MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Selasa, 15 Disember 2009

ULAMAK HAJI AHMAD BIN HAJI MOHD. KASIM (1901 M -1943 M) (1319 H - 1361 H)

HAJI Ahmad bin Haji Mohd. Kasim adalah seorang ulamak terkenal di Negeri Melaka. Beliau yang berasal dari Kampung Paya Rumput, Melaka, telah dilahirkan di Jelebu, Negeri Sembilan (1901 M) atau  (1319 H). Ayah beliau Haji Mohd. Kasim adalah seorang anggota polis yang sentiasa berpindah-randah dari satu negeri ke satu negeri. Hanya selepas bersara baharulah Haji Mohd Kasim kembali ke kampung asalnya, Kampung Paya Rumput.

Kalau hendak dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Tanah Melayu ini, barangkali di Negeri Melakalah kurang mendapat perhatian tentang ulamak-ulamaknya. Saya tidak fikir Negeri Melaka kekurngan ulamak berbanding dengan negeri-negeri lain seperti Kelantan, Terangganu, Negeri Sembilan dan lain. Mungkin barangkali tidak ada pendedahan yang dibuat terhadap ulamak-ulamak Melaka.
      Terus terang saya mengatakan, walaupun saya memang berasal dari Melaka, tetapi saya jarang terbaca tulisan-tulisan yang berkaitan dengan ulamak-ulamak Melaka. Yang saya kenal dan yang sering saya mendengar namanya disebut-sebut ialah Haji Abdullah dan Haji Wahid.
      Mengikut majalah RUHANIYYAT Bil. 4 menyatakan Tuan Haji Ahmad mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri kerana ayahnya juga seorang yang berpengetahuan agama yang agak baik juga. Ilmu yang didapati dari ayahnya ialah tentang membaca al-Quran dan ilmu asas agama.
      Ketika umurnya meningkat 13 tahun beliau dihantar belajar secara pondok dengan seorang guru yang mushid bernama Mat Ali di Sungai Udang.. Selepas itu Haji Ahmad pergi ke Palembang, Indonesia selama 4 tahun belajar dengan seorang guru terkenal bernama Haji Mokhtar Palembang.
     Setelah kembali dari Palembang, Haji Ahmad melanjutkan pelajarannya di selama 12 tahun (1919 - 1931) dan berguru dengan ramai ulamak-ulamak terkenal. Antara guru-gurunya yang
terkenal ialah Sheikh Mokhtar al Tarid, Sheikh Umar Hamdan, Sheikh Ahmad Zin Dahlan dan ramai lagi.
     Setelah balik ke tanahair tahun 1931, Haji Ahmad mula menaburkan ilmunya di merata masjid dan surau diseluruh Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Haji Ahmad dikatakan dapat menguasai semua bidang ilmu termasuklah ilmu fikah, tasauf, bahasa arab, akidah dan lain-lain.
     Haji Ahmad boleh dikatakan hampir seangkatan dengan ulamak-ulamak besar seperti Tuk Kenali, di Kelantan, Sheikh Haji Mohammad Said Linggi, Tuan Tulis Negeri Sembilan dan lain-lain.
     Selama 12 tahun di Mekah, Haji Ahmad telah diberi kepercayaan untuk mengajar pada pelajar-pelajar yang baharu sampai di Mekah sebelum memasuki sesuatu kelas yang ditetapkan.
     Mengikut kata seorang cucu saudaranya Haji Ahyead bin Haji Alias, imam dua Masjid Kampung Hulu, Melaka, bahawa Haji Ahmad ini seorang yang amat mulia akhlaknya dan ketika di Mekah beliau amat dihormati oleh masyarakat di sana.

Gambar Haji Ahyead, wajahnya hampir serupa dengan wajah Tuan Haji Ahmad.
     Antara karamah Tuan Guru Haji Ahmad ialah beliau mengetahui maksud dan tujuan sesorang yang datang untuk menemuinya. Sebelum orang yang datang itu menerangkan maksudnya, Haji Ahmad telah menyata jawapannya.

4 ulasan:

  1. boleh saya tahu rujukan untuk penulasan saudara berkaitan haji ahmad kassim,,
    saya sedang melakukan esaignment berkaitan beliau

    BalasPadam
    Balasan
    1. hubungi saya 0126396598 berkenaan hj ahmad bin hj kasim.

      Padam
    2. Assalamualaikum...blh sy thu..haji Ahmad kasim antara ulama yg membantu mengembangkan dakwah Islamiah di Melaka kan?? Ada lagi tak keturunan beliau di negeri Melaka ni?

      Padam
  2. Assalamualaikum;

    Berita terkini.

    Anak bongsu Tuan Guru Hj Ahmad iaitu Hj Zainuddin baru sahaja meninggal dunia pada pukul 6:00 pteang semalam di HUKM.

    Jenazah beliau akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Batu 8.5, Kg. Paya Rumput, Melaka pada pagi ni.

    Sama sama kita do'akan roh beliau dicucuri rahmatNya. Aamiin.

    Khalil Alias
    cucu saudara tuah guru hj ahmad
    27 Mac 2017 9:42 PG

    BalasPadam