MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Sabtu, 1 Ogos 2009

TERKENANG-KENANG MASA SILAM....(8) 5

......Nampaknya Zarina tidak terasa hati setelah aku meninggalkan dia sendirian dipanggung wayang sebelum tayangan gambar itu selesai. Hubungan surat antara aku dan Zarina masih berjalan. Masih bercinta lagi kononnya. Dan akhirnya beberapa pucuk suratku tidak dijawab oleh Zarina. Aku tidak tahu apa masalahnya.........Setelah 45 tahun kemudian baharu kutahu
Zarina dipindahkan sementara disebuah sekolah di luar bandar bagi latihan amali. Kerana itulah surat-suratku tidak dijawab. Dia telah berkahwin dengan seorang jejaka pilihannya dan telah mempunyai beberapa orang cucu. Suaminya telah meninggal dunia dalam usia 60 tahun. Dia seorang ibu, seorang nenek dan seorang pendidik yang berjaya. Syabas Zarina Imam.... sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan