HAJI ABDULLAH NIN HAJI SAHABUDIN 1912 - 8.8.99 (87 th.)
HAJI ABDULLAH bin Haji Sahabudin adalah anak watan di Kampung Durian Tunggal, Melaka. Sesungguhnya beliau adalah seorang ulamak besar. Beliau telah meninggal dunia 8.8.99 yang lalu. Beliau pernah menjadi kadhi Daerah Alor Gajah beberapa tahun lamanya sebelum beliau menarik diri dari menjadi kadhi atas masalah peribadi. Beliau amat dihormati oleh seluruh masyarakat Negeri Melaka, khususnya masyarakat Durian Tunggal.
Haji Abdullah membahasakan dirinya 'ANA' apabila bercakap dengan sesiapapun; lalu beliau dipanggil oleh orang-orang kapung 'TUK ANA', bagi masyarakat Durian Tunggal, bila sebut TUK ANA sahaja semua orang sudah tahu siapakah yang dimaksudkan itu. Di kalangan anak-anak muda dan anak-anak saudarnya, Tuk Ana dipanggil PAK NGAH.Haji Abdullah menghabiskan masa mudanya di Mekah al Mukaramah kerana menuntut ilmu di bidang Usuluddin dan khabarnya beliau pernah mengajar di sana.
Beliau amat aktif mengajar di masjid-masjid dan surau-surau Negeri Melaka. Beberapa kisah menariknya yang dapat saya kutip ialah beliau amat menggalakkan murid-muridnya berwirid 'Alhamdulillah' sebanyak mungkin yang dapat.
Beliau juga terlalu susah hati bila ada sesiapa yang memarahinya dan enggan bertegur sapa dengannya. Ada satu kisah seorang peniaga ayam telah marah padanya kerana Haji Abdullah menegurnya mencuri dacing ketika membeli ayamnya. Peniaga ayam itu marah dan enggan menegur Haji Abdullah. Demi hendak menjaga hubungannya dengan peniaga ayam itu, Haji Abdullah menyuruh seseorang mamanggil peniaga ayam itu kerana hendak menjual ayam lagi kepadanya.
Hubungannya dengan peniaga ayam rapat semula, tetapi peniaga ayam itu tidak lagi mencuri timbangannya. Sebenarnya ada banyak lagi tetang kisah ulamak besar ini. Cukuplah setakat apa yang saya sebutkan itu. Semoga kita mendapat munafaatnya. Insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan