MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Jumaat, 7 Ogos 2009

W.S.RENDRA DAN PAK SENIK

1) 10.05am Berita Harian online hari ini melaporkan sasterawan terkenal Indonesia W.S. Rendra, 74, telah meninggal dunia jam 10.15 malam tadi akibat sakit jantung. Dia seorang penyair cukup hebat di ratau ini. Dunia sastera kehilangan seorang sasterawan yang susah dicari ganti....
2) Pak Senik ini orang Kuala Besut rupanya. Dia bukan orang Kelantan dan bukan orang keturunan Tok Kenali. Dia meyamarlah itu. Dia seorang pawang terkenal. Banyak budak-budak yang diculik oleh HANTU BUKIT GONDOL Pak Senik yang selamatkan. Pak Senik juga seorang ahli ibadah yang hebat dan boleh membaca dan menjadi imam sembahyang jumaat. Siapa Pak Senik? Baca cerpen saya dalam MINGGUAN WARTA PERDANA Ahad 16 Ogos 2009. Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan