MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Jumaat, 28 Ogos 2009

DUA PERKARA TENTANG DAP DAN NAJIB MESTI CAMPUR TANGAN.

1) Muka hadapan akhbar Sinar menyebut "Cari bukti kukuh baru dakwa". Ketua Pemuda Sosialis DAP, meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya tidak mudah membawa kes rasuah ke mahkamah jika belum ada bukti kukuh. Ketua pemuda itu tidak mahu selepas dituduh, kes itu dibuang kerana bukti yang lemah.....
PELIK sikit bunyinya cadangan DAP itu. Ini mungkin barangkali yang banyak kena tuduh dan kena soal-siasat itu ialah orang-orang DAP agaknya.
SPRM mesti tegas dan berani. Untuk menyiasat dan mendakwa diharap jangan pandang bulu. Tidak kiralah dia itu UMNOkah, DAPkah, PASkah atau Keadilanankah. Tuduh tetap tuduh. Nak buatkan kes bukan kerja kita. Itu kerja mahkamah. Kalau tidak tuduh, ertinya SPRM buka ruang untuk dituduh menerima rasuah. Hati-hati sahabat.....
2) Apa cerita Lim Kit Siang yang semacam tidak puas hati tentang pemecatan Chua Soi Lek. Nak pancing Soi Lek masuk DAPkah? Sebenarnya memang banyak orang menyuarakan rasa tak puas hati itu. Alasannya kerana salah laku seks yang telah dilakukan lebih 2 tahun lalu. Makin berpecahlah BN nampaknya. UMNO atau Pengerusi BN Datuk Seri Najib mesti campur tangan. Jangan lepas tangan. Jernihkan yang keruh itu. Aku tak setuju Datuk Seri Najib lepas tangan dalam hal ini sebagaimana beliau lepas tangan dalam kekecuhan dalam PPP. Najib ialah pengasas 1 Malaysia....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan