MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Selasa, 29 Jun 2010

RUMAH SAYA DIMASUKI PENCURI....

(gambar hanya untuk hiasan)
PENCURI MENGELEDAH DALAM RUMAHKU
PADA 25.6.2010 jam 3.00 pm saya ke Kuala Lumpur ke rumah anak-anak saya. Hari pertama saya tidur dirumah anak saya yang duduk di Wangsa Maju, esoknya 26.6.2010 saya tidur di rumah anak perempuan saya yang baru pindah rumah baru di Bukit Antarabangsa. Sempatlah saya bacakan doa selamat dan kamki adik beradik sempat sembahyang berjemaah. Alham dulillah....Selamat masuk rumah baru.

27.6.2010 saya ke Bukit Jalil tidur diruamh seorang laagi anak saya. Cucu-cucu saya Danish dan Damia menceriakan saya di Bukit Jalil.

28.6.2020 jam 10.00 am saya balik ke kampung semula. Sampai jam 12.30 tengah hari. Alangkah teperanjatnya saya dan isteri, pintu depan rumah sudah terbuka. Kunci grill dihompel dan dipecahkan. Dan bila kami masuk ke dalam rumah. Doh, habis berselerak barang2 dan kain baju kami dibongkar dan digeledah.

Barang-barang yang hilang, duit tunai lebih kurang RM 80.00 ternasuklah duit siling lebih kurang RM 50.00,
sebuah video cam rantas emas anak saya hilang. Jam tangan yg isteri saya beli di Mekah juga hilang.

Saya buat report polis jam 2.30pm.

Polis datang membuat pemeriksaan. Tetapi aku rasa siasatan tidak ada apa gunanya hanya sebagai melengkapi siasatan saja.

Aku dulupun pernah menjadi pegawaik penyiasat 4 tahun lamanya. Masa aku dulu aku buat kerja bersungguh-sungguh. Sekarang ini, ah entahlah.....

Selasa, 22 Jun 2010

SYUKURNYA AKU KEPADA ALLAH SWT....

OSMAN DOL DALAM USIA AWAL 30AN

DATO' TUN NISAN BIN TUN MAJID

Ketika membaca akhbar Utusan Malaysia pagi tadi maka terpandanglah saya wajah Dato' Tun Nisan oemangku Ketua Polis Pulau Pinang.

Tun Nisan adalah rakan seperjuangan saya. Saya mengenalinya ketika saya bertugas di Negeri Sembilan di sekitar tahun 80 an, dia seorang yang baik dan amat kuat bekerja. Tahniah dari saya.

Seorang rakan lagi yg sama squad dengan saya juga telah mendapat taitle datuk. Kami sama2 menjadi rekrut inspektor percubaan tahun 1975 dan 1976. Habis traning kami sama2 ditempatkan di Batalion 9 Bakri Kem, Muar.

Rezki masing2. Saya yg bertugas selama 34 tahun sebagai anggota dan pegawai polis. Saya join konstbal (mata2) dari trahun 1963 hinbgga 1974  dan selepas itu dinaikkan kepangkat inspektor. Saya pencen hanya berpangkat ketua inpektor.

Rezeki masing2. Saya bersyukur kepada Allah SWT. Alhamdulillah.... ada diantara rakan2 saya yg pencen hanya L/Kpl saja malah adas diantara mereka dibuang kerja kerana beberapa kesalahan.

Alhamdulillah....alhamdulillah....Alhamdulillah....


Sabtu, 19 Jun 2010

ARIEL DAN LUNA MAYA DISIASAT VIDEO MEREKA - BH ON LINE.

Ariel dan teman wanitanya, Luna Maya diserbu wartawan.JAKARTA: Vokalis kumpulan muzik Peterpan Nazriel ‘Ariel’ Irham yang mendapat liputan meluas media Indonesia berikutan skandal video seks dengan aktres dan penyanyi Luna Maya, tiba di Ibu Pejabat Polis Negara semalam untuk disoal siasat.

Ariel tiba jam 10.20 pagi dan mengelak diserbu wartawan dengan terus berlari ke jabatan siasatan jenayah sejurus keluar dari keretanya. Luna Maya bagaimanapun sudah berada di jabatan itu lebih awal dan masih disoal siasat ketika Ariel tiba. Luna ditemani peguam OC Kaligis. Laman web berita The Jakarta Globe yang memetik stesen televisyen SCTV menyatakan, polis akan melakukan pemeriksaan fizikal ke atas pasangan itu, dipercayai bagi mengenal pasti bentuk badan dan tanda tertentu sama ada ia menyerupai ‘pelaku’ di dalam klip video seks berkenaan.

Sementara itu polis berkata pihaknya sudah menahan enam orang untuk siasatan lanjut mengenai video seks membabitkan Ariel, Luna Maya dan Cut Tari.

“Mereka tidak ditangkap, sebaliknya disoal siasat untuk membolehkan kami mengesan siapa orang pertama memuat naik video terbabit,” kata pengarah jenayah dalam negara, Brigadier Jeneral Saud Usman Nasution.

Beliau berkata pihaknya dibantu enam pakar untuk menggunakan kaedah saintifik bagi memastikan ketulenan video terbabit.

Saud menambah, pihak polis mendapat maklumat bahawa video seks itu dimuat naik pada 22 Mei lalu.

"Kami menerima maklumat, video itu dimuat naik pada 3 atau 4 Jun, tetapi hari ini kami mendapati ia sudah tersebar di internet sejak 22 Mei lalu,” katanya. – Agensi

Komen Osman Dol: biar polis siasat terlebih dulu...

Khamis, 17 Jun 2010

ANAKKU BERTUNANG...



SENDIRI RAKAM GAMBAR SENDIRI

HARI INI SAYA ingin mengulis sendiri dalam blog saya ini. Biasanya saya petik dari akhbar2. Kali ini biarlah saya luangkan sedikit masa untuk mencatatnya.

Saya ingin menyebutkan tentang hari pertunangan anak perempuan saya yg nombor 7 yang diadakan pada 12.6.2010. Nampaknya hari pertunangan itu semuanya berjalan dengan baik. Orang datang ramai, jamuan yang disediakan pun cukup, pihak lelaki dan pihak perempuan amat berpuas hati dihari berlansungnya pertunangan itu.

Sebagai bapa mahupun ibu barangkali tentulah hendakkan anak perempuannya berfkahwin segera. Semua itu ketentuan Allah SWT. Allah yg menentukan jodoh seseorang.

Alhamdulillah anak saya bakal menemui jodohnya. Dia baharu sahaja bertunang. Peretunangan ini juga saya tuliskan dalam fb.  Banyak orang yg wish saya. Alham dulillah. Tetapi ada juga yg perihatin itu memberfikan pendapatnya yang ikhlas dan jujur.

Ada yg komen bahawa bakal pengantin itu lebih manis lagi kalau memakai tudung.Tutup aurat. Inilah budak2 zaman sekarang. Tidak mahu mendengar cakap ibu bapa. Tidak dengar nasihat. Degil. Dah disuruh tetapi tidak mahu pakai.

Allahuakbar. Diharap anak2ku yg lain bertudunglah. Assalamualaikum....

Selasa, 15 Jun 2010

IRAN HANTAR BANTUAN KE GAZA - BERITA HARIAN ON LINE.

2010/06/15

TEHERAN: Iran menghantar kapal bantuan ke Gaza, yang disifatkan oleh Israel sebagai langkah provokasi berikutan dakwaannya bahawa Teheran membantu penduduk Palestin dengan kelengkapan senjata.

Satu kapal meninggalkan pelabuhan kelmarin manakala yang lain akan berlepas Jumaat ini, dipenuhi dengan makanan, bahan pembinaan dan permainan, kata laporan berita tempatan. Bot terbabit adalah sebahagian usaha antarabangsa untuk menghalang pemulauan Israel terhadap Gaza. “Sehingga berakhirnya halangan terhadap Gaza, Iran akan terus menghantar kapal bantuan,” kata seorang pegawai Persatuan Pertahanan Penduduk Palestin Iran. Ketika Israel sejak sekian lama mengesyaki Iran, yang menolak hak kewujudan negara Yahudi itu, membekalkan senjata kepada Hamas, Teheran berkata mereka hanya memberi sokongan moral kepada kumpulan terbabit.

Tentera Israel dua minggu lalu menyerbu sebuah kapal bantuan Turki menuju ke Gaza pada 31 Mei dan membunuh sembilan aktivis pro-Palestin, kebanyakan mereka rakyat Turki.

Rakyat di kebanyakan negara Islam marah dengan pembunuhan terbabit. Seorang pegawai Persatuan Bulan Sabit Merah Iran berkata, kira-kira 100,000 penduduk Iran secara sukarela menjadi krew kapal bantuan terbabit, lapor akhbar harian Iran.

Seorang pegawai kanan Iran sebelum itu berkata Pengawal Revolusi elit Iran bersedia menyediakan tentera pengiring bagi kapal bantuan itu menuju ke Gaza jika diarahkan pemimpin, Ayatollah Ali Khamenei.

Bagaimanapun timbalan ketua, Hossein Salami berkata sehingga kini mereka tiada rancangan untuk berbuat demikian.

“Perkara seperti itu tiada dalam agenda kami,” katanya yang dipetik agensi berita IRNA, semalam.

Sebarang tindakan tentera akan memberi risiko kepada peperangan lebih besar dengan Israel yang bimbangkan program pengkayaan nuklear Iran bertujuan untuk mewujudkan bom atom. – Reuters

KOMEN OSMAN DOL: Semoga usaha Iran itu di sokong oleh negara2 Islam yg lain...Insya Allah.

Ahad, 13 Jun 2010

BERUBAHKAH DASAR PERJUANGAN PAS - UM ON LINE.

Umat Islam pasti akan menanti ke manakah hala tuju Pas seterusnya selepas keputusan membenarkan bukan Islam menjadi calon parti itu dalam Pilihan raya.


KIRA-kira 15 tahun lalu, penulis bertemu dengan sekumpulan penyokong Pas di sebuah daerah di Kelantan.

Dalam pertemuan itu, penulis bertanya kenapakah mereka tetap menyokong Pas, biarpun tidak menjadi ahli parti itu. Jawapan yang mereka berikan ialah kerana Pas memperjuangkan dasar Islam dan seratus peratus ahlinya adalah Islam.

Sememangnya dasar Islam yang diperjuangkan itulah yang selama ini menjadi tarikan utama kepada ramai orang Melayu menyokong Pas.

Malahan di kawasan tertentu yang majoriti pengundinya Melayu, jika Pas bertanding menentang calon bukan Melayu yang mewakili Barisan Nasional (BN), Pas pasti menang.

Segalanya kerana sebahagian orang Melayu biarpun tidak menjadi ahli Pas tetap menjadi penyokong tradisi kepada parti berkenaan berikutan pegangan perjuangan Islam.

Namun begitu keputusan terbaru yang dicapai di dalam muktamar tahunan ke-56 parti itu mungkin menimbulkan persoalan apa akan berlaku kepada dasar perjuangan Pas selepas ini.

Keputusan Pas untuk membenarkan calon bukan Islam menggunakan lambang parti itu menimbulkan persoalan, apakah selepas ini dasar Islam yang diperjuangkan oleh parti berkenaan akan berubah atau tidak.

Setakat ini jika diamati amanat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di muktamar berkenaan, Pas masih berusaha untuk meletakkan Islam sebagai asas perjuangannya.

Jika tahun lalu dalam ucapan dasarnya, Abdul Hadi menegaskan soal tiba masanya Islam memimpin, pada tahun ini pula ia bertemakan Islam adil untuk semua.

Abdul Hadi masih berusaha menyakinkan pengikut-pengikut Pas bahawa Islam tetap menjadi teras utama perjuangan parti berkenaan.

Tetapi dalam masa yang sama kita berhak bertanya, apakah perjuangan Islam yang dilaung-laungkan itu sekadar slogan atau untuk menyedapkan hati sahaja.

Ia kerana tindakan Pas yang semakin membuka pintu kepada bukan Melayu untuk bersama-sama dengan parti itu menimbulkan persoalan apakah yang menjadi congak politik parti itu sekarang.

Bermula dengan kelab penyokong Pas kini ia dinaikkan taraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong Pas dan seterusnya bukan Islam dibenarkan bertanding menggunakan simbol parti itu.

Abdul Hadi di dalam ucapannya mengaitkan perjalanan dakwah di di Mekah dan peristiwa hijrah Rasullullah SAW ke Madinah dengan apa yang dilakukan oleh Pas dalam hubungan dengan bukan Islam.

Hujah Abdul Hadi, ''Kita bukan sahaja meruntuhkan tembok yang memisahkan kita selama ini dengan kaum bukan Islam, bahkan perjuangan kita juga mahu disertai oleh kalangan mereka. Ini merupakan satu pencapaian yang lebih maju bagi penyelesaian masyarakat majmuk secara Islam, bagi memperkenalkan Islam yang boleh berlaku adil untuk semua.''

Kalau begitulah pendirian Pas yang semakin terbuka menerima penyertaan bukan Islam ke dalam parti itu, ia menjadi hak mereka dan harus dialu-alukan.

Yakin

Tetapi dalam masa yang sama, apakah perubahan sikap ini benar-benar kerana atas asas memaparkan bahawa 'Islam adil untuk semua' atau ia sekadar bagi meraih undi dan kerusi di dalam pilihan raya?

Ketika diminta mengulas perkara ini, penganalisis politik, Prof. Dr. Mustafa Mohamed Ishak berkata, perubahan sikap Pas tersebut ialah kerana Pas terlalu yakin dengan kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Pas berpandangan apa juga undi yang diperolehi oleh kedua-dua parti itu akan turut diperolehi oleh mereka.

''Mereka percaya penyokong tradisi akan terus menyokong dan dengan sokongan sedikit lagi pengundi bukan Melayu yang tidak berpuas hati dengan kerajaan maka mereka bukan sahaja akan dapat mempertahankan kerusi tetapi juga menambah kerusi,'' katanya.

Sehubungan itu, beliau melihat, ia jelas membuktikan Pas kini lebih mencongak untuk mendapat kuasa di dalam pilihan raya berbanding perjuangan asalnya.

'Pas juga dilihat lebih mementingkan undi bukan Melayu dan tidak memikirkan lagi sensitiviti pengundi Melayu yang selama ini menyokong mereka atas dasar perjuangan,'' katanya.

Justeru di dalam keghairahan untuk meraih undi bukan Melayu, Pas sepatutnya berhati-hati dengan keterujaan tersebut.

Ia kerana adalah tidak mustahil jika pengundi tradisi Pas merasakan sokongan mereka semakin tidak dihargai apabila Pas lebih percaya hanya dengan sokongan segelintir pengundi bukan Melayu parti itu akan mencapai kemenangan di dalam pilihan raya.

Perubahan sikap Pas ini, mungkin didorong oleh keghairahan untuk menghapuskan tafsiran bahawa Pas adalah parti konservatif Islam. Demi kuasa politik, Pas tidak mahu dilihat hanya eksklusif untuk orang Melayu sahaja.

Apatah lagi, Pas melihat sejak kebelakangan ini sokongan bukan Melayu kepada pembangkang semasa pilihan raya semakin bertambah.

Justeru Pas tidak mahu sekadar melihat segelintir orang Melayu menjulang simbol DAP tetapi mahu melihat ada bukan Melayu turut menjaja simbol Pas, biarpun mereka yang berbuat demikian tidak memahami dasar perjuangan parti itu.

Apa pun, Pas juga perlu diingatkan janganlah sampai akibat keghairahan untuk melihat penyertaan atau sokongan bukan Melayu, ia akhirnya memaksa parti tersebut mengubah dasar perjuangannya dan lebih teruk lagi meminda perlembagaan parti.

Ia kerana jika kita mengkaji fasal-fasal yang terdapat di dalam Perlembagaan Pas adalah jelas ia tidak begitu sesuai dengan bukan Islam. Kaji sahaja Fasal 3 dan 4 perlembagaannya yang menyatakan dasar Pas ialah Islam dan seruan Pas ialah Allahu Akbar.

Begitu juga dengan Fasal 9 (2) yang menyatakan bahawa syarat menjadi ahli Pas mestilah beragama Islam. Tetapi bagaimana pula dengan kedudukan bukan Islam yang dibenarkan menjadi calon Pas di dalam pilihan raya?

Apakah mereka akan bersetuju dengan Fasal 6 (2), contohnya yang antara lain berbunyi, ''Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.''

Perjuangan

Bagaimana pula dengan kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang berharap, gerakan Islam Pas menjadi satu gerakan yang tidak sekadar untuk memenangi kerusi pilihan raya tetapi juga membawa mesej perjuangan suci sekali gus menawan seramai mungkin pengundi agar menerima Islam.

''Kemenangan tetap dicari dalam setiap pilihan raya tetapi ia juga perlu mengekalkan wajah asalnya sebagai gerakan Islam yang berpolitik dan berjuang untuk membebaskan manusia daripada neraka Allah SWT,'' kata Nasrudin.

Persoalannya mampukah pemahaman ini diterapkan kepada calon-calon Pas dari kalangan bukan Islam?

Selain banyak kekeliruan yang perlu dijawab berkaitan fasal-fasal di dalam Perlembagaan Pas dan dasar perjuangan Pas, turut menjadi persoalan ialah di manakah calon-calon berkenaan akan dibenarkan bertanding atas tiket Pas.

Apakah pemimpin dan ahli Pas akan bersedia untuk meletakkan mereka bertanding di kawasan kubu kuat Pas? Atau calon itu hanya diletakkan bertanding sekadar syarat di kawasan yang Pas tidak boleh menang?

Hakikatnya, kalau Pas benar-benar jujur untuk membenarkan bukan Islam menjadi calon, maka benarkanlah calon tersebut bertanding di kubu kuat Pas.

Melalui cara itu ia akan mampu menghapuskan persepsi bahawa keghairahan Pas membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket parti tersebut bukanlah bertujuan mencari undi semata-mata tetapi benar-benar ingin melihat ada bukan Islam mewakili mereka di Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri.

Cabaran terbesar Pas ialah menyakinkan penyokong mereka bahawa calon bukan Islam itu pilihan terbaik berbanding kalangan pemimpin dan ahli Pas yang sudah berpuluh-puluh tahun istiqamah dengan perjuangan Islam Pas tetapi dilihat masih belum layak dipilih sebagai calon.

Bagaimanapun dari satu segi, kita menghormati pendirian Pas dalam soal calon bukan Islam ini tetapi dalam masa yang sama berharap Pas juga akan bersikap lebih terbuka dalam soal menyatukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Mahu tidak mahu, Pas adalah parti Melayu kedua terbesar di negara ini selepas UMNO. Oleh itu usaha menyatukan orang Melayu biarpun berbeza fahaman politik perlu diteruskan.

Kita percaya di bawah kepimpinan Abdul Hadi dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa, soal menyatukan orang Melayu tetap terpahat kukuh di hati kepimpinan Pas tanpa melihat ia dari sudut politik yang sempit. Pas masih diberikan harapan untuk bersama-sama dalam mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Islam selaras dengan apa yang terkandung di dalam perlembagaannya.

Selain itu, Pas juga perlu diberi pujian kerana terus bersikap terbuka kepada semua media biarpun rakan mereka, PKR dilihat begitu memusuhi sesetengah media. Sikap Pas ini, bersesuaian dengan keperibadian Islam.

Seperkara lagi, tahniah juga kepada kepimpinan Pas kerana mendengar suara Dewan Muslimat apabila menetapkan kuota 30 peratus pencalonan bagi semua jawatan naib presiden ke bawah untuk wanita.

Turut menarik perhatian ialah ketegasan Dewan Ulama dan Dewan Pemuda yang mahukan dalam apa keadaan sekalipun Pas tidak meminggirkan perjuangan Islamnya.

Kesimpulannya, biar pun dilihat 'tidak sepanas' mana muktamar kali ini tetapi ia cukup penting bagi Pas menentukan hala tuju parti itu.

Dengan pelbagai keputusan sudah dibuat, maka ramailah menanti apa akan berlaku kepada Pas selepas ini terutama dasarnya yang wujud sejak 59 tahun lalu.

Khamis, 10 Jun 2010

BAKAR MASJID JANDA KAHWIN LAIN - UM ONLINE...

Oleh HASHNAN ABDULLAH

utusanputrajaya@utusan.com.my

PUTRAJAYA 9 Jun - Angkara gila talak, seorang lelaki mengambil tindakan nekad membakar Masjid Jamiur Rahmah di Kampung Limau Manis, Sepang, malam tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, lelaki terbabit yang disyaki mengalami tekanan perasaan mengambil tindakan itu setelah mendapat tahu bekas isterinya akan melangsungkan pernikahan di masjid berkenaan hujung bulan ini.

Bagaimanapun, difahamkan lelaki itu berjaya melarikan diri ketika penduduk kampung kelam-kabut berusaha memadamkan kebakaran tersebut.

Malah, sebelum itu, lelaki terbabit juga dikatakan telah mengoyak kitab al-Quran, sejadah dan buku-buku doa di rumahnya.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Limau Manis, Naim Alwi berkata, hampir 90 peratus ruang solat lelaki telah terbakar dan tidak boleh digunakan untuk tujuan ibadat manakala sebahagian daripada ruang solat wanita turut musnah.

"Selain perabot dan peralatan elektrik, kitab al-Quran, bingkai ayat-ayat al-Quran di dinding masjid dan sejadah telah musnah sama sekali dalam kejadian yang amat menggemparkan penduduk kampung.

"Malah, mimbar masjid turut hampir musnah dalam kebakaran tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, Naim berkata, satu laporan polis dibuat oleh jawatankuasa masjid pagi ini.

Menurut Naim, lelaki itu memang dikenali di kampung itu dan dia dikatakan mengalami tekanan perasaan selepas berpisah dengan bekas isterinya.

"Pada masa ini, selain orang kampung, saya turut difahamkan polis telah melancarkan gerakan memburu lelaki terbabit," katanya.

Menceritakan kejadian itu, Naim berkata, dia dimaklumkan oleh imam masjid itu, Samsuddin Mat Daud, malam tadi sebelum bergegas bersama beberapa orang rakannya untuk memadamkan kebakaran itu.

Ketika sampai di tempat kejadian, dia melihat api sudah marak dan bertindak menghubungi bomba serta polis berhubung kejadian itu.

"Orang pertama menyedari kejadian itu adalah Samsuddin kerana rumahnya terletak berhampiran dengan masjid.

"Semasa kejadian dia terlihat seorang lelaki memeluk lututnya sambil memandang api yang sedang marak tetapi apabila dipanggil, dia tidak mengendahkannya.

"Imam cuba membuka pintu masjid tetapi didapati telah dikunci dari dalam," katanya.

Naim berkata, lelaki tersebut berjaya melarikan diri ketika dia bersama penduduk kampung berusaha memadamkan kebakaran itu.

Bagaimanapun, pihak polis gagal dihubungi bagi mengulas lanjut kejadian itu.

KOMEN OSMAN DOL: INILAH YG DIKATAKAN BENCI TAPI RINDU...KALAU TIDAK TAK AKAN MASJID PUN HENDAK DFBAKAR....

Isnin, 7 Jun 2010

TAMPIL BANTU KERAJAAN TANGANI ISU JUDI HARAM BOLA SEPAK - UM ON LINE.

07/06/2010 3:58pm

KUALA LUMPUR 7 Jun – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini meminta mereka yang membuat pelbagai dakwaan berhubung pemberian lesen pertaruhan bola sepak agar tampil menyumbang idea untuk mencegah isu perjudian haram.

"Daripada membuat bising di luar, kerajaan negeri (yang berkenaan) boleh bekerjasama dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) dengan memberi cadangan supaya kerajaan boleh buat keputusan dalam membanteras ekonomi hitam,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan acara sukan termasuk bola sepak dengan mendakwa kerajaan menggalakkan perjudian.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang ditemui pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Tahanan Arbitrari di Parlimen di sini, berkata, lesen pertaruhan itu telah lama dikeluarkan.

Beliau berkata, langkah itu dilaksana untuk membendung perjudian haram khususnya ketika pertandingan bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung beberapa hari saja lagi.

"Isu ini berkait rapat dengan ekonomi hitam yang melibatkan RM10 bilion yang berhubungan dengan kegiatan jenayah serius seperti pemerdagangan manusia dan pinjaman wang haram atau ah long,” katanya. – Bernama

KOMEN OSMAN DOL: BACALAH WAHAI MANUSIA YG SUKA BUAT FITNAH......

Sabtu, 5 Jun 2010

ISRAEL TAHU AKTIVIS ORANG AWAM - BH ON LINE

2010/06/05

PELAJAR warga Turki dan penduduk Sarajevo mengadakan bantahan terhadap kekejaman Israel menyerang kapal misi bantuan ke Gaza.Washington sudah beritahu status peserta misi ke Gaza

WASHINGTON: Amerika Syarikat sudah memberi amaran kepada Israel bahawa konvoi misi bantuan Gaza hanya membawa aktivis dan bekalan kemanusiaan tetapi serangan terhadap kapal Mavi Marmara menunjukkan ‘nasihat’ Washington tidak dipedulikan rejim Zionis itu.

Perkara itu didedahkan oleh Philip Crowley, jurucakap Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton. “Kami beberapa kali berbincang dengan kerajaan Israel dalam masa beberapa minggu sebelum konvoi itu mula bergerak ke Gaza dan mereka memahami orang awam berada dalam kapal itu, termasuk warga Amerika. “Kami menggesa Israel mengambil sikap berhati-hati dan berdasarkan apa yang berlaku sebelum ini, itulah yang dilakukannya,” kata Crowley.

Bagaimanapun, komando Israel bertindak menaiki dek kapal bantuan itu dan membunuh sembilan aktivis, seorang daripadanya warga Amerika keturunan Turki, Furkan Dogan.

Ditanya mengenai pertumpahan darah itu, Presiden Amerika Barack Obama, ketika diwawancara Larry King di Cable News Network (CNN), berkata: “Saya rasa kita perlu tahu apakah faktanya.”

Tetapi, pemimpin itu juga menyifatkan kebuntuan usaha damai Israel dan Palestin perlu dipecahkan kerana ‘status quo’ Asia Barat tidak boleh dibiarkan begitu saja.

Bagaimanapun, Amerika juga memberitahu ia akan menyiasat kematian Furkan meskipun Biro Siasatan Persekutuan (FBI) belum terbabit buat masa ini.

Hillary memberitahu wartawan, pegawai Amerika memandang berat tanggungjawab melindungi kebajikan warga negara itu tetapi enggan memberi ulasan lebih lanjut.

Hillary mendedahkan, pegawai Amerika sering berhubung dengan kerajaan Israel bagi mendapat maklumat mengenai nasib warga negaranya termasuk seorang yang cedera dalam serangan terbaru itu.

Mayat mangsa serangan askar Israel berada di Istanbul sehingga bedah siasat dilakukan.

Crowley berkata, pegawai konsular Amerika melawat rumah mayat Israel bagi meneliti mangsa yang terbunuh tetapi beliau tidak tahu sama ada pegawai Amerika juga melawat Furkan selepas identitinya disahkan. – Agensi Komen Anda

KOMEN  OSMAN DOL: YAHUDI MEMANG ADA NIAT UNTUK MEMBUNUH KEPADA SUKARELEWAN2 YG TIDAK BERSENJATA.....

Jumaat, 4 Jun 2010

PAKAR BEDAH SAHKAN ADA DNA, AIR MANI DI DUBUR SAIFUL - BH ON LINE.

‘Ujian makmal, klinikal buktikan berlaku liwat’

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

2010/06/04

Pakar bedah sahkan ada DNA, air mani di dubur Saiful

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu keputusan ujian klinikal dan makmal serta laporan kimia dijalankan terhadap bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, menunjukkan ada bukti berlakunya kejadian liwat.

Pakar Bedah Am Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Razali Ibrahim, berkata walaupun ujian klinikal mendapati tiada kesan kemasukan, kesan koyak dan kecederaan pada bahagian dubur, tetapi keputusan ujian makmal dan laporan kimia terhadap empat calitan diambil daripada kawasan luar dan dalam dubur Mohd Saiful menunjukkan kehadiran air mani dan Asid Deosirinobukleik (DNA). “Dengan adanya bukti kehadiran DNA dan air mani, maka saya boleh mengesahkan ada kemasukan di dalam dubur pesakit walaupun tanpa kesan kecederaan,” katanya ketika menjawab soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin pada sesi pemeriksaan utama. Saksi kedua pendakwaan itu berkata, kesimpulan itu konsisten dengan apa diceritakan Mohd Saiful ketika menjalani pemeriksaan di HKL pada 28 Jun 2008, dua hari selepas kejadian liwat didakwa berlaku.

Berhubung persoalan tiada kesan koyak atau kecederaan pada dubur mangsa melalui ujian protoskopi dan rektal, Dr Mohd Razali berkata liwat boleh terjadi tanpa menyebabkan kecederaan.

Terdahulu dalam keterangannya, Mohd Saiful menafikan Anwar berada di unit 1152 Kondominium Desa Damansara, iaitu bersebelahan dengan unit 1151 ketika kejadian liwat itu didakwa berlaku.

Ketika menjawab soalan Peguam Karpal Singh ketika pemeriksaan semula, Mohd Saiful turut menolak cadangan Karpal kejadian liwat seperti didakwanya langsung tidak berlaku.

Karpal kemudian memaklumkan kepada mahkamah, pihak pembelaan sudah menyerahkan salinan notis alibi kepada pihak pendakwaan pada 19 Jun tahun lalu yang menyatakan anak guamnya berada di tempat lain ketika kejadian liwat itu didakwa berlaku.

Mahkamah kemudian memerintahkan perbicaraan dijalankan secara tertutup selama kira-kira 15 minit selepas membenarkan permohonan Karpal berikutan keterangan seterusnya berkisar kepada notis alibi berkenaan.

Apabila perbicaraan bersambung, Karpal menyoal Mohd Saiful sama ada beliau beliau pernah mengucapkan selamat bertanding kepada Anwar sempena Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 2 Ogos 2008 yang dijawabnya, “Ya, saya tulis dalam blog saya”.

Berikutan jawapan itu Karpal mencadangkan bahawa majlis angkat sumpah Mohd Saiful di Masjid Wilayah yang diadakan dua hari sebelum penamaan calon pilihan raya kecil itu adalah dirancang, yang dinafikan saksi itu.

Perbicaraan di depan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ditangguhkan kepada hari ini selepas beliau membenarkan permohonan Karpal untuk merujuk kepada pakar forensik yang dilantik pihak pembelaan, Dr David

KOMEN OSMAN DOL: KITA TUNGGU LAGI...

Khamis, 3 Jun 2010

UMMAH WAJAR BERSATU MENENTANG KEZALIMAN - BH OLINE.

2010/06/03

MUTAKHIR ini, Islam bukan saja diperangi secara fizikal malah segenap penjuru yang ada. Perosak umat Islam sentiasa menunggu masa untuk merapuhkan pegangan terhadap akidah yang tidak boleh dikongsi ini, kerana mereka tahu banyak ruang yang ada untuk melemahkan pegangan umat Islam dalam beragama.

Tragedi terbaru yang menimpa aktivis pro-Palestin dalam misi membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza adalah bukti kezaliman rejim Tel Aviv terhadap konvoi yang memperjuangkan hak asasi manusia sedunia, yang bukan dimiliki oleh kaum atau bangsa tertentu saja, sebaliknya turut dikongsi seluruh manusia di dunia. Walaupun ia tidak semestinya memerangi individu Muslim, keganasan yang dilakukan jelas menunjukkan kebencian pengganas antarabangsa berkenaan terhadap warga Palestin yang sedang dibangunkan semula di Gaza. Undang-undang antarabangsa hak asasi manusia bermatlamat supaya setiap manusia selamat daripada sengsara peperangan. Ia juga bertujuan mengembalikan keyakinan mereka terhadap jaminan hak yang asas kepada setiap individu serta memelihara keamanan serta keselamatan antarabangsa.

Kegagalan untuk mematuhi garis panduan global ini sedikit sebanyak berpunca daripada sikap berat sebelah pihak berkuasa yang memandang ringan keganasan yang dilakukan terhadap umat Islam dan sekutunya.

Jelas, pelbagai konvensyen dan peruntukan undang-undang sedia ada harus dinilai semula sekiranya wujud keraguan mengenai keberkesanan pelaksanaannya yang tidak memberi untung kepada negara yang menyokong keamanan.

Bagi umat Islam, setiap keganasan adalah kesalahan dan wajib dihapuskan. Tidak ada istilah keganasan sesama makhluk yang diiktiraf oleh mana-mana agama, hatta karma alam sekali pun. Sebab itulah kanun antarabangsa dirangka untuk menterjemahkan pemeliharaan hubungan baik antara negara di dunia seperti diperintah agama.

Malangnya tidak semua patuh kepada undang-undang. Justeru, sebagai individu Muslim yang menyintai kebenaran dan keamanan, setiap antara kita wajib membuat persediaan dan meneguhkan keupayaan dengan segala kekuatan yang ada.

Paling utama, semua harus dilakukan dengan penuh keikhlasan supaya balasannya sempurna seperti dijanjikan oleh Allah SWT dalam Surah al-Anfal ayat 60 yang mafhumnya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh)

segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa saja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.

Sudah tentu tidak cukup sekadar menentang keganasan dengan hati. Sudahlah lemah dan berpecah belah kerana umat Islam tidak selalunya meraikan perbezaan fikrah sebagai rahmat, wujud orde Islam yang tidak bersungguh-sungguh menentang keganasan terhadap negara Islam lain.

Inilah yang menjadikan usaha dan agenda umat Islam sentiasa dikhianati, dizalimi dan dicerobohi oleh mereka yang kuat dan perkasa. Sikap biadap, angkuh dan zalim yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas rakyat dan negara Palestin serta aktivis pengaman jelas menunjukkan hal yang demikian. Peliknya, dunia hanya memandang sepi atas apa yang berlaku di bumi Palestin.

Dalam menghadap kemelut ini, umat Islam perlu menyatupadukan pemikiran, sokongan moral dan material yang tidak berbelah bahagi. Kita tidak boleh berdiam diri di atas apa yang dilakukan puak pelampau terhadap Palestin dan aktivis kemanusiaan.

Apatah lagi puak Zionis sendiri tidak pernah melupakan hasrat untuk menakluk dan menguasai dunia dengan kekejamannya. Sekurang-kurangnya dengan berdoa kepada Allah SWT, semua kekejaman ini dapat dihentikan dengan segera dan tidak akan berulang pada masa akan datang.

Firman Allah yang bermaksud “Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu kerjakan.” (Surah As-Saffat, ayat 39)

Penulis ialah pensyarah kanan Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pengajian di United Kingdom

Rabu, 2 Jun 2010

12 RAKYAT MALAYSIA DITAHAN TENTERA ISRAEL DI HAIFA - BH.

Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my

2010/06/02

AKTIVIS keamanan Turki, Nilufer Cetin bersama anaknya Turker Kaan Cetin tiba di Istanbul, semalam selepas dibebaskan tentera Israel yang bertindak menyerang kapal Mavi Marmara, kelmarin.

Tak cedera, kini ditahan tentera Israel di Haifa

Malaysia minta bantuan negara ketiga bawa pulang SEPANG: Semua 12 rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara yang diserang komando Israel ketika misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, kelmarin, disahkan selamat dan kini ditahan di negara itu. Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, turut mengesahkan tidak ada warga Malaysia yang cedera dalam serangan itu.

"Kita sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan mereka dan tempat sebenar mereka ditahan kerana maklumat terakhir yang kita ketahui, kapal Mavi Marmara dibawa ke Pelabuhan Haifa, Israel.

"Beberapa negara seperti Jordan, Turki, Filipina dan Ireland yang mempunyai hubungan dengan Israel bersedia membantu kita membawa pulang 12 rakyat Malaysia itu secepat mungkin," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari Singapura selepas menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Asean - Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk (GCC), semalam.

Anifah juga menjelaskan angka rasmi rakyat Malaysia yang berada dalam Mavi Marmara sebenarnya 12 orang dan bukan 11 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Beliau berkata, seorang lagi rakyat Malaysia yang berada dalam kapal itu ialah Mustafa Mansur dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.

Menurut laporan semalam, 11 rakyat Malaysia termasuk sembilan sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) dan dua krew televisyen Astro Awani berada dalam kapal itu.

Anifah berkata, enam lagi rakyat Malaysia yang menaiki kapal utama Rachel Corrie juga berada dalam keadaan selamat dan kini dilaporkan sudah bertolak dari Malta menuju ke perairan Gaza.

Beliau berkata, mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi 03-88874570 yang dibuka 24 jam.

Anifah juga berkata, Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atas tindakan rejim Israel itu dan mahu supaya siasatan bebas secara menyeluruh dilakukan.

Katanya, Malaysia kecewa dengan Majlis Keselamatan PBB yang masih tidak mengutuk serangan rejim Israel terhadap kapal Mavi Marmara dari Turki yang membawa aktivis kemanusiaan ke Gaza.

"Malaysia mahu Israel segera membebaskan semua tahanan dan kapal terbabit dan Resolusi 1860 dipatuhi oleh Israel supaya membuka laluan bagi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza," katanya.

Anifah menegaskan serangan di perairan antarabangsa menggambarkan rejim haram Israel tidak menghormati langsung undang-undang antarabangsa.

Beliau turut membaca kenyataan bersama Menteri Luar Asean dan GCC yang dikeluarkan di Singapura semalam yang mengutuk keras tindakan rejim Israel terhadap konvoi kemanusiaan itu.

Katanya, Menteri Luar Asean mahu semua aktivis yang ditahan dibebaskan segera oleh pihak berkuasa Israel.

"Semua Menteri Luar Asean-GCC bersetuju bahawa kerjasama antarabangsa perlu bagi memastikan Israel bertanggungjawab terhadap tindakannya mengikut undang-undang antarabangsa. Semua Menteri Luar itu juga mendesak PBB melakukan siasatan terperinci terhadap serangan Israel itu," katanya. Komen Anda

Masyarakat dunia secara serius andaikata kita mahu keadilan yg total.Jika tidak PBB dan pertubuhan dunia yg sedia ada ibarat patung tidak bernyawa.sim kwang chayPBB seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyiasat angkara buruk yang telah dilakukan oleh comando israel. kita menghantar bantuan kemanusiaan untuk Gaza bukannya menghantar senjata untuk Gaza. dan Israel perlu bertanggungjawab ke atas tindakan buruk yang telah dilakukan.

KOMEN OSMAN DOL: KEZALIMAN YAHUDI LAKNATULLAH MEMANG TIDAK RAHSIA LAGI. KENAPA AMERIKA SENYAP. KENAPA RAKYAT NEGARA2 TELUK MENYEPI. YA ALLAH, SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DI GAZA, SELAMATKAN SELURUH UMAT ISLAM, BINASAKANLAH YAHUDI.....

Selasa, 1 Jun 2010

MALAYSIA KUTUK KEGANASAN ISRAEL - UM ONLINE.

BERITA UTAMA

Oleh NIZAM YATIM

nizam.yatim@utusan.com.my

Najib Tun Razak bersalaman dengan kakitangan Maybank semasa melawat Menara Maybank, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 31 Mei - Kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan rejim Tel Aviv terhadap konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seluruh dunia juga harus mengutuk serangan terhadap konvoi yang berada di perairan antarabangsa itu yang sepatutnya sebarang tindakan dalam bentuk ketenteraan tidak dibenarkan mengikut undang-undang antarabangsa.

''Ini menunjukkan kerakusan rejim Israel yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan menggunakan kekuasaan mengikut sesuka hati mereka.

''Ia dilakukan tanpa sebarang pertimbangan sama ada tindakan yang dilakukan ini boleh membawa kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa sama sekali.

''Oleh itu, seluruh dunia patut mengutuk dan mengecam kerajaan Israel sekeras-kerasnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malam Amal Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri Melaka yang juga presiden alumni berkenaan, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Najib berharap insiden itu akan membawa kepada satu bentuk tindakan yang boleh dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk tindakan mengutuk sekeras-kerasnya kerajaan Israel.

''Kita sedang fikirkan mungkin kita akan mengusulkan supaya perkara ini dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan PBB supaya satu ketetapan dibuat terhadap kerajaan Israel.

''Sama ada ia boleh dilakukan dengan segera, ia bergantung pada persetujuan dari negara-negara lain," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, beliau sedang menunggu butir-butir perkembangan selanjutnya tentang apa yang berlaku.

''Kita belum dapat lagi apa-apa maklumat yang sahih tentang nasib rakyat Malaysia. Saya difahamkan ada beberapa rakyat kita yang berada di atas kapal tersebut yang telah diserang oleh pihak Israel," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib menggesa alumni pertubuhan belia membantu kerajaan menjelaskan kepada rakyat segala perubahan yang telah dan sedang dilakukan kerajaan bagi memastikan mereka dapat menerimanya dengan baik.

Perdana Menteri berkata, langkah untuk memperjelaskan agenda nasional itu boleh dilakukan melalui rangkaian sosial dan politik di peringkat nasional, negeri dan akar umbi yang dipunyai oleh alumni-alumni berkenaan.

''Kita kena berkomunikasi secara jelas dan tepat kepada rakyat supaya segala sesuatu yang baik yang dibuat oleh kerajaan untuk jangka panjang dapat diterima baik oleh orang ramai," katanya.

Sempena majlis berkenaan, alumni berkenaan menganugerahkan Darjah Bapa Pembangunan Belia kepada Najib.

KOMEN: TAHUDI INI SEBENARNYA SATU BANGSA YG TELAH DILAKNATKAN OLEH ALLAH SWT - DIA BANGSA YANG ZALIM DAN TIDAK BOLEH DIERCAYAI. APALAH YG BERUPAYA UNTUK KITA LAKUKAN  SELAIN DARI HANYA BERDOA KEPADA ALLAH SWT.  AMERIKA DAN NEGARA2 BARAT DAN NEGARA2 ARAB SENDIRI TIDAK BOLEH DIHARAPKAN - MEREKA TAKUTKAN YAHUDI. YA ALLAH YA TUHAN KAMI TOLONGLAH SELAMATKAN NEGARA ISLAM ITU....