SETIAP penulis kreatif seperti puisi, cerpen, novel, drama dan lain-lain amat-amat mengharapkan tulisannya diterbitkan. Tidak kira sama ada tulisan itu tersiar di akhbar, majalah, televisyen, radio atau dibukukan akan memberikan kepuasan kepada penulisnya. Pembayaran bukanlah soal utama tetapi yang penting disiarkan tulisan itu.
Saya memulakan karya kreatif saya dengan menulis cerpen. Sebelum cerpen saya tersiar di akhbar-akhbar perdana dan majalah-majalah yang besar dan berpengaruh, cerpen-cerpen saya pernah tersiar di majalah-majalah yang kurang ternama walaupun majalah itu mengutamakan sastera sebagai mesej utamanya untuk diterbitkan seperti majalah MEDAN SASTERA (MS) yang diterbitkan di Singapura. MS kurang sambutan di kalangan rakyat negara ini berbanding dengan DEWAN SASTERA (DS), MASTIKA(M) atau DEWAN MASYARAKAT(DM).
Sebenarnya cerpen BECA HADIAH DARI MERTUA (BHDM) adalah cerpen pertama saya yang tersiar dalam akhbar perdana yaitu MINGGUANG MALAYSIA (MM) pada 19.11-1967. Allah SWT sahaja yang mengetahuinya betapa gembiranya saya. Saya belanja makan dengan rakan-rakan rapat saya di Kota Bharu waktu itu.
Walaupun sebelum ini memang pernah beberapa buah cerpen saya tersiar dalam majalah-majalah seperti majalah MS, majalah Satria Malaysia dan lain-lain tetapi kali ini cukup membangga dan mengembirakan saya. Banyak juga cerpen-cerpen yang telah saya kirimkan ke akhbar ini, tetapi tidak tersiar. Cerpen tajuk BHDM ini agaknya memberi sedikit tuah kepada saya. Cerpen ini rekaan semata-mata saya seorang anggota polis waktu itu, bukan penarik beca.
Selepas tersiarnya cerpen BHDM di MM itu, tidak berapa lama selepas itu turut tersiar cerpen-cerpen lain dalam akhbar itu dan lain-lain akhbar seperti UTUSAN ZAMAN, BERITA MINGGU dan lain-lain.
(REBAH ADALAH ANTARA BEBERAPA BUAH CERPEN YANG TERSIAR DALAM MINGGUAN MALAYSIA. SAYA AMAT SUKA CERPEN INI).
Sebagai penulis, saya akan merasa begitu hampa dan kecewa apabila sesebuah karya yang saya kirimkan di mana-mana penerbitan, tetapi tidak disiarkan, padahal saya merasakan karya itu cukup baik. Namun begitu, saya tidak pernah berputusasa, saya menulis dan terus menulis.
Tidak juga saya nafikan, memang ada ketikannya kita rasakan hendak bersara sahaja dari menulis bila karya-karya kita menjadi mangsa bakul sampah. Tetapi perasaan itu lenyap dalam diri saya bila ilham mula menyentuh fikiran saya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ulasan yg sangat membina tuan...
BalasPadam