KISAH kanak-kanak dibuang di dalam lobang najis, dalam tong sampah atau dicampakkan di dalam longkang atau sungai sentiasa kita temui kisahnya di dada-dada akkbar. Memang itu satu perbuatan yang kejam dan zalim. Di dunia mungkin dia terlepas, tetapi di akhirat kelak pasti akan mengadap Allah SWT juga untuk menerima hukumannya. Pada tulisanku yang lalu ada aku tuliskan tentang hal ini. Amat menyedihkan. Kemungkinan anak yang dibuat itu ialah anak haram. Ketika melakukan kerja-kerja terkutuk itu, mereka tidak pernah barangkali memikirkan akibatnya. Mereka ingin berseronok sahaja. Tetapi kenapa pula anak yang menjadi mangsa. Oh, amat menyedihkan.
(GAMBAR INI HIASAN SAJA)
Disamping kisah buang bayi, banyak kisah anak derhaka yang mencampakkan ibu atau bapanya ditempat-tempat awam agar dipungut oleh orang lain. Dan ramai yang dihantar di pusat-pusat menjagaan orang-orang tua. Amat menghibakan. Ada kisah, seorang ibu yang telah meninggal dunia di pusat penjagaan orang-orang tua tidak dituntut mayatnyta oleh si anak. Tidak dibantu untuk dimandi, sembahyang dan dikebumikan. Sebaliknya, sianak datang ketika mayat ibunya hendak dikebumikan hanya untuk menutut harta peninggalan ibunya. Anak apakah namanya ini. Ketika mereka kecil-kecil dahulu ibu bapa menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh. Seekor nyamuk pun tidak akan dibenarkan untuk menghinggapnya. Bila sudah besar mereka bersikap kejam dan derhaka. Lebih-lebih lagi bila ibu bapanya dalam keadaan sakit, kencing dan beraknya tidak menentu, lebih lagilah bencinya si anak kepada ibu atau bapanya.
(IBU DAN BAPA INI TERLALU BERDUKACITA TENTANG KEHILANGAN ANAKNYA. MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA SEMOGA ANAKNYA DIKEMBALIKAN. AMIN)
Bertanyalah dengan orang yang pernah kehilangan anak, sama ada anaknya hilang kerana dicolek atau hilang kerana kematian.Tentu sekali amat sedih dan amat mendukacitakan. Bertanyalah dengan mereka yang pernah menghadapi masalah itu. Arwah ayah dan ibuku bagaikan orang hilang akal bila anak angkatnya (NOOR AZIZAH) meninggal dunia ketika berumur empat atau lima bulan. Begitulah kasih dan cintanya si ibu bapa kepada anak-anaknya. Tidakkah begitu menyedih dan mendukacitakan bila si anak bertindak membuang ibu atau bapanya.
(TIDAK ADA SESIAPAKAH IBU INI?)
Kalau hendak dibalas jasa ibu bapa memang tidak terbalas. Mati hidup balik pun tidak dapat dibalas. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasih bapa sanggup berkorban dan kasih saudara masa berada. Kata ulamak, syurga anak di bawah telapak kaki ibu.
Aku terfikirkan diriku yang sudah tua ini. Sudah pun 66 tahun. Sehingga ini kesihatanku agak baik juga walaupun aku seorang pengidap penyakit tiga sekawan (lemah jantung, darah tinggi dan kecing manis) kadang-kadang aku masih boleh pergi ke masjid dan kenduri-kenduri kahwin. Semoga Allah terus memelihara aku. Semoga aku tidak disisihkan oleh anak-anak.
(SEMUA GAMBAR DIAMBIL DARI GOOGLE IMEJ. HANYA UNTUK HIASAN SAHAJA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan