MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Selasa, 30 Jun 2009

GUA KHAFI DI JORDAN

PERNAHKAH ANDA KE JORDAN? KALAU KE JORDAN ANDA PASTI AKAN DIBAWA KE GUA KHAFI. KISAH GUA KHAFI INI SEMUA ORANG TAHU. TETAPI TAHUKAH ANDA GAMBAR YANG SAYA RAKAMKAN INI DAPAT DILIHAT TULANG-TEMULANG ORANG-ORANG YANG DIKATAKAN WAFAT DI DALAM GUA ITU BERSAMA ANJING PEMELIHARAAN MEREKA. KLIK DUA KALI GAMBAR INI, ANDA AKAN DAPAT MELIHATNYA.

TAPAK KAKI KIRI RASULULLAH SAW


GAMBAR TAPAK KAKI KIRI BAGINDA RASULULLAH SAW DI TOPKAPI PALACE MUSEUM DITURKI.

Isnin, 29 Jun 2009

TERKENANG-KENANG MASA SILAM.....(5)

Sebelum mula belajar mengaji Koran di rumah seorang guru wanita, kami disuruh membantu mengangkat air di rumah adik kepada guru ini, seorang ulamak dan pernah menjadi kadi di Alor Gajah. Masa dulu mana ada paip. Kami pikul air dari telaga berjarak lebih dari tiga ratus meter dari rumah ulamak itu. Selalunya yang menjadi pasangan saya mengangkat air itu ialah pelajar perempuan. Pelajar ini memang cantik. Kulitnya puteh bersih. Aku ini pula seorang yang amat-amat pemalu. Tapi setiapkali hendak angkat air dia akan mengajak aku. Kerana dia cantik, dia rajin dan pula sayangkan aku.....Dalam senyap-senyap sku pun sayangkan dia. Mengaji Koran aku rapat dengan dia dan di sekolah pun kami selalu bersama. Bila aku masuk sekolah menengah di Melaka, hubungan kami mula jauh. Ketika aku dalam tingkatan 3, gadis yang selalu dihatiku ini berkahwin dengan seorang jejaka yang bukan pilihannya. Dia setuju atau tidak kena setuju juga......

TEKENANG-KENANG MASA SILAM.....(4)

Setelah aku darjah empat atau darjah lima baharulah aku dihatar mengaji Koran oleh ayahku dengan seorang guru, Nenek Haji Yah di Kampung Padang Kerbau. Berjarak kira-kira dua kilometer dari rumahku di Kampung Bukit Balai. Pergi dan balik mengaji jalan kaki sahaja. Jam lima petang pergi dan balik jam sembilan atau sepuluh malam. Masa itu ada tempat-tempat yang aku dengar orang berkata ada hantu. Setiapkali melintas tempat itu aku merasa seram. Takut. Kerana hendakkan ilmu, aku terus memberanikan hatiku. Pada zaman itu, tahun 1955 atau 1956 kereta terlalu kurang. Satu atau dua jam baharulah lalu sebuah kereta. Disuatu malam ketika aku sampai disatu tempat yang dikatakan berhantu (kira-kira setengah kilometer lagi hendak sampai kerumahku) tiba-tiba satu lembaga yang berselubung mengejar aku dari arah depan. Aku terlalu takut. Menggigil. Kerana tidak tahu entah apa yang mesti aku lakukan, aku terus terkam dan tumbuk hantu itu. Rupanya bukan hantu, kawanku sendiri yang jadi hantu. Sejak itu kawanku jadi baik, dia tidak mahu jadi hantu lagi.

Jumaat, 26 Jun 2009

POLITIK ITU INDAH...

Politik itu indah sebenarnya. Politik ertinya ilmu. Ilmu tentang pemerintahan dan pentakbiran negara. Tapi zaman sekarang ini politik jadi permainan. Malah ada ketikanya politik adalah satu permainan yang cukup kotor. Bunuh, rasuah, khianat, fitnah, tamak, penipu, pembelit, pembohong dan macam-macam lagi semuanya ada dalam politik. Islam dan politik memang tidak boleh dipisahkan. Islam memang memerlukan politik untuk kesejahteraan umtnya. Tetapi banyak yang menyalahgunakan politik demi kepentiangan parti, peribadi, keluarga, kuasa dan sebagainya. Ada ketikanya ulamak besar pun dimainkan oleh politik. Ulamat diperalatkan. Ulamak difitnah dan ada ulamak buat fitnah. Semoga kita mendapat perlindungan dari Allah dari segala bencana dan kerosakan........

Rabu, 24 Jun 2009

SAHABAT-SAHABAT PENULIS.....

Sebagai seorang penulis saya memang ramai sahabat di kalangan penulis. Ada diantaranya telahpun meninggal dunia seperti Abdullah Tahir, Anirahman L. Redan, Noorjaya, S.Othman Kelantan, Dr. Othman Puteh dan lain-lain. Sahabat yang masih terus berhubung dengan saya ialah Razali Endun, Wahba, Dato' Yazid Othman dan beberapa orang lain. Abdul Latip Talib seorang penulis novel sejarah yang terkenal itu sudah lama saya kenalinya sejak mula-mula menjadi ahli PEN lebih dari sepuluh tahun yang lalu. Tetapi sudah lama tidak berjumpa. Memanda Wazir @ Tok Ngah adalah seorang penulis dan pelakon drama juga amat saya kenali - beliau bekas polis dan pernah bertugas di cawangan Perhubungan Awam Bukit Aman. Khabarnya Tok Ngah ini masih sihat lagi. Dah lama kita tak berjumpa. Saya cari-cari juga saudara NORA (Ali Hj. Ahmad). Dimana dia sekarang? Sihatkah dia? Zahari Affendi seorang penulis terkenal kbabarnya masih sihat tetapi sudah lama tidak menulis. Kenapa menyepi Ri?.............Seorang lagi penulis yang sering saya ingati ialah Saudara Dr. Talib Samat. Khabarnya dia seorang pensyarah di SITC. Insya-Allah panjang umur berjumpa kita.

TERKENANG-KENANG MASA SILAM...(3)

SEMASA menyertai Pasukan Polis Hutan (PPH) pada hujung tahun tujuh puluhan sehingga awal tahun lapan puluhan (4 tahun) ada satu peristiwa yang tidak dapat kulupakan. Peristiwa itu ialah ketika membuat operasi 'SELAMAT SEWADI' disempadan Malaysia-Thai. Kalau tidak silap kejadian berlaku pada tahun 78 atau tahun 79. Aku berpangkat Inspektor waktu itu dan menjadi Platon Komander 5. Aku dengan 40 orang anggota sedang mendaki sebuah gunung yang setinggi lebih dari 5,000 kaki dari paras laut. Kami begitu berhati-hati kerana takut terpijak jerangkap samar. Komunis memasang jerangkap samar bukan sahaja ditrek-trek yang ada, malah ditempat-tempat yang tidak disangka pun terdapat jerangkap samar. Celaka komunis ini. Saya berjalan kalau tidak silap nombor empat dari belakang. Tiba-tiba aku terdengar bunyi letupan di puncak gunung dan terdengar suara menjerit. Mungkin ada anggotaku yang terkena jerangkap samar, fikirku. Tanpa rasa takut aku terus berlari ke puncak gunung. Benar, seorang anggotaku terpijak jerangkap samar. Dia cedera dikaki dan tangan. Masa itu juga aku hubungi Markas PPH supaya menghantar helikopter untuk mengangkut mangsa ke hospital. Mangsa selamat. Kami lalu membuat pengkalan di puncak gunung itu. Bila pihak anti-jerangkap samar datang membuat pemeriksaan - terdapat 26 lagi jerangkap samar yang masih aktif disitu.....Sayang, masih ada orang yang sanggup membela nasib bapak komunis itu.

Khamis, 18 Jun 2009

TERKENANG-KENANG MASA SILAM.....(2)

AWAL tahun enam puluhan, sebuah tulisanku tersiar dalam ruangan surat pembaca Utusan Malaysia. Kalau tidak silap tulisan mengenai rancangan tv yang tidak memuaskan hatiku. Tulisan yang tersiar itu dihitamkan (dihighlightkan) macam penting sangat. Aku bukan main suka lagi. Keratan akhbar yang menyiarkan tulisan itu kuangkut kemana-mana aku pergi. Aku tunjukkan kepada sesiapa juga kawan-kawanku. Kawan-kawan memberi sokongan padaku suruh tulis lagi. Aku terlalu bangga macam jasa besar yang telah aku lakukan. Aku terus merayakannya.....

Rabu, 17 Jun 2009

TERKENANG-KENANG MASA SILAM.....(1)

TULISAN pertamaku tersiar ialah di akhbar Utusan Melayu pada tahun 1958 diruangan surat pembaca. Masa itu aku sudahpun masuk ke sekolah menengah di bandar Melaka. Seorang guru yang mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Durian Tunggal (sekolah lamaku) menyuruh aku kritik kantin sekolah tentang menu jualannya hari-hari nasi lemak sambal tumis. Guru ini hendakkan perubahan. Bila tulisan itu tersiar, kecoh jadinya. Peniaga kantin itu benar-benar tersinggung. Sejak hari itu peniaga itu tidak mahu meniaga lagi. Pada mulanya aku bangga tulisan itu tersiar. Bila kufikir-fikir, aku meyesal. Aku rasa tidak patut menulis menghentam peniaga itu. Cikgu yang suruh aku tulis itu nampaknya suka sangat. Sehingga hari ini aku masih kesal dengan sikapku yang terburu-buruku itu. Aku sempat minta maaf dengannya......