(GAMBAR DIPETIK DARI GOOGLE IMEJ)
KATAKAN anda seorang wanita muda paling cantik di dunia. Tetapi tidak guna kecantikan anda itu sekiranya perangai anda buruk.Anda kaki merokok misalnya, suka berfoya-foya, suka berpakaian yang menyolok mata, gemar mempamerkan gambar-gambar separuh bogel atau sebagainya. Anda seorang wanita cantik tetapi anda amat sombong, anda suka bercakap besar, anda bersikap kahau dengan rakan-rakan dan jiran-jiran dan anda gadis yang suka derhaka dengan ibu bapa. Kerana kelemahan-kelemahan itu anda menjadi orang yang tidak cantik. Anda seroang wanita yang amat dibencii oleh orang ramai. Biarlah tidak cantik asalkan anda berperangai baik dan disasyangi oleh orang ramai. Rupa cantik perangaipun elok, wanita semacam inilah yang dicari-cari oleh jejaka yang baik dan berakhlak. Pandai memasak dan menguruskan rumahtangga.
Lelaki yang bijak dan berilmu amat memilih bakal isterinya. Bagi lelaki ini, biarlah paras rupa kurang cantik, tetapi yang penting gadis itu mempunyai akhlak yang mulia. Berpakaian kemas dan menutup aurat. Rajin bekerja dan pandai memasak dan menguruskan rumah tangga. Dan yang paling tidak cantik, sudahlah rupa buruk, perangai pun buruk. Wanita semacam ini tentunya tidak disukai oleh kebanyakan orang lelaki.(SEMOGA WAHEDA MENJADI ISTERI SALIHA)
Mungkin cinta mengatasi segala-segalanya. Cinta itu buta kata pepatah Melayu. Kerana cinta tidak timbul masalah buruk, cantik, malas, tak pandai memasak dan sebagainya. Bagi mereka itu adalah cinta yang suci bersih. Cinta itu indah. Cinta itu damai dan tenteram. Itu terpulanglah. Orang tua tidak mahu bercinta lima tahun berkahwin hanya lima hari sahaja.
Saya menasihatkan semua orang berhati-hatilah memilih isteri atau suami. Wallahualambissawab.
(SEMUA GAMBAR YANG DITERBITKAN HANYA SEBAGAI HIASAN SHAJA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan