MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Selasa, 31 Mei 2011

Dari Utusan Malaysia - 31.5.2011.

DALAM NEGERI Salih Yaccob sah jadi suami Emi

Majlis persandingan Salih Yaccob dan Samihah Sheikh Amy di Johor Bahru, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------
JOHOR BAHRU 30 Mei - Pelakon, pelawak dan penyampai radio popular, Salih Yaccob selamat diijab kabul dengan seorang mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Samihah Sheikh Amy, 25, di Masjid Kulaijaya, dekat sini hari ini.



Penyampai radio Sinar FM berusia 49 tahun itu sah menjadi suami kepada Samihah yang juga dikenali sebagai Emi dengan mas kahwin RM23 menerusi dua kali lafaz.



Dengan mengenakan persalinan pengantin berona perak, kedua-keduanya disatukan oleh kadi daerah Kulaijaya, Fahmi Samad pada pukul 3.50 petang dalam sebuah majlis yang serba sederhana.



Salih turut memberikan wang hantaran sebanyak RM25,000 kepada keluarga pihak pengantin perempuan.



Majlis meraikan kedua-dua mempelai kemudiannya diadakan di sebuah hotel di Taman Abad, di sini malam ini yang dihadiri kira-kira 180 ahli keluarga pihak pengantin perempuan.



Sebelum ini, Salih dan Emi yang kini menjadi isteri keempatnya mula berkenalan di Pulau Pangkor, Perak pada November tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat.



Salih merupakan bapa kepada 11 orang anak.

Komen Osman Dol: Rezeki .... alhamdulillah....kalau lelaki boleh kahwin lima, mungkin ada wanita yang ingin menjadi isteri Saleh Yaacob.

Isnin, 30 Mei 2011

UTUSAN MALAYSIA - 30.5.2011.

BERITA UTAMA Nik Aziz diminta bertaubat



Oleh YULPISMAN ASLI

utusankelantan@utusan.com.my



KOTA BHARU 29 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta bertaubat daripada terus mempertahankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan dengan isu moral dan dikaitkan dengan rakaman video seks.



Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris, berkata, tindakan Nik Abdul Aziz itu jelas bercanggah dengan politik diamalkan oleh Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.



"Nik Abdul Aziz mengaku memperjuangkan Islam tetapi membela pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai isu moral. Minta Nik Abdul Aziz bertaubat kerana membela orang seperti Anwar.



"Tindak-tanduk pemimpin Pas itu semakin bertentangan dengan perjuangan Rasulullah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.



Beliau diminta mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dalam ceramahnya di Kampung Setia, Kuang, menasihatkan pihak yang menabur fitnah terhadap Anwar dengan mengaitkannya dengan rakaman video seks tampil memohon maaf.



Menteri Besar Kelantan itu berkata, orang yang membuat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf kepada Anwar.



Beliau juga tidak menolak kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam sehingga menyebabkan kemaraan politiknya disekat oleh kepimpinan UMNO-BN.



Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan dalam nada ketawa berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu sangat menimbulkan tanda tanya kerana jika benar Anwar seorang pemimpin berlandaskan syiar Islam, sudah tentu beliau tidak dikaitkan dengan mana-mana kes salah laku dan seks.



Beliau sehubungan itu menyarankan supaya ulama dalam Pas membuat mufarakah terhadap kepimpinan Nik Abdul Aziz yang telah banyak mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam.



"Politik Islam adalah untuk kesejahteraan, tetapi Nik Abdul Aziz telah mempergunakannya demi kepentingan tertentu," katanya.

Komen Osman Dol: Nik Abdul Aziz tidak mampu berfikir lebih jauh - itu, itu sajalah yang mampu difikirkan.

Ahad, 29 Mei 2011

AWANG SELAMAT - MINGGUAN MALAYSIA - 29.5.11.

Skandal seks dan hipokrasi


BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

SELEPAS skandal seks melibatkan Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss Kahn, baru-baru ini, dunia digemparkan pula dengan skandal rakaman video seks beberapa pemimpin pembangkang Turki.



Apa yang berlaku di Turki itu lebih menggegar. Kesnya hampir sama dengan skandal terbaru Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim. Menerusi pendedahan video tersebut, beberapa pemimpin Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) dipaparkan sedang melakukan hubungan seks di sebuah rumah.



Ekoran pendedahan tersebut, enam pemimpin MHP meletakkan jawatan. Antara yang berbuat demikian ialah Timbalan Pengerusi MHP, Osman Cakir, Umit Safak dan Mehmet Ekici serta Setiausaha Agung, Cihan Pacaci dan timbalannya, Mehmet Taytak. Awal bulan ini, empat pemimpin parti itu, lebih awal telah mengumumkan pengunduran mereka.



Tahun lepas, Pengerusi MHP, Deniz Bolukbasi turut meletakkan jawatan selepas pendedahan satu rakaman video merakamkan beliau mengadakan hubungan intim dengan bekas setiausaha parti itu.



Walaupun MHP mendakwa pendedahan rakaman video itu didalangi oleh pihak tertentu termasuk parti pemerintah iaitu Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), namun kesemua mereka yang berkenaan mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan. ‘‘Saya meletakkan jawatan bagi mengelakkan isu ini menggugat MHP pada pilihan raya akan datang,” kata Bolukbasi. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menafikan tuduhan MHP bahawa AKP menjadi dalang dalam pendedahan skandal tersebut.



Iktibar



Ramai pemerhati melihat MHP cuba mengalihkan perhatian daripada persoalan pokok iaitu berlakunya hubungan seks sebagaimana rakaman video. Walaupun Turki dilabelkan negara Islam sekular namun majoriti rakyatnya mengutuk keras skandal seks tersebut yang dianggap paling memalukan dalam sejarah negara itu.



Pendedahan skandal seks di Turki itu disiarkan beberapa kali di muka depan Utusan Malaysia pada awal minggu ini. Banyak iktibar yang boleh diambil dan dijadikan renungan apatah lagi dalam konteks skandal Anwar. Sama ada dalam kes Strauss Kahn apatah lagi skandal di Turki, tanggungjawab moral mengatasi segala-galanya.



Anehnya, Anwar yang terang-terang wajahnya dalam aksi video seks bersama seorang pelacur, masih terus menegak benang basah. Pakar di Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan selain Malaysia, telah mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah tulen. Seperti biasa, Anwar sebaliknya menuduh semuanya itu adalah konspirasi. Ini bukan kali pertama skandal seks melibatkan Anwar.



Homoseksual



Beliau pernah didakwa di mahkamah lebih sedekad lalu kerana meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar. Walaupun beliau dibebaskan dengan keputusan 2-1 oleh tiga hakim yang bersidang tetapi aktiviti homoseksual tidak ditolak oleh hakim. ‘‘Kami mendapati bukti untuk mengesahkan bahawa perayu (Anwar) terbabit dalam kegiatan homoseksual dan kami lebih terdorong untuk mempercayai bahawa kejadian yang didakwa berlaku di Tivolli Villa, benar terjadi,” kata Hakim, Abdul Hamid Mohamad ketika membacakan penghakiman pada 2004.



Awang percaya, ramai yang terlepas perhatian tentang fakta tersebut. Dengan kata lain, Anwar bernasib baik kerana terdapat kelemahan teknikal dalam pendakwaan, menyebabkan gagal memberikan bukti yang melampaui keraguan munasabah.



Dalam kes liwat kedua terhadap pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Anwar diperintah membela diri kerana kes prima facie telah dibukti di mahkamah. Maknanya, banyak bukti yang memihak kepada Saiful.



Dalam kaitan kes tersebut, Anwar enggan melakukan sumpah laknat dan menolak menjalani ujian DNA secara sukarela sedangkan Saiful awal-awal lagi berbuat demikian.



Dalam kes rakaman video seks, sahabat beliau, Shazryl Eskay Abdullah yang mendedahkan perlakuan seks Anwar, tampil membuat sumpah laknat meskipun berdepan dengan ancaman serta kekecohan yang ditimbulkan oleh penyokong Anwar. Anehnya lagi, Anwar tetap enggan bersumpah laknat. Kaedah Islam enggan dilakukan sementara kaedah saintifik seperti DNA juga ditolak.



Ada beberapa lagi persoalan berlegar berkaitan video seks tersebut iaitu ‘kehilangan misteri’ jam Omega milik Anwar dan penjelasan awal beliau kononnya pada ketika kejadian sedang sibuk mengemaskini Twitter tetapi ternyata meragukan sampai saat ini.





Memalukan



Berdasarkan keterangan awal kepada polis yang menafikan dia adalah pelaku dalam video, Anwar boleh didakwa berbohong. Dengan semua yang berlaku itu, imej beliau bukan setakat tercalar malah amat kotor. Jika beliau tidak melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan juga penasihat PKR maka Pakatan Rakyat (PR) akan mencatatkan sejarah sebagai pembangkang paling buruk imejnya di dunia.



Setakat hari ini pun, skandal seks Anwar sama ada melibatkan dakwaan hubungan sejenis dan pelacur sudah dikategorikan paling dahsyat di kalangan ahli politik dunia. Itu belum menyentuh tentang skandal lain didakwa melibatkan beliau yang khabarnya belum terdedah.



Anwar telah memalukan rakyat Malaysia dan umat Islam seluruh dunia. Beliau menjadi pagar yang memakan padi kepada masyarakat Islam bertamadun yang selalu dilaung-laungkannya. Ternyata sejarah berulang lagi. Beberapa kisah pemimpin Islam zaman lampau yang menyalahgunakan imej Islam untuk kepentingan diri dan nafsu serakah, nampaknya terus menguji umat Islam hari ini melalui skandal Anwar.



Jika rakyat negara luar seperti Turki malu dengan perbuatan para pemimpin pembangkang dalam skandal video seks dan masyarakat antarabangsa mengutuk perbuatan Strauss Kahn, apakah rakyat Malaysia mahu merelakan skandal seks Anwar dan pembohongannya?





Penghinaan



Pada hari ini keengganan Anwar mengakui perbuatannya dan melepaskan jawatan sebagai mengambil tanggungjawab, adalah penghinaan kepada rakyat. Aneh, semua ini melakar sejarahnya di Malaysia. Ada teman bertanya mengapa Awang tidak putus-putus membangkitkan isu seks Anwar.



Jawapannya mudah. Masyarakat mesti menangani perbuatan terkutuk pemimpin seperti itu dengan cara yang betul. Pada Awang, cara yang betul - selagi hipokrasi berterusan, jangan dibiar dan didiamkan. Dunia Barat tidak pernah berhenti bersuara menentang hipokrasi pemimpin jenis itu.



Beberapa penulis Barat seperti Christ Bardeux (http://newledger.com) turut melemparkan kritikan keras terhadap Anwar dan Strauss kerana cuba menafikan perbuatan mereka termasuk keengganan untuk memberi DNA.



Dalam kaitan ini, Awang suka menarik perhatian kepada keluaran majalah Time terbitan 14 Mei, yang memaparkan skandal seks, pembohongan dan keangkuhan lelaki yang berkuasa. Persoalan di muka depan majalah itu ialah mengapa mereka bertindak seperti babi. Malah gambar binatang itu juga dimuatkan di muka depan. Renungkan mesejnya.

Komen Osman Dol: Pilihlah pemimpin yang berakhlak mulia dan berani membuktikan keluhurnan hati dan budinya. Tolak pemimpin kaki sek dan tidak bermaruah.....

Khamis, 26 Mei 2011

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Utusan Malaysia Online - Jenayah

BERITA DARI KOSMO.....

Hajat Ashraf jadi Aleesha tertangguh

Oleh MUSTAPA LAKAWA

mustapa.lakawa@kosmo.com.my

MOHD. ASHRAF meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini semalam menjadi tumpuan gara-gara kemunculan seorang lelaki berpakaian wanita yang hadir untuk mendengar keputusan berhubung permohonannya mendapatkan kebenaran menukar nama kepada nama wanita.

Bagaimanapun, hajat Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, itu tertangguh apabila Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 18 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dan meneliti petisyen yang dikemukakan pemohon melalui peguamnya, Horley Isaacs.

Ashraf yang berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu hadir ke mahkamah bagi mendengar permohonannya untuk mendapat kebenaran menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz.

Mohd. Yazid dalam penghakimannya berkata, walaupun pemohon telah melakukan pembedahan jantina, mahkamah tetap berdepan kesukaran untuk membuat keputusan.

Komen Osman Dol: DISISI ISLAM HUKUMNYA HARAM MENUKAR JANTINA...

Sabtu, 21 Mei 2011

BERITA DARI UTUSAN MALAYSIA.....

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD SEMAKIN SIHAT.

KUALA LUMPUR 20 Mei - Kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semakin menunjukkan pemulihan menggalakkan selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kelmarin akibat jangkitan pada dada.

Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff berkata, perkembangan positif itu dapat dilihat setelah Dr. Mahathir diberi rawatan antibiotik secara intravena dan fisioterapi oleh doktor.

Katanya, walaupun masih batuk sedikit, bekas Perdana Menteri itu mampu mengambil makanan dengan baik dan berbual sambil ditemani isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

"Agak sukar untuk menjangka bila bekas Perdana Menteri itu boleh keluar dari IJN kerana ia bergantung kepada kebenaran doktor yang merawatnya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN kerana jangkitan pada dada setelah mengalami batuk dan demam.

Pada 2 Oktober lalu, negarawan berusia 86 tahun itu pernah dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, Australia akibat jangkitan yang sama sewaktu berada di sana bagi menyampaikan ucapan pada seminar pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Melbourne.

Dalam pada itu, Sufi menambah, doktor turut menasihatkan Dr. Mahathir berehat dan tidak menerima kunjungan pelawat kecuali keluarga terdekat.

OSMAN DOL: HIDUUUUUUUUUP MAHATHIR......

Khamis, 19 Mei 2011

SEMOGA ALLAH SWT MEMBETULKAN ANWAR -

Anwar sekeluarga dicabar


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah didesak melakukan empat perkara asas bagi membersihkan nama ketua pembangkang itu.

Empat perkara tersebut ialah:

•Melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks.

•Menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong.

•Menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

*Tuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, jika empat perkara asas tersebut dilakukan, tiga anak-beranak berkenaan tidak perlu lagi bersusah-payah mengelilingi negara.

Bagaimanapun, beliau hairan mengapa tiga beranak itu begitu takut untuk melakukan empat perkara asas tersebut sedangkan semua mereka sedar jika dilakukan ia akan memberi keuntungan politik yang cukup hebat kepada Anwar.

“Mengenali Anwar ini bukan cara dia. Anwar sudah pasti akan menyahut seruan dan cabaran supaya melakukan empat perkara asas ini jika beliau tidak bersalah. Paling tidak Anwar akan melakukan salah satu daripadanya.

“Namun, sehingga hari ini bukan sahaja Anwar tetapi Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah juga tidak berani untuk melakukannya. Jika tidak bersalah mengapa takut,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ezam berkata, rakyat kini boleh menilai dengan mata dan fikiran mereka sendiri, mengapa seseorang yang mendakwa dirinya tidak bersalah begitu takut untuk menyahut cabaran semudah itu, sedangkan maruahnya dicaci.

Katanya, Anwar sekeluarga hanya mampu dan berani menyalahkan pihak lain dalam skandal video seks tersebut tetapi ia tidak memberi kesan selagi persoalan pokok mengenai empat perkara asas tersebut tidak disahut dengan tindakan.

“Mereka hanya mampu bersandiwara kononnya ini satu konspirasi. Mereka cuba meraih simpati dengan tangisan dan air mata tetapi Anwar lupa rakyat sudah meluat dengan sandiwara lapuk ini,” jelasnya.

                                                   *                            *                          *
Komen  Osman Dol: Siapalah lagi yang boleh membetulkan Anwar? Dia mengenali diri - lalu dia berlakon mengelirukan orang lain. Selagi ada penyokong-peyokong fanatiknya dan selagi ada sebahagian orang-orang pas yang menyokongnya - maka sudah pasti Anwar lagi besar kepala. Orang yang keliru atau sengaja buat keliru akan menjadi penyokong setianya walaupun penyokongnya itu makin berkurangan.

Semoga Allah SWT sahaja yang yang boleh membetulkannya. Serahkan kepada Allah SWT itu adalah jalan paling baik.

Ahad, 15 Mei 2011

CUBAAN BUNUH ANWAR....?

SEBUAH akhbar tabloid menyiarkan berita utama yang bertajuk CUBAAN BUNUH ANWAR. ....Siapalah orangnya yang hendak membunuh Raja........tak menasabah rasanya. Kereta saya pernah berlaku tiba-tiba roda kereta tidak boleh bergerak. Brake terus jem. Kereta terpacak tidak bergerak lagi. Saya panggil seorang formen untuk memeriksanya. Setelah diperiksa ternyata roda kereta yang jem itu telah hilang salah satu alat bahagian dalam roda itu. Jawabnya saya terpaksa beli alat tersebut dengan harga RM50.00. Selepas itu baharulah kereta itu lancar berjalan.....
Harap-harap tidak timbul fitnah baru tentang kejadian itu....

Selasa, 10 Mei 2011

KENAPA ANWAR MEMAKI HAMUN PERDANA MENTERI.....?

Bacalah akhbar Utusan Malaysia hari ini. Alhamdulillah, ada akhbar yang sudi menjelaskan perkara sebenarnya. Dengan ini kita bertambah kenal siapakah insan yang bernama Anwar Ibrahim. Saya tidak bermaksud hendak mengeji dia....kalau dia betul saya kata dia betul...kalau tak betul saya kata tidak betul. Semua masalah itu dia yang buat sendiri. Dia yang menghina dirinya sendiri. Ajak bersumpah takut. Minta spacemen untuk ujian DNA tidak mahu bagi.  Kenapa? Kenapa? Kenapa?....Video sex itu siapa pelakonnya? Rupanya macam rupa Anwar - ajak bersumpah laknat tak mahu pula....