MALAM tadi 22.1.10 dari jam 8.00 pm sehingga 11.30 pm telah berlansunglah Anugerah Sastera Negeri Melaka yang telah berlansung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Bagi saya, adnugerah itu adalah sautu penghormatan kepada prnulis-penulis Melaka. Alhamdulillah.
Bagaimanapun saya amat terkejut bila Pengerusi Panel Penilai , Yg. Bhg Datuk Dr.Haji Mohd Jamil mengumunka ada seramai 75 calon yang menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Sasterawan Negeri Melaka. Ini satu perkembangan yang amat baik. Dan mungkin ada diantara mereka itu terdiri dari penulis-penulis muda atau penulis-penulis yang baharu menghasilkan sebuah atau dua buah karya.
Sekiranya hadiah sastera ini diteruskan pada tahun hadapan, saya ingin mengesyorkan agar dikenakan beberapa syarat bagi penulis-penulis yang ingin dicalonkan sebagai Sasterawan Negeri Melaka. Saya rasa mereka mestilah berumur lebih dari 50 tahu yang telah menghasil beberapa buah karya yang bermutu serta telah memenangi beberapa hadiah sastera tanah air.
(TUAN YANG TERUTAMA TUN DATUK SERI UTAMA MOHD. KHALIL YAAKOB)
Keperhatinan Kerajaan Negeri Melaka di bawah pipinan Ketua Negara Tuan Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob atas nasihat Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd. Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka, sepatutnya dihormati oleh semua kaum penulis di Negeri Melaka ini.
(YAB DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM KETUA MENTERI MELAKA)
Seramai lima orang ahli penilai telah di pilih oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk memilih Sasterawan Negeri Melaka 2009 mereka terdiri dari Datuk Dr. Hj Mohd Jamil Mukmin (timbalan pengerusi IKSEP) sebagai pengerusi, Datuk Hj A. Aziz Deraman, Profesor Rahman Saari, Mohamad Saleh Mohamad dan Abdul Wahab Hamzah.
(HJ MOKHTAR YASSIN SASTERAWAN NEGERI MELAKA 2009)
Pinel penilai telah memilih seorang penyair yang tersohor di Negeri Melaka untuk dinobatkan sebagai Sasterawan Negeri Melaka tahun 2009. Taniah. Tuan adalah ketua bagi kami, penulis-penulis IPM.
Sementara ini penulis muda Faisal Tehrani telah dinobatkan sebagai Penerima Anuigrah Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009. Taniah Faisal. Manakala penulis bukan Melayu, Joseph Selvam diankat Tokoh penulis bukan Melayu Negeri Melaka 2009. Taniah Joseph Selvam.
Hadiah galakan penulis remaja Negeri Melaka 2009 jatuh kepada Ilya Ireeza binti Noor Zehan dan Mohammad Hasif bin Mohd. Jelani. Taniah.
******************************************************************************
SAJAKKU TERSIAR DALAM BERITA HARIAN HARI INI 23.1.10.
(Bertajuk AKU BAGAIKAN SEORANG PEGEMBARA) Baca ya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan