MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Rabu, 5 Ogos 2009

IKTIBAR - TIBA-TIBA DUITNYA HILANG DARI PINGGANG....

1) Kalau kita hendak pergi haji atau umrah pastikan duit yang kita bawa itu ialah duit halal atau duit sudahpun disempurnakan zakatnya. Tahun 1992 ketika menunaikan haji bersama ibu saya seorang jemaah Haji Salem kehilangan wang hampir RM5000,00. Khabarnya duit itu telah disimpan dengan kemas dalam talipinggang dan kemudian dibalut lagi dengan kain ihram. Tidak ada kesan koyak pada talipinggang dan kain ihram itu. Dia sedar duitnya hilang sebaik-baik sampai di asrama setelah selesai tawaf dan sa'i haji dan umrah. Pelik bin ajaib macam mana duitnya boleh hilang.
Haji Salem ini sebilik dengan saya. Dia kemudian berjumpa dengan seorang yang sudah biasa sangat Mekah itu untuk berjumpa dengan seorang ahli nujum kononya. Kata ahli nujum itu - duit tuan hilang kerana tak bayar zakat.
2) Seorang kawan sekampung saya bernama Haji Jusuh mengalami keadaan yang sama. Kawan saya ini nampak pencuri masuk ke biliknya dan mencuri wang itu. Semasa dikampung ada hamba Allah yang nasihatkan dia supaya bayar zakat. Tapi dia enggan. Kawan saya ini hilang hampir RM3000,00. Nujum cakap duit itu tak bayar zakat - Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan