MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Selasa, 31 Ogos 2010

HARGAI KEAMANAN - PM (U.M. 31HB OGOS 2010)

DALAM NEGERI

Hargailah keamanan – PM


YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menunaikan solat tarawih selepas baginda menghadiri Majlis Berbuka Puasa Muhibah 1Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Duta, semalam. Turut mengiringi baginda, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. – Utusan/Mohd. Naim Aziz

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan diasak oleh budaya kejumudan serta sikap melampau yang terjelma melalui isu- isu perkauman serta agama.

“Segala apa yang kita capai, segala apa yang kita bina dan segala apa yang kita hargai, boleh hancur berkecai dan musnah dalam sekelip mata. Oleh itu, kita perlu menghargai keamanan, keharmonian dan kestabilan yang ada,” kata Perdana Menteri dalam perutusannya sempena Hari Kemerdekaan Ke-53 yang akan disambut esok.

Beliau berkata, sudah tiba giliran generasi sekarang untuk menerajui Malaysia ke peringkat kemajuan dan kemakmuran yang lebih tinggi.

Perdana Menteri berkata, cabaran sebenar rakyat Malaysia hari ini adalah untuk mentransformasikan negara supaya menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ke arah itu, katanya, kerajaan telah memasakkan asas-asas yang kukuh dalam bentuk Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) sebagai pelan hala tuju yang jelas ke arah matlamat mulia tersebut.

Menurut Najib, kejayaan mengubah Malaysia daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian berpendapatan sederhana, adalah hasil iltizam, perancangan dan kerja keras kerajaan bersama rakyat dengan berpegang kepada falsafah untuk sentiasa berada di hadapan keluk perubahan dan pembaharuan.

“Hasil perasaan tidak mahu berpuas hati terhadap status quo sedia ada dan kesanggupan berubah, pendahulu-pendahulu kita telah membawa Malaysia ke arah mencapai kejayaan demi kejayaan sebagai sebuah negara.

“Hari ini tibalah giliran generasi kita untuk menerajui Malaysia ke peringkat kemajuan dan kemakmuran yang lebih tinggi. Persoalannya, beranikah kita untuk memecah tradisi bagi mencapai hasil yang melampaui kebiasaan,” katanya.

Menyingkap perjuangan tokoh- tokoh ternama negara, Najib berkata, bapa-bapa kepimpinan negara tidak pernah berpuas hati untuk menerima keadaan seadanya walau sebesar manapun cabaran yang melanda.

“Mereka sentiasa berusaha mencipta masa depan yang lebih baik untuk negara dan rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata, setiap seorang anak Malaysia adalah penting dan berkemampuan menyumbang kepada penciptaan kemakmuran dan kesejahteraan nasional.

“Alangkah ruginya negara jika bakat-bakat yang kita latih dengan segala susah payah, berhijrah bagi mencari padang yang lebih subur, hanya dek kegagalan kita mengadakan persekitaran terbaik untuk mereka menyumbang.

“Ini kerana fenomena globalisasi bukan sahaja menyaksikan pengaliran mudah modal dan teknologi merentas sempadan tetapi juga melibatkan pengaliran bebas modal insan,” katanya.

Najib berkata, bagi mencapai matlamat masa depan yang lebih baik, Malaysia mestilah mengekalkan perpaduan nasional yang menjadi tonggak keamanan dan kestabilan selama ini.

Untuk itu, katanya, asas integrasi rakyat Malaysia perlu bersandarkan nilai-nilai yang dikongsi dan dipersetujui bersama oleh semua kaum seperti mana terkandung dalam ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai kontrak sosial nasional.

Najib turut mengingatkan rakyat bahawa kerajaan yang ada amat komited untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara dengan segala instrumen undang-undang dan kekuatan yang ada daripada ancaman dalam mahupun luaran.

“Ingatlah bahawa Malaysia adalah tanah tumpah darah kita, di sini kita dilahirkan, di sini kita membesar, di sini kita mencari rezeki, di sini kita mencipta kebahagiaan dan di sinilah dengan takdir Tuhan, kita akan bersemadi,” katanya.

Beliau menyeru warga Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ini untuk sama-sama berganding bahu dengan satu tekad menjadikan Malaysia negara yang terbaik.

“Demi masa depan anak-anak kita, kelangsungan Malaysia mesti dipertahankan. Janganlah yang elok menjadi retak, janganlah yang bersambung menjadi putus. “Mudah- mudahan kita mendapat rahmat,” katanya. – Bernama

KOMEN: Begitulah besar dan tingginya harapan YAB Perdana Menteri kita terhadap Malahysia yang dipimpinnya ini. Diwaktu yang samn ada pula anasir-anasir jahat yang cuba hendak menghancurkan negara kita sehingga ada pihak yang mencadangkan agar kerakyatan seseorang itu di lucutkan kerana mengeluarkan klip video yang berbau perkauman. Siapalah kita - itu terpulanglah kepada PM. Tapi kalau aku menjadi PM maka pasti kerakyatan seseorng akan dilucutkan...... bersabar kita ada batasnya.
 
 

Isnin, 30 Ogos 2010

RAMADAN TAK CUKUP 30 HARI

KALAU Ramadan 90 hari lamanya kan bagus, orang yg ada kencing manus, darah tinggi dan lemah jantung akan merasa lega. Boleh menghilangkan penyakit-penyakit itu semua.

Kita hendak lebih, ada orang 30 hari inipun tak boleh tahan. Sehingga hari ini tidak tahu entah berpa puluh orang yg dah kena tangkap kerana tak berpuasa.

Ada setengah-setengah kedai kopi menyediakan ruang untuk orang yang tidak berpuasa. Meja belakang kedai sentiasa menantikan pelangganya. Di kampung saya ini pun serupa juga. Paling mereka suka masuk ialah kedai cina.

Sehingga sekarang saya belum dengar cerita orang kena tangkap di kampung ini. Syaitan dah kena rantai. Hawa nafsu pula yg jadi syaitan.

ALLAHUAKBAR....ALLAHUAKBAR....ALLAHUAKBAR....

Khamis, 26 Ogos 2010

SEMOGA HUBUNGAN KL - JAKARTA......BAIK.

                                      Penunjuk perasaan tidak bertamadun  -
                                      UM 26.8.2010

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Kumpulan penunjuk perasaan Indonesia yang memijak Jalur Gemilang dan membaling najis ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta kelmarin disifatkan seperti hidup di zaman yang tidak bertamadun.

Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairuddin Harahap kesal kerana kumpulan penunjuk perasaan itu sebenarnya masih boleh melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara yang lebih sopan.

''Sayang sekali apabila mereka ini memilih tindakan yang tidak matang sehingga menjatuhkan maruah bangsa Indonesia sendiri,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan anggota Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) itu kerana memprotes penahanan anggota penguat kuasa negara berkenaan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Khairuddin berkata, banyak cara yang lebih sopan boleh digunakan oleh anggota pertubuhan itu supaya tidak mengundang sebarang kontroversi.

Katanya, ini jelas menunjukkan penunjuk perasaan bukan daripada kalangan golongan intelektual.

''Kumpulan itu boleh menyampaikan mesej tidak puas hati dalam bentuk memorandum untuk diserahkan kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan bukan dengan cara memijak bendera yang disifatkan begitu sensitif kerana Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53,'' katanya.

Beliau berkata, sikap kumpulan penunjuk perasaan itu memalukan rakyat Indonesia seolah-olah mereka tidak mempunyai jati diri.

Tambahnya, tindakan kumpulan itu tidak disenangi oleh rakyat Indonesia sendiri termasuk yang tinggal di Malaysia kerana cuba merosak hubungan baik kedua-dua negara selama ini

Ahad, 22 Ogos 2010

BANJIR BESAR DI PAKISTAN - MM 22.8.2010.

MANGSA banjir di khemah perlindungan mangsa banjir di pangkalan tentera udara Pakistan di Sukkur berebut-rebut untuk mendapatkan bantuan makanan yang agih-agihkan. - AFP
--------------------------------------------------------------------------------

SUKKUR, Pakistan 21 Ogos - Kira-kira 150,000 lagi penduduk Pakistan terpaksa berpindah ke kawasan lebih tinggi apabila berpuluh-puluh pekan dan perkampungan di selatan negara ini tenggelam akibat tebing Sungai Indus pecah, hari ini.

"Kami telah memindahkan lebih 150,000 penduduk dari beberapa kawasan pedalaman di Sindh dalam tempoh 24 jam lalu," kata jurucakap kerajaan wilayah, Jamil Soomro.

Banjir turut melanda kawasan-kawasan baru di daerah Thatta di wilayah Sindh. Di kawasan Sukkur pula, pihak berkuasa menyediakan 126 kem sebagai pusat perlindungan untuk mangsa banjir, kata Soomro.

Seramai 600,000 penduduk sudah berada di kem-kem perlindungan yang didirikan di wilayah Sindh sejak banjir melanda sebulan lalu.

Pakistan dilanda banjir teruk mengakibatkan satu per lima daripada wilayahnya ditenggelami air. Sekurang-kurangnya enam juta penduduk kehilangan rumah manakala 20 juta penduduk lagi terjejas teruk.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah merayu bantuan kecemasan sebayak AS$460 juta (RM1.4bilion), manakala Amerika Syarikat menjanjikan bantuan sebanyak AS$150 juta (RM471juta).

Bahkan Pakistan berkata, pihaknya akan turut menerima bantuan daripada 'musuh'nya, India berjumlah AS$5 juta (RM15.7juta).

Pihak berkuasa menjangka banjir akan surut dalam tempoh beberapa hari lagi apabila air sungai mengalir ke Laut Arab.

Sementara di China, tiga orang dilaporkan hilang dan lebih 50,000 lagi dipindahkan di timur laut China hari ini apabila banjir melanda sepanjang sungai Yalu, kawasan bersempadan dengan Korea Utara.

Kira-kira 230 kediaman di bandar Dandong runtuh dan perkhidmatan pengangkutan, bekalan elektrik serta komunikasi terputus.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan, menurut agensi berita Xinhua.

Xinhua bagaimanapun melaporkan, beberapa jalan raya ditenggelami air di sepanjang sungai itu dan kediaman-kediaman di Dandong dinaiki air sehingga paras lutut.

Pekerja-pekerja bergegas membina benteng pasir di sepanjang sungai Yalu dengan hujan lebat dijangka terus turun sepanjang hari ini, lapor akhbar itu. - AP/AFP

OSMAN DOL: patut kita bersyukur kepada Allah SWT bahawa negara kita aman damai. Tidak ada bencana alam. Tidak ada peperangan dan rusuhan. Rakyat kita tidak ada yang kebuluran. Semoga Malaysia terus terpelihara dari segala bencana itu....AMINNNNN...

Khamis, 19 Ogos 2010

DATUK SITI NORHALIZA DAN DATUK SYARIFAH AINI BERDAMAI....


Oleh Roslen Fadzil dan Hartati Hassan Basri

am@hmetro.com.my

2010/08/19 SESUDAH lebih lima tahun berada dalam ‘kancah dingin’, akhirnya Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dan penghibur handalan, Datuk Siti Nurhaliza, kembali mengukuh­kan ikatan silaturahim mereka apabila dipertemukan semula dengan usaha pihak media tempatan.

BERTEMU SEMULA...Kak Pah dan Siti mahu lupa kisah lama dan anggap mereka mangsa keadaan. Mengesahkan mengenai perkara itu, Siti yang ditemui pada majlis pelancaran lagu raya terbaru, Panggilan, di Ampang, Hulu Klang, malam kelmarin, berkata dia menyambut baik usaha pihak media itu kerana selama ini tidak pernah menyimpan sebarang rasa dendam atau marah terhadap Kak Pah. “Siti berterima kasih kepada rakan media termasuk Berita Harian kerana bersungguh-sungguh mengatur sesi foto untuk Siti dan Kak Pah. “Memang Siti tiada masalah untuk bertemu Kak Pah dan insya-Allah, kami akan berjumpa dalam sesi fotografi yang sudah diaturkan. Siti anggap semua cerita dulu sebagai satu pengalaman yang mematangkan diri Siti dan harus dilalui dengan tabah. Semua yang terjadi antara Siti dan Kak Pah dulu sudah Siti lupakan dan tidak pernah Siti simpan dalam hati,” kata Siti.

Kak Pah ketika ditemui Rap di Restoran Rebung, Bangsar, pada malam yang sama juga kelihatan gembira dan mengakui dia tidak berdepan masalah untuk mengambil gambar bersama penyanyi lagu Cindai itu.

“Sebenarnya sudah lama pihak media mahu mempertemukan saya dengan Siti baik dalam perjumpaan tertutup mahupun terbuka, cuma masa tidak mengizinkan kami ketika itu. Terus terang, sejak tahun lalu lagi saya sudah bertemu dengan Datuk K (Khalid Muhd Jiwa) dan Siti di majlis rasmi. Ketika ini kami bertegur sapa dan bertanyakan khabar.

“Bagi saya, foto sesi ini hanyalah formaliti saja kerana kami sudah pun berjumpa. Dulu saya dan Siti menjadi mangsa keadaan dan ia hasil perbuatan orang di sekeliling yang menghasut, memfitnah dan cuba melaga-lagakan kami. Semuanya saya anggap sebagai salah faham saja dan tiada sebab untuk kami memanjangkan isu lama,” jelas Kak Pah.

Siti pula enggan mengulas lanjut mengenai perkara yang sudah-sudah kerana menyifatkan selama ini tiada sengketa atau pergaduhan antara mereka hingga pertemuan itu perlu disifatkan sebagai satu misi damai. Pada 2004, kontroversi pernah tercetus apabila gara-gara e-mel yang membabitkan Kak Pah dan Siti. Ia menggemparkan dunia hiburan tanah air hingga kes itu terseret ke mahkamah apabila Sharifah Aini didakwa menyebarkan e-mel yang memburuk-burukkan Siti.

Sharifah Aini didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan fitnah yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Seramai 20 saksi terdiri dari artis dan wartawan hiburan dipanggil sebagai saksi tetapi atas masalah teknikal, kes itu akhirnya digugurkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 12 April 2005. Nama Siti timbul berikutan e-mel layang yang dikatakan ditulis dan dihantar oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai ‘Asmah & The Gang’. Berikutan itu, polis menerima beberapa laporan yang dibuat beberapa individu, termasuk artis dan wartawan hiburan tempatan di Balai Polis Pantai, Sungai Besi, Damansara, Salak Selatan dan Brickfields berhubung penyebaran e-mel berkenaan.

Seorang pensyarah lelaki berusia 37 tahun turut ditahan polis Pulau Pinang pada 26 Sep­tember 2004 untuk membantu siasatan kes menyebarkan e-mel layang itu.

Sejak itu juga, peminat kedua-dua penyanyi ini dilihat mempertahankan mereka hingga berlaku perdebatan sesama peminat di Internet. Hubungan Siti dan Kak Pah juga dilihat makin renggang berbanding sebelum itu apabila mereka pernah digandingkan bersama seperti ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 (ABPBH2003) di Genting Highlands.

Apapun, jelas kedatangan Ramadan kali ini benar-benar membawa rahmat kepada Siti mahupun Kak Pah kerana mereka kembali meng­eratkan hubungan silaturahim seperti mana adik dan kakak.

“Saya ingin teruskan hidup dengan tenang dan menumpukan perhatian kepada keluarga dan perniagaan hiasan dalaman,” kata Kak Pah.

Komen Osman Dol: Besarlah pahala orang yang mendamatkan mereka.

Rabu, 18 Ogos 2010

MINHAD DIULANG CETAK - REZEKI RAMADAN.

Cetakan pertama novel remaja Minhad ialah pada tahun 1991 oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka, cetakan pertama itu telahpun habis dijual. Pada 6hb Ogos 2010 aku menerima bukusan dari DPB yang betul2 meranjatkan. Aku fikirkan bunkusan itu dari sebuah penerbitan lain yang telah berjanji untuk menerbitkan bukuku bertajuk SUATU TRAJEDI, rupanya lain buku yg sampai. Syukur alhamdulillah - Rezeki Ramadan. Alhamdulillah.


Ahad, 15 Ogos 2010

AMUK SAHUR - UTUSAN MALAYSIA 15.8.2010.

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN dan AINSAFRE BIDIN

pengarang@utusan.com.my


ANGGOTA polis mengangkat Najihah Natri yang cedera di bahagian badan selain putus dua jari tangan setelah ditetak bapanya di Taman Mawar, Langkap, Teluk Intan, semalam. – MINGGUAN / AINSAFRE BIDIN

TELUK INTAN 14 Ogos – Ketika umat Islam menikmati juadah sahur awal pagi ini, seorang lelaki dari sini yang dipercayai kehabisan ubat bertindak di luar kewarasan, telah mengamuk lalu menetak isterinya sehingga mati sebelum dia maut ditembak polis tiga jam kemudian.

Dalam kejadian pukul 5.15 pagi di Taman Mawar, Langkap dekat sini, lelaki itu, Mohd. Natri Shaharudin, 39, turut mencederakan dua anak perempuannya menyebabkan salah seorang daripadanya putus jari tangan.

Lelaki itu yang dipercayai menghidap masalah mental bertindak mengikat isterinya dengan tali sebelum menetak mangsa bertubi-tubi menggunakan sebilah parang.

Lebih memilukan, kejadian berlaku di depan mata kedua-dua anak perempuan pasangan tersebut.

Bagaimanapun, lelaki terbabit akhirnya mati ditembak oleh pasukan polis pada kira-kira pukul 8.30 pagi ini selepas dia enggan menyerah diri sebaliknya menyerang pasukan keselamatan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, isteri lelaki itu, Khairul Bariah Mohd. Ariffin, 36, seorang pekerja kilang meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.

“Salah seorang anak mereka, Najihah, 13, cedera di bahagian badan selain putus dua jari tangan.

“Seorang lagi anak mereka, Nazuwa, 10, terselamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Komen Osman Dol: Inilah kalau kita bertuhankan hawa nafsu. Sedikit punya fasal kita jadi baran. Di bulan Ramadan, walaupun shaitan di kurung, tetapi nafsu terus bebas...nafsulah yang menghasut kita ini.

Khamis, 12 Ogos 2010

RAMADHAN AL MUBARAK

GAMBAR KAABAH DAN JUTAAN MANUSIA SEDNG TAWAF.

Hari ini 12.8.2010 masuk hari kedua umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan al Mubarak ini. Puasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang tiga yang difardhukan kepada seluruh umat Islam yang layak menjalankan ibadah berpuasa itu. 

Mereka yang uzor, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang sedang menyusukan anak, muzafir tidak diwajibkan berpuasa. Namun begitu bagi wanita-wanita yang datang haid, menyusukan anak dan mereka yang muzafir adalah diwajib kadha puasanya yang tertinggal itu tanpa dikenakan fidya.

Mereka yang uzur dan memang tidak mampu melakukannya sehingga ke akhir hayatnya adalah dituntut untk membayar fidya. Kalau orang uzur itu meninggal sebelum membayar fidya maka ahli keluarganya mestilah membayarkan fidya yang terhutang itu.

Kalau sesaja meninggalkan puasa tanpa sebab maka orang yang meninggalkan puasa itu dikenakan kedua-dua perintah itu, kadhak puasa dan bayar fidya.

Sebenarnya puasa ini terlalu besar hikmahnya. Puasa akan menginsafkan kita supaya membantu kepada orang-orang yang miskin dan memerlukannya. Secara tidak lansung kita akan merasa bertanggung jawab untuk membayar zakat fitrah bagi membantu mereka yang perlukan bantuan itu.

Sekian. Dala kalau ada salah silap haraplah beri teguran.

Selasa, 10 Ogos 2010

JENAYAH - BAYI DIBUNUH KEJAM - UM 10/8/10.

JENAYAH Bayi dibunuh kejam



Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR

utusanperak@utusan.com.my

IPOH 9 Ogos - Usianya baru dua bulan dan sudah dilahirkan dengan selamat tetapi apalah dosanya sehingga bayi lelaki ini sanggup dibuang sehingga menemui ajal.

Dibalut dengan lampin, tudung putih dan kain batik, bayi itu dibungkus dalam plastik sampah hitam sebelum ditemui di tempat pelupusan sampah di Bercham dekat sini hari ini.

Mujurlah ia ditemui seorang pencari barang lusuh, Ahmad Sufian Zulkifli, 30, kira-kira pukul 1.45 petang ini selepas ia dipercayai dikutip lori pengangkut sampah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

"Saya menemui satu beg plastik. Ketika dipegang, kandungan seperti lembik.

"Saya mula syak sesuatu dan membukanya sebelum menemui mayat seorang bayi lelaki," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Rakannya, Rohimah Bani Amin, 25, pula berkata, mayat bayi itu kelihatan seperti dijaga rapi apabila ia dipakaikan baju berwarna putih dan kuning.

Dia yang menghubungi polis sebaik sahaja Ahmad Sufian menemui bayi itu memberitahu, lubang hidung bayi tersebut bagaimanapun disumbat dengan kapas.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, polis masih menunggu laporan forensik ke atas mayat bayi lelaki tersebut yang turut mempunyai kesan lebam di seluruh tubuhnya.

Zakaria meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di talian 05-2451222 bagi membantu siasatan.

KOMEN OSMAN DOL: KEJAM, KEJAM, KEJAM.......lihat Utusan Malaysia, ada tiga kes PEMBUANGAN bayi. Adoh sedihnya. Kejamnya manusia itu macam manusia zaman Jahiliah. Ya Allah, lindungilah anak-anakku dari kejahatan dan kekejaman itu ya Allah.....

Isnin, 9 Ogos 2010

DISKRIMINASI TERHADAP PENIAGA-PENIAGA MELAYU - UM 9.8.2010.

BERITA UTAMA Diskriminasi terhadap peniaga-peniaga Melayu

MUKA DEPAN UTUSAN MELAYSIA HARI INI 9.8.10.


PULAU PINANG 8 Ogos - Tindakan menghalang peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini berniaga sepanjang bulan puasa membuktikan kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP memiliki sikap perkauman yang tebal.

Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO negeri, Aziaan Ariffin berkata, ia memperlihatkan kerajaan negeri mengamalkan budaya pilih kasih terhadap orang Melayu khususnya peniaga kecil.

Menurutnya, keputusan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Komtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik itu merupakan satu bentuk penganiayaan terhadap para peniaga Melayu.

"Ini jelas merupakan diskriminasi terhadap peniaga-peniaga Melayu. Setelah kerajaan negeri merobohkan gerai-gerai orang Melayu, kali ini mereka halang pula peniaga-peniaga Melayu untuk mencari rezeki.

"Ia memperlihatkan sikap pilih kasih pemimpin DAP dan menunjukkan sikap perkauman yang amat tebal," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut setiap kali Ramadan.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan semalam.

Aziaan memberitahu, Pemuda UMNO akan bertindak sewajarnya jika masalah para peniaga terbabit tidak diselesaikan.

"Pemuda UMNO Pulau Pinang akan bertindak lebih agresif jika masalah ini tidak diselesaikan segera," tegasnya.

Komen OSMAN DOL: Semoga Allah selamatkan Malaysia. Harap2 PP kembali ke pangkauan BN.

Khamis, 5 Ogos 2010

KARYAWAN BULAN INI - DEWAN SASTERA....ALHAMDULILLAH.


AKU dipilih oleh Dewan Sastera untuk menjadi karywan bulan ini. Antara karya-karyaku yang diterbitkan  ialah:


AKU DAN PEMBABITAN AKU DALAM PENULISAN


TARIAN SEORANG DURJANA 'SAJAK'
CERPEN - KE MANA HILANGNYA SALMAN
PANTUN RMADHAN

Selasa, 3 Ogos 2010

Jin Urdu Lapar........ Harian Metro 3/8/2010.

Sertai komuniti myMetro



Melayu baca mantera Urdu

Oleh Shamsul Munir Safini dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

am@hmetro.com.my

2010/08/03 KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah menengah di Desa Petaling di sini, terpaksa ditutup sementara selepas lebih 10 pelajar perempuan, seorang pelajar lelaki dan seorang guru wanita tiba-tiba diserang histeria, semalam.

CEMAS...Fairuz (kiri) membantu menenangkan Atikah.

LAPAR...Atikah gelojoh jamah makanan apabila dirasuk. Serangan histeria itu bermula kira-kira jam 7.45 pagi apabila seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Atikah Abdullah, yang menghadiri perhimpunan pagi tiba-tiba mengamuk dipercayai dirasuk.

Keadaan dialami mangsa berjangkit kepada sembilan pelajar lain termasuk seorang pelajar lelaki dan seorang guru wanita ketika semua mereka yang juga rakan sekelas mangsa cuba menenangkannya.

Ini menyebabkan suasana di sekolah itu kelam-kabut seketika apabila semua mangsa menjerit kuat.

Sejurus selepas itu, Atikah cuba melarikan diri sebelum ditahan beberapa rakan dan gurunya.

Rakan mangsa, Mohd Fairuz Faizin Amran, 16, berkata sejurus kejadian itu, perhimpunan disuraikan dan mangsa dibawa ke bilik berdekatan.

Katanya, rakan serta guru membacakan surah Yasin menyebabkan Atikah tenang seketika sebelum kembali meronta, malah rontaan mangsa diikuti beberapa pelajar perempuan lain yang turut diserang histeria. Menurutnya, pihak sekolah membenarkan semua pelajar sesi pagi pulang pada jam 9.30 pagi dan sekolah dijangka dibuka semula hari ini.

“Mangsa dipapah pulang keluarganya selepas dimaklumkan kejadian itu. Pelajar lain yang diserang histeria juga dibawa pulang keluarga masing-masing.

“Sebaik tiba di rumah, Atikah masih meronta dan cuba keluar rumah untuk ke sebatang pokok berhampiran,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, mangsa merangkak dan menggelupur sebelum menjerit dalam bahasa Urdu supaya disediakan buah limau, epal hijau dan colok.

Dalam keadaan mata terbeliak ketika dipapah beberapa lelaki, mangsa memandang tepat ibunya, Suraya Abdullah, 33, sambil menjerit seolah-olah mahukan makanan.

Suraya mendakwa, makhluk halus yang mengganggu anaknya dipercayai tinggal di sebatang pokok berhampiran rumah, tetapi pokok itu baru ditebang bulan lalu menyebabkan makhluk yang menghuni pokok itu mengganggu Atikah.

Katanya, anak sulungnya itu sering meracau dan diserang histeria tidak kira masa, malah lebih teruk apabila terdengar laungan azan.

“Saya amat terkejut dengan kejadian yang menimpanya, kadangkala dia menyanyi lagu Tamil dan ketika diserang histeria terdengar seolah-olah dia membaca mantera dalam bahasa Urdu.

“Dia sering diserang penyakit ini, kelmarin (Sabtu) sudah tiga kali dan semalam (kelmarin) empat kali dia diserang histeria, malah saya terpaksa mengambil cuti,” katanya.

KOMEN: ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR.....