MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Rabu, 19 Ogos 2009

MULA-MULA MENULIS CERPEN......


Cerpen bertajuk HATINYA SENTIASA BERDARAH (HSB) adalah cerpen pertamaku yang tersiar di Majalah Satria Malaysia (Sebuah majalah yang dikhaskan untuk polis dan askar Singapura) keluaran Julai 1965. Sebelum itu belum ada lagi cerpenku yang tersiar dimana-mana.

Tetapi apa yang ingin kukatakan, sebelum cerpen HSB tersiar aku telah cuba menulis dua buah cerpen sebelum aku masuk polis.

Aku tidak ingat tajuk-tajuk cerpen yang kucipta itu tetapi satu daripadanya mengisahkan tentang seorang Pak Haji yang bermain nombor ekor. Pak Haji itu memasukkan ketayap putihnya dalam poket seluar untuk masuk ke kedai ekor. Kononnya dia malu dipandang orang kerana beli nombor ekor itu sambil memakai ketayap. Aku kirimkan cerpen sulung ciptaanku itu ke Berita Harian untuk memenangi hadiah RM 100.00. Cerpen itu tak menang.

Aku rasa ceritanya bagus, teknik menulis salah. Aku tidak langkaukan sebaris tulisan itu. Sebetulnya pun aku tidak ada pengalaman dan tidak tahu peraturannya.

Kemudahan menggunakan mesintaip itu sebenarnya hanya setelah aku bekerja sebagai office boy di Majlis Perbandaran Melaka itu. Aku ambil kesempatan menulis diwaktu rehat.

Cerpen kedua ku ialah tentang cinta penaku dengan Zarina Imam sebagaimana yang telah kuceritakan dalam TERKENANG-KENANG MASA SILAM (8).

Aku tidak ingat lagi jalan cerita cerpen itu. Tetapi aku ini dah semacam gila bayang. Walau bagaimana pun cerpen itu kuolah semula ketika aku di Kelantan dan cerpen itu tersiar dalam Berita Minggu. Itulah cerpen pertamaku tersiar dalam akhbar Berita Minggu. ....Insya-Allah aku akan sambung lagi.
(Gambar: HATINYA SENTIASA BERDRAH, cerpen pertamaku tersiar dalam Majalah Satria Malaysia keluaran Julai 1965)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan