(ALLAHYARHAM TAN SRI GHAZALI (KING GHAZ) SHAFIE BEKAS MENTERI DALAM NEGERI. Al -Fatihah)
SAYA masih teringat kata-kata Allahyarham 'aku mahu hidup seribu tahun lagi' ketika dia ditemui selamat dalam satu kemalangan kapal terbang. Beliau terjatuh dalam rumpun buluh di Kampung Janda Baik, Pahang, ditemui selamat manakala dua lagi krew pesawat kecil itu meninggal dunia.
Hidup dan mati ini adalah ketentuan Allah. Apabila tiba masanya, tidak terlebih atau terkurang walau sesaat pun, Allah SWT tetap akan menjemput kita.Kata-kata Allahyarham aku mahu hidup seribu tahun lagi adalah untuk memulihkan semangatnya setelah ditimpa kemalangan itu.
SAYA TERTANYA-TANYA DIRI SENDIRI: bila giliran kita pula akan dijemput oleh Allah. Aku insafi diriku yang semakin tua, semakin lemah, semakin rabun dan semakin pelupa. Sekian. Assalamualaikum WRT. Wallahhualambissawab.
(TANDA MAKAM ORANG ISLAM)
Siapapun kita, kubur kita macam ini jugalah. Dimana juga kita dikebumikan, kita tetap tidak terlepas dari soal kubur. Bergantunglah pada amalan kita. Moga-moga kita terlepas dari seksa kubur.
(BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL)
Pantang maut sebelum ajal, begitulah halnya dengan Wismond Exantus, di Port-Au-Prince, Haiti, masih ditemui hidup walaupun telah 11 hari tertimbus dalam runtuhan sebuah kedai. Dia menyambung hidupnya hanya dengan meminum coca-cola dan memakan makanan yang rengan-renagan.
Bila dah sampai ajal, jatuh dari katil pun mati. Inilah tanda-tanda kebesaran Allahn SWT. Wallahhualambissawab.Allahuakbar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan