MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Jumaat, 28 Ogos 2009

IKTIBAR - IBUNYA HILANG ENTAH KEMANA.


Aku teringat lagi ketika menunaikan UMRAH pertama kali dibulan Ramadhan tahun 1989 selama 24 hari. Seorang ibu yang telah berumur lebih 70 turut sama dalam rombongan ini. Beliau pergi bersama anaknya seorang ibu tunggal berumur dalam lengkungan awal 30an. Semasa di Madinah al-Munawarah keadaan berjalan dengan baik. Alhamdulillah. Tetapi bila sampai di Mekah al-Mukaramah ada kisah yang tidak enak telah masuk ke telingaku setelah beberapa hari di bumi suci itu. Khabarnya ibu tunggal yang masih muda itu hendak bernikah dengan seorang lelaki yang sama jemaah dengan kami selepas balik ke kampung nanti. Dalam pada itu ada orang yang nampak silelaki itu selalu berada dalam bilik si ibu tunggal itu. Adakah siibu ini sedar atau tidak akan perangai anaknya, tidaklah diketahui - ibu dan anak ini duduk sebilik.
Suatu petang rombongan kami buat UMRAH dengan pergi ke Tanaem untuk pasang niat. Selepas tawaf kami melakukan sa'e pula. Si ibu itu memakai kereta tolak dengan diiringi oleh anaknya. Selepas sa'e tiba-tiba si ibu ini hilang dari anaknya. Macam mana boleh hilang tidak siapa yang tahu.
Kami berdoa dan buat sembahyang hajat agar menemui semula siibu tua itu. Alhamdulillah, dua hari kemudian, seorang jemaah dari syarikat lain telah memanggil saya. Haji ada hilang orangkah? Saya jawab ada, seorang perempuan tua. Lalu dia bagitahu, dia telah menemui seorang perempuan tua dan sekrang diletakkan ditempat sa'e. Saya dan seorang rakan terus bekerja ke tempat itu. Alhamdulillah, kami menemuinya....
Hati-hati ketika di tanah suci. Jaga mulut, jaga mata, jaga kaki, jaga telinga dan jaga tingkah-laku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan