MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Sabtu, 9 Januari 2010

BUAT APA DIBAKAR GEREJA ITU? JAGALAH KEHARMONIAN NEGARA....


KITA dibenarkan membuat bantahan tentang penggunaan kalimah Allah di gereja, tetapi bantahan itu hendaklah dibuat secara aman dengan tidak menjejaskan keharmonian rakyat dinegara ini. Atas kebenaran itu beberapa buah masjid di negara ini, termasuklah Masjid Negara telah mengadakan perhimpunan  secara aman bagi menunjukkan bantahan itu. Tetapi janganlah melampau sangat. Janganlah mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada orang lain. Jangan sampai menyentuh hati dan perasaan orang lain. Kedamaian hidup mestilah dijaga.

Semalam petang, selepas menunaikan sembahyang maghrib berjemaah dengan isteri, saya pun buka tv 3 untuk melihat Buletin Utama. Kalau warta berita ini saya memang gembar menonton tv 3, entah kenapa saya pun tak tahu. Tetapi alangkah teperanjatnya berita-berita pembakaran beberapa buah gereja telah berlaku di negara ini. Saya semacam tidak percaya kejadian itu. Orang Melayu yang amat terkenal dengan sifat-sifat tawadhuknya, tiba-tiba berani bertindak diluar batas kemanusiaan.

Negara kita ada undang-undang, ada peraturan dan ada mahkamah. Walaupun mahkamah telah membenar penggunaan kalimah Allah itu oleh gereja, tetapi kita boleh bertidak secara yang dibolehkan oleh undang-undang. Kita boleh merayu semula di mahkamah. Itu cara yang paling terbaik. Atau kita serahkan atas keputusan dari Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang DiPertuan Agong. Hanya agong yang boleh menguasai kuasa mahkamah. Itupun saya rasa hanya perkara-perkara yang berkaitan agama sahaja.

Sekarang negara kita masih aman. Masih dapat mengawal keadaan yang berlaku di negara kita ini. Jadilah satu bangsa yang baik dan sentiasa menghormati orang lain.


BANGSA yang paling kejam didunia ini ialah Yahudi. Yahudi adalah pembunuh kanak-kanak, wanita, orang-orang tua dan pemusnah masjid dan perosak keharmonian orang-orang Palestin di Semenanjung Gaza. Harap-harap kita menjadi umat Islam yang hebat pada segi budi dan akhlak. Kita bukan penghisap darah seperti Yahudi.

Kata guru saya yang mursyid, Tuan Guru Haji Mohammad Sufi, cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan mengadaskan musyawara. Berbincang baik-baik. Bagitahu mereka kalimah Allah ini adalah hak orang Islam. Dan kalau kalimah ini boleh dikongsi dengan  mereka, diharap dapat mereka berikan sebab-sebabnya. Bincang secara aman damai supaya tidak mengecilkan hati sesiapa pun.

Masalah kalimah Allah yang mula dicetuskan oleh gereja, telah menerbitkan rasa marah oleh sebahagian besar penduduk-peduduk Islam khususnya orang Melayu yang tidak berpuas hati. Dalam suasana yang tidak menentu ini sepatutnya setiap parti plitik mesti memberikan pendapat yang positif. Tetapi segelintir orang-orang pas menuduh UMNO pula yang cetuskan masaslah ini. Diharap semua orang dinegara ini faham dan fikirlah secara mendalam. Bukan secara terburu-buru. Wallahualam.
(SEMUA GAMBAR INI ADALAH HIASAN SEMATA-MATA YANG DIPETIK DARI AKHBAR-AKHBAR UTUSAN MALAYSIA, BERITA HARIAN, GOOGLE IMEJ DAN MALAYSIA KINI.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan