MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Jumaat, 25 Disember 2009

LAGI MAYAT KANAK-KANAK DITEMUI - APAKAH DIA MANGSA BUNUH DAN LEWAT SEBELUM DIBUNUH?


LUKA lama belum pun sembuh lagi. Malah masih berdarah. Luka baru pula sudah terjadi. Kisah Nurin Jazlin masih menghantui fikiran rakyat Malaysia. Timbul pula kisah sedih yang amat menyayat hati - penemuan mayat seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun di kolam tadahan banjir Kampung Boyan, Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Idintiti kanak-kanak yang malang itu belum didedahkan lagi, tetapi sepasang suami isteri yang masing-masing berumur 34 tahun sudah ditahan oleh polis untuk membantu siasatan.

Penerangan pihak polis, akhbar dan mahkamah mungkin tidak sama dengan apa yang ada dihati kita sebagai insan biasa. Tidak siapa yang berani menuduh seseorang terlibat dalam kes rogol, lewat dan bunuh kanak-kanak ini sebelum mahkamah membuat keputusan. Dan sebagai orang awam, hati kecil kita mula tertanya-tanya. Kenapa siibu kanak-kanak itu tidak membuat aduan polis lebih awal bila nampak anaknya mengikut seorang lelaki? Sebaliknya bila kisah penemuan mayat kanak-kanak itu sudah tersebar sehari selepas kehilangannya, barulah siibu itu membuat aduan polis.

Kita sebagai orang biasa tidak boleh membuat apa-apa spekulasi tentang kes ini. Polis lebih bijak dari kita. Kita serahkan saja pada polis untuk menyiasat. Dan kita memang tidak boleh mengaitkan kedua-dua orang suami isteri yang sedang ditahan itu dengan kes-kes lain seperti kes Nurin Jazlin dan kes Shrlinie yang masih hilang sehingga sekarang. Wajah seorang lelaki yang dikaitkan dengan Sharlinie dan gambarnya (gambar lukisan) telah ditampalkan dimerata-rata tempat. Biar polis bandingkan adakah gambar lukisan itu sama dengan wajah lelaki yang ditangkap. Polis lebih arif.

Sebelum kes penemuan mayat kanak-kanak di Kampong Boyan itu, ada kes seorang kanak-kanak perempauan yang sempat melepaskan diri setelah diculik oleh seorang lelaki yang memakai ven. Kanak-kanak itu mungkin boleh membantu siasatan untuk mengecam lelaki yang ditangkap itu. Dan pastikan jugalah adakah lelaki yang ditangkap itu mempunyai ven. Kanak-kanak itu tentu boleh membantu polis.

Pening juga nak fikirkan. Ramaikah agaknya bilangan orang-orang berperangai macam binatang itu?
Pembunuh Nurin dan penculik Sharlinie itu orang yang sama atau orang yang berlainan. Begitu juga penculik kanak-kanak yang berjaya melepaskan diri itu. Orang yang samakah?  Berapa ratus jumlahnya? Saya rasa manusia berperangai binatang itu tidak ramai. Kalau diizinkan Allah, mungkin semua kes itu dapat diselesaikan. Insya-Allah. Al Fatihah untuk semua kanak-kanak yang dibunuh dan yang yang masih hilang. Al-Fatihah.
(SEMUA GAMBAR YANG DIPAPARKAN DIPETIK DARI GOOGLE IMAGES)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan