MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Ahad, 16 Ogos 2009

IKTIBAR - GADIS TAWAF MASJID KERANA TAK NAMPAK KAABAH....


AMINAH (bukan nama sebenar) memang bersungguh-sungguh sangat hendak buat umrah di bulan Ramadhan bersama ibu dan abangnya. Wang tidak menjadi masaslah. Dia yang bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat telah mengumpul cukup wang untuk dirinya sendiri bagi menunaikan umrah itu.

Alhamdulillah, pada tahun 1989 diapun berangkatlah ke tanah suci bersama-sama dengan ibu dan abangnya. Rombongan kami lebih kurang 13 atau 14 orang. Kami pergi selama 24 hari di akhir Ramadhan dan bercadang menyambut Aidul-Fitri di Mekah. Hajat kami dimakbulkan oleh Allah SWT.

Selepas beberapa hari di Madinah al-Munawarah, kami pun berangkat ke Mekah al-Mukaramah dengan menaiki sebuah bas. Kami bertolak diwaktu malam dan sampai di Mekah pada waktu pagi dan sempatlah sembahyang subuh di Masjidilhram.

Selepas sembahyang subuh kami berehat sebentar di asrama, selepas itu muatif yang membimbing kami mengajak kami melakukan tawaf dan sa'ie umrah. Kami semua ikutlah muatif yang dilantik oleh syarikat yang membawa kami ke tanah suci itu.

Semua orang ikut muatif itu, kecuali Aminah. Dia enggan ikut sama dengan memberi alasan akan buat umrah di waktu yang lain. Saya juga mengajak dia pergi tetapi saya tidak jelas apakah alasannya yang dinyatakan kepada saya.

Malam itu dia keluar seorang diri untuk tawaf dan sa'ie. Selepas sembahyang isyak di masjid, Aminah yang masih anak dara lagi, lalu hendak tawaf dan sa'ie. Malangnya gadis yang jelita ini tidak nampak Ka'abah. Puas diperhatikannya tetapi tidak nampak juga. Akhirnya dia beredar ke luar masjid, masjid ditawafnya.

Ibu serta abang dan jemaah yang lain rasa bimbang juga ke mana hilangnya si gadis ini. Malam itu kami membuat sembahyang hajat setelah lewat jam 12 tengah malam dia belum balik. Sele;pas sembahyang hajat, abangnya dan rakan-rakan keluar mencarinya. Akhirnya kami temui Aminah bersedirian sedang berjalan mengelilingi masjid. Kami pun ajak dia balik.

Kenapa gadis itu tidak nampak Ka'abah. Wallallahualam. Hanya Allah yang tahu. Kalau dengar cakap orang macam-macam - ada yang mengatakan niat dia ke Tanah Suci adalah untuk mencari jodoh. Ada yang mengatakan dia hendak menunjukkan dia pandai. Ada yang mengatakan dia sudah tertarik dengan seseorang dalam jemaah kami, tetapi jemaah itu tidak melayankannya. Sekali lagi saya katakan, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
(Gambar: Masjid Tana'em tempat yang dibolehkan memasang niat umrah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan