TOK KENALI atau nama penuhnya Muhammad Yusof bin Ahmad (lahir 1868 - 19.11.1933) adalah seorang tokoh agama yang amat disanjungi dan dihormati oleh rakyat Malaysia, khususnya rakyat Negeri Kelantan. Pendeta Zaaba atau nama penuhnya Zainal Abidin bin Ahmad (16.5.1895 - 23.10.73) adalah seorang cendiakawan Melayu, Tokoh Bahasa dan Pengasas Tulisan jawi yang menjadi kebangaan seluruh rakyat di negara ini. Tok Kenali dilahirkan di Kubang Kerian Kelantan manakala Zaaba dilahirkan di Batu Kikir Negeri Sembilan.
Apa yang ingin saya sebutkan disini kedua-dua tokoh yang hebat ini pernah bertemu dan bergambar bersama di Kota Bharu atas sesatu urusan. Tetapi bilakah gambar itu dirakamkan? Allahyarham ulamak Tok Kenali wafat pada 1933, saya rasa mungkin gambar itu dirakamkan disekitar hujung tahun dua puluhan atau awal tahun tiga puluhan. Tok Kenali mungkin telah berumur hampir 50 tahun waku itu manakala Allahyarham Zaaba di sekitar dua puluhan atau lebih sedikit. Kedua-dua tokoh ini adalah penulis. Zaaba kita telah ketahui tulisannya, tetapi Tok Kenali dikatakan boleh menulis cerpen, sajak dan pernah menjadi pengarang Majalah Pengasuh pada awal penerbitannya.
Orang-orang Kelantan mungkin dapat mengenali orang-orang yang terdapat dalam gambar ini. Saya cuma kenal Tok Kenali dan Zaaba sahaja. Semoga kedua-dua orang tokoh ini di tempatkan di dalam syurga Allah dengan penuh kenikmatan kelazatannya. Al-Fatihah untuk mereka. Bahan-bahan ini saya ambil dari Laman Web Tok Kenali dan Zaaba. Terima kasih anda yang menulis tentang mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan