Walaupun saya telah lama berhenti merokok tetapi pandangan-pandangan diatas bagi saya adalah keterlaluan. Mereka memberikan pendapat mengikut emosi mereka sendiri tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.
Perlu diingat bahawa rokok ini sudah menjadi satu ketagihan yang ama sangat bagi setengah-setengah orang. Mereka tidak boleh hidup tanpa rokok seperti kereta yang tidak boleh bergerak tanpa petrol. Dengan apa cara sekalipun, rokok amat perlu bagi mereka. Mereka tidak boleh membuat kerja tanpa rokok. Seolah-olah rokok memberi kekuatan kepada mereka supaya cerdas dan cergas.
Perokok sebenarnya terdiri dari berbagai golongan masyarakat. Tetapi kebanyakan perokok itu adalah golongan orang yang berpendapatan rendah seperti petani, pekebun kecil, penoreh getah, buruh binaan dan sebagainya. Ada juga orang-orang yang berpendapatan besar seperti ahli peniagaan, wakil rakyat, pegawai-pegawai tinggi kerajaan malah orang-orang berketurunan bangsawan juga menjadi penagih rokok.
Mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak dengan rokok akan terus merokok,terutamanya pada golongan muda ini. Dengan apa cara sekalipun, mereka tetap mencari rokok.
Mereka yang sudah menjadi penagih rokok ini bukan satu perkara yang mudah untuk memberhentikannya, datanglah ribut, petir, gelombang dan sebagainya mereka akan terus merokok dan merokok.
Cuba kita fikirkan apa akan terjadi sekiranya rokok itu dinaikkan harganya. Mungkin kita berpendapat, mereka yang tidak mampu itu akan berhenti dari merokok. Kalau begitu yang terjadi Alhamdulillah, baguslah. Apa yang saya bimbangi ialah sekiranya penagih-penagih rokok yang masih muda ini akan menambahkan lagi.penjenayah muda dinegara kita ini. Akan bertambah bilangan pecah rumah, ragut, rompak dan sebagainya. Orang berada tidak masalah, seberapa mahalpun rokok tidak menjadi masalah. Mereka mampu membelinya.
Fikirkan kalau rokok itu diharamkan. Tidak ubah menjadi macam dadah jugalah. Beli rokok mengikut pasar gelap. Harga rokok akan melambong tinggi. Jenayah selurup, samun dan bunuh akan berluas-luasa. Jadi saya cadangkan, apa yang kerajaan telah lakukan ini teruskanlah. Tetapi yang lebih penting rakyat mestilah sentiasa dinasihatkan supaya tidak merokok. Kempen secara besar-besaran patut mesti diadakan.
Seperti pernah saya katakan, saya sendiri memang seorang kaki perokok yang amat hebat. Akhirnya dengan azam yang kuat saya dapat juga berhenti merekok. Ayahnda saya memainkan peranan menasihati saya sehingga saya berhenti merokok.
Jadi sesiapa yang ingin berhenti merokok kuatkanlah semangat. Katakan tak nak walau dengan sesiapa pun, semoga datang keinsafan kita supaya tidak mahu merokok lagi. Sekian. Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan