MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Khamis, 30 Jun 2011

S. Roha and The Sangam Boys

HANYA ORANG YANG TAHU SAJA TAHU....

Jutaan ringgit keluar ke Indonesia




Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 29 Jun – Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan hari ini mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ‘raja’ kepada segala aktiviti pengubahan dan pengaliran wang haram di negara ini.



Ia bersandarkan dakwaan bahawa Anwar melalui ‘orang tengah’ telah membawa keluar ratusan juta ringgit dalam not RM500 dan RM1,000 untuk disimpan di Indonesia dengan menggunakan jet peribadi milik syarikat judi.



Mengukuhkan lagi dakwaan itu, Gobalakrishnan berkata, semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu, sebanyak RM13.2 bilion wang dalam not RM500 dan RM1,000 telah dicetak.



Sehubungan itu, beliau menuntut Kementerian Kewangan menyiasat secara terperinci penglibatan Anwar dalam aktiviti tersebut dan berjanji akan membantu siasatan pihak berkuasa jika beliau diberi imuniti (kekebalan).



“Anwar ‘raja’ segala aktiviti penggubahan dan pengaliran wang haram di negara ini. Berbeg-beg wang dalam not RM500 dan RM1,000 diterbangkan ke Indonesia,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat, hari ini.



Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan Anwar terbabit dalam aktiviti pengaliran wang haram berjumlah RM888 bilion seperti yang dilaporkan oleh Integriti Kewangan Global (GFI).



Ini kerana, kata Gobalakrishan, Anwar adalah pengamal nepotisme dan kronisme tegar dan beliau percaya, duit tersebut jugalah diguna sewaktu ketua pembangkang itu ‘mengguling’ Allahyarham Tun Ghafar Baba dahulu.



Selain itu, beliau juga mendakwa Anwar bersama Azmin Ali (PKR-Gombak) mengarahkan agar dana RM50 juta untuk Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelidikan Felda di Selangor, dialirkan secara haram kepada pemimpin pembangkang.



Tidak cukup dengan semua pendedahan itu, bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin serta seorang ahli perniagaan berbangsa Cina melaburkan jutaan ringgit dalam syarikat modal, tanpa diketahui dari mana datangnya wang berkenaan.



Sementara itu, bimbang lebih banyak rahsia dalaman mereka ‘dilondehkan’, Azan Ismail (PKR- Indera Mahkota) dan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) cuba menghentikan Gobalakrishnan daripada terus membuat pendedahan.



“Padang Serai ini dah makan tengah hari ke belum? Saya kagum dengan keberanian Padang Serai tetapi setuju atau tidak sebelum persidangan setiap ahli Parlimen perlu menjalani ujian air kencing untuk dipastikan dia mabuk atau tidak,” kata Azan.



Kemudian Siti Mariah pula bangkit membantu: “Bila Padang Serai buat tuduhan, kenapa tak lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kalau berlaku salah guna, saya harap begitulah, tolong bawa kepada SPRM.”



Namun, percubaan Azan dan Siti Mariah itu gagal menghentikan tindakan berani Gobalakrishnan apabila beliau secara bersahaja dan sinis berkata: “Saya sudah makan tengah hari dan sekarang sedang makan PKR.”

DATUK ZULKIFLI NORDIN DAN DATUK IBRAHIM ALI SERTA RAKAN-RAKAN YANG LAIN AGAR MENYERTAI BN ATAU UMNO...

Saudara-saudara sakalian...
Saya terharu dengan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Zulkifli Nordin dan beberapa orang bekas ADUN atau MP dari parti pembakang yang begitu banyak mendedahkan perkara sebenar keburukan orang yang dipujanya selama ini. Dengan pendedahan itu rakyat dapat menilainya sendiri.akyat boleh menilai siapakah yang patut disokong dan siapa yang pantut ditolak. Dengan pendedahan itu juga, rakyat dapat menepis dan menolak anasir-anasir jahat yang ingin merosak dan menghuru-harakan negara ini. Mereka menyeru kita untuk mengikut kita menjadi HANTU JALANAN yaitu BERSIH agar kita dikutuk dan disumpah serana oleh masyarakat negara ini.

Saya puji Datuk Zul dan Datuk Ibrahim Ali serta beberapa orang rakannya yang henti-henti menentang HANTU JALANAN ITU.

ADUN ATAU MP BN tidak sehebat mereka. Oleh itu saya serulah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun  Razak agar mengajak mereka menyertai BN atau UMNO bagi mempertahakan kerusi mereka. Itu terpulanglah pada  YAB Perdana Menteri sendiri.

Ahad, 26 Jun 2011

Pas tidak terjejas




SHAH ALAM – Pas tetap bersama Pakatan Rakyat (PR) walaupun lelaki dalam video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan 99.99 peratus menyerupai Ketua Pembangkang itu.



Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, tidak timbul isu Pas akan mengkaji kedudukan dalam PR kerana perjuangan parti itu bersama rakan sekutu yang lain masih belum selesai.



“(Video seks itu) tidak langsung menjejaskan hubungan kami dalam PR kerana pendirian kami jelas bahawa beliau (Anwar) tidak terlibat dalam isu membabitkan video seks.



“Ini kerana yang tulen hanya video dan bukannya individu (dalam video seks itu),” katanya kepada Sinar Harian semalam.



Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, isu video seks adalah masalah peribadi Anwar.



“Ia tiada kaitan mengenai kerjasama Pas dalam PR, kerana perjanjian parti dengan PR, bukan dengan Anwar.



“Justeru, isu Pas keluar PR tidak timbul kerana Pas masih tetap bekerjasama dengan PR,” katanya.



Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kelmarin diberitahu bahawa dua pakar anliasa pengecaman wajah dari Dartmouth College, Amerika Syarikat mengesahkan daripada kajian mereka bahawa lelaki dalam video itu 99.99 peratus menyerupai Anwar.



Trio Datuk T yang dianggotai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuaib Lazim didapati bersalah menayangkan video itu kepada sekumpulan wartawan 21 Mac lalu.


KOMEN OSMAN DOL: Kalau nak pilih pemimpin pilihlah pemimpin yang bersih dan berwibawa  - bukan pemimpin yang kotor dan menjijikkan.

Sabtu, 25 Jun 2011

TRIO DATUK' T: MEREKA BERANI KERANA BENAR.....

Anwar wajib letak jawatan – Zul Noordin




Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED

metra.mohamed@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 24 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib meletakkan segala jawatannya selepas dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengesahkan lelaki dalam klip video seks yang ditayangkan oleh trio Datuk ‘T’ menyerupai Ketua Pembangkang itu.



Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (gambar) berkata, pakar dari AS itu juga mengesahkan rakaman video seks terbabit adalah tulen dan tidak ada sebarang ‘tampering’ (diubah-ubah) serta ‘superimpose’ (imej ditindih).



Menurut beliau, bukan itu sahaja, kamera litar tertutup (CCTV) hotel turut membuktikan Anwar dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berada di lobi hotel tersebut ketika tarikh rakaman klip berlaku.



“Dia wajib letak jawatan. Semua jawatan. Tiada dolak-dalih, tiada putar-belit dan tiada bohong lagi. Semuanya sudah jelas. Letaklah semua jawatan; politik, kerajaan dan lain-lain.



“Letaklah jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh; letaklah jawatan sebagai Ketua Pembangkang; letaklah jawatan sebagai Ketua Umum dan Penasihat PKR serta letaklah jawatan Penasihat Ekonomi Selangor.



“Hentikanlah sandiwara dan lakonan jijik serta kotor ini. Hentikanlah mengheret dan memperkudakan para ulama terutama dari Pas. Ringkasnya, pergilah bertaubat. Cucilah diri,” katanya dalam entri terbaru bertajuk ‘Dah terang bersuluh pula!’ di blognya, http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.



Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, selain pengesahan pakar dan bukti daripada CCTV, kelibat Shazryl Eskay turut muncul dalam klip video tersebut.



“Klip video berkenaan juga mengesahkan terdapat tiga watak di dalamnya iaitu seorang lelaki (Shazryl Eskay), seorang lelaki dikenal pasti sebagai Anwar dan seorang wanita berbangsa Cina.



“Perlu saya tekankan di sini, kita tidak menuduh Anwar berzina dengan wanita itu. Itu persoalan yang perlu dibuktikan di Mahkamah Syariah berdasarkan beban pembuktian yang ditetapkan syarak.



“Apa yang penting di sini ialah video tersebut membuktikan Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin, apatah lagi menjadi Perdana Menteri sebuah negara umat Islam,” tegas beliau.



Katanya, dalam beberapa kejadian yang berlaku di AS, Turki dan Indonesia sebelum ini, sudah ramai golongan pemimpin dan ahli politik bertindak meletak jawatan ekoran terlibat dengan ‘jenayah’ lucah.



“Tetapi di Malaysia, setelah dipanggil membela diri kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, dengan pembuktian asid deoksiribonukleik (DNA) yang jelas dan dengan klip video yang disahkan tulen, Anwar bukan sahaja tidak mahu meletak jawatan, bahkan menyalahkan kerajaan dan semua orang lain atas kegiatan tidak bermoral beliau itu.



“Kadang-kadang, bila tengok rentetan peristiwa di luar negara, orang kafir pun lebih tinggi maruah dan nilai diri serta prinsip mereka,” ujarnya.



Zulkifli kemudiannya menggesa rakyat supaya berhati-hati ekoran sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) memaklumkannya bahawa terdapat perancangan untuk membuat satu klip video palsu atau mengubah suai klip video yang ditayangkan Shazryl Eskay sehingga menimbulkan keraguan.



“Video palsu itu akan dicetak dengan banyak dan ditaburkan kepada rakyat. Kaum-kaum durjana ini kemudian akan membuat laporan polis mendakwa UMNO, Barisan Nasional dan kerajaan bertanggungjawab kononnya menyebar klip video itu,” tambahnya.

KOMEN OSMAN DOL: Kisah video lucah memenuh dada-dada akhbar hari ini. Pendedahan yang di buat oleh Trio Datuk T itu barangkali terlalu ikhlas demi untuk mengingatkan orang Melayu supaya berhati-hati memilih pemimpin.

Trio Datuk T dah dihukum. Mereka mengaku menayangkan video lucah yang dikatakan pelaku uatamnya Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim masih menafikan dirinya dalam video itu.

Datuk Zulkifli Nordin dan tentu ramai lagi mendesak agar Anwar Ibrahim letak jawatan. Mahukah Anwar letak jawatan? Kita tunggu dan lihat....

Jumaat, 24 Jun 2011

DAH JELAS DAH....NAK TUNGGU APA LAGI.

Video seks: Pakar AS sah lelaki dalam video mirip Anwar


24/06/2011 8:55pm

KUALA LUMPUR 24 Jun — Dua pakar dari Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video seks yang ditayangkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim adalah tulen dan tidak ada sebarang ”tampering” (diubah-ubah) dan ”superimpose” (gambar ditindih) dilakukan.

Pakar-pakar daripada Dartmouth College, Hanover, New Hampshire itu, juga mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah serupa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu terkandung dalam fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah Shazryl dan Shuib mengaku bersalah terhadap pertuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby pula mengaku bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan kedua-duanya melakukan perkara yang sama.

Majistret Aizatul Akmal Maharani mengenakan denda RM3,000 terhadap Shazryl, RM1,500 kepada Shuib dan RM1,000 kepada Rahim.

Mengikut fakta kes, pada akhir Februari lepas, Shazryl berjumpa dengan Shuib di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media (pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks antara seorang lelaki dipercayai Anwar bersama seorang perempuan warga negara China.

Selepas mereka berbincang dengan Abdul Rahim, tayangan rakaman video berkenaan dibuat di Hotel Carcosa Seri Negara pada 10 pagi 21 Mac, dengan menjemput beberapa wartawan menyaksikannya di bilik Seri Makmur.

Penayangan rakaman video itu menggunakan sebuah LCD kepunyaan Shazryl dibuat, dan Shazryl menerangkan bahawa gambar beliau turut terakam sebelum rakaman hubungan seks berkenaan.

Tayangan yang berakhir pada 12 tengah hari itu disaksikan 13 wartawan.

Pada satu sidang akhbar pada 4 petang 23 Mac, Shazryl dan Abdul Rahim mengaku bahawa selain mereka, Shuib turut bertanggungjawab membuat perkara yang sama (menayangkan rakaman video kepada wartawan).

Keesokannya, Shazryl dan Abdul Rahim menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman itu manakala Shuib menyerah diri pada 25 Mac.

Menurut fakta kes itu lagi, hasil analisis oleh Prof Hany Farid dan Prof Lorenzo Torresani dari Dartmouth College itu, telah mengesahkan rakaman itu adalah tulen tanpa sebarang ”tampering” dan ”superimpose” serta berasal daripada satu alat perakam yang diambil daripada Shazryl.

Kedua-dua pakar berkenaan juga telah menjalankan analisis terhadap muka lelaki dalam rakaman video itu dan hasilnya mendapati ia menyerupai Anwar.

Terdahulu, peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Rahim, dalam rayuannya berkata, pendedahan itu bukanlah bertujuan memaparkan aksi lucah tetapi untuk mendedahkan perangai buruk seorang pemimpin yang tidak bermoral.

Beliau berkata, tertuduh juga telah memberikan kerjasama kepada polis manakala rakaman itu tidak didedahkan kepada kanak-kanak.

Majistret Aizatul Akmal sebelum menjatuhkan hukuman, berkata mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam, pengakuan salah dan latar belakang ketiga-tiga tertuduh tetapi pada masa yang sama, faktor kepentingan awam perlu diseimbangkan.

Dalam prosiding itu, mahkamah ditayangkan rakaman video tersebut selama 10 minit yang turut disaksikan orang awam termasuk pihak media.

Pendakwaan dilakukan Datuk Kamaluddin Mohd Said dan Mohamad Zakaria Hanafiah - Bernama

KOMEN OSMAN DOL: ........mereka mengaku salah kerana mereka tahu telah menayangkan video lucah itu. Tahniah pada mereka bertiga yang berani itu. Tapi dukacitanya, pelakon utama video lucah itu tetap berdegil. Dia masih tidak mengaku salah. Dia hendak menunggu hukuman dari Allah SWT agaknya....

Khamis, 23 Jun 2011

KENAPA UMNO PULA YANG HENDAK DISALAHKAN....? PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA 23.6.2011.

POLITIK ADUN DAP buat hal, Pas salahkan UMNO

KUALA LUMPUR 22 Jun - Dewan Pemuda Pas kesal dengan sikap 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak daripada DAP yang tidak memakai pakaian rasmi pada majlis perasmian Sidang DUN negeri itu, kelmarin.



Bagaimanapun apa yang anehnya, walaupun menganggap tindakan tidak memakai songkok dan baju rasmi tersebut tidak mencerminkan 'kekitaan' di kalangan parti pembangkang, Naib Ketua Pemuda Pas, Raja Ahmad Al-Hiss menyalahkan UMNO.



Beliau mendakwa, UMNO gagal mendidik rakyat Malaysia supaya memahami budaya adat resam dan agama di negara ini.



"Orang Islam tidak faham apa itu Islam yang sebenar sehingga banyak perkara berkaitan Islam telah disalah tafsir oleh orang bukan Islam,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.



Bagi menutup sikap biadab ADUN-ADUN DAP yang merupakan sekutu kepada Pas yang kini memperjuangkan negara berkebajikan, Raja Ahmad berhujah, ''UMNO sendiri menghalang hukum Islam daripada dilaksanakan dan UMNO sendiri tidak 'mesra' terhadap hukum hakam agama sehingga orang bukan Islam takut dan gagal untuk memahami terjemahan Islam itu.



''Begitu juga isu songkok yang dianggap elemen keagamaan bagi orang Islam adalah satu contoh kegagalannya,'' katanya.



Namun begitu, Raja Ahmad menegaskan, walaupun perkara itu berlaku di Sarawak, Pemuda Pas kesal kerana keadaan tersebut sedikit sebanyak akan memberi tanggapan yang salah terhadap sokongan rakyat terutama orang Melayu kepada pakatan pembangkang selama ini.



''Kami dengan ini mendesak agar Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat memberikan pemahaman terhadap ADUN-ADUN tersebut agar tindakan ini tidak berulang,'' katanya.



Beliau juga menggesa supaya semua lapisan masyarakat menghormati peraturan dan tatacara yang telah disepakati bersama seperti Peraturan Tetap DUN seluruh negara yang ia sudah disepakati bersama sejak dahulu lagi.

OSMAN DOL: Pelik bin Ajaib - apa sebabnya Pas nak menyalahkan UMNO...? Itu pendapat yang bodoh. Pendapat orang tidak berakal. Mereka ADUN dap. Dap adalah sahabat pas. Sepatutnya paslah yang membetulkan sikap buruk dap itu, bukan UMNO.  UMNO pulak yang hendak disalahkan...lalat, nyamuk dan cicak semuanya ketawa....

Isnin, 13 Jun 2011

TULIS APA SAJA ASALKAN LOJIK.....

Aku rasa aku patut membuat sedikit perubahan dalam blogku ini. Selama ini aku banyak memasukkan berita atau rencana yang telah diterbitkan oleh akhbar-akhbar. Aku cuma pilih mana yang menarik.

Namun begitu tidaklah tiap-tiap hari aku buat begitu. Tiga atau empat hari sekali aku lakukan. Itupun hanya sebuah berita sahaja. Selepas ini aku ingin menulis tentang politik negara, sukan dan tentang diri sendiri. Mula-mula penglibatanku dalam penulis blog ini aku tulis juga semua itu. Tetapi malas pula selalu menguasai diri. Aku sepi beberapa ketika dan selepas itu pilih cara yang mudah. Hendak menulis blog kita kena termenung dan berfikir untuk mendapatkan idea.

Namun begitu kita kena juga berhati-hati supaya menyetuh sesiapa, nanti orang marah kita. Kita tulis yang betul dan menasabah untuk dikongsikan kepada pembaca-pembaca.

Sekian dan terima kasih....

Rabu, 8 Jun 2011

BERITA DARI UTUSAN MELAYU - 862011

DAP pemenang utama di sebalik pemilihan Pas


KUALA LUMPUR 7 Jun - Di sebalik pelbagai pihak menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berjaya mencengkam Pas hasil kemenangan golongan 'Anwarinas' pada pemilihan parti itu Sabtu lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula tampil dengan pandangan yang berbeza.



Bekas Perdana Menteri itu berkata, individu sebenar yang memperoleh kejayaan besar di sebalik tumbangnya golongan ulama adalah Karpal Singh, apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri secara 'rasmi' menggugurkan hasrat menubuhkan negara Islam.



Katanya, Karpal tidak lagi perlu mati untuk Pas melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan Pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.



"Tokoh yang memang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya Pas gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk Pas melangkah mayatnya.



"Belum pun dia mati, Pas sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang Pas akan berjuang untuk negara kebajikan," kata Dr. Mahathir dalam blognya, http://chedet.co.cc, hari ini.



Mengulas lanjut, beliau berkata, kurangnya perbincangan dan perbahasan mengenai justifikasi mengapa asas perjuangan menubuhkan sebuah negara Islam yang selama ini menjadi pegangan, digugurkan sebegitu mudah juga membuktikan lemahnya Pas berbanding DAP.



Katanya, Pas sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti semata-mata kerana ingin menghalalkan kerjasama dengan DAP, tetapi pada masa yang sama masih membohongi rakyat kononnya dasar tersebut akan terlaksana selepas menawan Putrajaya.



"Lebih tepat lagi adalah kerana Pas tidak sanggup berhujah dengan Karpal. Syabas dan tahniah kepada Karpal. Akhirnya perjuanganmu menentang negara Islam Pas sudah berjaya," ujarnya sinis.


Komen Osman Dol: Ada malukah PAS.....?????...baik jadi UMNO dari jadi PAS.

Selasa, 7 Jun 2011

ORANG SEKARANG DAH TAK TAKUT DOSA.....

Video seks: Kenapa Hadi minta hukum qazaf?


KUALA LUMPUR 6 Jun - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kecewa dengan pendirian Pas yang menolak rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Setiausahanya, Syed Hasan Ali berkata, rakaman video boleh digunakan bagi membuktikan salah laku seseorang kerana ia sesuai dengan peredaran zaman.



''Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata bukti video tidak boleh dipakai sedangkan Nabi Muhammad SAW menyuruh kita mengikut peredaran zaman,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.



Katanya, beliau hairan dengan pendirian Abdul Hadi yang mendakwa rakaman video berkenaan sebagai fitnah tetapi tidak mengutuk pula perbuatan zina yang berlaku.



''Kenapa Abdul Hadi minta hukum qazaf dikenakan ke atas kes ini, yang meletakkan beban ke atas orang yang menuduh membawa empat saksi.



''Walhal sistem syariah di Malaysia telah mengguna pakai hukum takzir apabila membawa pertuduhan khalwat ke mahkamah. Hukum takzir membenarkan bukti video dan asid deoksibonukleik (DNA) digunakan dalam mahkamah,'' ujarnya.

Komen Osman Dol: Kenapa Hadi Awang sungguh-sungguh mempertahankan Anwar.....Tak berdosakah kita mempertahan orang kaki belakang macam itu...walaupun mahkamah belum membuktikan tuduhan liwat itu....tapi video itu sudah cukup menjadi bukti siapakah manusia itu sebenarnya.

Jumaat, 3 Jun 2011

DALAM NEGERI Ibu ratapi kematian anak maut nahas



IBU meratapi kematian anaknya, Mohd. Hafiz Mohd. Johari di tepi Lebuh Raya Kajang-Seremban menghala ke Semenyih di Hulu Langat, semalam. – Utusan/Muhamad Iqbal



--------------------------------------------------------------------------------

HULU LANGAT 2 Jun – Seorang ibu tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat mayat anak lelakinya berusia 15 tahun terbujur kaku selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Kajang-Seremban berhampiran susur keluar Sungai Long menghala ke Semenyih di sini hari ini.



Tangisan wanita berusia awal 40-an itu mengundang simpati semua pengguna kenderaan apabila dia dilihat memeluk mayat anaknya, Mohd. Hafiz Mohd. Johari, yang maut dengan kecederaan parah di beberapa bahagian badan.



Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 4.30 petang apabila motosikal ditunggangi remaja itu dikatakan merempuh sebuah kereta Proton Wira.



Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Deputi Supritendan Zainuddin Mahadi berkata, mangsa yang berasal dari Sungai Jelok, Kajang dikatakan menunggang motosikal itu bersama seorang rakan.



“Bagaimanapun, selepas kemalangan itu, mangsa dibiarkan terbaring manakala rakannya pula menghilangkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Tambah beliau, pihaknya masih menyiasat bagaimana kejadian itu berlaku dan akan mengesan rakan mangsa bagi membantu siasatan.



Zainuddin memberitahu, mangsa berkemungkinan tidak memiliki lesen memandangkan berusia bawah 16 tahun.



Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.