCA boleh jadi timbalan menteri, jadi menteri, jadi apa pun, pelik apa kalau jawatan itu diberi kepada DAP, serupa sahaja," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas janji Anwar dalam wawancara akhbar Sin Chew Daily Jumaat lalu untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Kit Siang jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Jelas Nik Abdul Aziz, sebagai sebuah negara demokrasi, soal bangsa seorang pemimpin bukanlah perkara utama yang harus diambil kira, sebaliknya perlu memandang kepada dasar parti yang didukung.

Beliau mendakwa, berbanding dengan UMNO yang menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN), pakatan pembangkang mempunyai kelebihan sekiranya memerintah kerana Pas mampu berfungsi untuk menegur perkara yang bercanggah dengan Islam.

"Pakatan pembangkang ada Pas yang menegakkan Islam, apa sahaja perkara yang bercanggah dengan Islam, Pas akan beri pandangan, dalam UMNO suara Islam tidak boleh campur tangan, maknanya tiada suara Islam, ini kelemahan UMNO.

"Pas boleh tegur dan selama ini DAP tidak pernah canggah teguran Pas, kerana Pas ini bukan kepunyaan Pas, tapi kepunyaan Allah,'' katanya.

Ditanya mengenai pandangan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan Anwar, Nik Abdul Aziz berkata, itu hanyalah pandangan peribadinya.

Komen OSMAN DOL: Tak sangka seorang yang amat disegani menyokong Kit Siang jadi TPM. Begitu pula jadinya pendirian Yg Amat Berhormat itu. Kalau UMNO cakap macam itu...tahu sajalah apa yang akan dikata oleh Tuan Guru kita....Begitulah hebatnya tuan guru kita. Kalau yg bercakap itu sahabatnya --- buruk pun dia kata cantik.