MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Ahad, 31 Januari 2010

GAMBAR-GAMBAR LAMA -

GAMBAR KETIKA AKU BERUSIA 17 ATAU  18 TAHUN.

AKU KETIKA BERUMUR 18 ATAU 19 TAHUN

GAMBAR INI DIRAKAMKAN PADA AWAL TAHUN 30AN. DIHADAPAN SEKOLAH MELAYU DURIAN TUNGGAL. SEMUA YANG KELIHATAN DALAM GAMBAR INI TELAH MENINGGAL DUNIA. TETAPI SEBAHAGIAN DARINYA AKU KENAL DAN PERNAH HIDUP SEZAMAN DENGANKU DI AWAL TAHUN 1950AN KETIKA AKU BERUMUR 5, 6 ATAU 7 TAHUN. GURU BESAR SEKOLAH MELAYU DURIAN TUNGGAL WAKTU ITU IALAH CIKGU DAUD. AKU TIDAK TAHU NAMA AYAHNYA. ANAK-ANAK CIKGU DAUD INI IALAH MOKTAR DAUD DAN SALEH DAUD YANG BEKERJA DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ITU. KHABAR CERITANYA PENGARANG PELITA BAHASA ARMIN AZHARI SALEH ADALAH CUCU GIKGU DAUD INI. CIKGU DAUD INI PUTIH ORANGNYA. BADANNYA GEMPAL. TAHUN-TAHUN LIMA PULUHAN DULU SELALU DIA DATANG KE RUMAHKU BERTEMU DENGAN NINDAKU. (CIKGU DAUD - NOMBOR ENAM DARI SEBELAH KIRI PAKAI SONGKOK HITAM. HANDOSME ORANGNYA - KACAK.
YANG TAK PAKAI BAJU ITU AKULAH. GAMBAR DIRAKAM PADA TAHUN TAHUN 1971 KETIKA UMURKU 25 ATAU 26 TAHUN. SEBELAH AKU ITU CIKGU SIDEK BABA (DR) KAWAN RAPATKU SEJAK DAHULU SEHINGGA SEKARANG. KAMI BERGAMBAR DITEPIAN SUNGAI GOLOK.
AKU KETIKA BERUMUR 15 ATAU 16 TAHUN
AKU DAN RAKAN-RAKAN SEDARJAH (REMOVE CLASS) SEKOLAH ST. FRANCIS INSTITUTION MELAKA. GAMBAR DIRAKAMKAN PADA TAHUN 1957. SEBAHAGIAN DARI RAKAN-RAKANKU TELAH MENINGGAL DUNIA. DAN ADA SEORANG YANG TELAH BERGELAR DATUK. TETAPI TERLALU .........SEKALI AKU PERNAH BERTEMU DENGANNYA DAN AKU RASA AKU TIDAK PERLU BERTEMU DENGANNYA LAGI.
GAMBAR AKU KETIKA MENJADI PEON DIPEJABAT PERBANDARAN MELAKA SEKITAR TAHUN 1963 KETIKA BERUMUR 17 TAHUN.
KETIKA MENJADI ANGGOTA POLIS DI B ALAI POLIS CHERANG RUKU TAHUN 1967. PEGAWAI POLIS YANG PAKAI TONGKAT ITU IALAH OCPD PASIR PUTEH KELANTAN, PEMANGKU ASP ABDUL GHANI NGAH.
GAMBAR KU RAKAMKAN PADA TAHUN 1961 - AKU DUDUK DUA DARI KIRI.

KEMATIAN ITU PASTI - ARKIB UTUSAN MALAYSIA

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

TIAP-TIAP yang bernyawa akan merasai mati. - Gambar hiasan



AL-MARAGHI berkata: Setelah Allah SWT menghiburkan nabi-Nya sebagaimana yang terdapat dalam ayat yang lalu memuatkan pendustaan kaumnya terhadapnya.

Sebahagian daripada rasul sebelummu telah didustakan oleh kaumnya sebagaimana engkau sekarang didustakan.

Para rasul dahulu menghadapi penderitaan daripada kaumnya sebagaimana yang engkau hadapi sekarang. Bahkan (penderitaan mereka dahulu) lebih berat. Sebahagian daripada mereka ada yang dibunuh seperti yang tejadi kepada Nabi Yahya a.s dan Nabi Zakaria a.s.

Sebab nuzul ayat ke-185

Ibnu Abbas berkata: Tatkala turunnya ayat daripada surah Sajadah ayat 11 yang bermaksud: Katakanlah yang mematikan kamu ialah malaikat maut yang diwakilkan denganmu, lantas mereka bertanya: Hai Rasulullah, sesungguhnya ayat ini diturunkan terhadap anak Adam, bagaimana berkenaan dengan kematian jin, burung dan binatang? Lantas turunnya ayat ini.

Iktibar dan fiqh ayat ke-185

Ibnu Kathir berkata: Allah SWT menceritakan secara umum yang meliputi semua makhluk-Nya bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian. Yang tidak mati hanyalah Allah sahaja.

Antara yang mati ialah jin, manusia, malaikat dan lain-lain. Ayat ini dengan jelas merupakan takziah kepada semua manusia. Tidak ada yang kekal di atas muka bumi kecuali pasti menerima kematian.

Ibnu Jauzi berkata: Ayat ini memberi berita gembira kepada yang melakukan kebaikan dan memeberi ancaman yang melakukan kejahatan.

Ayat ini juga memberitahu hakikat kehidupan penuh dengan tipu daya dan diberi panjang angan-angan tentang kehidupan yang kekal, sedangkan ia boleh berlaku kematian pada bila-bila masa.

GAMBAR HANYA HIASAN
Al-Qurtubi berkata: Apabila Allah menceritakan berkenaan orang bakhil dan kufur, lantas Allah perintahkan kepada orang yang beriman supaya bersabar di atas ujian yang dihadapi oleh mereka.

Al-Maraghi berkata: Setiap yang berjiwa akan mengalami saat perpisahan dengan jasad (badan). Ini menunjukkan jiwa tidak akan mati sekalipun badannya mati.

Ini disebabkan yang mampu merasakan sesuatu adalah sesuatu yang wujud (ada), sedangkan yang mati tidak akan mampu berasa sesuatu.

Hamka berkata: menurut ahli-ahli tafsir terutamanya ditegaskan oleh Ibnu Jarir bahawasanya ayat ini yang menyatakan bahawa tiap-tiap nyawa pasti merasakan mati, adalah lanjutan tasliyah ubat penawar hati Nabi dalam kesibukan perjuangan yang kadang-kadang menghadapi tentangan, dan dia pun menjadi ubat penawar bagi sekalian orang yang menegakkan iman.

Al-Sonhadji berkata: Setiap yang bernyawa pasti akan merasai detik kematian dan bertemu ajal. Sebenarnya nyawa itu tidaklah sekali-kali mati dengan sebab matinya tubuh badan atau jasad.

GAMBAR HIASAN

Hanya yang hidup sahaja yang menikmati kehidupan akan tetapi kematian pasti akan menjemput bagi setiap makhluk yang bernyawa.

Iktibar dan fiqh ayat ke-186

Ibnu Kathir berkata: Orang beriman pasti diuji sama ada tentang hartanya, jiwanya, anaknya, dan keluarganya. Ujian tersebut berdasarkan kadar keimanannya. Jika imannya kuat maka ujiannya bertambah, sebaliknya jika lemah maka ujiannya perlahan.

Al-Qurtubi berkata: ayat ini ditujukan kepada nabi dan umatnya. Maknanya kamu pasti akan diuji pada harta kamu dengan musibah dan lain-lain taklif syarak. Begitu juga jiwa dan kematian, sakit dan kehilangan orang yang dikasihi.

Al-Maraghi berkata: Ujian terhadap harta adakalanya dalam bentuk galakan, kebajikan yang dapat mengangkat martabat umat Islam dan menghancurkan musuh, menolak bala, membasmi wabak penyakit dan lain-lain.

Ujian terhadap diri (jiwa) dalam bentuk pengerahan tenaga adalah untuk berjihad pada jalan Allah SWT, kematian ahli keluarga, teman yang dicintai dan berjuang membela kebenaran.

Hamka berkata: Dalam kehidupan, dugaan pasti datang. Segala kesulitan pasti akan dapat diatasi. Orang bersenjata kita pun bersenjata. Orang menyerang kita menangkis dan sesekali kita pun menyerang. Tetapi pertahanan batin tidak lain ialah sabar dan takwa.

Al-Sonhadji berkata: Satu peringatan untuk memberi kesedaran kepada orang mukmin supaya tidak terkejut sampai hilang kewarasan dan terperanjat bilamana ujian Allah SWT datang menimpa ke atas harta mereka atau diri mereka.

Semoga kita sentiasa reda dengan ujian Allah dan bersyukur di atas segala nikmatnya. Mudah-mudahan nikmat tersebut akan bertambah dan berkekalan. Amin.

Sabtu, 30 Januari 2010

AGAMA - GILA KEJAR HARTA, PANGKAT LUPA TUNTUTAN AGAMA

Bahan dari Berita Harian - 30.1.10.

Oleh Amran Zakaria


KEMEWAHAN dunia tidak akan kekal selamanya, yang kekal hanyalah amalan mulia serta amal kebaikan yang dilakukan manusia di dunia ini. - Gambar hiasan

Ada individu permain hukum agama demi memenuhi kepuasan hawa nafsu tinggi melangit.

KEMEWAHAN harta, kedudukan dan pangkat serta persaingan mencipta nama dalam dunia siber adalah antara kegilaan yang sentiasa dicari, dikejar dan diburu manusia pelbagai peringkat usia dan tahap pendidikannya. Mereka bekerja keras dengan semangat kuat dan melangit, demi memuaskan hati nafsu mereka sehingga ke titik ajal mereka.

Sering hukum agama dipermainkan demi membenarkan tindakan untuk kepentingan mereka dan kumpulan mereka. Semuanya itu penting untuk dicari sesuai dengan peluang yang ada dengan keupayaan daya tanding masing-masing.

Nescaya, pangkat dan kedudukan adalah kepercayaan untuk dibangga-banggakan bagi menunjuk-nunjuk sehingga ke peringkat egois. Harta, nama, pangkat dan status begitu dinamik dan sangat luar biasa kepentingannya kepada manusia. Memang benar harta adalah keperluan asas bagi manusia. Manusia dengan sifat fitrahnya amat suka kepada harta dan mengumpulnya.

Mereka tidak pernah berasa puas dalam mengejar harta kekayaan. Justeru harta berpotensi mendatangkan kesenangan dan kemudahan dalam pelbagai urusan manusia. Yang perlu dipelajari manusia adalah bagaimana mendapatkan harta dengan cara betul dan benar menurut apa yang ditunjukkan oleh agama. Manusia juga diajar bagaimana mengelola harta dengan benar, agar ia tidak berubah menjadi fitnah.

Tidak ada sesuatu yang dapat menghalang kecintaan mereka mengejar harta kecuali kematian. Allah merakamkan sifat kecintaan manusia kepada harta benda seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan kamu cintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan." ( Surah al-Fajr: 20)

Al-Quran menggambarkan bahawa manusia mencintai harta kekayaan melebihi kecintaan kepada anak-anak dan keluarga.

Firman Allah yang bermaksud: "Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi, amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan." (Surah al-Kahf: 46)

Ayat ini mendahulukan perkataan harta daripada perkataan anak-anak yang menunjukkan manusia amat mencintai harta kekayaan. Malah manusia sanggup berkelahi, bertelingkah dan berperang untuk mendapatkan harta benda dan kekayaan. Pertelingkahan ini kadangkala amat serius sehingga meretakkan hubungan saudara seagama, hubungan sesama masyarakat, hubungan kekeluargaan termasuk di antara adik-beradik dan anak dengan ibu-bapa.

Kekayaan yang dimiliki, biasanya akan disusuli dengan ujian Allah. Biasanya dalam keadaan ini banyak orang yang tidak berupaya untuk menahan ujian berkenaan. Pernah Rasulullah SAW memberitahu kepada sahabat baginda bahawa cubaan paling berat bagi Bani Israel adalah perempuan manakala cubaan paling berat bagi umat Baginda adalah harta.

Dalam hal ini, Rasulullah meminta kepada umatnya agar berhati-hati dengan harta dimiliki.

Allah mengingatkan kita dengan firman-Nya yang bermaksud: "Dan jika Kami hendak membinasakan sesuatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu supaya melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan) kami, kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya." (Surah al-Israk: 16)

Justeru, Islam sentiasa memperingatkan manusia akan bahaya harta. Sebabnya cukup jelas iaitu harta berpotensi menyeret manusia kepada kebinasaan di dunia dan akhirat. Harta berpotensi melalaikan manusia dari Allah. Harta berpotensi melupakan manusia dari tujuan hidupnya yang hakiki, yakni mencari kesenangan yang sebenarnya di akhirat kelak.

Memang benar kemewahan dan kesenangan mesti diterokai. Harta mesti dicari selagi kita ada usaha, tenaga, ikhtiar yang mampu untuk melakukannya. Namun jangan sekali meletakkan keutamaan dalam kehidupan melebihi daripada tuntutan agama yang diperintahkan kepada kita melakukannya.

Firman Allah yang bermaksud: "Tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) di dunia." (Surah al-Qasas: 77)

As-Syahid Abdul Kader Audah, seorang hakim, fakih, mujahid dan da'ie yang lahir pada tahun 1906 dan pernah hidup sezaman dengan As-Syahid Hassan Al-Banna, dalam karyanya Harta Dan Pemerintahan Dalam Islam menyebutkan bahawa 'janganlah sesekali-kali, siapapun, menganggap bahawa harta kurniaan Allah yang ada di dalam tangannya itu adalah rezeki yang Allah khaskan kepada seorang diri saja, lalu dia sanggup bersikap bakhil dan tidak mahu memberikannya kepada orang yang berhak menerimanya; kerana Allah memberi rezeki kepada umat manusia dan mengurniakan mereka kekuasaan memerintah dengan tujuan mereka tegak di atas garis suruhan dan larangan-Nya.

'Seandainya Allah memberi lebih rezeki dan kedudukan kepada sebahagian mereka maka janganlah sesekali orang yang mempunyai rezeki lebih itu beranggapan jika dia memberi sumbangan kepada orang lain, bahawa sumbangan itu datang darinya sendiri. Dia hendaklah sedar bahawa sumbangan dan pemberian itu adalah rezeki Allah dan dia bukan memberi sumbangan bagi pihak dirinya sendiri. Dia adalah pengantara untuk menyampaikan harta amanah Allah kepada orang lain seperti dia sendiri mengambil harta kurniaan Allah itu untuk faedah dirinya sendiri.'

Berkaitan dengan takrif kebahagiaan, ilmuan Islam terkemuka dan diperakui dunia Islam kini, iaitu Dr Yusof al-Qaradhawi dalam bukunya Peranan Nilai Dan Akhlak Dalam Ekonomi Islam menyatakan bahawa kebahagiaan yang sebenar bukan terletak kepada banyaknya harta.

Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Amal Islami (Damai)

Jumaat, 29 Januari 2010

SOLAT SUBUH FAJAR BERBEZA HANYA DARI SEGI BAHASA

Dari Berita Harian Jumaat 29.1.2010.
Bersama Ustaz Zamanuddin Jusoh
APAKAH perbezaan solat Fajar dan solat Subuh. Bilakah waktu sebenar solat Dhuha dan bilakah tamatnya waktu Dhuha. Adakah wujud apa yang disebut sebagai qada dalam sembahyang bagi mereka yang sengaja meninggalkan solat. Apakah ia termasuk dosa besar. Apakah mereka perlu qada atau bertaubat. Harap mendapat penjelasan.

Ibu keliru,
Rawang
SEBAHAGIAN ulama berpendapat perbezaan antara solat Fajar dan solat Subuh hanyalah daripada segi bahasa. Bagi solat sunat sebelum subuh disebut solat Fajar dan solat wajib disebut solat Subuh. Ada di sesetengah tempat seperti di Asia Barat, solat Subuh disebut solat dua rakaat fajar.
Mengenai solat Fajar yang disebut dalam hadis daif, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Dua rakaat Fajar adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya."
Adapun solat Dhuha berbeza daripada keduanya sama sekali kerana ditunaikan selepas waktu Subuh selesai ketika matahari di langit mencapai kadar segalah atau kira-kira jam 8.30 pagi hingga kira-kira 15 minit sebelum masuk waktu Zuhur. Jika selepas daripada waktu itu, hukumnya makruh.
Bagi yang tertidur sehingga kesiangan, maka waktu Subuh baginya adalah sehingga selesai solat dengan syarat dia tidak melengahkannya. Walaupun ada yang mengqada, tidaklah menjadi kesalahan, tuntutan kewajipan (taklif) terlepas daripada orang yang tertidur.
Hadis Abi Qatadah daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya tidak ada tuntutan kewajipan pada yang tidur dan taklif hanyalah pada yang sedar. Sesiapa yang tertidur atau terlupa menunaikan solat, maka hendaklah dia solat ketika dia bangun atau teringat daripada lupa. Tidak ada sebarang denda padanya melainkan menunaikan terus solat itu."
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tunaikanlah sembahyang kerana mengingatiku." (Surah Taha, ayat 14)
Berdasarkan hadis itu, ulama berpendapat solat yang ditunaikan secara qada hanyalah pada istilah saja sedangkan hakikatnya dia sudah menunaikan solat itu. Bagi yang sengaja meninggalkan solat wajiblah qada dan bertaubat kerana dia sudah melakukan dosa besar terhadap Allah SWT.
Banyak hadis Nabi SAW menyatakan ancaman terhadap mereka yang meninggalkan solat antaranya, sabda Rasul SAW yang bermaksud: "Antara iman dan kufur ialah meninggalkan sembahyang." (Hadis riwayat Tirmizi)
Dalam hadis yang sanadnya adalah baik, Nabi SAW bersabda yang maksudnya: "Tiga perkara asas dalam Islam jika salah satu daripadanya ditinggalkan boleh menjadi kafir dan halal darahnya. Pertama ialah kalimah syahadah, keduanya ialah solat fardu dan ketiganya ialah puasa Ramadan."
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Ahli syurga bertanyakan kepada mereka yang dimasukkan ke dalam neraka, kenapa kamu dimasukkan ke dalam neraka Saqr? Mereka menjawab: Kami meninggalkan sembahyang. Kami juga tidak memberi hak kepada fakir miskin." (Surah al-Muddassir, ayat 40-44).
Ibnu Hajar Al-Haitami meletakkan perkara ini dalam kitabnya Azzawajir dalam menyatakan dosa besar bagi mereka yang sengaja meninggalkan solat.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Utusan Malaysia Online - Mahkamah (Klik dua kali)
Tangguh, tangguh dan tangguh. Apahal Datuk Seri. Diharap-harap tidak ada bezanya dengan orang awam. Orang lain pun nak hidup macam Datuk Seri juga.TK.

Khamis, 28 Januari 2010

MACAM-MACAM CERITA AKHBAR HARI INI.......



(BAHAN DARI BERITA HARIAN ON LINE)
SEORANG gadis Haiti, Darlene Etienne, 17,  dijumpai masih selamat setelah 15 hari dalam timbunan runtuhan bangunan ketika negara itu ditimpa gempa bumi. Pantang mati sebelum ajal. Kita tidak tahu apakah yang hendak diceritakan oleh remaja itu selama dalam runtuhan itu. Itu adalah ketetapan Allah SWT mungkin ada hikmahnya. Kita tunggulah apa cerita darinya nanti.

(BETULKAH ADO INI MAKAN RASUAH. APA MASALAHNYA. AKU MACAM TAK PERCAYHA SAJA. GAMBAR DARI BERITA ON LINE)
Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat ini dikatakan menerima rasuah RM 10,000.00 berkaitan penjualan pasir secara tidak sah. Entahlah. Nampak mukanya macam baik. Aku himbang kalau ada dalang dibelakangnya. Namanya sahaja dijaja - tetapi orang lain kaut untung. Inilah yang aku bimbang. Biar SPRM siasat. Aku tak kenal wanita ini. Aku agak saja.

(DATUK IBRAHIM ALI - GOOGLE IMEJ)
Boleh dikatakan hari-hari gambar dan berita Datuk Ibrahim Ali keluar dalam berbagai-bagai akhbar. Hari ini dia cakap fasal Kerajaan Negeri Kelantan yang menuntuk royalty minyak dari kerajaan pusat. Ibrahim Ali menyarankan supaya kerajaan negeri Kelantan saman kerajaan pusat - beranikah? Ibrahim Ali bagi tempuh satu bulan, kalau kerajaan Kelantan tidak saman, Ibrahim Ali sendiri akan saman. Betul juga. Bising-bising tidak guna.
Serahkan kepada mahkamah untuk buat keputusan. SAYA RASA SUDAH SAMPAI MASASNYA NAJIB ANGKAT IBRAHIM ALI JADI MENTERI DIJABATAN PERDANA MENTERI.

(ZULKIFLI NORDIN - GAMBAR DARI GOOGLE IMEJ)
YB Zulkifli Nordin terus mempertahankan kesucian agama Islam. Dia bukan pelampau. Dia bercakap sesuatu yang menjadi haknya dan hak orang Islam seluruhnya. Katanya, dia bersedia masuk parti lain sekiranya PR tidak menghormatinya........

(DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DAN DATIN SERI AZIZAH - GOOGLE IMEJ)
Muka depan akhbar Utusan Malaysia,atas kiri, tulisan merah, Ulama kesali Anwar. Kenapa hah? Ingat sajalah kita ini orang Islam. Kalimah Allah itu hak mutlak kita. Orang berpengaruh seperti datuk, nasihatkanlah orang-orang bukan Islam itu supaya tidak mengguanakan kalimah Allah itu.
ALLAHUAKBAR.    Walallahualambisawab.


Rabu, 27 Januari 2010

KAYA ATAU MISKIN ADA HIKMAHNYA


Ustaz-ustaz atau orang-orang berilmu selalu menasihatkan kita supaya sentiasa bersyukur kepada Allah SWT walau bagaimana sekalipun keadaan kita. Bila kita bersyukur ertinya kita reda kepada Yang Maha berkuasa tentang segala ketentuanNya terhadap diri kita.Masalahnya kalau tidak mahu bersyukur. Sebaliknya dia kesal kerana Allah menjadikan dia manusia miskin. Malah ada yang sanggup merompak, membunuh danmenipu orang semata-mata hendak kaya. Kaya yang semacam itu tidak berkat.

Banyak orang menanam impian untuk menjadi kaya. Bukan semua yang dimakbulkan oleh Allah SWT. Tetapi cuba kita fikirkan kalau semua orang dalam dunia ini kaya, apakah agaknya yang akan terjadi pada dunia ini. Tidak akan ada orang kaya hendak ke sawah tanam padi. Tidak akan ada orang kaya yang hendak ke ladang tanam keladi atau tebu. Tidak akan orang kaya hendak menternak ayam atau itik (banyak kisah penternak menjadi kaya raya, tapi akhirnya mereka menjadi sombong dan lupakan Allah). Tidak akan orang kaya hendak menjadi tukang rumah pula. Orang kaya akan sentiasa menjaga statusnya sebagai orang kaya. Wang ringgit akan melakukan segala-segala untuknya. Jangan kaya macam Qarun sudahlah.....

Untuk menjadi kaya memang menjadi impian kepada semua orang. Tetapi tidak ada orang kaya bercita-cita untuk menjadi miskin. Mustahil pada fikiran kita. Tetapi kisah Ibrahim Adham adalah seorang raja yang amat kaya. Dia membuang segala kekayaannya semata-mata hendak mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Ertinya dia cintai miskin semata-mata kerana Allah. Sekarang ini banyak orang jadi miskin bukan kerana Allah, tetapi kerana tamak dan khaloba. Dah kaya nak kaya lagi. Akhirnya perniagaannya bengkrap. Jada papa kendana.


Hendak jadi kaya tidak mudah. Hendak jadi miskin tidak mudah. Sekalipun harta kita itu kita bahagi-bahagikan kepada fakir miskin atau sedekahkan harta itu pada badan-badan kebajikan atau pada rumah-rumah anak yatim maka dari sikap pemurah kita itu, Allah akan menambahkan lagi harta kita. Bukan jatuh miskin, bertambah kaya lagi jadinya. Kaya dari Allah dan miskin juga dari ketentuan Allh. Itulah sebabnya kata ulamak, kaya atau miskin itu ada hikmahnya. Kedua-duanya ada ruang untuk beramal untuk mendapatkan Syurga Allah.
Orang kaya banyak boleh membantu orang-orang miskin atau orang-orang yang memerlukan.Boleh banyak bersedekah. Sedekah orang buat haji atau umrah. Bantu buat masjid atau surau. Bantu buat jalan raya. Dan yang wajibnya orang kaya mestilah bayar zakat. Oh, terlalu banyak pahala yang boleh diperolehi oleh orang-orang kaya.

Orang-orang miskin pun boleh mengaut banyak pahala. Orang kaya buat masjid dan orang miskin bersihkan masjid. Orang kaya buat jalanraya dan orang miskin menjaga jalan itu. Membuang sampah dan duri di jalan raya mendapat pahala kata ulamak. Orang kaya boleh bantu orang dengan wang tetapi orang miskin boleh membantu dengan tulang yang empat kerat ini. Pendeknya sama ada kaya atau miskin, ruang untuk mendapat pahala itu adalah terlalu luas. Jangan risaulah. Yang penting ikhlaskan hati dalam membuat sesuatu kerja itu.
Sekian. Wallahualambisswab.
(SEMUA GAMBAR INI HANYALAH UNTUK HIASAN SAHAJA YANG DIPETIK DARI GOOGLE IMEJ)

Isnin, 25 Januari 2010

BILA GILIRAN KITA......?


(ALLAHYARHAM TAN SRI GHAZALI (KING GHAZ) SHAFIE BEKAS MENTERI DALAM NEGERI. Al -Fatihah)
SAYA masih teringat kata-kata Allahyarham 'aku mahu hidup seribu tahun lagi' ketika dia ditemui selamat dalam satu kemalangan kapal terbang. Beliau terjatuh dalam rumpun buluh di Kampung Janda Baik, Pahang, ditemui selamat manakala dua lagi krew pesawat kecil itu meninggal dunia.
Hidup dan mati ini adalah ketentuan Allah. Apabila tiba masanya, tidak terlebih atau terkurang walau sesaat pun, Allah SWT tetap akan menjemput kita.Kata-kata Allahyarham aku mahu hidup seribu tahun lagi adalah untuk memulihkan semangatnya setelah ditimpa kemalangan itu.
SAYA TERTANYA-TANYA DIRI SENDIRI: bila giliran kita pula akan dijemput oleh Allah. Aku insafi diriku yang semakin tua, semakin lemah, semakin rabun dan  semakin pelupa. Sekian. Assalamualaikum WRT. Wallahhualambissawab.
(TANDA MAKAM ORANG ISLAM)

Siapapun kita, kubur kita macam ini jugalah. Dimana juga kita dikebumikan, kita tetap tidak terlepas dari soal kubur. Bergantunglah pada amalan kita. Moga-moga kita terlepas dari seksa kubur.
(BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL)

Pantang maut sebelum ajal, begitulah halnya dengan Wismond Exantus, di Port-Au-Prince, Haiti, masih ditemui hidup walaupun telah 11 hari tertimbus dalam runtuhan sebuah kedai. Dia menyambung hidupnya hanya dengan meminum coca-cola dan memakan makanan yang rengan-renagan.
Bila dah sampai ajal, jatuh dari katil pun mati. Inilah tanda-tanda kebesaran Allahn SWT. Wallahhualambissawab.Allahuakbar.

Sabtu, 23 Januari 2010

ANUGERAH SASTERA NEGERI MELAKA 2009




MALAM tadi 22.1.10 dari jam 8.00 pm sehingga 11.30 pm telah berlansunglah Anugerah Sastera Negeri Melaka yang telah berlansung di Dewan Seri Negeri, Ayer  Keroh, Melaka. Bagi saya, adnugerah itu adalah sautu penghormatan kepada prnulis-penulis Melaka. Alhamdulillah.
Bagaimanapun saya amat terkejut bila Pengerusi Panel Penilai , Yg. Bhg Datuk Dr.Haji Mohd Jamil mengumunka ada seramai 75 calon yang menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Sasterawan Negeri Melaka. Ini satu perkembangan yang amat baik. Dan mungkin ada diantara mereka itu terdiri dari penulis-penulis muda atau penulis-penulis yang baharu menghasilkan sebuah atau dua buah karya.
Sekiranya hadiah sastera ini diteruskan pada tahun hadapan, saya ingin mengesyorkan agar dikenakan beberapa syarat bagi penulis-penulis yang ingin dicalonkan sebagai Sasterawan Negeri Melaka. Saya rasa mereka mestilah berumur lebih dari 50 tahu yang telah menghasil beberapa buah karya yang bermutu serta telah memenangi beberapa hadiah sastera tanah air.
(TUAN YANG TERUTAMA TUN DATUK SERI UTAMA MOHD. KHALIL YAAKOB)
Keperhatinan Kerajaan Negeri Melaka di bawah pipinan Ketua Negara Tuan Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob atas nasihat Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd. Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka, sepatutnya dihormati oleh semua kaum penulis di Negeri Melaka ini.

(YAB DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM KETUA MENTERI MELAKA)
Seramai lima orang ahli penilai telah di pilih oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk memilih Sasterawan Negeri Melaka 2009 mereka terdiri dari Datuk Dr. Hj Mohd Jamil Mukmin (timbalan pengerusi IKSEP) sebagai pengerusi, Datuk Hj A. Aziz Deraman, Profesor Rahman Saari, Mohamad Saleh Mohamad dan Abdul Wahab Hamzah.

(HJ MOKHTAR YASSIN SASTERAWAN NEGERI MELAKA 2009)
Pinel penilai telah memilih seorang penyair yang tersohor di Negeri Melaka untuk dinobatkan sebagai Sasterawan Negeri Melaka tahun 2009. Taniah. Tuan adalah ketua bagi kami, penulis-penulis IPM.

(FAISAL TEHRANI)
Sementara ini penulis muda Faisal Tehrani telah dinobatkan sebagai Penerima Anuigrah Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009. Taniah Faisal. Manakala penulis bukan Melayu, Joseph Selvam diankat Tokoh penulis bukan Melayu Negeri Melaka 2009. Taniah Joseph Selvam.
Hadiah galakan penulis remaja Negeri Melaka 2009 jatuh kepada Ilya Ireeza binti Noor Zehan dan Mohammad Hasif bin Mohd. Jelani. Taniah.
******************************************************************************
SAJAKKU TERSIAR DALAM BERITA HARIAN HARI INI 23.1.10.
(Bertajuk AKU BAGAIKAN SEORANG PEGEMBARA) Baca ya....

KEMANGKATAN SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM


TIDAK ada yang lebih menyedihkan pada hari ini selain dari kemangkatan Duli Yang Maha Mulia  Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail (1932-2010). Apalah yang dapat kita katakan setiap yang hidup itu pasti akan mati. Begitulah ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT pada setiap makhluknya. Nabi Muhammad SAW adalah seorang Rasul, kekasih Allah lagi - dipanggil oleh Allah SAW dalam usia 63 tahun.
63 tahun itu belumlah tua sangat. Apalah yang hendak dikatakan, Allah yang mencipta kita dan Dialah juga yang berjuasa untuk mengambilnya semula.

(TUNKU IBRAHIM ISMAIL DILANTIK SEBAGAI PEMANGKU RAJA DAN SETERUSNYA AKAN DILANTIK SEBAGAI SULTAN JOHOR.)
Sebagai seorang rakyat Malaysia saya juga mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada kerabat diraja Johor dan takziah juga kepada seluruh rakyat Johor. semoga Allah SWT menempatkan rohnya disisi roh orang-orang yang saleh. Amin. Bersabarlah - semoga pengganti baginda, Tunku Ibrahim Ismail, lebih berjiwa rakyat dan mengambil berat tentang rakyat. Semoga baginda disenangi dan disayangi rakyat. Amin.Al-Fatihah untuk almarhum....

Jumaat, 22 Januari 2010

DIA AKAN MENJADI SEBALIKNYA......KENAPA?



(GAMBAR DIPETIK DARI GOOGLE IMEJ)
KATAKAN anda seorang wanita muda paling cantik di dunia. Tetapi tidak guna kecantikan anda itu sekiranya perangai anda buruk.Anda kaki merokok misalnya, suka berfoya-foya, suka berpakaian yang menyolok mata, gemar mempamerkan gambar-gambar separuh bogel atau sebagainya. Anda seorang wanita cantik tetapi anda amat sombong, anda suka bercakap besar, anda bersikap kahau dengan rakan-rakan dan jiran-jiran dan anda gadis yang suka derhaka dengan ibu bapa. Kerana kelemahan-kelemahan itu anda menjadi orang yang tidak cantik. Anda seroang wanita yang amat dibencii oleh orang ramai. Biarlah tidak cantik asalkan anda berperangai baik dan disasyangi oleh orang ramai. Rupa cantik perangaipun elok, wanita semacam inilah yang dicari-cari oleh jejaka yang baik dan berakhlak. Pandai memasak dan menguruskan rumahtangga.

Lelaki yang bijak dan berilmu amat memilih bakal isterinya. Bagi lelaki ini, biarlah paras rupa kurang cantik, tetapi yang penting gadis itu mempunyai akhlak yang mulia. Berpakaian kemas dan menutup aurat. Rajin bekerja dan pandai memasak dan menguruskan rumah tangga. Dan yang paling tidak cantik, sudahlah rupa buruk, perangai pun buruk. Wanita semacam ini tentunya tidak disukai oleh kebanyakan orang lelaki.

(SEMOGA WAHEDA MENJADI ISTERI SALIHA)
Mungkin cinta mengatasi segala-segalanya. Cinta itu buta kata pepatah Melayu. Kerana cinta tidak timbul masalah buruk, cantik, malas, tak pandai memasak dan sebagainya. Bagi mereka itu adalah cinta yang suci bersih. Cinta itu indah. Cinta itu damai dan tenteram. Itu terpulanglah. Orang tua tidak mahu bercinta lima tahun berkahwin hanya lima hari sahaja.
Saya menasihatkan semua orang berhati-hatilah memilih isteri atau suami. Wallahualambissawab.
(SEMUA GAMBAR YANG DITERBITKAN HANYA SEBAGAI HIASAN SHAJA)

Rabu, 20 Januari 2010

LOJIKKAH HARAMKAN ROKOK?......

DUA pandangan yang ingin saya bagi perhatian tentang cadangan supaya rakyat Malaysia berhenti dari merokok. Pandangan itu adalah datang dari rakyat Malaysia yang perihatin tentang bahayanya merokok. Cadangan pertama dari orang ramai ialah agar harga rokok dinaikkan ke RM50.00 sekotak dan kedua ialah haramkan rokok.

Walaupun saya telah lama berhenti merokok tetapi pandangan-pandangan diatas bagi saya adalah keterlaluan. Mereka memberikan pendapat mengikut emosi mereka sendiri tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.
Perlu diingat bahawa rokok ini sudah menjadi satu ketagihan yang ama sangat bagi setengah-setengah orang. Mereka tidak boleh hidup tanpa rokok seperti kereta yang tidak boleh bergerak tanpa petrol. Dengan apa cara sekalipun, rokok amat perlu bagi mereka. Mereka tidak boleh membuat kerja tanpa rokok. Seolah-olah rokok memberi kekuatan kepada mereka supaya cerdas dan cergas.


Perokok sebenarnya terdiri dari berbagai golongan masyarakat. Tetapi kebanyakan  perokok itu adalah golongan orang yang berpendapatan rendah seperti petani, pekebun kecil, penoreh getah, buruh binaan dan sebagainya. Ada juga orang-orang yang berpendapatan besar seperti ahli peniagaan, wakil rakyat, pegawai-pegawai tinggi kerajaan malah orang-orang berketurunan bangsawan juga menjadi penagih rokok.
Mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak dengan rokok akan terus merokok,terutamanya pada golongan muda ini. Dengan apa cara sekalipun, mereka tetap mencari rokok.

Mereka yang sudah menjadi penagih rokok ini bukan satu perkara yang mudah untuk memberhentikannya, datanglah ribut, petir, gelombang dan sebagainya mereka akan terus merokok dan merokok.
Cuba kita fikirkan  apa akan terjadi sekiranya rokok itu dinaikkan harganya. Mungkin kita berpendapat, mereka yang tidak mampu itu akan berhenti dari merokok. Kalau begitu yang terjadi Alhamdulillah, baguslah. Apa yang saya bimbangi ialah sekiranya penagih-penagih rokok yang masih muda ini akan menambahkan lagi.penjenayah muda dinegara kita ini. Akan bertambah bilangan pecah rumah, ragut, rompak dan sebagainya. Orang berada tidak masalah, seberapa mahalpun rokok tidak menjadi masalah. Mereka mampu membelinya.
Fikirkan kalau rokok itu diharamkan. Tidak ubah menjadi macam dadah jugalah. Beli rokok mengikut pasar gelap. Harga rokok akan melambong tinggi. Jenayah selurup, samun dan bunuh akan berluas-luasa. Jadi saya cadangkan, apa yang kerajaan telah lakukan ini teruskanlah. Tetapi yang lebih penting rakyat mestilah sentiasa dinasihatkan supaya tidak merokok. Kempen secara besar-besaran patut mesti diadakan.


Seperti pernah saya katakan, saya sendiri memang seorang kaki perokok yang amat hebat. Akhirnya dengan azam yang kuat saya dapat juga berhenti merekok. Ayahnda saya memainkan peranan menasihati saya sehingga saya berhenti merokok.
Jadi sesiapa yang ingin berhenti merokok kuatkanlah semangat. Katakan tak nak walau dengan sesiapa pun, semoga datang keinsafan kita supaya tidak mahu merokok lagi. Sekian. Wallahualam.

Selasa, 19 Januari 2010

HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA (HSPM)


(SAID ZAHARI, BEKAS WARTAWAN YANG MEMENANGI HADIAH RM 10,000.00 DALAM BUKU CATATAN HIDUPNYA)
TANIAH kepada mereka yang memenangi HSPM 2004/2005 dan 2007/2008. Mereka yang menang baik dalam ketegori apa sekali pun, mereka adalah orang-orang yang hebat, sama ada penulis baru mahupun penulis vateran. Bukan mudah untuk mencapai ketahap setinggi itu.
Aku tidak berupaya untuk sampai ketahap itu, tetapi aku bersyukur jugalah kepada Allah SWT bahawa aku boleh juga mencipta nama dalam bidang ini walaupun tidak tinggi mana.
Ini sahaja tulisan saya untuk hari ini. Insya-Allah aku akan sambung lagi di masa-masa akan datang.
Assalamualaikum WRT. Wallahhualam.

Isnin, 18 Januari 2010

BERKESANKAH KEMPEN BERHENTI MEROKOK.......


(ENTAH ANAK SIAPA KANAK-KANAK INI - KALAU SEBESAR INI SUDAH PANDAI MEROKOK, FIKIR SAJALAH......)
AKHBAR Utusan Malaysia hari ini mengadakan ruangan khas tentang rokok dan bahaya merokok. Macam-macam kisah perokok disebutkan dalam akhbar itu. Di blogku ini aku hendak menulis tentang diriku sendiri yang kaki merokok sebelum aku bersara dari PDRM. Sekarang boleh dikatakan aku telah bebas dari ketagih rokok.

(GAMBAR UNTUK HIASAN SAJA YANG KUPETIK DARI GOOGLE IMEJ)
Aku mula merokok sebaik-baik aku menceburkan diri dalam PDRM pada tahun 1964. Ketika dalam latihan di Jalan Gurney, Kuala Lumpur, sebagai mata-mata aku telah dijinakkan dengan rokok oleh rakan-rakanku. Dan ketika aku mendapat sedikit wang hasil simpanan aku sendiri ketika bekerja di Majlis Perbandaran Melaka sebagai office boy lebih kurang RM 135.00 aku pula belanja rakan-rakanku merokok. Penoh asap rokok dalam berek bujang dipusat latihan polis itu. Itulah puncanya aku mula mengenal rokok. Ketika itu umur aku hampur masuk 19 tahun.
Sebenarnya sebelum itupun aku sudah pernah merokok. Semasa menjadi office boy dulu, sekali-sekala aku beli juga rokok. Aku masih ingat rokok yang aku beli itu ialah rokok cap No. 1 berharga 30 sekotak, 10 batang. Tetapi aku tidak pernah ketagih. Rokok itupun aku beli hanya ketika aku dapat gaji saja. Selepas iotu aku tidak belilah.
Semasa budak-budak dulu aku terlalu takut dengan ayahku. Ayahku tidak merokok. Dia cukup- marah kalau anak-anaknya merokok. Jadi aku jauhkan rokok dari diriku waktu itu. Pernah adikku ditampar oleh ayahku ketika dia merokok. Bertaburan api rokok itu. Nasib baik bunga api rokok itu tidak kena pada mata adikku. Kerana itu aku jadi terlalu takut hendak merokok.

(ROKOK TIRUAN BAGI MEREKA YANG INGIN BERHENTI MEROKOK.)
Bila sudah bekerja dan jauh pula dari bapa aku mula sudash merasa sombong dan tinggi diri. Aku rasa aku boleh berbuat apa yang aku suka. Aku cari rokok sebagai teman. Akhirnya aku jadi ketagih rokok paling kuat sekali. Aku menghisap rokok sejak ketika umurku 19 tahun hinggalah umurku mencecah 52 tahun. Lebih dari 30 tahun lamanya aku menjadi penagih rokok. Aku mengisap rokok pula terlalu laju sehingga sehari lebih dari seratus batang aku mengisapnya. Lebih-lebih lagi ketika aku menulis. Seolah-olah rokok memberi aku ilham untuk aku berkarya.

(ENTAH BERAPA BANYAK WANG YANG TELAH AKU BAKAR)
Aku berhenti merokok pada tahun 1997 ketika aku dalam percutian untuk bersara. Itupun atas nasihat dari ayahku sendiri. Kebetulan pula, adikku Nordin, telah dihinggapi penyakit ALSER (maaf kalau tersilap sebut) kesan dari merokok.kata doktor. Sejak dari tahun 1997 barangkali awal tahun aku mula benci pada rokok. Sehingga sekarang sudah hampir 13 tahun benda berapi yang merbahaya itu aku sisihkan dari diriku.


Aku merasakan lega sekarang. Damai dan tenteram sekali setelah berhenti merokok. Tetapi ada juga kesan buruknya. Berat badanku betambah. Dan pada awal tahun 2002 aku mula dihinggapi penyakit tiga sekawan yaitu kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung.  Namun begitu aku meredai. Kalau tidak, aku akan campakkan punting rokok itu di mana-mana. Malah ketika aku ke Mekah, puting rokokku bertaburan di bumi suci itu. Sekarang aku dapat mengatasinya. Alhamdulillah.
(MEKAH AL MUKARAMAH. KETIKA AKU MEROKOK DULU ENTAH BERAPA BANYAK PUTING-PUNTING ROKOK YANG AKU HISAP AKU CAMPAKKAN DIBUMI SUCI INI. AMPUNILAH AKU YA ALLAH)
Kalau hendak berhenti merokok mestilah kuatkan semangat. Itulah petua saya. Dan ketika sasya hendak berhenti merokok itu tidak kurang sepuluh bungkus rokok OCPD Haji Hasan bagi aku. Tetapi semua rokok-rokok itu aku musnahkan. Aku terus berhenti merokok. Aku rasa aku berjaya sehingga hari ini.


(GAMBAR-GAMBAR DIPETIK DARI GOOGLE IMEJ - UNTUK HIASAN)
Sejak dahulu sampailah sekarang, aku tidak suka melihat perempuan merokok, walaupun waktu dahulu itu aku sendiripun merokok. Entah kenapa aku tidak suka melihatnya. Kalau boleh buang, buanglah.
Bagi Mazhab Syafie ini merokok hukumnya makruh. Buangkanlah tabiat buruk itu. Buat apa cari makruh, carilah yang sunat. Terima kasih. Assalamualaikum.