SEBENARNYA saya dah rasa malas hendak menulis tentang politik atau hendak menyentuh sesiapapun yang ada hubung kaitnya dengan politik. Tetapi apa yang saya harapkan itu tidak kesampaian bila membaca akhbar yang menyatakan Nik Aziz hendak mendoakan supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat kesusahan kerana tidak memberikan royalti minyak kepada Kelantan. Kerana itu saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat dan pandangan.
Bagi saya, sama ada Kelantan berhak mendapat royalti minyak itu atau tidak, itu soal lain. Tetapi yang menarik perhatian kita bila Nik Aziz hendak mendoakan keburukan kepada perdana menteri.
Bolehkah orang Islam mendoakan keburukan sesama Islam. Zalimkah Najib ini? Berapa ramai orang yang tidak berdosa telah dipancung dan dibunuhnya? Adakah dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai perdana menteri untuk kemakmuran rakyat di negara ini? Dan kerana tidak memberi royalti minyak itu bolehkah dia dikatakan zalim? Soalnya masalah royalti itu belum diputuskan di mana-mana mahkamah. Itu hanya pendapat Nik Aziz dan konco-konconya yang mengatakan Kelantan patut dibayar royalti. Kerajaan Pas patut saman kerajaan pusat terlebih dahulu untuk mendapatkan keputusannya.
Saya berpendapat Nik Aziz ini terlalu angkuh tentang keulamakannya itu. Sesuatu yang tidak sehaluan dengan pendiriannya patut dimusnahkan. Itu pendapatnya. Jadi jalan terbaik yang terfikir di kepalanya ialah dengan melakukan sembahyang hajat dan berdoa kepada Allah. Berdoa untuk menghancurkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya. Kononnya dialah yang paling betol di dunia ini.
Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat oleh Tun Dr. Mahathir dahulu, Nik Aziz pernah mengepalakan orang ramai untuk membuat sembahyang hajat dengan tujuan tertentu. Stadium Sultan Muhammad ke IV itu penuh orang. Beratus ribu orang turut sama buat sembahyang hajat itu. Tidak cukup di Malaysia, mereka pergi ke Mekah pula untuk berdoa. Alhamdulillah, Mahathir tak apa-apa pun.
(Dr. Mahathir amat tegas ketika menjadi perdana menteri. Dia lansung tidak bagi muka orang-orang yang biadap dan kurang ajar. Dia memang hebat dizamannya. Tetapi kegemilangannya itu tidak dapat diteruskan oleh penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dimana silapnya tidaklah diketahui. Tetapi dia memang berani, benar, tegas dan ikhlas. Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak nampaknya lembut seperti Tun Abdullah juga. Kita berharap Najib akan bergerak tegas seperti Muhathir. Itulah harapan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan).
Tetapi Mahathir saya lihat makin sihat dan makin hebat. Allah tetap melindungi orang-orang yang tidak bersalah.
Nik Aziz dan sebahagian besar pengikutnya menilaikan seseorang dari luaran sahaja. Sebenarnya dia tidak tahu perkara sebenarnya. Baginya, sesiapa sahaja yang menentang kerajaan adalah orang-orang yang benar. Sesiapa sahaja yang menentang kerajaan Pas di Kelantan adalah orang-orang jahat. Seorang pembunuh, ;perasuah, pezina, penipu atau sebagainya sekiranya menyokong perjuangannya, maka orang itu adalah orang baik, begitulah pendapat Nik Aziz. Orang itu patut dibela dan disokong kalau ada sesiapa yang cuba menangkapnya.
Pembunuh, penipu, pembohong, pezina, perompak dan sebagainya boleh berlakon menjadi ulamak besar. Dia boleh jadi imam sembahyang dan boleh baca khutubah Jumaat atau sebagainya. Nik Aziz sepatutnya memahami semua ini.
Yahudi adalah orang kafir paling zalim di muka bumi ini kerana menzalimi dan menghancurkan masjid tempat beribadah umat Islam. Setiapkali selepas sembahyang kita berdoalah agar Allah SWT menghancurkan Yahudi dan menyelamatkan negara dan umat Islam di Pelastin itu. Rakyat Pelastin mengharapkan doa dari tuan guru. Allahu Akbar.
Isnin, 30 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan