MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Rabu, 9 Disember 2009

AKU HORMATI ORANG GILA KERANA......?



SEORANG ulamak dan ahli sofi yang terkenal yaitu Hasan Basri berkata;
a)      Aku menghormati orang tua kerana orang tua itu lebih dahulu hidup dari aku dan dia lebih dahulu mempelajari ilmu agama dari aku. Kerana itu aku perlu menghormatinya.
b)     Aku menghormati guruku kerana ilmu agamanya yang tinggi.
c)     Aku menghormati kanak-kanak kerana kanak itu suci dan bersih.
d)    Aku menghormati orang gila kerana apa juga yang dilakukan oleh orang gila itu tidak berdosa.
ULASAN


Kalaulah seorang orang tua kita mesti menghormatinya, apatah lagi kalau orang tua itu ialah ibu atau bapa kita. Kalaulah tidak kerana ibu dan bapa kita, tentu kita tidak dapat melihat dunia yang penuh dengan rahmat dan nikmat Allah ini. Jangan kita kecilkan hati ibu dan bapa kita. Sayangilah mereka. Jagalah hati dan perasaannya. Sumbangkanlah sedikit wang untuk menyuka dan menggembirakan mereka. Jangan bersuara tinggi dan kasar dengan mereka.
Segala perintah ibu bapa mestilah diturut, kecuali yang ada unsur maksiat. Kalau perintah yang berunsur maksiat kita wajib membantahnya. Orang-orang muda sekarang banyak yang sudah terlajak. Biadap dengan ibu bapa dan biadap dengan orang-orang tua. Apalah salahnya ketika bersalam dengan ibu atau bapa kita cium tangan dan cium dahinya. Hormatilah juga orang-orang tua yang ada pertalian darah dengan kita seperti  ayah atau ibu saudara atau di kalangan adik-beradik kita yang lebih tua. Dan apalah salahnya kita tunduk sedikit ketika bersalaman dengan orang-orang yang tua dari kita. Islam menuntut kita hormat menghormati antara satu dengan lain.


2)    Hormati jugalah guru-guru kita atau orang-orang yang berilmu walaupun dia lebih muda dari kita. Kita hormati ilmunya dan kita sanjungi daya usahanya sehingga menjadi seorang yang berilmu. Orang-orang sekarang bagaikan sudah hilang kesopanan hidup. Mereka tidak tahu untuk menghormati dan menyangi guru-guru mereka. Kita wajib menghormati guru kita walaupun kita hanya diajar alif sahaja.

3)    Kanak-kanak adalah makhluk Allah SWT yang suci bersih. Wajib kita sayangi dan hormatinya. Tidak kiralah sama ada kanak-kanak itu dari orang Islam atau bukan Islam. Sepanjang mereka menjadi kanak-kanak kita sayangilah mereka. Walaupun kanak-kanak itu dari benih luar nikah. Yang bersalah bukanlah kanak-kanak itu, tetapi ibu dan bapanya. Jangan dihina kanak-kanak itu. Malah ibu bapa yang melahirkannya sanggup pula mencampakkan kanak-kanak itu dalam tandas, longkan atau dalam sungai. Tidak kurang yang perangai seperti POLONG yang sanggup membunuh anak itu sebelum mencampakkannya. Sedih, sedih....
4)    Hasan Basri berkata, orang gila ialah orang yang tidak berdosa walau apa juga yang dilakukannya. Tidak kiralah sama ada orang gila itu dari kalangan orang Islam atau bukan Islam. Jangan hina mereka, sebaliknya kita kena sayangi dan hormati mereka. Kalau gila yang boleh memudharatkan orang lain janganlah pula kita bebaskan nanti dibunuhnya pula kita. Maksud disini gila yang tidak merbahayakan orang lain.

Ketawa sendiri, bercakap sendiri, perangai macam budak-budak. Biarkanlah mereka, bagilah mereka makan dan minum. Sebenarnya sama ada gila merbahaya atau tidak kita mesti menghormatinya, tidak kiralah sama ada mereka berada di Tampoi atau di Tanjung Rambutan. Hormat dan bantulah mereka. Dan kalau kita ada memelihara orang-orang yang kurang akal itu teruslah kita memelihara mereka dengan baik. Jangan dihina dan dikasari mereka.
Sekian. Terima kasih. Wallahualam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan