MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Khamis, 31 Disember 2009

PANDANG KE BELAKANG DAN CUBA PERBAIKI - SELAMAT TAHUN BARU 2010.






SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2010 -  banyak kejadian-kejadian menarik sepanjang tahun lalu. Lapangkan masa sebentar dan lihatlah ke belakang tahun 2009, macam-macam perkara menarik dan tidak menarik berlaku pada tahun lalu. Antara perkara-pekara yang tidak menarik itu ialah kejadian-kejadian buruk berlaku seperti kes buang bayi kian menjadi-jadi. Kes rogol, liwat dan bunuh masih berlaku. Selain dari kes-kes kemalangan maut terus berleluasa di negara ini.

Jenayah-jenayah seperti merompak, ragut, dadah dan sebagainya terus menjadi-jadi.

Ramai yang sudah dihukum penjara malah tidak kurang yang telah dihukum gantung sampai mati. Tetapi manusia ini tidak pernah takut. Kaki dadah akan menjadi penagih dan pengedar dadah - akhirnya mereka ke tali gantung kerana dadah.
Jadi pada tahun baru ini kita ubahlah sikap, ambil yang positif dan buangkan yang negetif, buang yang buruk dan ambillah yang baik. Mintalah kebaikan dari Allah, semoga Allah SWT makbulkan.
Politik dalam negara pun macam-macam belaku. Perak, Kelantan, Selangor dan  Terangganu menjadi perhatian seluruh rakyat negara ini.


Pergolakan politik Perak sehingga ada orang yang sanggup tidur ditengah jalan untuk menghalang perjalanan kereta Raja Muda Perak hangat sungguh diperkatakan. Semuanya gara-gara kerajaan PKR nak bubarkan DUN Perak. Zamri dan Muhamad Nizar terus bertelengkah kedudukan menteri besar Perak. Nizar cakap dia lebih berhak. Entah berapa kali turun naik mahkamah tidak ubah macam orang gila talak.
Nik Aziz kata orang UMNO tak masuk syurga jadi isu hangat diperkatakan. Gambar lucah Adun Selangor dan menteri besar Terangganu bersumpah amat menarik orang ramai. Semoga tahun 2010 ini aman damai hendaknya. Mereka berperang kerana merebut pangkat dan kuasa. Malu aku.
Cerita terbaru dari luar negara ialah tentang kepergian Gus Dur atau Abdul Rahman Wahid presiden Indonesia ke 4. Al Fatihah untuknya, semoga Allah menempatkan rohnya disisi roh orang salleh.

Selasa, 29 Disember 2009

SENJA.....




Aku hormati senja
itulah gambaran usia
yang hampir pada penghujungnya
rumah telah pun berkata - pergilah
kubur pula memanggil - marilah
diusia tambahan ini
perjalanan kita kian singkat
ibadah kita akan tersekat


Indahnya senja ini
detik-detik hidup yang melekakan
jangan biarkan syaitan bersarang dikepala
bermaharaja lela
biarlah warna-warni hidup berlalu
dengan sejuta keindahannya
dalam sisa-sisa hidup yang cuma sedikit ini
pertahankanlah maruah diri
dalam debu-debu yang mengelirukan
demi cinta kepadaNya

Apa lagi yang hendak dicari diwaktu senja
bila sang matahari terbenam
hari akan menjadi gelap-gelita
siang bertukar malam
dibimbangi kiamat diri mungkin terjadi
semoga Allah menyayangi kita
tunggulah ketibaan sang matahari
yang menguning indah disebelah timur
untuk menyambung hidup
meneruskan ibadah

Perhatikanlah
detik-detik kehidupan ini
dimana kita berada
jangan permudahkan
senja pasti tiba
jangan biarkan
dosa menguasai diri
neraka memanggil kita.

Isnin, 28 Disember 2009

SYIAH, JUMPA JANIN LAGI, KATAK GANJIL DAN SUDAH SETAHUN YAHUDI SERANG GAZA


SEMALAM ada dua kisah syaitan buang bayi. Saya sempat memapar hanya sebuah sahaja kisahnya. Kisah satu lagi, janin itu hancur dibaham burung gagak. Hari ini ada lagi kisah buang bayi ini. Klik dua kali kalau nak baca kisahnya.
 
Ini kisah katak ganjil pula dalam Utusan Malaysia hari. Klik dua kali untuk membaca tentang katak ganjil ini.

Aku sokong Iran sebagai sebuah negara Islam yang hebat dan kuat. Diharapkan Iran menjadi negara Islam yang dihormati oleh Negara-negara Eropah, Amerika dan  Israil. Tetapi yang aku tak berkenan, tiapkali sambutan hari Asyura (mengingati kematian Husin di Kurbala) orang-orang Syiah akan membinasakan diri sendiri. Mereka memukul diri sendiri hingga berdarah. Ini ajaran Islamkah? Harap-harap mereka kembali ke jalan ytang diredhai oleh Allah SWT.

Semoga Allah SWT melindungi saudara-saudara kita di Palestin. Bersatulah wahai umat Islam di Palestin sendiri. Bantulah Palestin wahai Mesir, Jordan Syria dan lain-lain.Bantulah orang-orang Palestin di Gaza yang menderita itu. Tolonglah mereka.

Ahad, 27 Disember 2009

MANUSIA BERHATI SYAITAN ATAU SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA?


BINATANG pun pandai sayang anak. Harimau atau singa yang makan manusia itu aku fikir lebih baik dari manusia. Kisah rogol, liwat dan bunuh kanak-kanak tidak pernah reda. Harian  Metro hari ini memaparkan kisah orang buang bayi (klik dua kali untuk membaca keratan akhbar itu). Kisah buang bayi dalam sungai, dalam parit atau diletakkan di masjid dan di rumah-rumah orang bagaikan tidak ada titiknya. Selalu sangat kita baca kisah ini dalam surat-surat khabar. Apa nak jadi dunia ini hah? Macam-macam. Tidak takut berdosakah mereka ini. Beginilah peragai manusia-manusia akhir zaman. Rogol, liwat dan bunuh kanak-kanak. Mereka yang sudah terlanjur itu sanggup pula membuangkan anak kerana malu.

Lihat gambar itu yang saya petik dari google images. Waraskah manusia yang hendak mencampakkan kanak-kanak dari tingkap rumah itu. Tingkat berapakah agaknya itu? Kalau tingkat 10 berkecai badan budak itu. Lihat, terkapai-kapai tangan budak itu ketakutan. Manusia semacam itu patut dibunuh sahaja. Ya Allah ya Tuhanku, jauhkanlah diriku dan keluargaku dari keganasan yang seumpama itu.
Setiapkali lepas sembahyang, berdoalah. Semoga Allah lindungi kita dari berperangai seperti syaitan itu. Allahuakbar.

Jumaat, 25 Disember 2009

LAGI MAYAT KANAK-KANAK DITEMUI - APAKAH DIA MANGSA BUNUH DAN LEWAT SEBELUM DIBUNUH?


LUKA lama belum pun sembuh lagi. Malah masih berdarah. Luka baru pula sudah terjadi. Kisah Nurin Jazlin masih menghantui fikiran rakyat Malaysia. Timbul pula kisah sedih yang amat menyayat hati - penemuan mayat seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun di kolam tadahan banjir Kampung Boyan, Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Idintiti kanak-kanak yang malang itu belum didedahkan lagi, tetapi sepasang suami isteri yang masing-masing berumur 34 tahun sudah ditahan oleh polis untuk membantu siasatan.

Penerangan pihak polis, akhbar dan mahkamah mungkin tidak sama dengan apa yang ada dihati kita sebagai insan biasa. Tidak siapa yang berani menuduh seseorang terlibat dalam kes rogol, lewat dan bunuh kanak-kanak ini sebelum mahkamah membuat keputusan. Dan sebagai orang awam, hati kecil kita mula tertanya-tanya. Kenapa siibu kanak-kanak itu tidak membuat aduan polis lebih awal bila nampak anaknya mengikut seorang lelaki? Sebaliknya bila kisah penemuan mayat kanak-kanak itu sudah tersebar sehari selepas kehilangannya, barulah siibu itu membuat aduan polis.

Kita sebagai orang biasa tidak boleh membuat apa-apa spekulasi tentang kes ini. Polis lebih bijak dari kita. Kita serahkan saja pada polis untuk menyiasat. Dan kita memang tidak boleh mengaitkan kedua-dua orang suami isteri yang sedang ditahan itu dengan kes-kes lain seperti kes Nurin Jazlin dan kes Shrlinie yang masih hilang sehingga sekarang. Wajah seorang lelaki yang dikaitkan dengan Sharlinie dan gambarnya (gambar lukisan) telah ditampalkan dimerata-rata tempat. Biar polis bandingkan adakah gambar lukisan itu sama dengan wajah lelaki yang ditangkap. Polis lebih arif.

Sebelum kes penemuan mayat kanak-kanak di Kampong Boyan itu, ada kes seorang kanak-kanak perempauan yang sempat melepaskan diri setelah diculik oleh seorang lelaki yang memakai ven. Kanak-kanak itu mungkin boleh membantu siasatan untuk mengecam lelaki yang ditangkap itu. Dan pastikan jugalah adakah lelaki yang ditangkap itu mempunyai ven. Kanak-kanak itu tentu boleh membantu polis.

Pening juga nak fikirkan. Ramaikah agaknya bilangan orang-orang berperangai macam binatang itu?
Pembunuh Nurin dan penculik Sharlinie itu orang yang sama atau orang yang berlainan. Begitu juga penculik kanak-kanak yang berjaya melepaskan diri itu. Orang yang samakah?  Berapa ratus jumlahnya? Saya rasa manusia berperangai binatang itu tidak ramai. Kalau diizinkan Allah, mungkin semua kes itu dapat diselesaikan. Insya-Allah. Al Fatihah untuk semua kanak-kanak yang dibunuh dan yang yang masih hilang. Al-Fatihah.
(SEMUA GAMBAR YANG DIPAPARKAN DIPETIK DARI GOOGLE IMAGES)

Khamis, 24 Disember 2009

SAINS TIDAK MENAFIKAN AKAN KEHEBATAN AL QURAN



AL-QURAN sebenarnya adalah Mukjizat Nabi Besar kita Muhammad Rasulullah SAW yang amat hebat dan sesuai disepanjang zaman. Al-Quran tidak pernah diubah dan dipinda sejak ianya diturunkan. Al-Quran tidak ada dua atau tiga. Al-Quran itulah satu sahaja - ianya tetap asli sejak diturunkan. Tidak seperti kitab Injil yang mempunyai beberapa orang penyusun atau pengarangnya. Al-Quran tidak pernah ditangguh penulisannya. Bila Nabi SAW menerima Wahyu dari Allah SWT maka para sahabat terus menulisnya di pelepah-pelepah kurma atau dibatu=batu. Tidaklah seperti kitab Injil yang ditulis selepas 500 tahun wafatnya Nabi Isa Alaihisalam.
Sebenarnya Islam tidak pernah menolak Injil. Islam wajib yakin bahawa Injil itu adalah turun dari Allah SWT. Percaya pada kitab adalah salah satu dari rukun iman. Tidak percaya pada injil ertinya akan terkeluar dari Islam. Tetapi yang kita wajib percaya itu ialah Injil yang asal. Bukan Injil seperti sekarang ini yang tidak kurang mempunyai empat orang penyusunnya. Kemanakah perginya Injil yang asal itu yang turun terus dari Allah SWT kepada Isa AS.

Sebuah lagi kitab Injil susunan Barnaba adalah dianggap kitab  yang berpihak kepada Islam, ianya tidak bertentangan dengan Islam. Adakah itu kitab Injil yang asli? Tetapi orang-orang Kristian tidak mahu mempercayainya pula. Mereka menolak Injil Barnaba.
Ahli-ahli sains sebenarnya tidak pernah menolak Al-Quran, sebaliknya mereka kagum akan kelebihan dan kehebatan Al-Quran itu. Kerana itu banyak pengkaji-pengkaji Al-Quran memeluk agama Islam. Contohnya banyak ahli-ahli sains dari Asia dan Barat memeluk agama Islam. (lihat majalah al-Islam keluaran terbaru Januari 2010) dapatkanlah majalah ini untuk rujukan saudara saudari.

Tulisan saya ini tidaklah bermaksud untuk bantu kempen jualan majalah ini. Tidak sama sekali. Sebagai penulis, saya memang kaki membaca. Ulat majalah atau ulat buku. Saya tertarik dengan beberapa makalah dalam majalah ini untuk menguatkan pegangan kita terhadap Islam. Lebih-lebih lagi al Islam memuatkan rencana-rencana berunsurkan Islam,


Sebenarnya ada banyak lagi majalah-majalah yang berunsur Islam, kalau hendak membelinya saya terpaksa pergi ke bandar Melaka atau Alor Gajah. Itupun tidak semuanya ada. Dan kadang-kadang saya terpaksa lari ke Tampin. Di Tampin ada sesbuah kedai orang Cina yang ada menjual berbagai-bagai jenis majalah. Sebulan sekali saya naiklah ke Tampin.

Yusoff Islam adalah seorang penyanyi (Cat Steven), tetapi beliau seorang yang kuat mengkaji tentang agama, akhirnya beliau betitu tertarik dengan agama Islam lalu menganutnya. Kini beliau seorang penganut Islam yang warak dan terus menyanyi lagu-lagu dakwah. Assalamualaikum. Wallahualam.

 (GAMBAR-GAMBAR YANG SAYA RAKAMKAN  INI DIPETIK DARI GOOGLE IMAGES DAN DARI MAJALAH AL ISLAM YANG SAYA RAKAMKAN SENDIRI. KLIK DUA KALI UNTUK MEMBACA TULISAN DAKAN GAMBAR ITU)

Selasa, 22 Disember 2009

KIAMAT MAKIN HAMPIR


SAYA amat tertarik membaca majalah al Islam keluaran terbaharu (Januari 2010)  yang memberi fokus tentang Bintang Marikh mula bergerak songsang kemudian diikuti dengan tulisan merah berbunyi KIAMAT MAKIN HAMPIR. Kalau belum ada al Islam cubalah miliki sebuah dan anda bacalah sendiri. Saya yakin apa yang tertulis dalam majalah itu adalah benar dan pasti akan berlaku, masa sahajalah yang akan menentukannya.
Kiamat makin hampir dan pintu taubat masih terbuka. Oleh itu marilah kita jauhkan diri dari sebarang kemungkaran dan kembalilah taat kepada Allah SWT. Berapa kaya pun kita, berapa cantik pun, berapa besar pun kuasa kita disuatu hari nanti kita akan kembali juga kepada Allah SWT tidak ada yang bernama makhluk yang boleh hidup sehingga kiamat, melainkan Malaikat.
     Al Islam mendedahkan SMS yang diterimanya berbunyi seperti ini: "Maklumat dari Datuk Haron Din, planet Marikh (planet yang terdekat dengan bumi) telah mengalami pusingan terbalik pada bulan sembilan yang lepas. Planet yang berhampiran dengannya juga akan mengalami kejadian yang sama. Maka akan terjadilah matahari naik dari barat yang juga tanda-tanda besar kiamat, lalu pintu-pintu taubat ditutup. Kata para astronbomi, bumi hanya tunggu masa saja. Info ini telah diedarkan secara meluas dan telah dihentikan penyebarannya oleh NASA kerana ia menguntungkan pihak Islam. Ambillah peringatan sama ada benar atau tidak sejauh mana khabarnya. Sama-mana harap tidak tinggal solat.
Walaupun dalam siasatan yang telah dibuat oleh al Islam bahawa kejadian seumpama ini pernah berlaku di masa-masa yang lalu, tetapi saya lebih berkeyakinan bahawa pertembungan antara planet-planet pasti akan berlaku yang menandakan kiamat akan terjadi, sebagai umat Islam menyegerakan membuat kebaikan dan menyegerakan bertaubat, adalah lebih baik dari menunggu saat-saat akhir yang akan tiba. Kita tidak tahu berapa lama lagi kita boleh hidup. Sama-samalah kita renungkan.


Isnin, 21 Disember 2009

MALU PAKAI SELUAR PANJANG MALU PAKAI JAM.....



DULU-DULU, zaman semasa aku kanak-kanak dahulu dalam tahun-tahun 50an ketika berumur antara 7 ke 10 tahun memang tidak pernah berjumpa seluar panjang. Kemana-mana sahaja pakai seluar pendeklah. Hari raya pun pakai seluar pendek. Orang-orang tua zaman itupun jarang yang memakai seluar panjang. Mungkin orang-orang zaman itu kurang ilmu, kerana bagi orang lelaki auratnya ialah dari lutut ke bawah. Atau tidak mampu untuk membeli seluar panjang waktu itu. Dan kalau aku pergi mengaji Quran pakai kainlah

KETIKA aku berumur 10 atau 11 tahun, ayahku telah membelikan untukku sehelai seluar panjang. Lama seluar panjang itu tersimpan kerana malu hendak pakai. Bila kulihat ada rakan-rakan sebayaku yang pakai seluar panjang, aku pun pakai seluar yang lama tersimpan itu. Aduh, teruk aku kena usik kawan-kawan. Wah pakai seluar panjang ya? Siapa beli?....Aku malu jadinya dan kawan-kawanku macam gayat saja nampaknya. Pelik sangat jadinya kerana pakai seluar panjang itu.

PAKAI jam pun macam itu juga. Satu hari, saya kutip jam abang saudara saya yang dicampakkan di belakang rumah. Jam itu telah rosak sebenarnya. Aku ambil jam itu dan entah apa yang aku buat, tiba-tiba jam itu boleh berfungsi. Aku gembira sangat. Waktu itu jarang sangat budak-budak pakai jam. Tapi aku sudah pakai jam. Kerana ada jam aku selalu pergi ke pekan. Aku tayang jam yang sudah terbuang itu. Aku asyik tengok jam sahaja. Kawan-kawan pula semuanya menegur aku. Wah ada jam ya, ada jam......
Aku bangga sheikh, Terlalu bangga.

ZAMAN sekarang ini dah bersepah jam, kanak-kanak baharu pandai berjalan pun dah pakai jam. Semasa aku ke Mekah, jam Rolex pun ada jual. cuma RM10.00 sahaja harganya sebuah.

(SEMUA GAMBAR YANG DISIARKAN INI HANYA UNTUK HIASAN SAHAJA. GAMBAR DIPETIK DARI GOOGLE IMAGES.)

Ahad, 20 Disember 2009

KASARKAH BAHASA ORANG MELAKA.......?


SELALU saya mendengar orang bercakap bahasa orang Melaka ini kasar. Suka mengutuk. Suka menggunakan bahasa yang tidak sedap didengar. Kononnya perkataan-perkataan seperti 'lahabau', 'melaun', 'laknat', 'musibat', 'celaka', 'hawau' dan lain-lain adalah basahan sahaja dimulut orang Melaka. Kononnya lagi, dua sahabat yang terpisah sekian lama, setelah berjumpa semula, maka maki hamun dan kutuk mengutuklah yang mula keluar dari mulut mereka. Betulkah ini?.......

Saya ini orang Melaka. Tetapi di kalangan sahabat-sahabat saya tidak pula ada yang berbahasa begitu. Pendeknya, Kampung Durian Tunggal, tidak ada orang yang semacam itu. Mungkin di kampung lain, tak tahulah saya.
Islam agama yang mulia ini melarang kita berhabasa kesat atau kasar antara satu dengan lain. Hukumnya berdosa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud, "orang yang suka menyumpah seranah (mengutuk) tidak akan menjadi penolong dan saksi pada hari kiamat.
Sebuah lagi hadis hasan riwayat Turmudhi bermaksud: "seorang yang beriman itu bukanlah orang yang suka mencela, suka mengutuk, suka berbuat jahat dan bukan pula orang yang kotor lidahnya.
Ibnu Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "sesiapa yang mengutuk sesuatu, padahal bukan semestinya begitu, kembalilah kutukan itu kepadanya."
Ertinya Islam melarang mengutuk dan menggunakan bahasa yang kesat kepada seseorang tanpa sebab, jawbnya berdosa.

Lebih dari itu kutukan yang melampau itu dengan kata-kata yang kesat boleh menerbitkan kemarahan orang yang dikutuk. Kita bimbangkan berlakunya berselisihan faham dan terus bergaduh dan bertumbuk. Jadi sikap buruk dan tidak baik itu marilah sama-sama kita buang dan ketempikan. Wallahualam.
(SEMUA GAMBAR YANG DIPAPARKAN HANYA SEBAGAI HIASAN SAHAJA, TAK KENA MENGENA APA YANG SAYA TULIS ITU)

Jumaat, 18 Disember 2009

CAMPAKKAN SAJA SEBIJI BOLA DI PADANG....


TERLEBIH dahulu diucapkan TANIAH kepada pasukan bawah 23 tahun pasukan bolasepak Malaysia yang berjaya memungut pingat emas dalam sukan SEA setelah menantinya selama 20 tahun. Malaysia mengalahkan pasukan Vietnam 1 - 0.
       Sebenarnya saya juga seorang peminat bolasepak sejak dahulu sehinggalah sekarang. Dan masa muda-muda dahulu saya juga seorang pemain bolasepak bagi pasukan PDRM Pasir Puteh, Kelantan. Dan ketika umur hampir menjangkau 40 tahun pun saya masih bermain dalam pasukan UKK Air Kuning Selatan, Gemas.

Kemenangan pingat emas pasukan  bolasepak itu ternyata amat menggembirakan seluruh rakyat Malaysia. Televisyen, akhbar, radio dan dikedai-kedai kopi sibuk membicarakan tentang bolasepak. Rajagopal, jurulatih pasukan bawah 23 tahun itu dipuji-puji setinggi langit. Kalau kalah.....

Setelah tua begini ada sesuatu yang tidak dapat saya rasakan, kerana bolasepak banyak orang yang tinggalkan sembahyang. Campakkan sahaja sebiji bola di padang, maka berebut-rebutlah mereka untuk menyepak bola itu. Kalau jam 4.00 pm bola itu dicampakkan, maka tertinggallah beberapa waktu sembahyang. Saya bimbang zohor, asar, maghrib dan isyak pun tidak semabahyang. Inilah bahananya bolasepak.
       Kalau perlawanan bolasepak itu dibulakan selepas isyak atau selepas subuh siang hari, saya rasa kuranglah sedikit orang-orang yang tinggalkan sembahyang. Nak haramkan bolasepak tidak boleh, seluruh manusia di dunia ini cintakan bola sepak.
       Kerana bolasepak juga boleh menghuru-harakan negara. Penonton membuat kacau dalam stadium. Bakar tempat duduk, baling botol, bertumbuk sesama sendiri hingga banyak nyawa yang terkorban. Hebatnya bolasepak ini yang boleh merusakkan keamanan negara.

Dari manakah puncanya permaianan bolasepak ini? Ada yang mengatakan bolasepak ini bermula dari kepala Nabi Yahya AS yang telah penggal kepalanya oleh seorang raja yang ingin mengahwini anak saudaranya sendiri. Nabi Yahya menghalangnya; akibatnya kepala Nabi Yahya dipancung oleh raja itu. Jadi, kepala Nabi Yahyalah yang disepak oleh rakyat raja yang zalim itu. Itulah puncanya. Dari sepak kepala nabi sehinggalah menusia dapat mencipta permainan bolasepak seperti sekarang ini. Sekian, Wallahualam.

Khamis, 17 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431 dan DIMANA ADA JUAL TOYOL?


                (PETA BUMI MEKAH DAN MADINAH)               
SEKARANG ini kita masih dalam tahun Hijrah 1430, petang nanti takwim kita akan berubah.Kita akan melangkah ke tahun baru Hijrah 1431 dan bermulalah kiraan 1hb. Muharam 1431 sehingga 30hb. Zulhijjah 1431 akan datang. Cepat benar masa ini berlalu sebenarnya.
     Pengertian Hijrah ini luas sebenarnya. Pada segi sejarahnya, pengiraan Hijrah itu adalah bermula dari tarikh berhijrahnya Baginda Rasullah SAW dari Mekah ke Madinah. Tetapi maksud sebenar pengertian Hijrah itu adalah luas.

    Kalau dulu kita malas sembahyang, tahun baru ini kita ubah sikap kita agar rajin sembahyang. Kalau dulu kita malas hendak pergi ke masjid, tetapi masuk tahun baru ini kita tanam azam agar kita rajin ke masjid. Kalau dulu kita merokok, tanam azam untuk berhenti merokok. Semua itu dikatakan Hijrah juga. Hijrah dari yang tidak baik kepada yang baik.
    
    DENGAN itu saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru HIJRAH 1431 kepada semua umat Islam khususnya kepada mereka mengikuti blog sasya ini, semoga Allah panjangkan umur kita dengan iman dan kesihatan yang secukupnya. Amin.

DIMANA ADA JUAL TOYOL?

    SEORANG sahabat saya yang baru balik dari menunaikan Rukun Islam ke Lima menyatakan kepada saya; seorang kawan sebiliknya menyatakan kepadanya, ketika sahabatnya itu berada di Masjidil Haram telah datang seseorang rakyat malaysia bertanyakan tempat menjual TOYOL. Teperanjat kawannya itu mendengarnya. Kawan sebiliknya itu ialah seorang pesara askar.
    Saya tidak fikir kawannya itu buat cerita karut. Kawan saya yang baru balik dari Mekah inipun memang alim orangnya. Mustahil dia bercakap bohong.
    Pelik, tak takut berdosakah orang ini? Mungkin dia kurang ilmu agaknya. Tidak tahukah dia percaya dan memuja selain dari Allah boileh membawa seseorang itu kepada syirik.
 
      (SEORANG KANAK-KANAK SEDANG MANDI DI PANTAI, DIA BUKAN TOYOL)
     Mereka percayakan toyol, kononnya toyol itu boleh membantu dia mendapatkan wang dengan jalan mencuri wang orang lain. Tidak tahukah mereka bahawa segala rezeki itu adalah datang dari Allah. Sembahlah Allah dan mintalah pertolongan darinya.

Orang ini pegang toyolkah? Eh, jangan bang, Kalau toyol campakkan. Nanti dia hisap darah kita. Mampus kau nanti. Aku tidak berani.Tolong, tolong jangan. Jangan berkawan dengan hantu, syaitan, jin dan lain-lain semacam makhluk itu.
Allahuakbar. Assalamualaikum.