AL-QURAN sebenarnya adalah Mukjizat Nabi Besar kita Muhammad Rasulullah SAW yang amat hebat dan sesuai disepanjang zaman. Al-Quran tidak pernah diubah dan dipinda sejak ianya diturunkan. Al-Quran tidak ada dua atau tiga. Al-Quran itulah satu sahaja - ianya tetap asli sejak diturunkan. Tidak seperti kitab Injil yang mempunyai beberapa orang penyusun atau pengarangnya. Al-Quran tidak pernah ditangguh penulisannya. Bila Nabi SAW menerima Wahyu dari Allah SWT maka para sahabat terus menulisnya di pelepah-pelepah kurma atau dibatu=batu. Tidaklah seperti kitab Injil yang ditulis selepas 500 tahun wafatnya Nabi Isa Alaihisalam.
Sebenarnya Islam tidak pernah menolak Injil. Islam wajib yakin bahawa Injil itu adalah turun dari Allah SWT. Percaya pada kitab adalah salah satu dari rukun iman. Tidak percaya pada injil ertinya akan terkeluar dari Islam. Tetapi yang kita wajib percaya itu ialah Injil yang asal. Bukan Injil seperti sekarang ini yang tidak kurang mempunyai empat orang penyusunnya. Kemanakah perginya Injil yang asal itu yang turun terus dari Allah SWT kepada Isa AS. Sebuah lagi kitab Injil susunan Barnaba adalah dianggap kitab yang berpihak kepada Islam, ianya tidak bertentangan dengan Islam. Adakah itu kitab Injil yang asli? Tetapi orang-orang Kristian tidak mahu mempercayainya pula. Mereka menolak Injil Barnaba.
Ahli-ahli sains sebenarnya tidak pernah menolak Al-Quran, sebaliknya mereka kagum akan kelebihan dan kehebatan Al-Quran itu. Kerana itu banyak pengkaji-pengkaji Al-Quran memeluk agama Islam. Contohnya banyak ahli-ahli sains dari Asia dan Barat memeluk agama Islam. (lihat majalah al-Islam keluaran terbaru Januari 2010) dapatkanlah majalah ini untuk rujukan saudara saudari.Tulisan saya ini tidaklah bermaksud untuk bantu kempen jualan majalah ini. Tidak sama sekali. Sebagai penulis, saya memang kaki membaca. Ulat majalah atau ulat buku. Saya tertarik dengan beberapa makalah dalam majalah ini untuk menguatkan pegangan kita terhadap Islam. Lebih-lebih lagi al Islam memuatkan rencana-rencana berunsurkan Islam,
Sebenarnya ada banyak lagi majalah-majalah yang berunsur Islam, kalau hendak membelinya saya terpaksa pergi ke bandar Melaka atau Alor Gajah. Itupun tidak semuanya ada. Dan kadang-kadang saya terpaksa lari ke Tampin. Di Tampin ada sesbuah kedai orang Cina yang ada menjual berbagai-bagai jenis majalah. Sebulan sekali saya naiklah ke Tampin.
Yusoff Islam adalah seorang penyanyi (Cat Steven), tetapi beliau seorang yang kuat mengkaji tentang agama, akhirnya beliau betitu tertarik dengan agama Islam lalu menganutnya. Kini beliau seorang penganut Islam yang warak dan terus menyanyi lagu-lagu dakwah. Assalamualaikum. Wallahualam.
(GAMBAR-GAMBAR YANG SAYA RAKAMKAN INI DIPETIK DARI GOOGLE IMAGES DAN DARI MAJALAH AL ISLAM YANG SAYA RAKAMKAN SENDIRI. KLIK DUA KALI UNTUK MEMBACA TULISAN DAKAN GAMBAR ITU)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan