MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Ahad, 16 Ogos 2009

ADAKAH POPULARITI YANG MENDORONG AKU MENJADI PENULIS...

Ada juga yang berkata bahawa aku minat menulis ini kerana ingin mengejar populariti. Oh tidak, jauh sekali niatku begitu. Atas sebab-sebab yang telah kusebutkan dahulu itulah yang mendorong aku menjadi penulis. Yang peting tulisanku disiarkan. Yang lebih penting tulisan itu dibaca. Tetapi memanglah menjadi tanggungjawab penulis terhadap apa yang ditulisnya. Lantaran itulah nama penulis itu dicatatkan pada hasil karyanya itu. Lagipun aku menyedari diriku, aku sedar bahawa aku bukanlah penulis yang berbakat sangat. Sekadar boleh menulis sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan