SELALU saya mendengar orang bercakap bahasa orang Melaka ini kasar. Suka mengutuk. Suka menggunakan bahasa yang tidak sedap didengar. Kononnya perkataan-perkataan seperti 'lahabau', 'melaun', 'laknat', 'musibat', 'celaka', 'hawau' dan lain-lain adalah basahan sahaja dimulut orang Melaka. Kononnya lagi, dua sahabat yang terpisah sekian lama, setelah berjumpa semula, maka maki hamun dan kutuk mengutuklah yang mula keluar dari mulut mereka. Betulkah ini?.......
Saya ini orang Melaka. Tetapi di kalangan sahabat-sahabat saya tidak pula ada yang berbahasa begitu. Pendeknya, Kampung Durian Tunggal, tidak ada orang yang semacam itu. Mungkin di kampung lain, tak tahulah saya.
Islam agama yang mulia ini melarang kita berhabasa kesat atau kasar antara satu dengan lain. Hukumnya berdosa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud, "orang yang suka menyumpah seranah (mengutuk) tidak akan menjadi penolong dan saksi pada hari kiamat.
Sebuah lagi hadis hasan riwayat Turmudhi bermaksud: "seorang yang beriman itu bukanlah orang yang suka mencela, suka mengutuk, suka berbuat jahat dan bukan pula orang yang kotor lidahnya.
Ibnu Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "sesiapa yang mengutuk sesuatu, padahal bukan semestinya begitu, kembalilah kutukan itu kepadanya."
Ertinya Islam melarang mengutuk dan menggunakan bahasa yang kesat kepada seseorang tanpa sebab, jawbnya berdosa.
Lebih dari itu kutukan yang melampau itu dengan kata-kata yang kesat boleh menerbitkan kemarahan orang yang dikutuk. Kita bimbangkan berlakunya berselisihan faham dan terus bergaduh dan bertumbuk. Jadi sikap buruk dan tidak baik itu marilah sama-sama kita buang dan ketempikan. Wallahualam.
(SEMUA GAMBAR YANG DIPAPARKAN HANYA SEBAGAI HIASAN SAHAJA, TAK KENA MENGENA APA YANG SAYA TULIS ITU)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
betul kasar.. walaupun ada yang tak kasar ada yang kasar. Sama kes sebagaimana melabelkan org kelantan tak makan pedas tapi makan manis.. Hakikatnya lebih pedas dari makanan kat Melaka pun ada. Apa boleh buat mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia?
BalasPadam