MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Rabu, 19 Ogos 2009

TERKENANAG-KENANG MASA SILAM.....(10)


Sama ada anda percaya atau tidak, ketika aku kanak-kanak lagi, barangkali umurku dibawah 13 tahun, aku disuruh oleh ayah aku menyeret lembu atau kerbau untuk disembelih dari Durian Tunggal ke tempat penyembelihan binatang di Padang Kubu, lebih kurang 11 kilometer dari rumah. Selalunya saya bergerak dari rumah jam 4 pagi dan sampai di tempat penyembelihan itu jam 7 atau 8 pagi. Waktu itu sepanjang perjalanan masih gelap dengan hutan. Binatang-binatang liar masih banyak. Aku terlalu takut.
Suatu pagi barangkali hari Sabtu atau Ahad tahun 1955 atau 56, ayahku menyuruh aku seret seekor kerbau jantan yang agak besar juga. Aku tak tahu umur kerbau itu. Apabila sampai di Bacang, tidak berapa jauh lagi dari tempat penyembelihan itu, kerbau itu mula buat hal kerana takutkan kereta atau lori yang lalu lalang di jalan itu. Kerbau ini lari ke tengah dan ke tepi jalan sehingga beberapa kali hendak dilanggar kereta. Dia betul-betul naik angin. Kereta yang banyak itu terhenti disebab oleh kerbau itu. Aku panik. Macam nak menangis juga. Akhirnya sampai jugalah ditempat penyembelihan itu setelah bersusah payah. Apa nak dikata, perintah ayah mesti dipatuhi......
(Gambar hanya hiasan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan