BINATANG pun pandai sayang anak. Harimau atau singa yang makan manusia itu aku fikir lebih baik dari manusia. Kisah rogol, liwat dan bunuh kanak-kanak tidak pernah reda. Harian Metro hari ini memaparkan kisah orang buang bayi (klik dua kali untuk membaca keratan akhbar itu). Kisah buang bayi dalam sungai, dalam parit atau diletakkan di masjid dan di rumah-rumah orang bagaikan tidak ada titiknya. Selalu sangat kita baca kisah ini dalam surat-surat khabar. Apa nak jadi dunia ini hah? Macam-macam. Tidak takut berdosakah mereka ini. Beginilah peragai manusia-manusia akhir zaman. Rogol, liwat dan bunuh kanak-kanak. Mereka yang sudah terlanjur itu sanggup pula membuangkan anak kerana malu.
Lihat gambar itu yang saya petik dari google images. Waraskah manusia yang hendak mencampakkan kanak-kanak dari tingkap rumah itu. Tingkat berapakah agaknya itu? Kalau tingkat 10 berkecai badan budak itu. Lihat, terkapai-kapai tangan budak itu ketakutan. Manusia semacam itu patut dibunuh sahaja. Ya Allah ya Tuhanku, jauhkanlah diriku dan keluargaku dari keganasan yang seumpama itu.
Setiapkali lepas sembahyang, berdoalah. Semoga Allah lindungi kita dari berperangai seperti syaitan itu. Allahuakbar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan