MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Khamis, 7 Januari 2010

PEMBUNUHAN KEJAM DI BUKIT ROKAN, GEMENCHEH....


AMAT menyayat hatiku membaca berita pembunuhan ke atas empat orang dalam satu keluarga dan pembunuhnya pula aadalah di kalangan keluarganya sendiri juga. Khabarnya sipembunuh itu adalah seorang pemuda yang kurang waras. Mengikut jiran-jiran mangsa (berita dari Bulutin Utama TV 3) pemuda itu selalu dilihat suka bercakap sendirian.
Tempat kejadian ini sebenarnya ialah dalam kawasan PDRM Tampin. Aku pernah bertugas di Tampin berbelas tahun lamanya. Kawasan itu memang biasa sangat aku lawati. Dan kejadian semacam itu pernah berlaku di kawasan itu ketika aku menjadi pegawai pendakwa dahulu. Aku tidak ingat faktor yang lengkap tetapi apa yang aku ingat seorang pemuda Melayu yang kurang waras telah bertindak membunuh seorang lelaki Cina. Pemuda itu memang suka termenung, bercakap sendiri dan ketawa sendirian. Katanya, dia telah mendengar suara ghaib mendesaknya supaya membunuh lelaki Cina itu.
Kalau mengikut hukum Islam, orang gila tidak berdosa walau kesalahan apa pun yang dilakukannya, sekiranya pada ketika melakukan kesalahan itu dia tidak waras. Dalam hukum sivil juga tidak boleh disabitkan kesalahan ke atas orang gila.

Berseerah sahajalah kepada Allah SWT. Jodoh pertemuan dan ajal maut adalah ketentuan Allah. Sebagai makhluk Allah kita hanya mamp;u berdoa. Dan berdoalah kita agar kejadian-kejadian itu tidak menimpa pada diri kita dan keluarga kita.
Hanya sekian. Asalamualaikum WRT. Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan