KEKUATAN SATU MELAYSIA
KALAU kita bertanya dengan rakyat di negara ini rata-rata akan berkata bahawa mereka cintakan keamanan dan kedamaian hidup di negara ini. Mereka mahukan perpaduan hidup antara kaum mesti dipertingkatkan dan diperkuatkan lagi. Tetapi dalam masa yang sama berbagai-bagai perkara ditimbulkan yang boleh membangkitkan sensetiviti rakyat di negara ini. Dimanakah salah dan silapnya. Sejak berlakunya peristiwa 13 Mei sehinggalah sekarang ini berbagai-bagai krisis kaum terjadi. Walaupun krisis-risis kaum itu tidak seburuk peristiwa 13 Mei, tetapi sebagai rakyat Malaysia cintakan keamanan dan kedamaian merasa tergugat dengan kejadian-kejadian mengaitkan kaum dan agama. Sekian lama kita dididik supaya bersatu bagaikan suatu keluarga tetapi kenapa timbul juga masalah-masalah yang tidak disenangi oleh masyarakat. Kata pepatah Melayu, BERSATU KITA TEGUH DAN BERCERAI KITA ROBOH.HIDUP HARMONI SEPERTI INI BUKANKAH BAGUS
Apakah punca dan sebabnya maka pergeseran kaum ini terjadi. Apakah di kalangan rakyat ini lebih bersikap manis dibibir tetapi hati diselaputi perasaan khianat mengkhianati antara satu dengan lain. Sikap perkauman begitu tebal di hati mereka. Mulut manis tapi hati benci. Inilah yang menjadi masalah. Masing-masing mendakwa bahawa kaumnya lebih berhak dan lebih berkuasa di negara ini. Dan bila ditanya oleh wartawan atau sebagainya, mereka lebih bersikap berpura-pura. Bilakah agaknya negara ini pulih dari perangai buruk ini. Bilakah agaknya perpaduan ini benar-benar dihargai oleh semua pihak, bukan sekadar retorit sahaja. Jadikanlah Malaysia ini hak kita bersama tanpa ada sikap cemburu memcemburui antara satu dengan lain. Sama-samalah kita nikmati kekayaan negara ini.
BERSATU, BERSATU DAN BERSATU.
Bersatu itu kuat. Bersatu itu aman. Beersatu itu mesra. Bersatu itu kaya. Bersatu itu harmoni. Apkah ada tangan-tangan jahat yang sengaja membangkitkan semangat rakyat untuk benci membenci antara satu kaum dengan kaum yang lain. Apakah ada manusia-manusia jahat yang memburu kepentingan diri sendiri dengan
BEGINILAH YANG KITA HENDAK. NIKMATILAH BERSAMA KEKAYAAN MALAYSIA.
sengaja mengkuca-kacirkan suasana damai negara ini. Macam-macam perkara yang dibangkitkan untuk dijadikan isu agar rakyat memberontak dan sebagainya. Soal-soal kecil seperti hak ketuanan Melayu, hak istimewa orang melayu, bumiputera dan lain-lain segaja diujudkan oleh pihak-pihak tertentu.
SETIAP PEMIMPIN KITA AMAT BERSEM ANGAT PERPADUAN.
Pemimpin-pemimpin kita yang datang silih berganti, boleh dikatakan semuanya bersemangat perpaduan. Sejak Tunku Abdul Raham, Tun Abdul Razak, Tun Hussin Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri yang ada sekarang, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin yang cintakan perpaduan. Peristiwa 13 Mei itu barangkali sudah cukup mengajar mereka kenapa perpaduan itu perlu dijaga dan hormati. Satu Malaysia yang ditaja oleh Najib sepatutnya menjadi budaya kepada kita semua demi sebuah bangsa negara Malaysia yang hebat dan kuat. Marilah sama-sama kita perhatikan siapakah yang menjadi SYAITAN untuk meroboh istana kedamaian negara kita. Allahuakbar. Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan