MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Sabtu, 8 Ogos 2009

PERNAHKAH ANDA MELIHAT HANTU?......


AKU pernah melihatnya. Tetapi hantukah atau jinkah? Kejadian ini telah berlaku ketika aku masih kanak-kanak lagi. Waktu itu aku baru berumur 7 atau 8 tahun pada tahun 1951 atau 1952.
Malam itu aku tidur di bahagian dapur rumah bersebelahan tempat memasak. Aku tidur bersebelahan arwah nindaku Hawa binti Ibrahim dan disebelah nindaku ialah adik angkatku bernama Mariam Samad. Malam itu ketika sedang tidur tiba-tiba aku terjaga. Waktu itu mungkin jam tiga atau empat pagi. Nindaku selalu memasang pelita minyak yang diletakkan di atas tangga batu berhampiran pintu masuk ke dalam bilik.
Tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki berdiri betul-betul disebelah tempayan air tempat nindaku mengangkat wudu'. Lelaki itu berbadan besar. Dia memakai pakaian yang serba kuning. Mukanya merah. Dia memakai topi semacam topi cowboy berwarna kuning juga. Dia tersenyum memandang aku.
Aku terlalu takut. Aku tidak berani memandangnya. Lalu aku lelapkan mata hingga ke pagi.
Apa itu? Jinkah atau hantu? Walallahualam....
(Gambar kucing one eye - tanda kebesaran Allah SWT)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan