MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Selasa, 11 Ogos 2009

YANG INGIN KUSEBUTKAN....

H1N1
Penyakit H1N1 kian menggerunkan. Kian banyak yang meninggal akibat penyakit itu. Selain dari doa, marilah sama-sama kita buat sembahyang hajat sama ada di masjid, surau atau persendirian untuk mohon perlindungan dari Allah SWT dari penyakit merbahaya itu. Tolonglah.
NORDIN MAT TOP
Kerajaan Indonesia melaporkan bahawa Nordin Mat Top masih bebas. Ujian DNA dan cap jari yang dikesan, pengganas yang terbunuh itu adalah orang lain, bukan Nordin.
JAWATANKUASA KEMAJUAN KAMPUNG (JKKK).
Najib, Muyiddin, Syafei Apdal, Zahid Hamidi dan lain-lain bekerja keras untuk menyemarakkan semula sokongan orang ramai terhadap UMNO. Tetapi mereka yang diatas itu tidak tahu orang ramai meluat dengan lagak JKKK, Ketua Kampung, Penghulu dan ketua-ketua UMNO bawahan yang sombong dan berlagak. Kerana mereka UMNO boleh tumbang. Kalau UMNO tumbang kuasa orang Melayu pun akan tumbang.
MEREKA YANG MENGHINA ISLAM
Diharap kerajaan tidak bertolak ansor dengan kaki-kaki perkauman ini. Bertindaklah mengikut undang-undang yang ada. ISA tak boleh dipakaikah?.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan