MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Selasa, 8 Disember 2009

SAJAK PERTAMAKU YANG TERSIAR

ADA yang berkata penulis kreatif (maaf kalau boleh dikatakan sasterawan) adalah manusia-manusia yang suka berkhayal. Malah ada yang berkata sasterawan adalah golongan 'syok sendiri'. Sebenarnya sejak dahulu lagi aku memang tidak bersetuju sekiranya kaum sasterawan dianggap begitu.

Sajakku yang pertama tersiar dalam majalah 'Sateria Malaysia' ketika aku bekerja di Singapura sebagai seorang anggota polis dari 1964 - 1967. Sebelum Singapura menyertai Malaysia tahun 1963 polis dan askar Singapura ada menerbitkan majalah 'Perkawalan'. Selepas itu majalah Perkawalan ditukar namanya Sateria Malaysia. Selepas Singapura berpisah dari Malaysia tahun 1965, majalah Perkawalan ini diterbitkan semula.Dalam majalah perkawalan itulah sajakku bertajuk LAHIRNYA ANAK siarkan tahun awal tahun 1966.
Sebenarnya waktu sajak itu disiarkan aku masih bujang lagi. Bagiku itu bukan khayalan atau syok sendiri. Sebagai seorang penulis kreatif, pandangan kita agak jauh. Jauh sehingga orang lain tidak terfikirkan. Banyak cerpen, novel, sajak atau drama yang meneritakan tentang alam ghaib atau seumpamanya. Kalau dia bukan sasterawan mungkin dia tidak boleh menciptanya kerana alam yang belum pernah ditempuhinya. Alam kubur atau alam akhikrat umpamanya, adakah orang mati hidup semula dan menceritakan tentang alam akhirat yang telah ditempuhinya itu.
Sasterawan memerah oraknya. Berfikir terlalu jauh. Atau berpandukan dari pembacaannya yang kemudian diubah dan dipinda untuk menjadikan lebih indah dan menarik lagi dalam sesebuah karya itu.
Walaupun kisah yang dipersembahkan itu bukan melalui pengalamannya sendiri tetapi mungkin dapat menarik minat ramai orang untuk membacanya dan seterusnya menjadikan iktibar.
Sajakku LAHIRNYA ANAK ketika aku masih bujang lagi sebenarnya mengutamakan keindahan bahasa sasteranya mengikut kemampuanku waktu itu. Dari sajak itu juga pembaca boleh menjadikan sebagai iktibar  betapa gelisahnya seorang suami yang diperantauan kerana bertugas kepada negara  dan ketika itu isterinya sedang menahan sakit untuk melahirkan anaknya di kampung.
Sajak keduaku bertajuk KENYATAAN yang tersiar dalam Utusan Zaman tahun 67 dan waktu itu aku telah pun bertugas di Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Tidak ada apa yang menariknya sasjak di atas, biasa saja. Tetapi sajak itu kutujukan kepada Tengku Abdul Rahman Putera al Haj yang menjadi perdana menteri waktu itu. Waktu itu barangkali ada suara-suara sumbang yang mengeritiknya. Jadi, sebegai rakyat Malaysia aku tempil untuk mempertahankan kebenarannya.
Sebagai penulis, aku tentunya merasa lebih bangga karya-karyaku tersiar dalam akhbar dari majalah. Tetapi kalau majalah yang ternama seperti Dewan Sastera, Dewan Masyarakat dan lain-lain tentunya kita merasa lain sedikit.
Yang lebih peting tersiar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan