MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Isnin, 17 Ogos 2009

AKU OFFICE BOY SEBELUM MASUK POLIS...


Keputusan peperiksaan LCEku agak kurang memuaskan kerana itu aku tidak layak di naikkan ke tingkatan empat sekolah kerajaan. Bagaimanapun aku boleh juga naik tingkatan empat private school itupun dengan syarat aku tidak layak mengambil peperiksaan MCE kecuali aku lulus dalam peperiksaan 'ujian kelayakan' terlebih dahulu.
Aku sambung belajar di tingkatan empat sebelah malam di sekolah St. Francis Institution sekolah lamaku (dari remove class sehingga form 111 aku belajar di sekolah ini). Malam aku ke sekolah dan sebelah siangnya aku bekerja di kebun-kebun orang.
Nasib aku agak baik juga bila seorang sahabatku Saad bin Haji Wahab amat simpati pada nasibku lalu beliau mengajak aku bekerja di Majlis Perbandaran Melaka (MPM) sebagai OFFICE BOY. Dia bekerja sebagai kerani di MPM. Gaji office boy waktu itu RM 72.00 sebulan. Aku amat gembira dan berterima kasih sangat kepada Saad (Saad lebih tua empat atau lima tahun dari aku. Aku panggil dia Nyat sahaja).
Pagi jam 7.00 aku kayuh basikal untuk ke pejabat, Bandar Hilir, 14 km dari rumah dan jam 4.30 selepas pejabat, aku kayuh basikal untuk balik kampung pula. Dan jam 6.00 petang sekali lagi aku kayuh basikal untuk ke sekolah pula. Jam 10.00 atau 11.00 malam kayuh basikal lagi untuk balik ke kampung.
Ah, letih aku. Selalu aku tertidur dalam kelas. Aku boleh bertahan lima atau enam bulan sahaja. Selepas itu aku jadi malas. Aku berhenti belajar.
Aku bekerja sebagai office boy hanya selama dua tahun lebih sahaja yaitu dari tahun 1962 hingga 1964 bulan Mach.
Semasa bekerja di Majlis Perbandaran inilah aku mula menulis dengan menggunakan mesin-taip. Sebelum itu aku menulis tangan saja. Bila ada kemudahan ini aku lebih kuat menulis. Nanti aku sambung lagi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan