MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Selasa, 25 Ogos 2009

PESAN GURU....

Guru mengaji Quran saya selalu berpesan agar saya tidak melibatkan diri dengan parti politik. Katanya politik ini tidak cantik. Umpat mengumpat, hina menghina, fitnah memfitnah dan macam-macam lagi berlaku dalam politik.
Tepat apa yang disebutkan oleh guru itu. Politik yang sepatutnya indah dan damai tetapi dikotori dengan sikap setengah-setengah yang tamak dan gila kuasa.
Tetapi sebagai manusia biasa, aku mengakui tidak dapat melarikan diri dari politik. Walaupun tidak aktif dalam sesuatu parti politik, tetapi perkembangan yang berlaku terhadap politik tanah air sering kuikuti. Dalam blog ini kusebut tetang politik beberapa kali.
Aku adalah ahli biasa dalam sebuah parti politik. Cukuplah sebagai ahli saja....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan