MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Jumaat, 18 Disember 2009

CAMPAKKAN SAJA SEBIJI BOLA DI PADANG....


TERLEBIH dahulu diucapkan TANIAH kepada pasukan bawah 23 tahun pasukan bolasepak Malaysia yang berjaya memungut pingat emas dalam sukan SEA setelah menantinya selama 20 tahun. Malaysia mengalahkan pasukan Vietnam 1 - 0.
       Sebenarnya saya juga seorang peminat bolasepak sejak dahulu sehinggalah sekarang. Dan masa muda-muda dahulu saya juga seorang pemain bolasepak bagi pasukan PDRM Pasir Puteh, Kelantan. Dan ketika umur hampir menjangkau 40 tahun pun saya masih bermain dalam pasukan UKK Air Kuning Selatan, Gemas.

Kemenangan pingat emas pasukan  bolasepak itu ternyata amat menggembirakan seluruh rakyat Malaysia. Televisyen, akhbar, radio dan dikedai-kedai kopi sibuk membicarakan tentang bolasepak. Rajagopal, jurulatih pasukan bawah 23 tahun itu dipuji-puji setinggi langit. Kalau kalah.....

Setelah tua begini ada sesuatu yang tidak dapat saya rasakan, kerana bolasepak banyak orang yang tinggalkan sembahyang. Campakkan sahaja sebiji bola di padang, maka berebut-rebutlah mereka untuk menyepak bola itu. Kalau jam 4.00 pm bola itu dicampakkan, maka tertinggallah beberapa waktu sembahyang. Saya bimbang zohor, asar, maghrib dan isyak pun tidak semabahyang. Inilah bahananya bolasepak.
       Kalau perlawanan bolasepak itu dibulakan selepas isyak atau selepas subuh siang hari, saya rasa kuranglah sedikit orang-orang yang tinggalkan sembahyang. Nak haramkan bolasepak tidak boleh, seluruh manusia di dunia ini cintakan bola sepak.
       Kerana bolasepak juga boleh menghuru-harakan negara. Penonton membuat kacau dalam stadium. Bakar tempat duduk, baling botol, bertumbuk sesama sendiri hingga banyak nyawa yang terkorban. Hebatnya bolasepak ini yang boleh merusakkan keamanan negara.

Dari manakah puncanya permaianan bolasepak ini? Ada yang mengatakan bolasepak ini bermula dari kepala Nabi Yahya AS yang telah penggal kepalanya oleh seorang raja yang ingin mengahwini anak saudaranya sendiri. Nabi Yahya menghalangnya; akibatnya kepala Nabi Yahya dipancung oleh raja itu. Jadi, kepala Nabi Yahyalah yang disepak oleh rakyat raja yang zalim itu. Itulah puncanya. Dari sepak kepala nabi sehinggalah menusia dapat mencipta permainan bolasepak seperti sekarang ini. Sekian, Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan