Khamis, 10 Disember 2009
LANGSUIR ATAU PUNTIANAK......?
INI bukan cerita rekaan. Ini cerita benar. Benar-benar telah berlaku.
Pada tahun 1996 saya masih belum bersara. Adik saya, Nordin, yang telah menetap di Kuang, Selangor sedang sakit kuat. Pada bulan Jun atau bulan Julai saya mengambil cuti selama sebulan kerana membawa ayah dan ibu saya pergi balik dari Melaka ke Kuala Lumpur. Setiap hari saya berulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur semata-mata kerana hendak membawa ayah dan ibu saya untuk menlihat adik saya itu. Adik saya mengelami sakit usus perut. Perutnya itu terpaksa dipotong sebahagiannya dan disambung semula. Sebahagian tulang di kakinya juga terpaksa diambil untuk menggantikan tulang ditengkuknya yang telah rosak.
Apa yang hendak saya ceritakan, suatu hari, saya dalam perjalanan hendak pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk melihat adik saya yang terbaring di icu. Kebetulan, ayah saya ingin balik ke kampung setelah dua hari berada di Kuang. Saya bertolak dari rumah lebih kurang jam 11.00 pagi. Badan saya terlalu letih. Mata pula terasa begitu mengantuk.
Saya lalu mengambil kesempatan untuk berihat sebentar. Saya berhenti ditempat berihat antara Rembau ke Seremban. Saya berhentikan kereta saya di bawah sepohon pokok. Orang ramai disekitar tempat berehat itu.
Saya turun tempat menyandar kereta itu dan terus menelentangkan badan saya. Sebelum saya terlena saya terdengar bunyi orang berjalan. Saya buka mata. Tidak ada sesiapa di situ. Saya lelapkan mata saya semula, bunyi berjalan itu makin hampir. Bila saya buka mata, saya nampak seorang perempuan muda yang cantik, kulitnya puteh, rambutnya panjang mengurai, badannya nampak gempal dan berbaju kurung.
Pergi sekarang, emak kau di Kuang itu sudah meninggal dunia. Saya tersentak dan segera bangun. Mata saya hilang mengantuk. Saya terus memandu kereta semula dan berhenti sebentar di minum kopi o di tempat perhentian di Seremban.
Masa itu saya belum ada hand phone lagi. Saya gunakan telefon awam untuk menelefon di Kuang tetapi tidak ada jawapan. Saya telefon isteri saya di Tampin kalau dia ada mendengar apa-apa berita. Tetapi isteriku bagitahu, tidak ada apa-apa.
Selepas minum aku terus ke Hospital Besar. Bila sampai di hospital, saya tidak dibenarkan masuk ke wad kecemasan itu kerana belum tiba waktu melawat. Wad kecemasan di tingkat empat. Saya terus naik menerusi tangga belakang hospital. Bila sampai di tingkat atas itu, adik saya masih macam biasa. Keadaannya tidak berubah. Dia masih koma (sebenarnya sudah lebih dari sebulan adik saya itu pengsan atau koma)
Bila tengok keadaan adik saya seperti biasa, saya terus tinggalkan dia di wad itu kerana telah ada isteri dan anaknya yang menjaga dia.
Saya memandu dengan penuh berhati-hati. Sebaik sampai di rumah adik saya di Kuang, saya lihat ibu saya sedang menyapu sampah di halaman rumah.
Alhamdulillah, walaupun saya penik bila hantu menyampai maklumat itu, ibu dan adik saya selamat. Adik saya masih hidup sehingga sekarang dan ibu saya telah meninggal dunia pada tahun 2002.
Langsuir atau puntianak yang saya temui itu? Wallahualam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan