(gambar dari google imej)
SEBENARNYA banyak perkara yang hendak saya tuliskan dalam blog saya ini, macam-macam saya boleh tulis kerana blog ini hak peribadi saya. Tetapi hari ini saya lebih tertarik tentang tulisan Awang Selamat dalam bisik-bisik mingguan dalam akhbar Mingguan Malaysia (akhbar kegemaran saya).Untuk pengetahuan Awang Selamat saya dahulunya adalah penyokong paling kuat Anwar Ibrahim. Saya sanggup bertegang leher malah sanggup bertumbuk dengan sesiapapun sekiranya ada orang yang cuba memburuk-burukkan beliau. Apa juga tomahan yang dilemparkan kepada Anwar saya meanggapnya adalah fitnah. Semuanya fitnah.Lebih kuat lagi sokongan saya bila Anwar tidak diberi rawatan sewajarnya ketika di dalam pejara.
Pendirian saya sekarang tidak semacam dahulu lagi. Kerana dia enggan bersumpah, enggan beri kerjasama dengan polis untuk dapatkan DNAnya dan sikapnya yang asyik mohon penaangguhan perbicaraannya kes liwatnya - adalah diatara sebab-sebabnya yang saya tidak yakin pada kejujurannya. Saya setuju seratus peratus apa yang ditulis oleh Awang Selamat itu. Kenapa dia takut? Inilah persoalannya yang mesti dirungkai.
Tetapi penyokong Anwar masih ramai. Dia bijak memutar belitkan sesuastu isu untuk memihak kepadanyanya. Memang Anwar juara di sini. Yang peliknya, orang ramai masih terus percaya padanya. Tentang isu Kalimah Allah ini, UMNO pula yang disalahkan dengan alasan yang tidak masuk akal. Tetapi orang terus percaya apa yang disebutkan itu.
Biar dan biarlah. Kita menyembah Allah yang sama. Firaun yang begitu hebat dan mengaku dirinya tuhan, akhirnya lemas dalam lautan. Berapa lamalah orang yang .................boleh berkuasa, akhirnya akan tumbang juga ditangan Allah kerana dosanya. Tunggu dan sama-samalah kita perhatikan.Berani kerana benar, takut kerana...........betulkah? Lu fikirlah sendiri...........
Allahuakbar. Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan