MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Isnin, 18 Januari 2010

BERKESANKAH KEMPEN BERHENTI MEROKOK.......


(ENTAH ANAK SIAPA KANAK-KANAK INI - KALAU SEBESAR INI SUDAH PANDAI MEROKOK, FIKIR SAJALAH......)
AKHBAR Utusan Malaysia hari ini mengadakan ruangan khas tentang rokok dan bahaya merokok. Macam-macam kisah perokok disebutkan dalam akhbar itu. Di blogku ini aku hendak menulis tentang diriku sendiri yang kaki merokok sebelum aku bersara dari PDRM. Sekarang boleh dikatakan aku telah bebas dari ketagih rokok.

(GAMBAR UNTUK HIASAN SAJA YANG KUPETIK DARI GOOGLE IMEJ)
Aku mula merokok sebaik-baik aku menceburkan diri dalam PDRM pada tahun 1964. Ketika dalam latihan di Jalan Gurney, Kuala Lumpur, sebagai mata-mata aku telah dijinakkan dengan rokok oleh rakan-rakanku. Dan ketika aku mendapat sedikit wang hasil simpanan aku sendiri ketika bekerja di Majlis Perbandaran Melaka sebagai office boy lebih kurang RM 135.00 aku pula belanja rakan-rakanku merokok. Penoh asap rokok dalam berek bujang dipusat latihan polis itu. Itulah puncanya aku mula mengenal rokok. Ketika itu umur aku hampur masuk 19 tahun.
Sebenarnya sebelum itupun aku sudah pernah merokok. Semasa menjadi office boy dulu, sekali-sekala aku beli juga rokok. Aku masih ingat rokok yang aku beli itu ialah rokok cap No. 1 berharga 30 sekotak, 10 batang. Tetapi aku tidak pernah ketagih. Rokok itupun aku beli hanya ketika aku dapat gaji saja. Selepas iotu aku tidak belilah.
Semasa budak-budak dulu aku terlalu takut dengan ayahku. Ayahku tidak merokok. Dia cukup- marah kalau anak-anaknya merokok. Jadi aku jauhkan rokok dari diriku waktu itu. Pernah adikku ditampar oleh ayahku ketika dia merokok. Bertaburan api rokok itu. Nasib baik bunga api rokok itu tidak kena pada mata adikku. Kerana itu aku jadi terlalu takut hendak merokok.

(ROKOK TIRUAN BAGI MEREKA YANG INGIN BERHENTI MEROKOK.)
Bila sudah bekerja dan jauh pula dari bapa aku mula sudash merasa sombong dan tinggi diri. Aku rasa aku boleh berbuat apa yang aku suka. Aku cari rokok sebagai teman. Akhirnya aku jadi ketagih rokok paling kuat sekali. Aku menghisap rokok sejak ketika umurku 19 tahun hinggalah umurku mencecah 52 tahun. Lebih dari 30 tahun lamanya aku menjadi penagih rokok. Aku mengisap rokok pula terlalu laju sehingga sehari lebih dari seratus batang aku mengisapnya. Lebih-lebih lagi ketika aku menulis. Seolah-olah rokok memberi aku ilham untuk aku berkarya.

(ENTAH BERAPA BANYAK WANG YANG TELAH AKU BAKAR)
Aku berhenti merokok pada tahun 1997 ketika aku dalam percutian untuk bersara. Itupun atas nasihat dari ayahku sendiri. Kebetulan pula, adikku Nordin, telah dihinggapi penyakit ALSER (maaf kalau tersilap sebut) kesan dari merokok.kata doktor. Sejak dari tahun 1997 barangkali awal tahun aku mula benci pada rokok. Sehingga sekarang sudah hampir 13 tahun benda berapi yang merbahaya itu aku sisihkan dari diriku.


Aku merasakan lega sekarang. Damai dan tenteram sekali setelah berhenti merokok. Tetapi ada juga kesan buruknya. Berat badanku betambah. Dan pada awal tahun 2002 aku mula dihinggapi penyakit tiga sekawan yaitu kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung.  Namun begitu aku meredai. Kalau tidak, aku akan campakkan punting rokok itu di mana-mana. Malah ketika aku ke Mekah, puting rokokku bertaburan di bumi suci itu. Sekarang aku dapat mengatasinya. Alhamdulillah.
(MEKAH AL MUKARAMAH. KETIKA AKU MEROKOK DULU ENTAH BERAPA BANYAK PUTING-PUNTING ROKOK YANG AKU HISAP AKU CAMPAKKAN DIBUMI SUCI INI. AMPUNILAH AKU YA ALLAH)
Kalau hendak berhenti merokok mestilah kuatkan semangat. Itulah petua saya. Dan ketika sasya hendak berhenti merokok itu tidak kurang sepuluh bungkus rokok OCPD Haji Hasan bagi aku. Tetapi semua rokok-rokok itu aku musnahkan. Aku terus berhenti merokok. Aku rasa aku berjaya sehingga hari ini.


(GAMBAR-GAMBAR DIPETIK DARI GOOGLE IMEJ - UNTUK HIASAN)
Sejak dahulu sampailah sekarang, aku tidak suka melihat perempuan merokok, walaupun waktu dahulu itu aku sendiripun merokok. Entah kenapa aku tidak suka melihatnya. Kalau boleh buang, buanglah.
Bagi Mazhab Syafie ini merokok hukumnya makruh. Buangkanlah tabiat buruk itu. Buat apa cari makruh, carilah yang sunat. Terima kasih. Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan